CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

September 30, 2012

Littlewhiz Oct 2012 SALE

Assalamualaikum,



For those yang bace entry stroller saya before this, iaitu tentang saya beli stroller Quinny Zapp Xtra Adam Qaiser dengan harga RM900 sahaja, boleh membeli belah di Littlewhiz iaitu tempat saya beli stroller tu sebab sekarang ada meraka buat SALE.



Walaupun taklah semurah hari tu, tapi oklah, RM1199.00. Grab it! Mereka juga ada buat sale untuk barang-barang baby yang lain. Boleh surf their website at www.littlewhiz.com atau terus ke kedai mereka di Setia Alam, ok?

Selamat membeli belah Mommies!!

September 21, 2012

Pati Delima : Update harga dan pengedar

Hi all,

For more products, klik disini ye kawan-kawan!


today update tentang Pati Delima Gulsan from Turkey lagi sekali. Bukan apa, sekarang dah macam tak berapa menang tangan nak pergi balas sms, whatsapp, email, fb segala...

kadang ada yang terlepas pandang (T__T) sorry...

Hari ni ada 2 announcement;
1. siapa nak jadi wakil jual utk kawasan sendiri?
2. harga Pati Delima dengan postage sekali.

Wakil Area
Ok, disebabkan saya dah nak pitam kejap ke KL, kejap ke puchong, shah alam, putrajaya, klang segala tempat diredah semata-mata delivery Pati Delima, saya rasa ada lebih baik saya minta siapa-siapa minat jadi wakil kawasan untuk jual dan deliver, kan senang. Nanti kalau dapat order, saya terus direct order pada appointed person yang in-charge area tu utk tindakan selanjutnya.

Wakil penjual memang akan dapat harga lebih-lebih-lebih murah. Sila sms atau whatsapp saya di nombor 0164441497 untuk maklumat lanjut. Syaratnya mudah, mesti ambil 3 cartons sekali gus.

Boleh juga saya pos kemana-mana sahaja, semenanjung, sabah & sarawak, brunei, singapore, indonesia, wah-wah-wah.. kemain lagi! ;p

Harga Pati Delima
Ini pula harga Pati Delima Gulsan ni untuk deliver area Klang, Shah Alam. Kalau Kelana Jaya and UPM untuk hari bekerja (3-5pm) sahaja dapat FOC delivery ok.



Kalau berada luar kawasan yg FOC ni, boleh lah saya pos sahaja. Cuma pos ni saya tak ambil lah pos 1-2 botol. Rugi customer bayar postage je.

Kalau pos ni sama ada order 5,10,15,20 dan 1 carton (24 botol). Harga kat bawah ni include postage ok. Saya guna pos laju aje :D mudah dan pantas. Gitew!




Ok dah penat tulis. Semalam saya hantar pos ke Johor, today hantar pos ke Kelantan.

Esok insyaallah 24 botol ke Putrajaya, 10 botol lagi ke Klang. Penat makcik. Tapi best, sebab rata-rata yang dah cuba kata sedap dan best. Sejuk perut makcik dengar. Hahaha

Dah try ke belum kome yang bace entry ni? Ish2..rugi tak try. Simpan banyak-banyak buat stok. Utk kesihatan sendiri, juga kalau org datang rumah, bagi aje minum. Tambah gula dengan air. Sedap! Rasa asam boi..

Kalau nak try contact ok. Untuk tahu khasiat buah delima dan kenapa saya pilih jadi suppliment saya, baca kat entry di bawah.



Rajin-rajinlah membaca info tentang buah delima. Kalau nak sihat ni memang kene rajin membaca. Selamat mencuba :)

September 14, 2012

Stroller Adam Quinny Zapp Xtra

Hari ni kembali menjadi Mommy Adam setelah berabad lamanya saya tak tulis berkaitan budak kecil dan nakal itu.

Macam yang anda tahu, dulu saya buat pencarian stroller Adam dalam entry ini, http://ainiqmy.blogspot.com/2011/05/stroller-adam.html dan kemudian saya telah beli Halford Zuzz dengan harga cukup murah.

Setelah guna Halford Zuzz lebih kurang setahun, ada rezeki sedikit saya terasa nak beli stroller baru. Wah! Sangat suka membazir disitu.

Masa dulu ketika saya survey stroller, Quinny Zapp memang out terus dari list atas sebab stroller tu tak boleh recline. Walaupun infant saya boleh attach carrier so baby memang baring al the time, saya terfikir kalau dah setahun? Cemane dia nak tidur dengan selesa?
Quinny Zapp - tak boleh recline.

Faktor keselesaan memang menjadi keutamaan saya. Lebih baik anak selesa, dari saya yang selesa. Kalau dia selesa tidur dalam stroller, tentu-tentu dia tak kacau saya shopping. Hahahaha Ooppss..kantoi disitu.
Quinny Zapp kalau fold - kecik gila. Memang jimat space

So, Quinny Zapp memang bagus sebab dia boleh fold terus. Jadi memang kecik gila. Space dalam bonet kereta jimat gila. Tapi kau gila kah kalau anak aku kena tidur duduk? Oh tidak!

So dah pangkah Quinny Zapp walaupun saya sgt suka bentuk dan penjimatan ruangnya itu. Tahun 2012 keluar pulak benatang Quinny Zapp Xtra. Saje je nak ngabiskan duit makcik. Benci tau. Boleh pula dia recline. Ek eleh! Dah cemane lah saya tak termimpi-mimpi malam dan siang?
Quinny Zapp Xtra with Basket

Tapi bila fold seat tak boleh fold, hanya frame sahaja
Ini details Quinny Zapp Xtra:


Features: 
# Forward and rearward facing seat
# Seat has 3 forward and 2 rearward facing recline positions
# Frame can be used from birth with Maxi-Cosi infact car seats
# Extremely manoeuvrable
# Suspension on (bearing) rear wheels and on (double) front swivel-wheel
# Front swivel wheel can be fixed
# Including sun canopy, raincover, shopping basket (max. 5kg) and adapters for Maxi-Cosi infant car seat
# Approved confirming EN 1888: 2003 and BS7409, 1996

Specifications:# Product Weight: approx. 8.7kg
# Carrying Capacity: up to 15kg
# Appropriate From: birth
# Packaging Weight: 14kg
# Packaging Dimension: 42cm (L) x 29cm (W) x 95cm (H)


Maka saya mula melobi en.suami. Mula-mula lobi, perangai en.suami ni by default, memang 
geleng kepala. By default lah katekan.

Pujuk punya pujuk, last-last suami kata ok. Oh? Bahagianya hidup. Terus lompat bintang. Survey kat mana paling murah. Quinny Zapp Xtra ni RM1400 or RM1500 lah sebiji biasenya. Sama je macam harga Halford Zuzz.

Tapi saya kan pencinta barang sale. Lupa? Akan ku cari dengan harga bapaaaaaaakk murah. Cari punya cari dapat RM1200. Cari lagi dan lagi... last-last terjumpa lah Litlewhiz punya sale. Teka harga. Teka laaaaa...

RM 900. Hahahah iya. RM900! Saya beli RM900 sahaja. jimat hampir RM500. Kedai kat setia city mall jual RM1700. Saya jimat RM700. Iya! Yeeehaaaaaaaaaaaaa..
flat 180..kaki tu boleh adjust..

Adam Qaiser pun boleh sampai... siap letak Ernie dalam tu, dia nak tolak

Maka saya beli lah Quinny Zapp Xtra, merah menyala semerah hati sanubariku kala itu juga semerah mata suamiku membayar dikedai. Nampak tu, i merah hati, laki i merah mata. Ok lah tu.

Jom make comparison. Apa yang best dan tak best tentang Quinny Zapp Xtra:
1. Recline position sampai 180....Very good. Even Halford hanya 140 macam tu saje.
2. Jimat ruang cuma seat tak boleh fold, tapi seat dia tak tebal. so tak makan ruang dalam boot kereta.
3. Material dia agak kasar compared to Halford Zuzz tapi.
4. Halford Zuzz kalau korang tolak, dia move very smooth dan tak bergegar macam melelong-lelong. Tapi Quinny Zapp Xtra ni agak melelong sikit dan gegar sikit lah.
5. Quinny Zapp ni rendah. Kalau Halford Zuzz, baby tak payah duduk dalam baby chair dekat restaurant, baby boleh direct dalam stroller terus  rapatkan ke meja. Halford tinggi. Baby lebih selamat lah. Kalau rendah ni susah jugak.
6. tapi halford akan makan boot kereta. Compared Zapp memang halford sgt kalah disitu.
7. Quinny lebih mudah nak pasang, lebih ringan untuk ibu-ibu mengangkat, memasang sebagainye dengan sendiri tanpa bantuan suami. Kalau Halford ni dia "gagah" sikit. Nak pasang tu makan masa tapi still ok, ibu-ibu boleh pasang.
8. Dulu Halford saya beli RM799 sekalu dengan baby carrier, tapi Quinny Zapp Xtra ni RM900 withour carrier. (ok lah tu, kau nak murah cemane lagi ye tak? hahaha)

Oklah, itu saja review Quinny Zapp Xtra merah menyala semerah hatiku. Gittew. Semoga dapat bantu semua mommies yang tengah fikir nak beli stroller apa untuk anak kesayangan anda.

Love-Love-Love : Mummy Adam!

sesiap nak beli brand new Quinny Zapp XTRA dengan harga RM950.00nett sila refer link ini:
http://ainiqmy.blogspot.com/2012/11/new-quinny-zapp-xtra-rm95000.html

September 13, 2012

Buah Delima untuk ibu mengandung


Assalamualaikum, Good Morning guys.

For more products, klik disini ye kawan-kawan!


Last 2 days saya hantar pati delima Gulsan ni pada customer, 10 botol. Thanks Emma. Semalam pada ex-schoolmate pula, 2 botol, hari ni insyaallah akan hantar lagi pada customer yang baru sms minta delivery pati delima. Busy. Hahaha tak termasuk lagi ada customer awal-awal dah booked 10 botol tapi nak next week.

Ini bukan cerita pasal seronok menjual, tapi cerita pasal betapa ramainya orang dah tahu tentang khasiat delima. Sudah-sudahlah minum orange juice kakak-kakak. Love your body? Consume healthy foods! (ayat nak MLM sangat kan? Hahaha) Dont worry, ini bukan produk MLM. Ini pati delima imported from Turki. Pak Arab jual. Saya tolong anda beli. :)

Hari ini saya busy sikit, tapi dah janji dengan customer untuk tulis satu entry khas mengenai khasiat buah delima untuk ibu mengandung. So? Are you pregnant? PERFECT!

Bagi saya anda ni beruntung, kenapa? Sebab masa saya mengandung dulu, saya nak sangat makan buah delima, tapi susah sangat nak dapat. Tapi seriously masa tu tak terfikir pun tentang jus delima atau pati delima. Fikir buah semata-mata.

Sekarang bila dah start jual ni, saya selalu teringat pada mana-mana ibu mengandung, dan akan surely suggest them to take buah delima everyday. Tapi, mana nak dapat buah delima merah merekah begini?

Gambar ihsan Google
Ok lah, terus kepada khasiat buah delima untuk ibu mengandung. Sebelum tu, anda dah baca entry khasiat delima yang saya tulis sebelum ni? Klik sini.

Buah delima adalah antara buah yang disebut di dalam Al-Quran. 

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Entry kali ini khas utk ibu mengandung. Saya tahu, bila pregnant, kita mahu makan makanan yang terbaik supaya baby pun membesar dengan sihat dalam rahim kita. Jadi, delima adalah salah satu buah yang sangat bagus untuk kesihatan ibu, dan baby dalam kandungan. Antara khasiat delima untuk ibu mengandung adalah:

1. sumber besar folic acid (untuk pertumbuhan saraf baby)
2. pertumbuhan otak baby (a study published in Pediatric Research found that drinking promegranate juice during pregnancy help protect newborns' brain during traumatic births)
3. meningkatkan kesuburan dan memelihara rahim
4. mengandungi vitamin A,C,dan E untuk baby dan ibu
5. mengurangkan morning sickness untuk ibu mengandung
6. mengurangkan bengkak kaki atau "edema" ibu yang mengandung
7. mencantikkan kulit baby dan ibu
8. penerang hati. (Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari)

Ini semua sumber pembacaan di internet. Anda boleh search untuk tahu lebih lanjut. Tapi memang buah delima sangat bagus. Saya suggest ibu mengandung ambil makanan dan minuman yg natural kalau boleh. Jus delima, jus tamar (kurma) dan banyakkan makan kekacang yang bagus macam hazelnut dan macadamia nut, kismis dan sebagainya.

Jadikan snek. Nak anak cantik kan? Mesti.. nak dia sihat kan? Mesti... Nak baby bijak dan sangat cepat belajar kan? Mesti... so, consume makanan dan minuman yang bagus sahaja.

Antara kebaikkan buah delima yang lainnya adalah:

  1. Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  2. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
  3. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  4. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
  5. Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
  6. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  7. Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
  8. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
  9. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
  10. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman.
    Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.

(sumber dari blogger-blogger yang menulis tentang delima. TQ bloggers!)

Jadi ibu mengandung ni kita mesti sangat rajin bertanya, rajin membaca. Based on experience, masa pregnant dulu saya rajin chit chat dengan kawan-kawan, mereka surf internet, dapat info, kita share. We really want a healthy baby and really want to give our very best to our baby.

So, for those yang tengah fikir-fikir mana nak cari buah delima ni, boleh beli pati delima saje. 100% ekstrak buah delima. Rasa memang sedap. It is not the intention to sell sahaja, sebenarnya saya jual untuk membantu sebab saya sendiri tahu kesusahan mencari biah delima ni.


Kalau anda rasa saye jual sebab nak kaya sangat, salah di situ. Saya tak pernah jual barang macam ni. This is the 1st time. Dan saya jual setelah saya cuba dan saya rasa kelebihannya. Lagi satu sebab paling penting, ini bukan produk MLM. Saya ambil dari kedai arab.

Nak tahu lebih lanjut pasal pati delima Gulsan dari Turki dan khasiat selanjutnya? Harga? Cara untuk order? Cara makan? Klik sahaja entry ini;
I am more than happy to assist you mommies!! :)

Wakil jualan diperlukan..kalau minat, sila sms atau whatsapp ok...dah tak menang tangan pulak :)

September 5, 2012

Info kesihatan : Pati Delima Gulsan from Turki


Salam,     

For more products, klik disini ye kawan-kawan!  
ini dia pati delima itu :)

First of all, ini BUKAN ENTRY MLM. Hahaha penting ye aku kasi tahu bukan entry MLM sebab nanti semua orang tanya mana testimony lah, mana pamphlet lah segala macam. Gila ke? Dah tentu-tentu aku tak join MLM. Ini aku beli kat kedai Arab je sudah. Import dari Turki. OK, jom baca.

Sebenarnya aku bukan pencinta SUPPLEMENT. Aku tak pernah ambil supplement apa pun selama ni. Tapi perangai ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Kenapa? Sebab apa yang kita consume everyday tak dapat memberikan yang terbaik utk badan kita. Oleh itu, we need supplement. Tapi aku tak suka pil. Aku tak suka MLM. Aku tak suka benda-benda pelik yang dah di compress jadi biji-biji dan kena telan. TAK SUKA.

For the 1st time in life, i coincidently read about khasiat buah delima. Then, my mother memang dah lama minum pati delima gulsan dari Turki ni. Tapi saya tak pernah cuba pun. Tapi tiba-tiba saya terbaca artikel mengenai makanan yang disebut di dalam Al-Quran, iaitu, Kurma, Madu Lebah dan Delima

Jadi saya terfikir, kenapa saya tak amalkan makan makanan yang mendatangkan pahala ni? Kurma memang makan masa bulan puasa. Madu mahal kalau nak madu asli dan memang original. Delima?? Delima kalau nak cari buah dan makan hari-hari boleh pitam. Mana nak cari? Hahaha...

Anda tahu fakta tentang buah Delima? Kalau ada yang tanya apa Delima boleh bagi pada badan kita? Mana testimony orang makan delima atau minum jus delima boleh sihat? Mana kaki orang yang consume delima boleh baik dari berulat? Mana bukti helath report pesakit darah tinggi yang tiba-tiba dah semakin sihat? SORRY! I don’t have that. Sebab ini bukan MLM. 

Saya beli jus ni dari Kedai Arab. Pak Arab tu import dari Turki. Sejujurnya saya minum pati delima ini kerana ianya sunnah Nabi. Selain dapat tumpang pahala, saya harap dan percaya apa yang Nabi kata tentang khasiatnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah juga bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)


Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  1. Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  3. Membantu penghadaman
  4. Membuang lemak-lemak berlebihan
  5. Menambah tenaga
  6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  9. Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  11. Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  1. Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
  2. Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  3. Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  4. Menghalang pembentukan sel barah payu dara
Lagi khasiat delima adalah:
  1. Melawan penyakit gout
  2. Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  3. Merawat 'sinus'
  4. Meningkatkan tenaga
  5. Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan  badan
  6. Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  7. Menormalkan fungsi hati
  8. Menstabilkan peredaran darah
  9. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi  
  10. Mencuci darah kotor
Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain. Korang boleh google je khasiat delima ini dan tahu lebih lanjut dalam banyak article.


Nak tahu khasiat delima untuk ibu mengandung? Klik sini.

Jadi, dengan pantas saya lihat semula pati delima yang mama saya makan. Pati Delima Gulsan dari Turki. Macam ni rupa bentuk dia.

ini bentuk dia (gambar ihsan google)

Macam yang tertera tu, dia adalah 100% extract buah delima (pati delima). Maknanya dari kulit sampai biji delima ada dalam pati ini. Yes!! At last saya jumpa sesuatu yang boleh saya buat supplement. Berkhasiat. Mendatangkan pahala. Juga mendatangkan kesihatan, insyaallah. Saya pun try makan 1 sudu. Pati ni sangat pekat. Macam Scott Emulsion. Pernah makan? Pekat macam syrup.


Boleh makan dengan cara-cara berikut:
  1. Makan terus dua sudu plastic besar, kemudian minum air (this is what i did, rasa masam, tapi sedap. Macam makan asam boi)
  2. Ambil 2 sudu besar, masukkan dalam cawan. Campur dengan air. (rasa masam – masam – masam – manis)
  3. Ambil 2 sudu besar pati delima, 2 sudu besar madu lebah. Campur dengan 1 cawan air. (confirm sedap gila, this is how my husband  and my son, Adam Qaiser makan)


Disebabkan sedap, dan my body rasa lain sikit after makan selama 1 week, saya rasa inilah yang saya akan kekal makan sampai bila-bila. Badan kurang letih, ke toilet memang selalu lah untuk buang toksin. So, saya terus cari dekat internet mana saya boleh beli. Mama saya beli dari kawan dia. Saya rajin sikit, surfing internet, sekali dengan buat window shopping ke kedai-kedai arab.

Ini hasil pencarian PATI DELIMA GULSAN:
  1. Internet or any online traders: RM25 – RM30 sebotol.
  2. Pasar malam dan kedai-kedai kecil dekat hypermarket: RM19 – RM20 sebotol.
  3. Kedai Pak Arab dekat area rumah: RM............ murah dari kedua-dua harga di atas. Sebab Pak Arab tu adalah kedai borong. Hahahahahaha oh senangnya hati.


So, saya tanya siapa nak kirim? Ramai pula sms nak kirim. Jadi last-last saya pun decide untuk tolong jual saja lah. Tapi bukan jual sebab nak kaya ye kakak-kakak. Saya jual sebab nak bantu anda dapatkan dengan harga yang murah dan berbaloi. Yang jual mahal tu mungkin dia dapatkan dari satu tangan ke satu tangan, maknanya dari pengimport, pemborong, pengedar segala. Saya jual harga murah sebab saya pergi jumpa pengimport terus. Kan mudah. Hihihi

Nah, ini harga jualnya:
  1. RM15 sebotol without postage.
  2. RM13 sebotol utk 10 botol ke atas (korang pakat-pakat lah mak 2 botol, korang 2 botol, kakak ipar 2 botol bla bla bla bla)
  3. Kalau beli 24 botol a.k.a 1 katon, maka lagi senang kira, sangat amat murah. Sila email saje lah utk price tersebut.

Korang kira sendiri lah. Kalau beli dekat internet rm25 sebotol. 10 botol dah rm250. Tapi sebab nak tolong korang memakan pati ni, maka saya bagi jimat RM120! Rm130 je weh....10 botol sudah.

For any request utk minta saya beli: 
sms / whatsapp : 016-4441497 
Wakil jualan diperlukan..kalau minat, sila sms atau whatsapp ok...dah tak menang tangan pulak :)

Ok, siapa duduk area Klang, shah alam, subang, kelana jaya, boleh lah ambil terus without charge. Kalau area lain, ade lah cas hantar tu. Kalau yang lebih jauh lagi, pos sajelah ye. Nanti saya tanya pos opis berapa harga pos. Tiada ambil untung utk harga pos itu. Niat untuk share-share sunnah nabi saje. Awak makan, saya tumpang pahala.

Itu saja untuk entry kesihatan kali ini. Jom stay healthy. Eh, by the way, lelaki pun makan pati delima, sangat elok mengelak kanser prostat!
Tata 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...