Seronok tak nak raya? Saya seronok gila. Sibuk siapkan persiapan raya keluarga. Baik dari segi pakaian atau makanan, atau perhiasan rumah. Raya lah katekan ;p
Tapi dalam-dalam sibuk siapkan segalanya, ada sahabat dari Klang cadangkan untuk kami bantu golongan asnaf dan fakir miskin yang tingga berdekatan kami untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dengan meriah :)
Tak sabar-sabar saya bila tahu ada peluang membantu dan menderma, jadi keluarlah entry ini hari ini.
Supported by Telekung Project |
Jomlah bantu kami. Kami cadangkan untuk memberi keperluan asas raya untuk 20 golongan asnaf dan fakir miskin sekitar kami. Entry ni pun lambat, baru 24 jam kami post kat facebook dah hampir semua kami dapat sumbangan. Tapi, item kat bawah masih KOSONG kalau anda nak menyumbang :)
asalnya kami perlukan barangan seperti di bawah, tapi cepat sangat dapat orang sudi sponsor. Terima kasih lah banyak-banyak :)
1) gula x20 bungkus
2) susu pekat x 20 tin
3) milo/susu/teh x 20 bungkus
4) minyak x 20 paket
5) beras x 20 bungkus
6) tepung gandum x 20 paket
7) biskut raya x 20 kotak
8) bawang putih/merah x 20 bungkus
9) garam x 20 bungkus
10) kicap x 20 bungkus
11) bihun x 20 paket
12) berus gigi x 20 batang
13) ubat gigi x 20 kotak
14) sabun mandi x 20 kotak
15) sabun basuh baju x 20 kotak
16) bedak x 20 botol
Kalau anda rasa ada barangan lain yang diperlukan untuk Syawal tapi
kami lupa letak, inform kami ye :)
Contohnya ada sahabat nak sumbangkan Kerepek, ada juga nak sumbangkan
nasi impit dan air kordial, kami terima semuanya.
Golongan asnaf dan fakir miskin yg kami pilih ada 20 keluarga semuanya.
Anda boleh sumbangkan barang yg kami perlukan, walaupun sebungkus bihun,
kami terima, atau sebungkus garam.
Jika ada nak sumbangkan duit, kami terima juga walau RM1. Janji anda ikhlas
nak bantu mereka.
Jom ramai-ramai kita buatkan Syawal kali ini lebih meriah untuk kita dan
untuk mereka. Insyaallah!
Sesiapa nak derma boleh call @ sms saya 016-4441497, atau
email : ainiqmy84@hotmail.com, atau inbox facebook saya!
Before or on 15th August,2012
Dear all, alhamdulillah, challenge closed at 2pm, 9th august 2012. Semua barang telah ada penderma. Kepada penderma-penderma budiman, boleh call saya before 15th august utk hantar barang-barang. Jutaan terima kasih kerana menyertai kami mengembirakan golongan asnaf / fakir miskin Syawal ini. Semoga dilimpahi rahmat dan diberkati, juga dimurahkan rezeki. Amin :)
Before or on 15th August,2012
Dear all, alhamdulillah, challenge closed at 2pm, 9th august 2012. Semua barang telah ada penderma. Kepada penderma-penderma budiman, boleh call saya before 15th august utk hantar barang-barang. Jutaan terima kasih kerana menyertai kami mengembirakan golongan asnaf / fakir miskin Syawal ini. Semoga dilimpahi rahmat dan diberkati, juga dimurahkan rezeki. Amin :)
Ok, saya kongsikan entry dari blog Aminuddin Harun untuk renungan bersama
Zakat, infaq dan sedekah memiliki faedah yang sangat banyak, bahkan sebagian ulama telah menyebutkan lebih dari dua puluh faedah, diantaranya:
1. Ia dapat memadam kemurkaan Allah, Rasulullah s.a.w, bersabda:
Sesungguhnya sedekah secara sembunyi-sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Rabb (Allah) (Sahih At-targhib)
2. Menghapus kesalahan seorang hamba, beliau bersabda: Dan Sedekah dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api(Sahih At-targhib)
3. Orang yang besedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arsy di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda: Tujuh kelompok yang akan mendapat naungan dari Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya diantaranya, seseorang yang menyedekahkan hartanya secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.(Muttafaq 'alaih)
4. Sebagai ubat bagi berbagai macam penyakit baik penyakit jasmani maupun rohani. Rasulullah saw, bersabda: Ubatilah orang-orang yang sakit diantaramu dengan sedekah. (Sahih At-targhib) beliau juga bersabda kepada orang yang mengeluh tentang keras hatinya: Jika engkau ingin lembutkan hatimu maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim. (Ahmad)
5. Sebagai penolak berbagai macam bencana dan musibah.
6. Orang yang berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap harisebagaimana sabda Rasulullah saw: Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua malaikat yang salah satunya mengatakan, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang lain mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya). (Muttafaq 'alaihi)
7. Orang yang berzakat dan bersedekah itu akan Allah berkati harta nya, Rasulullah saw bersabda: Tidaklah sedekah itu mengurangi harta. (Muslim)
8. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah, Sesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat -gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah: 245)
9. Sedekah merupakan petunjuk kebenaran iman seseorang, Rasulullah saw bersabda, Sedekah merupakan bukti (keimanan).(Muslim)
10. Sedekah merupakan pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, sebagaimana wasiat beliau kepada para pedagang,Wahai para pedagang sesung -guhnya jual beli ini dicampuri dengan perbuatan sia-sia dan sumpah oleh itu bersih -kanlah ia dengan sedekah. (Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah juga dlm Sahih Al-Jami').
Ok itu saja untuk entry kali ini. JOM SEDEKAH! :)
1 ideas:
Alhamdulillah, dapat sambutan yang sangat menggalakkan dari family, dan kawan-kawan.
Saya ucapkan terima kasih dan semoga anda makin dilimpahi rezeki berganda-ganda kerana sudi share rezeki dgn golongan ini.
Amin!!
JOM SEDEKAH!
Post a Comment