Terus terang sepanjang 3 minggu kebelakangan ini mood adalah amat terganggu. Semua benda jadi masalah. Semua benda serba tak kena. Rasa nak lempang orang saja hari-hari. Tolak lah Adam yang memang penyejuk hati. Tolak lah hubby dan family members lain yang memang tak ada kena mengena dengan mood yang swing ni, benda lain semua memang agak sengal. Dari hal office sampai lah segalanya, adalah total lost! Hal biasiswa TPM pun buat saya sangat serabut. Mana tak nya, apa pun belum lagi dibuat untuk biasiswa tu. Semua pun tahu, tawaran akan secara automatic terbatal selepas 30 Jun,2011. Saya pula baru habis pantang 15 April,2011. Baru lah nak pergi settle kan borang-borang masuk, barulah nak pergi hantar application form ke UPM dan sebagainya. Lebih sadis, call UPM, sebab semua tahu intake tahun ni adalah pada Sept 2011 bukan macam tahun-tahun sebelumnya iaitu pada setiap bulan Julai. Jadi sah-sah lah kalau saya apply, surat tawaran akan keluar pada paling cepat bulan Julai atau August. Gila? Macam mana nak lengkapkan borang TPM yang mahukan surat tawaran Universiti pilihan sebelum Jun,2011??????? Memang aku stresssssssssssssssssssssss~!
UPM pula saya called, dan minta kalau saya layak, saya minta surat tawaran diberikan awal. UPM kata boleh, tapi kena bagi application form before April.jadi mereka akan meeting dan berikan surat tawaran awal kepada pemegang biasiswa yang tamat tempoh sebelum Sept 2011..hahahah apekah???? Mau tak stress makcik mendengarnya? Bulan Mac makcik tengah duduk atas katil berpantang kot! Jantung ni hari-hari macam nak pecah. Mengenangkan biasiswa ni bukan senang nak dapat. Jangan lah buat pasal terlepas tawaran ni pula. Tak kelakar ye tuan2 dan puan2.
Jadinya pada satu pagi yang sunyi selepas Adam selamat tidur lepas mandi pagi, saya pun tergerak nak buka email. Kejadian berlaku dalam 3 hari lepas. Tiba-tiba mata terpandang satu email dari UiTM. Ah sudah, reminder untuk saya yang tak lengkapkan lagi borang-borang yang diperlukan ke? Habis lah! OOOOOHHH...habissssss....jantung nak pecah ye. Hadooii... mata membace email tersebut yang berbunyi :
Semua Penerima Tawaran Skim Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2010/2011
Tuan/puan,
PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Merujuk kepada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (surat
[JPT.S(BPKP)200/400/016/03 J1d.3(27)] bertarikh 15 Oktober 2010) berhubung perubahan
sesi akademik institusi pengajian tinggi bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/setaraf dan
lepasan STPM/setaraf, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Latihan & Pembangunan
Staf (Induk) UiTM telah meluluskan pelanjutan tempoh sahlaku tawaran Biasiswa Tenaga
Pengajar Muda bagi tahun 2010/2011 daripada 30 Jun 2011 dan 31 Julai 2011 kepada 30
September 2011.
3. Sukacita dapat pihak tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan
pihak tuan/puan dapat memulakan pengajian dalam tempoh sahiaku yang telah ditetapkan.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan gagal memulakan pengajian dalam
tempoh tersebut, tawaran biasiswa berkenaan adalah TERBATAL.
4. Pihak tuan/puan juga diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian dan
dokumen lain yang berkaitan kepada pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
(JPbSM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tuan/puan memulakan pengajian.
5. Sila abaikan pelanjutan tempoh sahiaku ini sekiranya tuan/puan telah memulakan
pengajian.
Sekian, harap maklum dan selamat maju jaya.
Yang benar
DR ANIAH1BAHA/ROM
Ketua
Merangkap Setiausaha
Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk)
s.k.
Dekan Fakulti
Timbalan Bendahari Unit Kewangan Zon 2
Maka dengan ini saya berasa amat LEGA sekali.
Alhamdulillah.......nampaknya DIA memahami kesukaran yang saya alami. Dari itu ape lagi Aini Qamariah, pergi setel kan semuanya sekarang! Haih~
Lembab macam siput sedut betul!
1 ideas:
Salam puan, saya nak tny..saya apply TPM baru2 ni yg bru je closed last month..then klu berjaya utk pnggilan temuduga, uitm akan hubungi candidates melalui apa ya? surat? emel? call?
TQ
Post a Comment