CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 15, 2010

Jangan Tolak Rezeki dgn Alasan Bodoh

 alalalala comelnya awak ni.. :)

Bercerita pasal masa pertama kali saya disahkan mengandung, rasa mcm satu dunia ni seronok dan happy sangat2. Walaupun pada masa tu, ada masalah yg melanda rumahtangga (bukan masalah suami isteri), tapi semuanya mcm lenyap, bila saya tau, saya bakal menjadi ibu. Alhamdulillah.

Masa tu, saya sms semua kawan2 baik. Saya share perkara ni dgn org2 yg bermakna dalam hidup saya, dan rase seperti dunia ni meraikan "kedatangan" seorang lagi insan baru 8 bulan lagi nanti...Indah....perasaan yg saya akan rasa hanya sekali seumur hidup, iaitu rasa pertama kali mengandung.

Rezeki, memang rezeki, kami suami isteri tak pernah merancang utk dapat anak cepat atau lambat. Go with the flow. Dan redha. Tu kunci kebahagiaan kami sampai sekarang. Ada duit, tak ada duit, masa susah, masa senang, cukup makan, tak cukup makan, ada duit minyak, tak ada duit minyak...semua tu bukan masalah kalau perkara tu terjadi. Kami suami isteri happy. Ada duit byk pun kami ketawa, tak ade duit byk pun kami tetap bersyukur.

Semasa semua org yg tau akan perubahan hidup yg bakal kami lalui 8 bulan lagi ketika itu mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga, juga mendoakan yg kami suami isteri tabah dan cekal dalam mengharungi hari2 bahagia menanti cahayamata pertama kami, ada juga rupanya insan yg kurang senang dgn apa yg kami ada.

Lantas, mereka2 ini mengata dibelakang kami, kononya kami ni tak sabar nak dapat anak, tak plan, gelojoh, dan tak ada persiapan rapi sebelum decide untuk dapat anak. Terkejut? tak perlu terkejut. Manusia kan memang mcm tu. Apabila tak mendapat sesuatu, mula mereka cerita karut marut kononnya meraka tak mahu perkara tu, tak ingin, tak kisah, tak nak langsung bla bla bla bla bla....

Aneh..sebelum teruskan membaca, saya harap anda tahu, ini adalah sekadar pandangan peribadi saya. Pandangan saya, mungkin berbeza dgn pandangan anda. Jgn tersinggung tak tentu hala. Saya tidak bercakap mengenai sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi idea dan kisah2 yg terjadi disekeliling saya hari ini.

Ada mulut2 dan bibir2 yg rancak berbicara soal zuriat. Kononnya tidak mahu mendapatkan cahayamata pertama (pertama tau, bukan kedua,ketiga dan seterusnya) kerana takut kedudukan kewangan tidak mencukupi lantas memberikan impak kepada anak yg bakal lahir. Bingung sebentar saya dgn kenyataan ini. Anak adalah rezeki, anak pertama lebih2 lagi, umpama pembuka pintu rezeki baru bagi pasangan suami isteri. Kenapa perlu takut? kenape perlu gelisah ?

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Anak itu anugerah dan "rezeki" yg tidak ada nilainya. Dari dia, Allah salurkan rezeki yg kemudiannya ibu dan bapanya pun akan menumpang atas rezeki itu insyaallah. Jadi, kenape mesti telinga saya mendengar sebilangan org2 berkata "aku memang taknak ada anak. Aku nak ada rumah dulu." atau "aku memang taknak ada anak, aku nak ada semuanya lengkap dalam hidup aku, senang nanti anak aku lahir dia cukup segalanya."

Sadis...seperti org yg tak percaya wujudnya tuhan utk memberikan rezeki yg halal dan mencukupkan apa saja yg tidak cukup dalam hidup kita seharian. Takutkan harta yg tidak mencukupi lebih dari menerima amanah Allah. Dah la selama ni pun ape yg dipertanggungjawabkan tak buat2, lepas tu sekarang tolak pula bila Allah beri green light utk menambahkan pahala dgn mudah. Pening aku ni eh!

Org sebegini patut berfikir dulu sebelum mengulas tentang org lain mengandung dan dia taknak kahwin atau mengandung. Kalau lah ibu bapa dia dulu fikir mcm dia, mungkin sekarang ni dia baru lahir kedunia atau tak pernah dilahirkan ke dunia. Dulu masa ibu bapa kita kahwin, mereka pun tak kaya. Harta tak ada 1 juta pun. Kereta pun tak ada. Ambil contoh diri sendiri, when i was born, 26 years ago, my parents dont have anything in hand yg luxury. They dont have their own house, they dont even have a good car. I remembered watching my father tolak kereta buruk kami yg rosak tepi highway, kereta tanpa aircond, yg ada hanya kipas kecil, ayah halakan kebelakang utk kami adik beradik tidak panas bila pergi jalan2.

My mother at that time bukan executive pun, clerk aje kat bank before long after that she has been promoted lah kan. But masa i kecik, i dont have anything yg nak dibawa kesekolah dan show off pada kawan2. Saya tak ada Barbie doll house. Tak ada barang2 branded utk ditayang pada kawan...but look at me now...how they raised me up?memang hidup saya tak mewah masa tu,tapi I belajar, masuk Universiti, ada Diploma..ada Degree, coming ada Master and insyaallah akan terus habiskan belajar sampai yg i boleh. I jadi org, takde jadi "binatang" pun. I jadi manusia yg tahu bersyukur, tak ada jadi manusia yg lalai dgn kebendaan. I ada sifat kemanusiaan, kasih sayang dan rasa malu utk bermegah2, tak ada pulak i jadi mcm tikus jatuh ke beras sampai nampak gaya mcm nak mati dalam beras dah sekarang. Kan?

So, mana kebenaran akan kata2 dan pendapat, kawin jgn ada anak awal. Prepare habis semuam baru fikir ada anak. Jgn gelojoh. Jgn itu, jgn ini. Kalau dah gila tu...gila jugak HELLO.....KAU POYO. Sepatutnya mereka merasai dan menginsafi diri sendiri, kalaulah rahmat itu Allah tarik. Macam insan2 dan pasangan2 yg dah kahwin lama, tapi belum dikurniakan rezeki. Mereka2 ni Allah uji dgn sangat HEBAT. Berusaha, berhabisan wang ringgit, hanya utk mendapatkan apa yg dinamakan CAHAYAMATA. Kesimpulan kat sini mudah. Kalau dah taknak anak, atau mmg dah tak tau nak bagi alasan apa sebab kau sehat walafiat tapi tak ada anak, anggap saja tiada rezeki. Nothing is wrong with that answer. Org akan faham, tak perlu burukkan dan bandingkan pula dgn org yg dapat anak cepat. Dan mengata mcm2. Macam org hilang akal. Kan mudah?

I got a friend of mine, my bff, facing this prob. Tapi, dia belum pun setahun kahwin, which mean, this condition still ok lah. Kalau dah 3 years and above maybe itu akan saya pandang dgn sgt2 serius. Tapi betapa tabahnya hari2 yg dia lalui dgn penuh harapan tu membuatkan saya rasa dia more than a tough lady! and that is why i love her so much and always pray to Allah supaya dia dapat apa yg dia hajatkan selama ni.

Mungkin yg diluar sana juga ada yg melalui keperitan sukar mengandung atau susah untuk dapatkan anak atas masalah2 kesihatan dan sebagainya nak share any info or share perasaan dgn my friend ni, boleh klik disini. She is a good friend of mine, dan dia juga suka share macam2 dgn org lain terutama berkenaan dgn how to get pregnant ni. Dan dia dedicate kan her blog untuk share ape saje yg dia cuba dari masa ke semasa utk mengandung.

Semoga isteri2 diluar sana yg menahan diri dari hamil bace dan fahamkan perasaan sukar menjadi ibu bukan kerana tidak mahu jadi ibu, tapi kerana TAKDIR. For Emy Suraya darling, you will get ur angel soon enough, insyaallah. Keep on trying and never give up. Bila dapat aje, kena ingat, aku hari ni dah booked as GODMOTHER, biar lah tahun bila pun anak kau nak lahir...Faham? Love you always!

Sekian utk anda, dan untuk saya. Utk semua pengantin baru yg saya kenal, yg baru aje kahwin last week, atau last 2 weeks, atau akan kahwin, ingat pesan saya, rezeki datang dari DIA, kalau tak tahu bersyukur pun, at least kita RESPECT apa yg DIA dah plan utk kita. God knows the best! Selamat Pengantin Baru, utk officemate, Haslam & Muriani, schoolmate, Sutila & Ma, ex-officemate Reen & Ishak. Welcome to our club!

p/s: nak wish utk BFFG & Moktam, tapi tah bile nak kawen entah...lambat betul nampaknye kamu ni ye!
 Pada yg lain, ini doa murah rezeki ye. Jom amalkan :)

November 12, 2010

My birthday and Baby 3D / 4D scan

hubby siap cakap, takkan nak tulis happy birthday B, romantik sgt nanti mama tgk malu..hahaha

Hi all,
Lama tak update dan tak ada entry baru since hati melonjak riang after dapat tawaran TPM last month. Well, November.............dari dulu lagi November memang bulan yg paling i suka. Kenape? Sebab hari lahir i adalah bulan November, dan ramai orang2 istimewa dalam hidup saya juga lahir dalam bulan best ini.. hohohoho~ as if bulan lain tak best kan? Ok, saje aje membakar hati kamu..ok lah, bulan kamu semua lahir jugak best, cuma bulan November lebih2 best! hahaha :)

I was born on 1st November,1984 (cewah,mcm nak buat karangan kan?karangan english pasal "My Self" kan) mentang2 hujung minggu ni kene pergi exam PTD ade segala karangan English BM bagai, kau dah merepek kat blog...huhuhu..ok kembali....dan every year, 1st November memang hari yg i akan tunggu (mcm budak2), dengan harapan ade dapat hadiah...waaaaaahahahaha~

This year is the 1st time i celebrate my birthday as a wife. Jadi, few days before (eh few days ke? bukan sebulan sebelum ke??hahaha) i dah hint2 dah hubby, supaya dia tau birthday i dah dekat sambil tersengih2...hubby i mmg cool...cool sampai die pun buat tatau je walau dihint hampir ratusan ribu kali dalam sehari.....die buat tatau aje dan hatiku kesakitan betul..lebih sakit bila BFF yg sedang berYM bersama i setiap kali office hour juga lupe yg next weeknye adelah besday i...haih

Apekah sebenarnya tahun ni? On 1st Nov,2010, hari Isnin, i KERJA!!! aaarghh,,,tak cuti :( bangun pagi2 i pergi keje hubby hantarkan, then die wish lah Happy Birthday semua kan...actually dia dah wish tepat pukul 12 midnight malam tadi. Then after woking hour, hubby amik i balik kerja dan beli cake Tiramisu + coffee + coklat :) sedaaaaaaap! Tenkiu ye darling. Then BFF semua juga ucap selamat hari lahir, kawan2 fb, sms byk masuk dan fb juga byk post pada wall.. Thanks again semua ye... :) *dah mcm ucapan anugerah skrin tv3* hahahahaha

Hadiah? Oh, hadiah dari hubby adelah sandal for pregnant lady..brand SCHOLL...memory cushion, sgt selesa ye Puan2 :) sila cuba kalau tak percaya, Cari Memory Cushion, mesti korang habis terpikat sebab habis selesa mcm tak pakai kasut dan walaupun badan berat rase mcm tak susah berjalan...best! Ye...memang last month telah beli sandal Hush Puppies, tapi hubby kata die tgk i pakai HP mcm tak selesa (padahal cemane laaa dari tengok dia boleh rase? i yg pakai, i tau laa selesa ke tak!) so die belikan kasut for my birthday. Yela, maybe dia tgk HP tu mcm utk bergaya bukan nak selesa sgt, so kalau suruh i beli SCHOLL ni mesti i taknak sebab ni kasut and brand org tua kot..ekekekekeek so bile die beli as present, takleh tolak..oh??? Bijak kau! Hadiah from BFF?? oh belum lagi ye...semuanya postpone sehingga hujung bulan ini untuk celebrate kate mereka...well tak kisah, sebab dah biase! hahahaha :) Love u still BFF..no worry!

Ok habis, jom cite pasal baby, munchkin now dah 6months, and i buat scan details, 4D scan last week, hari sabtu....besstttt...bukan dgn Dr.Ummul, sebab die invite pakar dari luar bila nak buat detail scan ni..chinese doctor....lady, dan sangat baik..sebab melayan lah i yg byk tanya ni. Actually pada sape2 yg tak tau, detail scan dibuat adalah utk mengenal pasti sebarang kecacatan fizikal dan juga kecacatan otak yg terdapat pada bayi....juga mengetahui keadaan fizikal bayi sepanjag development die as fetus lah kan..

Ok, on that day my appointment was at 530pm. I pergi UMRA and tunggu sana sampai lah they called my name. Hubby and i sgt excited sebab bila 4D dapat tgk video muka anak..nak tgk sgt *sgt tak sabar punya manusia!* masuk aje bilik tu i terus baring, then start lah activity scan2 ni..at 1st die buat 2D aje...sampai lah beberape keping gambar die amik, puluh2 keping..doc cakap mcm ni...

"otak, normal, bagus, tempurung ade belum tutup, meaning brain still can grow lagi, tangan..ade dua, jantung bagus, kaki ade dua, tulang paha bagus, tulang tangan bagus tak bengkok2, tulang belakang tirus dihujung, maknanya sgt bagus dan normal, bahu lurus, jarak antara dua soket mata normal, hidung normal.mulut penuh, bibir penuh maknanya tak ada sumbing....bla bla bla.." yg i dengar just NORMAL, BAGUS, GOOD....tu je..hahahahaha :) otak masa ni melayang sebab nak 4D..taknak 2D ni..mulut tak sabar ni,,terus je potong cakap doctor tu...

"Today i tak dapat tgk muka dia ye? semua 2D aje....." masam sikit muka time ni...yela, berpuluh keping gambar die amik, semua 2D kot...mcm takde 3D and 4D aje..then doctor tu cakap camni :

"nanti2, i akan tunjuk u 3D punya gambar and 4D utk video...kasi u tgk hows ur baby looks like"...melonjak hati aku terus! hehe

Saat yg ditunggu2 tiba juga akhirnya, Dr buat 3D / 4D scan utk tgk ape entah lah munchkin buat kat dalam. Oh, lupe beritahu, my munchkin ni teramat sgt lah active Dr kata.. Cepat dia lari, pusing tempat lain, paling muka, dan setiap tempat scan machine tu ada dia akan tendang tempat tu. I nampak dan rase jugak. So, i urut2 sikit perut i, sambil dalam hati suruh dia duduk diam2...i cakap mcm ni aje " Haip!! Baby duduk diam, mummy nak tgk muka, kalau tidak mummy rotan nanti!!!" ok......tak diam pun...tendang jugak. Pasrah..

Dalam video tu masa pertama kali tgk, Dr very focus.....kasi i tengok lama2...Ya Allah...indah saat tu. Sebab i nampak munchkin macam tengah minum air. Mulut ternganga, then kemam2, lepas tu nganga balik, mcm tengah makan....Then, die senyum lebar sangat2, dan ternganga sikit, mcm tengah ketawa. Mata tutup rapat, tangan pulak garu2 pipi, pegang2 mulut sendiri, and after few minit, mcm tau ramai sgt tengah tengok ape dia buat, terus die pusingkan muka kebelakang....tak dapat lah i tengok lagi.

Semua Dr captured, and simpan dalam CD. Dari 3D/4D ni jugak Dr. kata confirm lah munchkin adalah boy :) Alhamdulillah tak kisah lah boy atau girl asalkan sihat dan i boleh bawa balik secepat mungkin after give birth. Hubby and i was so happy and excited seperti biase. Dr kata baru masuk 6 months jadi baby tak ada isi lagi.. tak berisi laaa tak tembam2.. kalau nak tgk yg berisi sikit, dia suruh buat lagi end of Dec or Jan 2011. Memang i akan buat sebab mcm asyik suke nak tgk muka anak sendiri. hehehehe

Ok, total cost utk scan detail ini adalah RM135.00 termasuk 17 keping gambar 2D (kaki,tgn,tulang kaki, tulang belakang, otak, jantung, soket mata, hidung, mulut etc), 7 keping gambar 3D dan 2 video baby movement plus, consultancy dan ubat. Murah? yeeeee...sangat murah dan berbaloi yg teramat sgt ye :) highy recommended juga.

Baiklah, kat bawah ni video munchkin yg i dah edit (padahal hubby yg edit, i arah2 aje..hahaha), enjoy it ya!

Oh ok, for those yg tak tahu ape beza 3D and 4D scan (dulu i pun tak faham), ni i quote dr babycentre.com:
"3D scans are still pictures of your baby in three dimensions, like the photos you sometimes see in newspapers and magazines. 4D scans (with time as the fourth dimension) are moving 3D images of the baby. If you decide to have a 4D scan, you may be given a recording of it on DVD."

ok, tata :)

October 20, 2010

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2010

Hi all,
Tak tahu mana nak mula. Oklah, early this year, could not really remember maybe bulan February or Mac, i dapat panggilan from UiTM utk di interview bagi mendapatkan biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2010. Ape tu TPM??Adeh...TPM ni skim biasiswa utk siapa2 yg berminat untuk jadi lecturer UiTM tapi tak ada Master atau PhD. So, UiTM akan bagi biasiswa utk further study dengan syarat lepas habis pengajian mestilah berkhidmat dgn UiTM selama at least 7 tahun atau kene bayar gantirugi.

Ok lah,i memang nak jadi Lecturer, since i habis degree Nov, 2007, i apply for TPM ni tapi tak pernah dapat untuk interview pun...huhu nampak sgt lah i tak mampu bersaing dgn ramai gila org best2 yg apply at that time. Tapi i still believe konon2 i bijak laa kan, boleh buat Master, and result Degree i bukan hampeh pun, i sgt layak berdasarkan result tu. Huhuhuhu tapi, rupenye, memang lah walau menepati syarat tak semestinya akan dapat utk dipanggil interview. *sigh*

Then kisahnya, i apply lagi end of 2009, utk biasiswa 2010, dan tiba2 i dapat surat untuk interview. Wah, betapa gumbiranya hati beta hahahaha dan i pun dgn happynya terus lah konon2 study entah ape2, but frankly speaking, tak study sgt pun sebab i dah kerja 2 tahun, i betul2 lupa ape tu study! aarghhh....so dgn ala kadarnya i pergi interview tu dgn harapan menggunung i dapat biasiswa ni. Oh please lah. Sgt pemalas masa tu! I kene buat presentation slide (mock teaching), so i pilih tajuk Recruitment and Manpower Planning sebab sekarang i keje bende tu kan.....siap 10 slide saje..hahaha

On that day i went for interview dgn hanya slide dan notes2 kecik ala2 nak berdebate gitu. Then, guess what happened next? ah tak payah next, terus end of that interview day tu kan..ape jadi, i keluar bilik panel tu, i cepat2 terus masuk kereta i, dan ape lagi, i pun menangis laaaaa...hahahahhaa sebab, rase mcm telah membodohkan diri sendiri! i tak jawab soalan2 yg diberi panel. Of cos soalan tentang diri sendiri i jawab dgn excellent nya, tapi bila tanya issu semasa, Ya Ampunn!!!!!! Aku FAIL semuanya....cuma i pandai lah merepek2 kan, so i merepek aje sepanjang dalam interview masa soalan issu semasa tu. Dalam tu dah rasa nak menangis dah..i tahan aje.

Sebelum tu mock teaching dulu, before i was a group of Human Resource punya applicants tau. Dorang apply TPM untuk jadi lecturer HR, i pulak apply utk jadi lecturer International Business, konon nak further study IB lah, sambung sebab dulu degree i amik IB....then bila nama i kene panggil, panel terkejut sebab i buat presentation utk tajuk HR....tgk tu!!!!!!!!!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhh~!!!! mane i tak menenges, i tak ikut tajuk ok.........benci laa masa tu, nasib baik panel suruh i teruskan aje mock teaching. Tapi masa tu i dah kelam kabut sebab tau i silap dah..benci!

Well, itulah cerita interview TPM.....berakhir dgn cerita sedih dan i terus cakap pada few officemate yg tanya "how was ur interview for TPM??", i jawab "kalau i lah panel, tobat lillah i tak amik org mcm i....sebab sengal sgt!" dan i rase itu sgt seperti nightmare...dgn itu, TERPADAMLAH semua impian i nak further master and jadi lecturer...sedih jgn cakap lah...rase mcm LOSER! uurghhhh!

-END of THAT-

Today i balik rumah, lepas kerja, i lepak atas sofa, hubby baru 5 minit pergi outstation ke JB..i baru lepas like sedih2 so ever lah kan sebab konon2 akan duduk sorang without my the other half until Jumaat...haih...tiba2, my BIL dtg dekat i.."Dik, nah surat ko.." sambil dukung anak buah i yg comel itu..heheh
inilah budaknya, gambar masa gigit tgn hubby sebab geram..haha 

Then i pun amik lah surat yg besar itu, dan bace kat depan ade lambang UiTM.. i konfius jap. I fikir, kenape lah UiTM kasi aku surat besar2 ni...tebal pulak tu..ish, i duk laa fikir ni ape ek? sijil degree aku ke ape?? aku ade lupa amik pape ke masa clearance degree dulu? penuh konpius i bukak envelope coklat ni,

Bila bukak...............
TAWARAN BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

Melompat i kejap, bace byk2 kali........betul ke ni??? Hah?? Tak caye ni......i terus jerit2 mcm org gile, hubby tak ada, if not i really want to hug him..sebab happy gile...terus i mcm pening2 eh sape i nak inform eh??? so, i called my aunty, the person behind the scene ni...yg selalu support i kalau i nak jadi lecturer UiTM...so dia at 1st blur, after i ulang2 inform die..die pun excited gila! hahahahhaha oh syoknya masa tu..then i inform my husband, dia dekat tol Bukit Raja, Klang......

same jugak, blur2..and dia tak dengar kot ape i cakap...bila dah faham...i dengar hubby said "yeke? Alhamdulillah..." sejuk hati i....ini yg dia harapkan jugak dulu, nak i jadi lecturer...tak mcm kerja ofis sangat..and ada byk masa untuk anak...dan boleh laa i jaga anak dan ajar anak since i pun "pengajar" kan? dia nak sgt i dapat, i pun...and Allah finally give what we wanted most.... Alhamdulillah.....

Rasanya ucap syukur juta2 kali pun tak boleh nak balas apa yg dah dikurniakan Allah utk kami sekeluarga...mula2 rezeki dapat anak...lepas tu sekarang rezeki dapat biasiswa sambung belajar and jadi lecturer....satu2 impian dah tercapai...Rupanya target untuk i dapat Master before age 30 adalah possible..i ingat dah tinggal cita2 aje....Rupanya Allah bagi lambat....tapi tetap bagi....alhamdulillah.....syukur sgt2...thanks pada BFF Nani yg tolong i surf internet and kasi i info pasal isu semasa masa i interview dulu...sebelum masuk interview BFF Nani laa yg i kacau mintak tolong tgk itu ini...last minit punya budak...hahaha oh...cant describe ape i rasa sekarang..rasa best..mcm melayang2...huhuhu

To my beloved husband and baby,
Alhamdulillah, at last kita dah makin hampir dgn apa yg kita plan dalam hidup kita...org kata ni rezeki baby, tapi walau ape org kata, kite percaya yg semua pun datang dari DIA.......harap2 ni adalah permulaan baru bagi setiap kejayaan lain utk kite dimasa akan datang........i love both of you more everyday....tak sabar nak tunggu B balik dr outstation and lagi tak sabar nak tgk muke baby mummy ni
Love-love-love

October 17, 2010

Your 1st kick!

Kejadian berlaku lebih kurang sebulan lepas..
waktu malam
masa angin sejuk sgt (tipu aje, tido aircond,jd sebenarnya aircond lah yg sejuk..haha..oopss)
kepala atas bantal yg empuk
badan atas tilam yg lembut...
tapi tak dapat nak menandingi rasa lapar secara tiba2
ada suami....
walaupun die mungkin tiada di alam sebenar akibat mimpi yg indah gamaknye
kedengaran juga dengkuran2 manja dari suami sendiri
jadi sendiri mau ingat lah kalau kejutkan dia waktu ini, tak mungkin die layan kau...hahaha
pasrah...
toleh ke kiri...
tangan mengusap perut 
tiba2...
terase seperti perut dijentik...
tapi dari dalam..
kaget
cacing kah???? (oh please....ade baby dalam perut aku, please go mr.cacing, how dare u!)
dahi berkerut...
30 saat kemudian
sekali lagi dijentik....ditempat yg sama
kaget lagi, tgn pantas diletakkan diperut
dijentik lagi!!
terus teringat (hey, this is maybe my baby's 1st kick!)
tersenyum! terharu........ (malam2 senyum sorang2 dalam gelap...bayang kan..)
hati tiba2 berbunga2, happy sentiasa....
dan mula merepek..
bercakap dgn perut sendiri
suruh baby tendang lagi...mummy nak rase..please...
dan mcm faham......dijentik lagi!
haaaaaaaaa.......
ini rupanya...
begini rupanya..
perasaan menjadi ibu...
yg tinggal hanya beberapa bulan...
untuk jadi realiti...
Alhamdulillah... :)


For baby,
A day after kejadian malam tu mummy nak bg daddy pulak rasa apa mummy rasa...Daddy masa 1st time mummy cakap, "meh sini tgn, baby dah tendang" die buat muke pelik like "yeke ni??" then mummy malas cakap dgn dia, mummy amik tgn die, letak kat perut mummy....mummy suruh die fokus, sebab baby kecik lagi, takkan boleh tendang kuat gila pulak kan...baru 5months :)

lama lepas daddy letak tgn atas perut mummy and dia fokus, mata die mmg bertentang dgn mata mummy....until baby tendang sekali, kuat sangat.....mummy pun tak sangka...daddy excited gila...tersenyum lebar and ketawa....i can see from his eyes, that dia terkejut, dan tak sangka dan sgt teruja....haha...rindu that moment...a moment where we both as parents terasa mcm baby depan mata dah! happy sangat....dan daddy masa tu harap baby tendang lagi dan lagi..dia nak rasa lagi....dan macam faham, baby tendang lagi...lagi...dan lagi...sampai 4 kali... :)

Daddy was laughing and seronok gila kami masa tu......sebab kami tau, baby recognized us as your parents...maybe sebab dah selalu dgr suara mummy membebel..and suara daddy....Alhamdulillah....sekarang ni mummy sorang2 buat entry ni. Daddy kerja, and baby teman mummy dari petang lagi...tendang2...tak penat ke darling? hehehe i love you, even you are not here yet in front of me...but you already closed to my heart.. :)

gambar di ambil masa mummy & daddy survey barang baby, tgk lah daddy yg happy nak beli nursery bag yg comel tu :) he looks cute dgn bag tu kan?! haha

October 14, 2010

Kegilaan survey barang baby bermula


Gila..memang gila....sebenarnya anak yg dalam perut ni bukan ade taste lagi, bukan die kisah pun mummy beli apa untuk dia. Asalkan dia mandi dan tak sejuk malam2, wangi, sudah lah kot. Tapi jadi mummy ni yg payahnye ade keEXCITEDtan (uik....marah cikgu bahasa Inggeris i kalau bace,hahaha) yg tersendiri.

Hari2 mummy akan survey dalam internet segala barang2 yg mummy rase kena ada (padahal semua ni angan2, tak ada pun tak ape,tapi mummy konon2 nak semuanya lengkap untuk anak mummy). Walaupun mummy rase mcm lemah jantung, kurang waras, dan hampir pitam setiap kali mummy membuat budget baby. Haha *eh ketawa pulak, padahal duit nak melayang mcm layang2 ni* mummy akan jadi lebih2 lagi mcm nak tumbang bila budget mummy kemudiannya di potong oleh Daddy dgn sekali jeling...adussss

Mummy telah tetapkan date utk bershopping, iaitu akan mula dgn hujung bulan ni. Jadi bulan ni mummy memang sibuk sgt survey dari barang2 asas sampai lah barang yg bakal melalaikan baby tapi menyenangkan hati mummy supaya mummy boleh tido malam dan baby kalau terjaga kau pandai2 lah cari permainan yg mummy gantung kiri kanan depan belakang untuk menghiburkan hati sendiri. Hahaha...

Tengok dekat tepi blog mummy ni, dah mummy gantikan dulu mummy tulis WEDDING CHECKLIST, tapi sekarang BABY CHECKLIST..huhuhu everytime mummy dah beli, mummy akan tulis done. Ini je yg mummy rase baby perlukan ye!! (psss..mummy tipu, ini sebenarnya yg daddy luluskan dari senarai sebenar yg mummy buat, yg daddy tak luluskan kite beli senyap2 ok!)

Sementara tu, sila lah menatap gambar2 berangan yg mummy sempat copy. Tapi kite belum tentu lagi akan beli semua ni sebab mummy sekarang bukan lagi Menteri Kewangan dan jawatan tu daddy dah ambil alih sebab dia takut mummy salah guna kuasa dan pecah amanah sepanjang membuat preparation ini.*Oh,sakitnya hatiku!*

ESPRIT baby playpen

Peg Perego Pliko3 travel system

ESPRIT Baby carrier

Bathing set 
*mummy beli toiletries wangi2 ok!*
Baby grooming set 
*kalau baby taknak makan ubat,mummy ade injection! rasakan!!haha*

ESPRIT nursery bag
*semoga daddy hensem tatkala memakai bag ini,mummy wont wear it*

Fisher Price Bouncer
*main lah dalam ni dan jgn kacau mummy tengok Gossip Girls, please*
Sleeping bag-mengada2 aje
*hahaha mummy nak sangat masukkan baby dalam ni*

Ok lah, enough! Mummy asyik berangan. Kita tengok ape mummy beli sudahnye nanti ye. Love you. Tata

October 6, 2010

my lil munchkin updates!

Hati sgt gumbira ni...sebab mood masih lagi baik, since pergi last check up Sabtu lepas dekat UMRA...sekejap lagi upload gambar yg masa 11 weeks preggie, lupa nak update kat sini.. at that time, baby dah nampak mcm baby dah la..no more peanut! hehehehe~ comel aje dia baring, memang excited habis. Teruja tgk dia dah ade rupa baby...dah poyo terbayang comelnye dia masa tu :)

Then, berlalu lah segala puasa and hari raya, dan i pula asyik tangguh2 nak jumpa gynea after hari raya sebab busy dengan open house lah, makan sana sini lah, sampai lah Sabtu lepas, pagi2, i tengah tidur, then hp berbunyi, masuk SMS from my schoolmate Her, she said that dia baru balik dari scan baby die and dah tau gender! i was like...what?? *mata terbukak luas,seluas2nya* then i bangun mcm lipas kudung, i kejut husband i yg tidur nyata lebih lena dari i, suruh mandi dan siap...ape jadi? Husband i LIAT, ok!!! bergolek sana, sini....last2 i suruh die bukak mata and bace sms my friend tadi, terus die sengih2, and bangun mandi..haaa..tau pun excited nak tau anak ape..*puas ati aku*..

Sampai je kat UMRA, i memang dah excited, so, i pergi kaunter setel kan ape2 yg patut, then tunggu turn..rupenyer turn i 2nd last, before Dr.Ummul habis shift dia for that day, pukul 12 tengahhari i dipanggil masuk.
Macam biasa, terus Dr minta i baring, dan suruh husband i jgn duduk jauh2, duduk dekat dengan monitor..bermula lah dialog2 i yg excited ni dgn Dr yg penyabar melayan seorang perempuan mengandung yg agak over dan mendesak sikit..hahahahaha~

Dr. Ummul: Dah berape minggu ye sepatutnya Puan?


Saye: 19 weeks....maybe..hehe *sengih2 pulak..*


Dr. Ummul: Puan ni macam tak mengandung aje, dah nak masuk 5 bulan, perut kecik betul..*sambil ketawa2*

(padahal dia tatau yg ayat tu telah buat aku gabra tak hengat2, sebab takut laaa aku ni tak normal ke pregnant takde perut pulak..pergh~!!)

Saye: Ade org tegur jugak, tapi........takde masalah kan dengan fizikal i ni?


Dr. Ummul: Takde2, dari pemerhatian ni, semua ok..normal *senyum*, jom saye tunjukkan baby Puan, ok....sekejap saye cari tangan die...Haa...ni tangan die, tgk, ade 5 jari kan? Puan nampak tak? Dia bg puan Hi Five!! hehe ok tu tangan kiri ye Puan....


Saye: Hehehe *airmata nak meleleh*, haah i nampak......... (kaki i tiba2 ade org garu2, oh, terlupa, ade org lain pun teruja tgk anak dia dalam screen...hahaha)

Dr. Ummul: Ok, kita cari tangan kanan pulak, nak bagi Puan tengok jari2 dia..kalau Puan nampak, beritahu saya, sebab kita nak sama2 confirm memang nampak so that tak ada isu timbul bila lahir nanti..Puan tgk betul2 ye...sekejap...Ok, dah jumpa, nampak tak dia wave tangan kanan dia?? Ada berape jari Puan nampak?

Saye: *dengan tekun i kira* lima....hehehe~! (teruja gila dah nampak dua2 sekali....)


Dr.Ummul: Sekarang kaki pulak ye...susah sikit yg ni, sekejap saye carikan....haa...tgk, dapat tapak kaki die...Puan nampak? ada 2 tapak kaki...(doc pun macam excited...hahaha)

Saye: Eh..hahaha happy feet!! Comel~ *pengaruh cerita katun yg kuat disitu*

Ok, i puas hati tengok semua, tapi ada 1 je lagi, yg memang mission i of the day terus i tanya doctor yg masih tengah scan perut i,

Saye: Doc, is it possible i tau gender die...please~~ *penuh mengharap muka i masa ni*

Dr. Ummul: Boleh..sekejap ye Puan, sebab tadi saya rasa saya dah nampak dah dia lelaki atau perempuan...saya fokus sekejap...ok, dari gambar ni, anak Puan...lelaki ye...sebab saye nampak something between his leg...and Puan cuba tengok..ni tali pusat ye, jgn tersilap, Puan tgk kat bawah lagi, antara kaki dia...nampak???

Saye: NAMPAK....*oh termenjerit pulak* hahahahahah memang nampak lah tersangat ni....huhuhu~

Ok, habisss...that was all about jumpa doctor kat UMRA Sabtu lepas.......i dapat baby boy, insyaallah :) cerita pasal gender ni, from the 1st time i tau i pregnant, i dah rase i dapat anak lelaki......entah, mmg perasaan macam tu..tapi i suke tgk anak buah sendiri which is a girl, and i suka baju baby girl..tapi perasaan kuat utk anak lelaki. Sampai laa semua org tegur perut i kecik, mesti anak perempuan....bila jumpa org aje, org kate mcm tu, i pun terus 50-50..hahahhaah..but boleh dikatakan everytime i macam pandang perut sendiri, i akan terase mcm anak i lelaki.......rase lelaki lebih kuat dari rase die anak perempuan...kalau cari nama pun, i cari nama lelaki......heheheh~

Now, dah tau gender, mission i ialah mencari nama.....yey~!!! k...nanti update lagi..tata~

September 22, 2010

Astaghfirullah...punya lah saye malas!

cakap aje nak suruh buat ape..jawapannye malas...sekian..

kesian anak dalam perut, nak update gambar baby yg discan before raya pun tak upload jugak... then gambar hari raya, pun tak upload....then gambar bukak puasa dgn BFFs, pun tak upload sehingga BFFs sudah muak tanye dan malas nak dengar jawapan sama "aku belum edit lagi......".

then gambar bersuka ria hari raya, semua nak update pasal kenangan raya zaman kecik2, eh helo...saye pun ade kenangan tu......tapi nampaknya saye tak serajin anda...adeh...*ketuk kepala sendiri* jadi saye rase, cukup laa membace cerita anda yg rajin2 ni sahaja....tahniah untuk anda.

Raya tahun ni byk berjalan, tapi belum update, nanti lah ye.....belum edit gambar..hah!! tgk2!! alasan yg same...cehs..

next week jumaat ade 3rd pregnancy check up dekat UMRA, mmg looking forward dgn penuh excited utk check up ni, sebab konon2 nak tahu baby gender (memang dasar tak reti sabar walaupun doctor dah kate bila 6 months baru nampak)....lantak la..nak jugak scan sampai nampak!

sedar tak sedar dah 4 months dah mengandung.......perut maintain sahaja..macam tak pregnant pun..hehehe tapi bila makan, org kate macam makan 2 org....mmg laa, kan memang ade 2 org ni...ape laa..

skang kat opis pulak asek la handle resignation, manjang org nak berhenti. Cite pasal org berhenti ni, sedih sikit, sebab kebanyakkan semua batch i yg berhenti kerja sebab dapat better offer....ermm...makin lengang...dan tak havoc like before...gelak boleh kire berape harkat...dan berape kali setiap hari...

kat rumah semua i malas buat (oh, berterus terang, sgt tak reti malu). makan dan tido dan tumpuan lebih kepada anak buah yg sudah pandai macam2, termasuk cakar muke Aunty dia yg jelita ini..HOH?? hahahaha tarik rambut i, dan jugak membebel kalau nampak kelibat i tapi tak nak angkat...ape la..bgn la sendiri, suruh org angkat pulak....

Kesian pula dgn hubby yg mmg tak putus2 dr menjadi hubby yg soleh, hahahaha hari2 urut kaki walau pun kaki die sendiri kena sengat tebuan dan bengkak....huhuhu lepas tu dia kemas bilik segala vacum and sapu and cuci2 toilet...sebab diri sendiri tak suke bilik kotor, jd asek kerah suami sendiri kemas...sebab nak kemas tak ada mood...(bila laaa perkara mcm ni nak habis, byk dah menyusahkan org ni..)

ok lah, skang berhenti membebel, sebab perut ni cramp, apesal entah...sgt tegang perut, mcm nak meletup.perlu lihat ape sebenarnya berlaku....daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...