Tulis tajuk saje...tapi my tears dropping slowly....sebab kelahiran Adam, sangat panjang masa yg ditunggu, dan byk hikmah kerana ada suka...dan duka disebalik semuanya...Walau ape pun, utk Adam, Daddy dan the whole family.....Mummy sanggup tanggung ape pun... and because of all these things, Mummy faham, kenape "syurga dibawah kaki ibu" (T__T)
Cerita ni sgt panjang, pada yg tidak sanggup membace, boleh tutup terus blog ni..
23 February,2011 - Rabu
Sepatutnya mummy check up di klinik kesihatan hari Khamis, tapi entah kenape mummy rase mcm nak pergi hari Rabu. Jadi mummy pergi dan tunggu. Dah 38 minggu, doctor cek dan sahkan kedudukan Adam adalah songsang "transverse lies", iaitu kedudukan songsang melintang. Memang diakui, sgt sakit seminggu ni, sebab rupenye Adam sengkak dua2 belah tulang rusuk mummy..mummy susah sgt bernafas......Doctor arahkan mummy ke HTAR terus, mummy minta tangguh sebab mummy nak ke UMRA, jumpe doctor Ummul. Tapi Doctor tak bagi, sebab mummy dah 38 weeks. Bila2 masa boleh bersalin. Dan disebabkan mummy sangat kurang darah, mummy tergolong dalam ibu mengandung yg berisiko, Doctor kata, kalau ke private pun, private akan hantar mummy ke HTAR semula. Doctor taknak nanti mummy kehulu hilir last2 membahayakan nyawa Adam dan mummy juga. Puas fikir.....mummy call daddy...dan kami ke hospital.
Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, mummy terus di periksa sekali lagi oleh doctor pakar, dan terus dapat surat admit wad. Mummy mintak tangguh, sebab rase belum masanya, dan mummy tak bersedia......Doctor kasi mummy 1 hari, esok, mummy mesti daftar masuk wad, tepat jam 8 pagi....mummy senyum..senyum tawar..
24 February, 2011 - Khamis
Pukul 8am mummy dah ade di wad, daftar masuk, dapat katil..daddy hantar. Sayu je hati masa ni..Daddy janji tgk mummy waktu melawat nanti pukul 12-2ptg, dan 5-7pm. Mummy angguk. Daddy cium dahi mummy dan terus berlalu, sebab daddy tau, kalau toleh nanti daddy pun tak sanggup nak tinggal mummy sorang2. Mummy tak tau nak bayang mcm mana, kalau org lain, tau bila masuk dan bila jangkaan nak keluar dari wad. Mummy pulak, mesti duduk wad sampai mummy nak bersalin....ermmmm...tak ada daddy, mummy mmg tak boleh nak fikir ape pun.
25 February, 2011 - Jumaat
Doc pakar datang cek mummy, and decided untuk pusingkan Adam, dalam masa terdekat...tapi, tunggu dan tunggu...dan tunggu...tak buat jugak Jumaat tu... :(
26 February, 2011 - Sabtu
Sekali lagi doc pakar datang, cek mummy...dan bagi terus tarikh utk pusingkan Adam...Isnin, 28 february, 10am..cuma mummy dah diberitahu, dalam 2 bayi yg dipusingkan, hanya 1 yg akan berjaya..50-50 chances. Kalau tak berjaya, ade masalah yg akan berlaku, sama ada baby akan stress, dan melemahkan jantung dia secara tiba2 atau mummy akan tiba2 pecah waterbag dan kedua2nya akan bawa mummy ke bilik bedah secepat mungkin....mummy nak bersalin normal..mummy taknak operate...daddy and mummy decided to go for ECG (pusingkan baby).
27 February, 2011 - Ahad
Berdebar tunggu esoknya. Mummy tak tentu arah bila fikir Adam mungkin akan ade depan mata mummy esok kalau ECG tak berjaya. Betul ke Adam akan ade depan mummy? Mummy doa byk2..dan tawakal...Malam berlalu..mummy tidur tak lena..muka daddy and the whole family silih berganti...mummy sayang semuanya...dan mummy sayang Adam...
28 February - Isnin
Hari isnin yg paling panjang dalam hidup mummy.Pagi mummy bgn breakfast, mandi dan doa agar semuanya berjalan dgn lancar. Macam2 cerita mummy dgr pasal ECG, sakit lah dan sebagainya sebab rahim perempuan mengandung 1st time masih sempit. Kalau pusingkan baby, mmg sakit, mak sakit, baby pun sakit, Mummy buat pekak telinga bila kakak2 dalam wad cerita mcm2 kat mummy.....
10am- doc datang, check Adam, eh...Adam dah bergerak kebawah sendiri...mummy happy sgt..dan doc pun happy...mummy dah boleh balik...tapi doc kate, tggu dalam sejam cek semula..scan...
11am- mummy senyum, jalan ke bilik scan....baring dan doc cek Adam....ermm...Adam dah bergerak balik...terus songsang "breech" iaitu songsang menegak. kepala adam di tengah2 tulang rusuk mummy. Patut lah mummy rase semacam tadi...rase sesak nafas dan dada mcm lebam bile mummy duduk.Doc kata mummy dah pun 39 minggu 3 hari....taknak tunggu, doc nak mummy dibedah hari ni jugak. Mummy pun diarahkan berpuase sekejap...pukul 4pm akan masuk bilik bedah. Mummy sedih betul. Tapi mummy sabar. Yg terbaik takkan dtg dr mummy. datang dr DIA. DIA lebih tahu. Daddy dtg utk teman mummy sampai masuk bilik bedah.
330pm- Mummy disiapkan utk di bedah. Daddy pegang2 tgn mummy, cium dahi..dan mummy pun disorong terus ke bilik bedah...yg mummy minta dari Allah, hanya Adam yg sihat....dan semoga mummy pun sihat utk lihat Adam nanti. Bibir tak henti mengucapkan "lailahaillaanta subhanakainni kuntumminazzolimi" dan bacaan surah 3 Qul. Mummy dibius separuh badan. Mummy sedar keseluruhan proses mengeluarkan Adam dari rahim mummy. Mummy rase mcm tak kena. Sebab rase mcm kasar sgt ape yg dilakukan. Tapi, mummy bukan doctor, mummy serahkan segalanya pada doctor, dah name pun doctor kan? Takkan dia tak tau buat kerja dia..
420pm- tengah mummy khayal berfikir tentang mcm2, mummy dengar satu suara, indah sgt.....bunyi tangisan...tapi sgt syahdu, sgt2 indah.....sampai airmata mummy mengalir...dalam hati terus terdetik...Ya Allah...Adam...dan terus dgr suara nurse cakap "Puan Aini, anak Puan dah lahir ye..." mummy senyum...Alhamdulillah...mummy dah tak fikir ape dah. Mummy nak tgk Adam...sekarang jugak..Nurse dtg bawa Adam pada mummy, tgn mummy kena ikat kiri kanan, mummy nak sentuh Adam tapi tak boleh. Nurse tunjukkan muka Adam, dan terus lekatkan muka adam pada mulut mummy, "cium sikit anak Puan ye.." mummy pun terus cium Adam...airmata mengalir lagi..."Adam...anak mummy..."
6pm: mummy disorong keluar ke wad, keluar2 bilik bedah, mummy nampak Wan,Tok Ayah, dan Daddy..mummy senyum...mummy tak larat sebenarnya..penat..tak tau kenape. Sampai di wad pun mummy tak byk cakap. Semua sibuk belek2 Adam, mummy tak larat..mummy penat...sangat2 penat..mummy tak tahu kenape...Tok Ayah azankan Adam....daddy nak buat tapi tak amik wuduk pulak. Tak kisah laa. Janji Adam diazankan....mummy nampak..mummy senyum lagi..Tepat pukul 7pm, semua balik. Habis waktu melawat. Serentak tu, mummy terus lena...penat..semacam..
9pm- Mummy terjaga, cuba angkat kaki, tak boleh. Masih dalam keadaan bius. semua rase berat. Tapi mummy heran, kenape mummy pening semacam. Dan mummy rase kepala mummy sgt2 sejuk. 0acam ada org letak ais. Mummy angkat hp, nak sms daddy...tapi tak larat...tiba2 mummy teringat pada perut mummy yg dibedah. Mummy nak rasa kat mana yg dibedah. Mummy nak tahu. Jadi dalam keadaan mamai2 tu, mummy seluk 2 tgn mummy dalam kain...tak rase ape...terus sampai mummy rase mcm melekit....mummy keluarkan dua2 tangan..Ya Allah..darah..penuh dua2 tgn mummy..mummy terkejut. Mummy panggil nurse, tekan butang..nasib baik mummy mintak daddy panjangkan butang panggilan tu letak dekat bawah bantal mummy sebelum daddy balik petang tadi. Kalau tidak, mummy takkan sampai nak capai butang tu. Nurse dtg, tanya kenape, mummy tunjuk tgn mummy..nurse tu mengucap panjang. Panggil nurse yg lebih senior...datang tgk mummy dan semua jadi kelam kabut. Panggil doc, tapi doc biase...dtg kat katil mummy, die pun terkejut....dan tekan2 perut mummy. Setiap kali tekan, mummy rase pening...darah keluar membuak2 mcm mummy accident.
10pm- Doc pakar datang, cek mummy dan terus arahkan mummy dibedah semula. Allah je tahu ape mummy rasa. Uncertainty. Mummy pandang Adam..teringat daddy, mummy gagahkan jugak diri mummy sms daddy... "Doa byk2, B kena masuk bilik bedah semula, darah keluar byk dari luka bedah petang tadi..membuak2.." tu je mummy mampu tulis..dan daddy reply "Tunggu sana, Abg dtg sekarang"
1045pm- Daddy sampai, masa ni dah kelam kabut, nurse dah nak angkat mummy dan sebagainya nak masuk bilik bedah. 2 doc pakar cek mummy, dari muka daddy yg nampak mummy, mummy boleh bace ape daddy rase masa tu. Muke daddy merah...berkerut masa pandang perut mummy, doc pakar nampak daddy dan terus brief ape yg dah jadi.....tapi daddy mcm tak dengar, mata daddy pandang aje perut mummy..mcm terkejut....at that time, mummy tau..my condition wasnt good at all for sure...
1115pm- Mummy disorong sekali lagi ke bilik bedah. Mummy redha. Tawakal. Dan mummy tahu ajal maut hanya tuhan yg menentukan. Mummy nampak daddy, mummy senyum. Walhal airmata mummy dah nak tumpah. Mummy tahan. Mummy taknak daddy sedih. Adam dah lahir. Daddy mesti happy, bukan sedih tgk mummy. Mummy istighfar byk2...mummy doa yg terbaik, dan mummy tahu daddy jugak sentiasa doa utk mummy. Utk Adam dan Daddy.........semua mummy sanggup..semuanya.. (T___T)
1130pm- Pembedahan semula dijalankan. Mummy taknak tidur, dan paksa pakar bius utk teman mummy bercakap. Mummy taknak tidur, mummy takut. Mummy difahamkan yg doctor bedah petang tadi tak menjalankan kewajipan die dengan sempurna. Atas dasar apa, mummy tak tahu. Byk salur darah yg sepatutnya dimatikan tidak dimatikan menyebabkan pendarahan dalaman sehingga terdapat banyak darah beku. 7 lapis kulit dipotong utk pembedahan keluar Adam, dan 7 lapis perlu dijahit semula. Tapi doc petang tadi jahit tak kemas, berlubang2 menyebabkan salur darah yg tak dimatikan terus keluarkan darah melalui setiap layer jahitan. Jadi, doc malam ni buka semula semua 7 lapis jahitan tadi, keluarkan darah beku, dan matikan salur2 darah yg masih mengeluarkan darah. Mummy kurang darah, mummy terpaksa dibantu dengan 1 beg darah tambahan semasa pembedahan tu. Pembedahan selesai dalam pukul 1am..
1am- mummy ditolak masuk ke wad,daddy diluar bilik bedah. terus tgk muka mummy...sampai di wad, nurse amik Adam, sebab tau mummy tak mungkin boleh jaga Adam mlm tu. Daddy dan mummy tak bercakap..masing2 diam..mummy tau, daddy tak tahu nk cakap ape dah bile tgk isteri dia kena siang mcm ikan...dan daddy pun taknak cakap byk nanti mummy nangis pulak...daddy tak boleh tunggu. Cium dahi mummy, letakkan butang panggilan nurse tepi bantal mummy dan pulang. Bila daddy hilang aje dari pandangan mata mummy, mummy pun menangis......
3 hari selepas pembedahan, mummy dibenarkan pulang. Mummy mmg nak balik. Dari pagi mummy asyik tanya nurse, tanya doctor, bila mummy boleh balik. Mummy taknak duduk hospital. walaupn sebenarnya mummy rase perut mummy sakit sgt mcm kene hiris pisau. Mummy tetap cakap mummy ok. mummy nak balik.
Sekarang mummy di rumah selepas 7 hari melahirkan Adam, memberi Adam nikmat melihat dunia, sakit pembedahan masih terasa. Nak bangun tak boleh, nak ke toilet, nak mandi, segalanya pedih sampai sekarang. Pasrah. Mummy tabahkan hati setiap kali Adam menangis mummy akan bangun, duduk, pangku Adam. Biar susah mcm mana pun.
Utk Adam, melihat Adam, hilang semua rasa sakit mummy, hilang semua rase susah mengandungkan Adam, rasa payah melahirkan Adam...semuanya hilang sekelip mata. Mummy doakan Adam sentiasa sihat dan membesar dgn baik dibawah jagaan mummy dan daddy.....Amin Kami namakan Adam sebagai Adam Qaiser yg bermakna:
Adam: Permulaan yg baik / Sebaik-baik permulaa (kerana Adam adalah permulaan yg terbaik melengkapkan mummy dan daddy sebagai sebuah keluarga)
Qaiser: Pemimpin/ketua/Raja/Pemerintah (kerana Adam anak yg pertama, Adam lah yg mesti jd ketua yg baik utk adik2 adam nanti)
Utk daddy, terima kasih sebab sentiase doakan mummy dan Adam...walau diberikan kehidupan kedua atau ketiga sekalipun, mummy takkan terima melainkan diberikan daddy sebagai suami mummy.
Utk semua ahli keluarga yg sentiasa mendoakan, terima kasih banyak.....kekuatan mummy byk bergantung pada kalian. Juga kawan2, bffs yg tak jemu2 hantar sms utk kuatkan semangat mummy. Alhamdulillah. I'am blessed.
And now, proudly present to you, Adam Qaiser Bin Azuan, our bundle of joy...
p/s: sebenarnya azab bersalin ni mengugurkan dosa2 kecil, maka saye redha dan pasrah atas setiap ketentuannya. Azab bersalin juga berbeza mengikut rezeki masing. Ada yg terlalu seksa, ada yg terlalu mudah. Tapi semua ni bukan pengukur berapa byk dosa dan pahala seseorang itu.....alhamdulillah semuanya selamat. Ada hikmah disebalik segala ketentuanNYA. Yg bijak pasti menggunakan entry saye kali ini sebagai muhasabah diri dan lebih memahami erti sebuah pengorbanan. Semoga kita semua bahagia dan gembira disamping insan2 yg kita sayang. Amin.
33 ideas:
tak mampu untuk berkata apa2 hanya air mata sahaja yg mampu mengalir....semoga tabah..dan cepat sembuh...;)
terima kasih jihan :D
semoga akak dan bby sihat sentiasa aminnnn
Alhamdulillah. Keduanya selamat. Pengalaman melahirkan tu sgt2 berharga! Anyway, berair gak mata ni mbaca uhuhuhu. Adam should be proud of his mummy!
OMG. Can I cry.
Serious rasa nak nangis. Pengorbanan seorang ibu memang sangat besar kan. Melahirkan saja pun dah tidak ada tandingannya. Apatah lagi menyusukan. Membesarkan dia.
Insaf. Such a great entry. I memang sentiasa tunggu entry dari you. <3
Sedihnya Aini.. Kak Ain baca entry Aini ni sambil menangis.. walaupun kat meja kerja..huwaaaaa..
Walaupun Kak Ain ada pengalaman bersalin 2 kali, dan Kak Ain rasa dah teruk dan azab.. tapi Aini punya kisah bersalin lagi teruk dari Kak Ain..
Aini sangat tabah.. Kak Ain mmg solute ngan Aini.. semoga Aini cepat sembuh dan baby Adam membesar bagai Johan..
InsyaAllah, Kak Ain nak sangat g jumpa Aini dan Adam.. sabar yer dear..
aini..I cried too..semoga cepat sembuh..
*speechless..
take care tau!
i'm crying..... T.T
sgt sedih cerita akak...
bleh x mk copy entry akak?! nk share kt blog kite... :)
thank you for all of you yg drop komen...everytime bace, everytime teringat mcm mana nak lahirkan "anugerah" tak ternilai ni...
yang pasti hanya mereka yg bergelar ibu sahaja yg akan lebih tahu erti pengorbanan ni.. :)
boleh..copy laa asalkan bermanfaat utk org lain :)
sedihnye... be strong! hopefully cpt sembuh.. :)
sebelum ni bace jer...tp hari ni nk jgk drop komen...
rase nak menangis bila bace....sebak,terharu n mcm2 rasa lagi ada...
semoga akak cepat sembuh dan adam membesar sbagai ank yang baik...=)
1st : congrats ya sebab dapat adam qaiser yang comel..nama pun sedap
2nd : bersabarlah dengan dugaan yang dihadapi..
3rd : doakan sha pun cepat dapat baby sebab nak kena operate jugak next month..
Syukur segalanya selamat. You are such a brave mummy. Sesungguhnya kita merancang Allah menentukan. Jika kita redha dengan ketentuan, pasti lebih baik menanti InsyaAllah...Allah takkan menduga umatNYA jika dia tidak mampu..Adam pasti berbangga mummy dia berani, tabah dan bertarung nyawa untuk melahirkan dia ke dunia ini...semoga Adam menjadi anak yang soleh dan buat mummy dia happy. Take care and cherish every moments of ur time with Adam :)
alhamdulillah semua selamat..lain org lain pengalamannyer kan..kalau kita rasa sakit,ader org lain yg lgi sakit dari kita..semoga adam menjadi anak yg soleh k.
waaaa.....kesian kawan aku sorg ni, tak pe ni, sakit bagaimana sekalipun, ade anugerah yang tak ternilai kamu dpt.semoga berbaloi segala perit getir yg dilalui.i've known u for a long time and i always knew u can face no matter what!! i would give anything in the world to go through whatever u have gone through just so that someone can call me mummy.
sooo happy for both of u.hugs and kisses to mummy and adam..."daddy x boleh lah, kalu hugs and kiss daddy lain pulak karang"
thanks again to all...sekarang dah 9 hari since dibedah, keadaan saye ok, masih bergantung sepenuhnya pada ubat tahan sakit yg dibekalkan oleh pihak hospital. Dan dah beli pil tahan sakit lagi di farmasi semalam sebab tak ada pil ni, tak mungkin boleh handle Adam yg lasak sikit ni :)
Terima kasih kerana doakan Adam jadi anak yg soleh, dunia dan akhirat. Amin :)
tiba baca n3 ni..bertakung air mata..tunggu nk megalir saje..
Cuma mampu berkata..xsume dapat merasa pengalaman bersalin yg mudah kn..seperti sy bersalin normal but vacum..kena jahit 2x..sbb pendarahan byk..hanya wanita yg bergelar ibu sahaja yg tahukn..
pada aini...taniah kerana berjaya lahir kan anugerah teragung ini..semoga menjadi mummy yg terbaek..amin...
*semoga cepat sembuh ye..
nak nangis baca ...
take care ye aini and congrats for new born baby !
aini, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. alhamdulillah semuanya selamat.
congrats atas kelahiran adam. wish me luck, sal baru je pregnant 6 mggu ;)
aini..
sedey smpi menitis air mata kat opis..huhu..
ya Allah, semoga mummy akan cepat sembuh.. besarnya pengorbanan seorang ibu..
kamu take care ye laling.. kem slm pelok ciom kat adam comey!! muaxxx
baca entry ko aku speechless..tapi aku nanges..teringat masa aku dgn arissa..czer mmg sakit..berpantang lagi seksa..tapi aku kagum dgn ko masih mampu bf kan adam..means susu ko klua byk ikut demand adam..rezki adam..arissa sempat 2bulan jer diBFkan..takpe lain org lain sakit nye..tapi tu semua ketentuanNya..
Tahniah Aini&Wan..
nnt ada kesempatan aku gomoi adam :D
adam dgn arissa same aje, keluar ikut tingkap. Seksa lah cser ni. Tapi nak jadi mcm ko, lalu je seksa ni, sedar2 arissa dah nak setahun dah berape bulan je lagi...aku pun buat2 mcm semua ni kejap aje..selalu pujuk camtu...huhu dah nak 2 minggu, aku tak recover pun lagi..still makan pil tahan sakit..aku tatau lah bile nak benti makan..
meh dtg umah kalau free ye! :) kissess and hugs utk mchelin! ekekeke
speechless!!!!!!!!!!!!!!alhmdlh smuanya slmt and kagum dgn smgt akk....smoga sntiasa tabah and kuat...neway bby so cuteeeeeeee! tcare..hug & kisses - Adam:)
writeless!!
err sedih nya. air mata mengalir laju masa bace entri ni. betul lah kata orang, kasih ibu dibawa mati T____T
hampir2 mengalir air mata aku. terpaksa stop bace sekejap sebab takut tetiba menangis kat opis. semoga adam akan menjadi hadiah yang tak ternilai untuk sorang ibu yang tabah. congrats aini. adorable mother!
Semoga Adam membesar menjadi anak yang soleh :)
congrtes... doakan kamu yg terbaik.. tabah nye kamu.. harap saya akan tabah seperti kamu!! amin....
terharu baca kamu punye post...
"jom shopping2 sini juga..mcm2 ada..stroller toys walker playmat ..kids cloths"
http://pu3store.blogspot.com
rasa takut nak bersalin...mcm2 ye
Sape surgeon yg oprate mula2 tu kak?
Ermm akak pun dah tak ingat dah.. I have waited for that surgeon sebab nurse kata doc tu nak dtg tgk akak. Tapi sampai discharge tak ada pun. Tapi akak mmg Sgt suka dengan pakar bius tu. Die kesian dgn akak, so die Kate esok pagi die akan dtg tgk akak Dan Tanya apa2 patut and she did. Baik Sgt dia...
Post a Comment