CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 18, 2010

Solemnization - Make up

Ok..mmg gile..gile lama tak update blog. Konon2 sangat2 lah busy. Padahal? Eh, mmg busy weh. Belum biase lagi. Balik kerja dah pukul 7pm. Then nak kena mandi dan siapkan dinner (kadang masak, kadang tolong kemas meja aje), lepas tu pastikan suami makan, huhuhu dan kemudian dalam pukul 10pm, free but mengantuk sebab penat. Pagi bangun awal sgt, sebab tak pasal2 dah ade kerja kena kejutkan org Husband bangun.

nanti kene pastikan pulak baju dia 1 set nak pergi kerja dah siap atas katil. Shower pun dah panas suam, so dia mandi dengan tenang. Hahaha Best jadi wife? Jawapannya ialah...... BEST. Ia byk membantu saye membesar lebih kuat dan sihat menjadi lebih bertanggungjawab dan teratur. Gile tak teratur? Husband saye sgt teratur, pengemas, dan pembersih TERLAMPAU. Which is, the opposite of me. Bila kahwin, tak pasal2, i have to adapt with him. Ini lah dinamakan demokrasi terpimpin bertolak ansur. Enough! Jom cerita berbalik pada tajuk (kau sgt suke menyimpang, sebab kau memang byk mulut!)

Ok, as entry bertajuk BRIDE'S JOURNEY BEGINS : MAKE UP ,aku dah pun inform siapa my MUA kan? Utk Nikah, aku ambil Diyana Shukor. Suggested by my very2 gila fren, Reen. Ok, boleh la bukak blog Diyana Shukor ni. Dia ade update pasal aku. Hehe. Nak tgk hasilnya ke? Sorry la, i was using my 5mp hp camera, confirm maybe buruk sikit. Takpe, i copy dari blog Diyana dulu lah ye. tgk lah! :)

Hehe, ape sengih? Nak kate gambo before tu buruk lah tu!! Berani kau kate buruk??!! Hahaha yela2, admit lah, muke tah pape. Ade kisah kenape aku serabut tu. Nanti baru cite. Ha..tapi transformation tu cemane? Ok tak? bagi aku lah kan, memang ok. Lagipun, husband aku tu die tak reti menipu sikit. Dia selalu je kutuk aku tak pasal2 kalau pasal make up and baju. Kalu buruk die kate buruk. Kalau KG dot die kate KG Dot. So, aku sebenarnya takut la dia mengata aku kan.

Tapi, 1st time dia nampak, die senyum aje. Then masa aku tanya malam tu, dia kata, make-up tu cantik. And sempat dia cakap "naseb baik tak tebal macam mak nyah!" oh?? Tgk tu...sempat lagi tu. Adeh. Tgk gambar lagi k..

Haa, td tengok macam mana dia buat mata, bibir segala kan? Ni bila dah siap dan berposing. :)


Ok, SIAP!!!

Diyana ni dia bagus. Tak kelam kabut, banyak cakap, suka borak, friendly and menepati masa. Detail jugak.Ok lah. Sebab memang aku suka cara dia make up, so, i have no problem with her. Dari mula dia datang, sampai dia nak balik. Thumbs UP!

Ok, dah tgk gambar aku kan? Sile la komen. Tak semua org suka cara MUA aku maybe. Takpe. Ade hak mengomen. Jangan risau. kalau kau kate tak cantik pun aku tetap kate cantik! hahahaha Take care!! daaaaa





May 6, 2010

My Solemnization




"But can you feel this magic in the air?

It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale.."

*senyum* masa ni, lagu Taylor Swift ni mmg mcm terdengar2 kat telinga aku..betul la org kata, saat ni adalah yg terindah bagi seorang wanita yg bergelar isteri. Post kali ni agak sentimental, and agak sedih campur happy sikit2...saat nikah ni buat aku rase melayang...ini lah rupanya noktah pada segala pencarian aku selama 26 tahun utk mencari seseorang yg akan menemani aku until the end of time, insyaallah..

He is the one..yes, He is the one that i'm searching for. Lelaki yg akan gantikan bantu Ayah terus membentuk aku.. *airmata dah bergenang*, lelaki yg akan ambil menyambung tanggungjawab seorang bapa selama 26 tahun mendidik, dan memimpin aku, sama2 menjaga sebuah keluarga 1 hari nanti, insyaallah.

Sedih, sebab bila fikir, saat ni yg aku paling tunggu adalah saat yg terakhir aku akan dulukan mama ayah dalam semua perkara. Pada yg belum kawin, mmg takkan rasa, utk aku yg hari ni masuk hari ke 6 bergelar isteri, dan duduk pulak dekat rumah parents sendiri, perkara ni mmg terasa lain... :(

Tapi, mmg hakikatnya anak perempuan akan dilepaskan bila sampai waktunya. Di lepaskan pada seorang yg boleh menjaga dia, sebaik ibu bapa dia jaga dia..kan? dan....i believe, my hubby will taking care of me as good as my parents did selama ni...

Menangis? siapa tak menangis time nikah? Maybe lah lain org lain perasaannya, tapi masa aku nikah, aku sayu gile, tambah2, BFFs semua jauh. Duduk jauh dari aku. I really need their hands at that time...tapi tak ada. Ape lagi, menitik2 lah airmata, sebab terlalu gabra dan sedih sgt bercampur2. Ada pulak semua family aku, cousin2, aunty2, uncle, opah, owh~~ when i looked at them, rasa mcm nak jadi the small little girl yg didukung 20 years back.................*menangis sudaa* :(( aku ni mmg agak kememey (cepat melalak) sikit. So, bila nikah tu, rasa mcm excited but terasa mcm tittle "ISTERI" adalah terlalu besar utk aku pikul.

Semua jadi lain sgt masa tu. Bayang kan lah, pengantin lelaki (tunang / bf) korang depan mata. Ni yg telah di plan for a long time, yg korang kejar kan, yg korang usahakan bersusah payah, yg korang nak selama ni....but bila masa tu dtg, mcm rase nak patah balik.......sebab mcm nak masuk 1 alam lain yg tak terjangkau ape akan jadi selepasnya.

Masa tu, semua dah terlintas, boleh ke bgn pagi? boleh ke masak? boleh ke kemas rumah? boleh ke sidai kain baju anak lelaki org? jaga makan minum die? diri sendiri tak terjaga, boleh ke jaga anak org? anak sendiri nanti? boleh ke gossip2 keluar malam2 dgn bffs? boleh ke celeb besday bffs buat girls day out aje? mcm2..sgt mcm2...yg paling ketara, bila tgk family, especially cousin2 yg kecik, they said i look like barbie doll, so pretty and all, and they asked me, "Kak Deq, are you sure you wanna get married today?" terus tersenyap and buat2 senyum..padahal..that actually soalan yg buat jantung mcm nak luruh...betul jugak...am i sure??? Tapi akhirnya, aku selamat juga dinikah kan dgn my soulmate jam 1015pm, 30th April, 2010. Alhamdulillah~!

To mama and ayah, no words can describe how much i love you both, it was like yesterday when i was your little girl with candy in my hand, and i talked a lot, but still you'll be smiling at me, layan me and laughing at everything i did.. :(

To the rest of family, tak tau lah ape nak cakap, but......tak ada apa boleh tukar sesiapa pun yg Adeq ada selama ni, dgn apa juga pun.....*suddenly teringat arwah atok*.... :(

To bFFs, as usual, i always feel like we are actually sisters yg terlahir dari perut mak2 yg berbeza...coz, we share everything like what siblings do...all of you can never be exchange with anything in this world..i love you emy,nani,gee.......

To my soulmate, i would never ask you for anything, except, to love me, and accept me as what i am...guide me and our family so that we will be together hereafer. Amin..

*esok aku cerita pasal hari sanding and behind scene semua benda ok*

April 29, 2010

Bride's Journey Begins : Semi Final checklist :)

Adoi.....kenape sepatutnya sgt excited, tetapi jd tak berape excited, sebab hari ni demam, tiba2 demam...lusa nikah pulak...sgt benci.. :(

Semua dah 90% siap, tinggal kotak gift perlu masukkan telur pindang dan segala muffin, candy dan sebagainya...Esok, org pasang khemah, dan org pelamin nak dtg pasang pelamin dah... Kire setel dah tu.

Kasut sanding dah beli dah..nanti hari kahwin aku upload boleh laa tgk entah cantik entah tak.......simple dan comel mcm tu je laa..kire setel jugak.

Walking asle yg sepatutnya DIY belum siap lagi, kene tunggu esok ade buruh kasar cousin datang buatkan. Same goes with pelamin kat dalam rumah untuk nikah. DIY jugak, simple (ikut lakaran), so tunggu jugak buruh kasar cousin datang buat esok. Rasa mcm ok dan sempat sebab esok khamis. Insyaallah~!

Bilik pengantin ni sepenuhnya DIY decorationnya. Pergi ikea beli cermin, beli pomander ball, and mcm2 lagi buang2, potpuri, gantung2 grass ball kat siling bilik.....dan mcm2 lagi...skang rase mcm dah cantik :) ngeh ngeh ngeh~

Majalah pengantin terkahir telah pun dibeli...Bulan May 2010 punya. Ini adalah yg terakhir sebelum bergelar isteri. Lepas2 ni akan jd mcm makcik2 yg belek majalah sebab nak tgk fesyen baju raya, atau pun nak tolong org buat hantarn, atau nak menghias rumah..hahahahaha~

Meja utk guess book telah sepenuhnya sedia utk dihias, memandangkan perhiasan meja tu baru je setel membeli tadi. Cuma, ada 1 perkara tak buat lagi, print gambar lah pulak..adeh :( Esok perlu disetelkan. Esok jugak kene pergi buat henna pukul 7pm...ermm..tiba2 terasa malas dan nak mintak org tu dtg rumah memandangkan bukan jauh sgt pun rumah dgn kedai die..cehs!

Ok lah..ape lagi? Takde ye? oh...fresh flower, opah pesan suruh beli rose 30 kuntum semuanya...adoi...mane nak cari yg murah ni.. Dan...alamak, buah strawberry utk choclate fountain lah! Omaigot.........mane mau cari ni...habis laaa :(

Ok, kene stop membebel...kene set jadual esok supaya semua benda disetelkan dalam masa 24jam esok.. *mungkin kah?*

Take care readers! Wish me luck ye..daaaaaaaa

April 26, 2010

Sendiri pandai letak countdown, sendiri gelabah!

Hahaha..

Ketawa plak. Yela, tadi tgk wedding label yg countdown tu kan kat page sendiri...tulis mcm ni :
..5 days until our Wedding Day..

Terus gelabah menggelupur bagai. 5 hari lagi? Biar betul...Arrgghhhhhh~! Byk lagi tak siap ni..Masak la.. *Sarah tolong amil balik title u bagi i sebagai the Calmest Bride* skang dah menggelupur gile. Hahaha...Now 1am, tak tido lagi. Baru siap susun hantaran...Habis laa..

Tadi pagi katil sampai boleh plak tertidur. Adoi.. India tu yg kejut aku bangun. Dgn tak mandi bukak pintu rumah *buruk perangai* harus lah india tu tak tau bahawa aku lah bakal pengantin. Sebab mesti die ingat bakap pengantin sure dah bgn awal gile dan buat sarapan utk family sendiri ala2 prektis menjadi isteri solehah...HAKIKATNYA?? Aku tak mandi pun bukak pintu. Mesti die ingat aku maid! Cehs~!

Hati senang gile tgk katil and perhiasan yg dah siap. Punya lah tak sabar, dah siap pasang cadar pengantin dah pun..tak boleh blah perangai aku ni. Langsir baru pun dah pasang...Bilik pengantin ni 70% dah siap. Tgl lagi nak cantik kan sudut mengadap kiblat, supaya bila En.Azuan nak sembahyang sunat nikah kat bilik pengantin, cantik lah sikit.. OP nak amik gambo...konon~

Kasut pengantin still tak dapat lagi...ape nak jd entah. Tggu laa this week nak cari sorang2..ermm..then, ape lagi ni tak siap? Guest book dah beli tadi kat memory lane, nanti aku upload pic, warna pink putih. Hiasa, meja guest book pun dah beli segala potpuri candle and segalanya, ditemani dan hasil consult dari BFF Nani.. :)

Ok lah...sekarang adalah sgt gabra. Kepada otai2 pengantin lama,hahaha, sile beri nasihat...yg lambat lagi nak kawen, nasihat laa pape yg patut utk bride to be yg huru hara macam aku ni...

Tido lah! Daaaaaaaaa~!

April 24, 2010

Bride's Journey Begins : Katil sampai esok

Waaaa..

Sebenarnya baru balik dari 2 tempat. 1, Famista, baru bayar habis bedroom set kat situ. 2nd, Ryn's Avenue, dah bayar habis jugak untuk set pelamin....

Huhu...best2..rase mcm dah hampir complete semuanya ni...Set katil tu tak mahal..mmg pilih yg murah tapi cantik. Anyway, Famista mmg murah, bagi tilam free and tambah2 sikit dah dapat set alas tempat tidur pengantin dgn bantal free lagi. Lepas tu tambah lagi, utk hiasan rod2 kayu dan kain nak nampak cantik lagi.. :) Then masa nak bayar, bodek sikit2 lagi, nak bunga hiasan katil..letak atas katil...die kasi laa free terus..haha

sama tak serupa

Berbeza warna dan design kot...ini set mahal la..mine was cheaper..alot more cheaper than this. Ok la, mine is black color...sekarang trend semua pengantin suka sgt set warna putih. Me too..hehehe but, memandang kan set warna putih kene beli mahal sikit, supaya kayunya lebih tahan lama, dan cat dia takkan jadi kuning after some times, dan ditambah lagi, mama kate, watna putih utk org yg mmg pandai jaga barang, aku surrender lah. Hahahaha terus amik hitam..tak payah jaga dah! huhuhu

For those yg cari katil, pergi famista, the price wont let you down punya. Set below RM1000 siap tilam pun ada tau. Pilih aje. Yg mahal pun RM5000 tu you boleh dapat the very2 grand set punya.. :) Lagi mahal, lagi byk brg free die bg....Cepat!!! Famista ni dekat dgn rumah aku. Aku kan duduk Klang..so, if ade mane2 bride to be yg nak pegi Famista ni, dan anda tersesat, atau nak kan landmark.....sila contact aku! :)

Ok lah, katil sampai esok, bilik tak kemas lagi..*oh apekah*...daaaaaaaaa :)

April 22, 2010

Attention : Wedding Invitation for all of you!!

Dear All readers, bloggers, everyone..

I would like to extend my wedding invitation to all of you. Secara seriousnya, aku nak sgt jumpa bloggers and readers yg selalu komen and bace entry2 aku yg kadang2 berguna, selalunya mengarut ni..hehehe so, come on my wedding ya..Tapi rumah aku jauh kot. Kat Port Klang, *kalau kau sampai aku rase kau gagah* my old frens yg bace blog tapi tak pernah komen but selalu bg email, my cousins *mmg kau tak akan dapat invitation card, sebab kau wajib* and semua lah. I attached map later k.

Kalau ada masa terluang, dtg ye, if nak card, inform, i can give you sebab i nak sgt bg card, but dunno who wanna attend and address.. :)

Date : 1st May, 2010.
Time : 12 noon to 4:00pm
Add : No.74, Lengkongan Melikai, Kawasan 8, 42000 Port Klang, Selangor.

Ok thats all.....Take care, and love u guys much!


*perasan sgt budak ni ade org bace blog dia..uurghhh*

Bride's Journey Begins : Khemah Pengantin

Khemah Pyramid ke, arabic ke, gazebo high top? *blur*

Aku baru je jumpa dgn vendor khemah 5 minit yg lepas. Baru habis discuss. And this is the 1st discussion and will be the last discussion jugak with him utk majlis aku. Gile kan? next week majlis, hari ni baru nak jumpe vendor...hahahah semua last minit aku ni. Seperti biase.

Siapa vendor aku? Ermm..malangnya dia tak ada sebarang webpage utk korang lawati. Takpe2, tgk kat bawah ni contoh2 yg aku letak (apa yg aku request), so, nanti, bila on 1st May, kite tgk ape jadi ya. Errmm, hati aku tak risau pasal khemah. Sebabnya, dia dah pernah buat for my sister last year. Everything ok..so, aku rase, my turn pun akan ok, insyaallah~

Biase kalau khemah sekarang, semua org nak gazebo high top. Kan? Cantik, siap mcm ade bendera kecik sekali..kan??? Comel2...aku dinasihatkan oleh vendor, jgn amik arabic, sebab beza bentuk sikit aje dr Pyramid. Tapi harga mahal..Kalau nak, amik gazebo terus. Fikir punya fikir........kan aku pengantin bajet, so, aku telah pilih pyramid *ape? tak cantik? cili mulut kau nanti!!*

Actually, lain org lain fikir nya kan? Me too....utk aku yg dah selalu ke kenduri kahwin ni, bahagian luar tak selalu masuk gambar..kan? Tetamu pun tak selalu tgk khemah dari luar..kan? kejap die tgk taim nak dtg, then taim balik..kan? So, terfikir plak aku, bahagian luar ni tak penting..yg penting adalah deco khemah aku bahagian dalam..hehehe..

Maka terjadilah request seperti dibawah bertemakan Hijau Cream, garden katenyer..hehehe :

1. Khemah Pelamin (Backdrop, red carpet, underlayer, chandelier, scallop) - 1 Unit
2. Khemah Makan Beradap / VVIP (Banquet set for table, chairs, skirting, underlayer, chandelier,scallop,meja kek) - 1 Unit
3. Khemah Tetamu (Scallop, 1 layer scallop tengah khemah, VIP Table set with alas meja bulat, skirting, plastic alas meja, center piece (bunga), kerusi sarung) - 4 unit
4. Khemah memasak with pangkin - 2 Unit
5. Tambahan : meja utk Guess Book plus kerusi yg bersarung reben *eceh,mcm korang penat sgt nak menulis*
6. 3 buffet line banquet style.

Hehehe.. itu lah die..Total harga utk 8 khemah ini, dan semua tambahan serta segala hiasan VVIP adalah...mane boleh kasi tau.. hahahahha...but, name me as pengantin budget, harussss harganya murah sahaja, secara serious.

Nah, enjoy gambar2 yg i dah tunjuk pada vendor supaya dia buat like this.. :)

Ini adalah cth meja dan kerusi tetamu. Cuma alas meja hijau tu kat dalam, skirting putih luar, and akan ade plastic alas meja...kerusi bersarung tapi takde reben :)


Semua meja tetamu akan ada center piece (something like this,maybe kecik sikit)


Chandelier and underlayer like this for khemah pelamin and makan beradab / VVIP


Ok, utk khemah tetamu, underlayer putih tu tak ade..yg ada hijau tu saje kat bumbung tu.. :) baru laa beza dgn khemah pengantin..kan? ngeee


For khemah makan beradab / VVIP, semua kerusi dan meja adalah banquet, bukan kerusi plastik :) dan hiasan banquet style jugak. *suka*


and, last one...my Wedding Guest Book table.. with skirting and chair yg bersarung dan reben.. *sila tulis dlm buku ini nanti ok!*


 Haaa..itulah dia..so? How? hehehe weh, ini ape yg di request, outcome belum tahu lagi tau jd ape..wait and see ok! :)

Penat ni layan pakcik vendor tersebut.......nak tido..tatatata :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...