CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 27, 2010

Resepi Paprik Ayam (hahaha)


Hi Readers,
Ini adalah entry paling sadis (T.T) kerana tidak tahu nak tulis apa diblog, dan entry terdahulu telah pun 7hari berlalu. Hehe Sila abaikan entry ini jika ia muncul di dashboard blog anda ok!

Saban minggu, Isnin hingga Jumaat, kami suami isteri bekerja. Hanya Sabtu dan Ahad sahaja masa untuk bersama-sama berbual panjang dan me-relax-kan diri. My the other half adalah seorang yg rajin ke dapur (lebih rajin dari saya (T.T)) Errkk... dia suke memasak dan saya pun suke cuma tahap kemalasan saya mungkin agak lebih berbanding dia.

Hari ni, dia bangun pagi dan mintak saya masakkan sawi goreng cina. Saya terpinga2, "oh apekah sawi goreng cina? tak pernah dengar pun. Ape mintak pelik2 ni.....urghhhhh". Dia diam dan angkat towel terus pergi mandi. Saya pula turun bawah dan buka lemari es (peti sejuk) utk lihat apa ada dalam peti sejuk. Hasilnya, bukan sawi goreng cina yg ku masak, tetapi paprik ayam. Hahahaha ini resepi org pertama kali membuat paprik ayam mengikut citarasa sendiri (nasib baik menjadi). Kuikuikuikui

Bahan-bahan:
1/4 daging ayam (bahagian isi sahaja) di potong kecil
Sedikit kacang panjang di potong
Sedikit lobak merah di potong memanjang
Sedikit kubis
1 batang saderi di potong kecil
1/2 cawan sos cili maggi
1/4 cawan sos tomato
3 sudu kicap manis
1 kiub pati ayam maggi
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
5 biji bawang putih dan merah ditumbuk
1 labu bawang besar dipotong 4
1/4 halia di titik
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Goreng ayam sehingga separuh masak
2. Masukkan bawang putih dan merah yg telah ditumbuk, dan kiub pati ayam (tumis hingga naik bau)
3. Masukkan sos cili dan sos tomato dan kicap
4. Masukkan serai, halia dan daun limau purut (biarkan seketika)
5. Masukkan sayur-sayuran yg telah dipotong
6. Masukkan bawang besar
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Biarkan seketika sehingga ayam masak dan sayur2 agak layu supaya bila makan gigi tidak tertanggal dek ayam yg mentah jugak sayur yg keras. Hehehe

Ok dah siap, pastikan apabila telah siap die seperti gambar dibawah atau paling tidak pun seperti Paprik ayam di kedai siam yg selalu anda pergi. Sekian

My the other half makan sebelum dia pergi kerja (Sabtu kerja? Ya..kerja, Bangla pun salute dia sebab Sabtu pun pergi office! Haih). Kemudian saya pula makan bersame air sunquick ais (ooopss, husband kata tak boleh minum ais, bila dia dah pergi kerja baru saya makan...boleh minum sejuk2..hehehe) Burp~ Alhamdulillah! Selamat mencuba...(ahahaha ade ke org nak cube atau dalam dunia ni saye lah org terakhir yg tahu masak paprik) theeeheehee (T.T)

Ok, sekarang terase malu, bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...