CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 12, 2012

Bila April...


April ialah antara bulan yang paling indah buat saya. Dalam bulan ini pelbagai kenangan tercipta. Yang pahit, tak perlu diingati selalu. Yang manis perlu dikenang ke akhir hayat.

3rd April, 1980

Happy birthday my love, Azuan Bin Md Ali. I love you for who you are, no matter what happen now and here after.

cutting cake by birthday daddy but yang baju biru tu memang tak boleh tinggal. Nak juga potong!


4th April, 2009

The very 1st day, both family (hubby's family and my family) met for majlis merisik. Majlis sangat kecil. Hanya sebuah kereta sahaja datang. Hanya perbincangan kecil dan ringkas. Dan saya dapat my 1st ring from him.

30th April, 2010

At 9:00pm, i am officially married to Azuan Md Ali. It is our anniversary! Hooray.. and this year, we are celebrating our 2nd year, with our beloved son, Adam Qaiser.

Ajar Adam Qaiser tulis birthday card for daddy


I am blessed!

I am blessed!! Seriously!


Hidup ini banyak mengajar saya erti susah dan senang. Pahit dan manis. Pengorbanan dan pengertian. Kesabaran dan kecekalan. Alhamdulillah. Segalanya masih lancar walau pelbagai rintangan yang datang, insyaallah hati masih kuat untuk menempuh.

Sebenarnya, jika kita hidup untuk diri kita, dan kerana Allah, perkara lain tidak menjadi masalah. Tak perlu hiraukan orang yang tak suka kita, sebab yang suka dan sayang kita adalah lebih ramai dan lebih berkat. Yang penting bukan orang suka kita, tapi diri kita sendiri suka dan puas, dan DIA juga redha. Insyaallah segalanya akan lebih baik dari masa ke masa.

Ada entry menarik yang ingin saya bicarakan, tapi akan ditulis dilain kali. Ia tentang gelagat manusia. Lama saya tak menulis tentang manusia disekeliling saya dan perkara-perkara aneh yang berlaku. Tunggu entry seterusnya ok.

Sementara itu, ingat pesan saya ni, hidup kita indah kerana kita hidup dengan cara kita, bukan cara orang lain. Kita hidup kerana diri kita, Allah, dan orang yang kita sayang. Maka kita perlu gembira atas setiap ketentuan ilahi, juga redha dengan takdir yang telah ditulis. Pekakkan telinga pada suara negative, dan butakan mata pada perkara negative.

Dah mcm Dr. Azizan Osman? Hahahah aku pun tak pernah pergi lagi seminar die weh! Huhuhuh

Take care all.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...