CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

February 16, 2016

Vacation Johor Bharu, Pengerang dan Legoland Malaysia

Assalamualaikum.

Last week masa chinese new year aku bawa anak-anak pergi JB. Ini pun sebab dah berkurun aku janji dengan Adam Qaiser nak bawa dia pergi Legoland tapi aku takkkkkkkk jugak bawa-bawa.

Bukan taknak bawa, tapi last year Aydan kecik lagi, aku rimas berpanas-panas berpeluh ketiak, nak main dalam themepark tu. Aku tunggu si Aydan besar sikit baru bawa Abang dia yang gila Lego tu masuk Legoland.

Hari Sabtu, 6hb February bertolak dari Melaka ke JB. Check in homestay dekat Skudai. Hmmmmmm.. malas nak borak pasal homestay sebab aku tak berapa puas hati dengan homestay tu walaupun memang besar rumahnya, tapi keselesaan dan kebersihan agak mendukacitakan.

Malam sabtu tu, 'terpaksa' pergi ke Pengerang, Johor dari JB sebab boleh pulak laki aku tertinggal stroller anak dekat rumah dia di Pengerang. So, drive lah malam tu ke Pengerang semata nak amik stroller. 

Bawa sekali semua family aku untuk makan seafood. Dah laki aku kata seafood dekat Pengerang tu punya lah murah, aku yg hantu seafood ni pun terliur lah kaedahnya.










Kami makan 8 ekor lobster, 1 ekor siakap, 6 ekor ketam, 3 ekor sotong besar, sayur, sup dan nasi. Air 2 jug besar,

Nah gambar.







Haaaa... harga? Tak cecah pun RM300. Bahahahhahahahahahahaha *eh tergelak besar pulak*

Murah lah, lepas tu sedap pulak. Bagus betullah...... kalau lah aku duduk kat sini kan bagus. Tetiap hari aku boleh melantak seafood. kehkehkeh..

Ok habis hari pertama. Hari kedua iaitu 7hb aku masuk Legoland. Yeayyy! Tiket aku dah beli sebulan awal. Masa tu dekat website legoland ni ade promo diskaun 25%.

Aku kan tak boleh dengar perkataan diskaun ni. Mudah terpedaya. Maka aku pun pergi beli.

Harga asal tiket legoland 1 day combo dewasa ialah RM225.
Beli online dapat 20% diskaun, jadi RM180.
Beli time promo pulak 25% diskaun, jadi RM169.



Harga untuk kids pulak 1 day combo ialah RM180.
Beli online dapat 20% diskaun jadi RM145.
Beli time promo pulak 25% diskaun jadilah RM135.


Aku rasa hebat sangat lah dapat diskaun ni kan, tapi rupanya kalau nak lagi murah, beli dekat kaunter, walk in saje, dan beli GUNA MAYBANK CARD (DEBIT/CREDIT).

Macam mana aku tau? aku beli total 5 dewasa, 1 kanak-kanak. Aku lupa tiket anak sedara aku si Ariana.

Tak pasal laki aku kena beratur beli tiket Ariana tu. Sampai kat kaunter org kaunter sendiri yang tanya ada ke kad Maybank. Kalau ada lebih murah dari online. Laki aku pulak memang takde Credit Card, so dia pakai Kad Debit Maybank dia aje.

Ko bayang darai RM180, aku dapat RM139. Jimat RM41.
Beli pakai kad Maybank dapat RM120. JIMAT RM60!

Mak ai....... kalau aku tahu aku beli aje walk in. Haihhhhhhh Takpelah, next time aku beli pakai Maybank card. kihkihkihkih

Oh masa aku beli sebulan lepas, aku rasa was-was sebab Malaysia tengah musim Elnino. Panas lain macam. Aku pun stress memikirkan akan berpanas dalam legoland tu, dan aku duk fikir Aydan demam lah nanti ni, confirm!

Tapi, alhamdulillah, masa aku sampai hujan renyai-renyai. Jadi semua orang yg beli combo tiket disarankan masuk ke waterpark dulu atas alasan "kalau hujan bertambah lebat, waterpark akan ditutup terus hari ini dan tiket tu kira burn"

Aku discuss dengan laki aku cemane, dia kata masuk jelah themepark. Sebab hari mendung. Sesuai nak berjalan dalam themepark. Hujan pun dah berhenti. Cuaca mendung aje. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa, gittewwww..

Anak bujang i no 2 ni memang kaki renyeh..

masa sampai memang renyai dan mendung


tengoklah kanak-kanak ni baru jejak kaki dah malas jalan nak duduk stroller aje

















Ada tempat untuk budak bawah 3 tahun


ni yg tua bangka main



takleh blah percikkan air tu sahih berat nak mampus

Masuk tengok teater Ninja Go



Ni babysitter aku yang tak bertugas!


Last-last laki bini jaga anak sendiri









Kalau tanya aku pasal Legoland kan, aku akan kata yang dia sangat sesuai untuk anak-anak aku sebabnya, macam area building-building yg dibuat dari Lego ni, budak baya Aydan yang setahun ni pun boleh excited.

Dia tak buat tinggi-tinggi sampai budak tak nampak. Dia buat kenit-kenit, si Aydan ni yg baru pandai jalan terasa mcm dia berada dalam "town"  dia sendiri. Bukan lah semua untuk adult view saje.

ok gambar seterusnya pasal makan.



Ni makan dekat Pasta Mania. Memang fav budak-budak. Bab makan, dia sama aje macam international themepark lain. Harga sama. Aku compare dengan Disneyland Hong Kong, Legoland punya harga makanan lebih kurang aje. Mungkin murah sikit lah dari tempat lain.

Sepinggan set untuk budak-budak atau dewasa cecah lah RM40 min. Tapi tu consider murah lah. Aku tak pergi makan tempat lain (mana tau ade lagi murah kan). Aku makan Pasta Mania aje. Total aku spend dekat Pasta Mania ni untuk 2 adult dan 2 kids 1 infant, dalam RM100.

ok gambar bawah ni ialah play area untuk budak bawa 3 tahun. Tapi Aydan masa ni dah tidur, so Adam dengan Ariana lah yg jadi budak bawah 3 tahun main.





Lepas duduk dekat area budak 3 tahun kebawah tu, terus masuk 4D movie. Best gile lah. Ada 4 movie aje. Tapi tak dapat tengok semua. Dapat tengok 1 aje sebab masa tak cukup. Haih sedih.

Sama macam experience aku dekat Disneyland dulu, 4D movie ni budak memang excited lah. Contoh macam dekat Legoland ni aku masuk tengok movie The Race (kalau tak silap lah). Cerita Lego noi racing dekat macam-macam tempat dengan macam-macam musim.

So bila dia race dalam musim salji aje, ade salji (buatan) turun dari atas... jatuhlah atas budak-budak ni, jadi budak-budak pun terjerit-jerit "SNOWWWWW SNOWWWWWWW..."

Kalau race musim hujan, tiba-tiba keluarlah air basahlah semua orang. Bila musim angin kencang, bukan main keluar angin macam kipas depan muka. Macam tulah sampai habis cerita.




anak aku memang suka tidur. Aydan main jalan-jalan dalam legoland lepas tu tidur. aku saje lepaskan dia jalan, sebab cuaca memang sangatlah baik. Langsung tak ada matahari.



Pukul 4.30pm macam tu laki aku dah sibuk nak masuk waterpark. Dia takut tak sempat. So lets mandi!


Dua-dua paw makcik membeli baju berenang yg baru. Stress aku kejap.



Ha. nampak yg lego biru hijau kuning tu? Tu lego dibuat pelampung. Dalam waterpark ni bersepah benda lego ni dan budak-budak boleh ambil dan buat pelampung sendiri guna lego tu. Syok ahh.. tapi aku memang tak paham dengan mak bapak budak yg bangsa amik banyak-banyak dan buat pelampung bentuk bangunan kat anak dia. Serupa kubu tu. Sila rujuk gambar tu.

Kot iye pun tamak kan, kesian anak ko. Depan pun tak nampak. Bijak sgt bapak dia gamaknye.





1 lagi best pasal Legoland ni, pelampung PERCUMA. Life jacket PERCUMA. Semua percuma. Tak payah sewa macam Sunway Lagoon tu. Semua free aje. Ko nampak pelampung bulat tu, rembat aje.







Aydan memang tidur walau air turun bunyi macam tsunami...

ok anak aku masa ni baru bangun..



Dah tukar baju mandi tapi tak mandi sebab takde masa...





Selesai mandi pukul 6pm dorang salin baju aku bawa Aydan lepak main lego sambil tunggu semua tukar baju.




Ni dah keluar dr waterpark dahhhhhh...


Sempat amik gambar depan Hotel Legoland, tapi tak duduk sini. Oklah, next time bila ada rezeki kita duduk sini ok?


Dalam kereta semua budak tertidur. Hahahahahah



Ini aje makcik sempat beli dalam tu. Keychain ni RM22. Jadilah kenang-kenangan. 



Ok. Review Legoland Malaysia?

Pada aku, aku puas hati main dalam ni. Sebab aku bawa budak umur 6tahun, 5 tahun dan 1 tahun. Semua boleh main kebanyakkan permainan.

Legoland banyak mainan yg memerlukan parents ikut sama. memang fun untuk family yg suka main sama-sama dengan anak.

Harag tiket aku rasa berbaloi sebab dia international themepark. In fact aku rasa murah, banding dengan USS ke, Disneyland ke.

Barang dalam ni pun murah. kalau beli tshirt USS mesti RM100++ kan? Tshort legoland below RM100. Tapi jangan lah kau harap RM10 pulak. Dah kenapa ko kan???

Disebabkan anak aku tak membeli pun mainan dalam ni sebab dia leka main, maka aku terselamat lah dari sebarang kecelakaan poket. Hahahahhahaha

Ok itu sajelah review legoland kali ni.

Aku akan pergi lagi nanti.

Oh 1 tips, jangan beli ticket COMBO PARK 1 Day. Sebab, tak cukup masa. Kesian budak-budak. Rushing. Aku pun rushing.

Next time aku beli 2 day combo park. Senang.

Ok bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...