CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 5, 2011

Baby gear – Moon Walk

Ok, 3 hari dengan 3 entry berturut-turut adalah tidak pernah terjadi. Namun, mood mengupdate blog semakin menjadi-jadi semenjak dua menjak ni. Kenape? Lantakkan aje. Kamu semua bace aje lah ye.

Sekarang ni saya sangat suka untuk bercakap tentang barang-barang baby *tentulah,kau kan dah masuk geng makcik2* Terbaru, saya rasa barang ni memang agak berkesan bagi baby yang baru nak bertatih-tatih berjalan. Serius.*dgn wajah yg serius habis*

Asalnya, my elder sister yg jual barang-barang baby online telah jumpa baby gear ni yang dikenali sebagai "Moon Walk". So, she decided to try it 1st sebelum menjual. Saya pula seperti biasa jarang yg amat jarang lah sekali nak ambil tahu pasal business kakak saya. Tapi bila saya lihat betapa best nya benda ni masa anak buah saya guna, saya rase – I realy have to share this with all of you yang mengalami masalah anak taknak berjalan walau dah setahun *same prob with my niece*, atau even anak yg baru 7 months tapi dah kuat kakinya, boleh jugak try guna Moon Walk ni untuk melatih dia berjalan sendiri. Jangan risau dia ada mcm safety belt segala supaya baby tak tergolek.

Dari kamu semua terbongkok2 mcm nak patah pinggang dek kerana nak pegang tangan anak semata-mata nak ajar dia berjalan, lebih baik pakaikan dia Moon Walk, dan bawa dia jalan 1 rumah. At 1st, my sis just trained my niece kat dalam rumah saja. Tapi end up rasa mcm perlu make it more fun for her, kami bawa dia jalan-jalan di luar. Hah, pergi Toys r us di Empire Galery, seronok gila dia berjalan macam dah memang pandai jalan kononnya *aku pun letih nak melayan*. Semua benda dicapainya sebab dulu duduk dalam stroller atau didukung aja, tiba-tiba boleh jalan sendiri, memang lepas geram lah kan?

Malas cerita banyak, tengok aja gambar kat bawah ni :

Tengok betapa happy nya Ariana ada Baby dalam stroller

Hah, shopping bagai nak rak, kaut semua ye?


Hah! Seronok dia kan? Siap pinjam jap stroller kecik kat Toys r us, berlagak betul. Dulu mama sorong dia, sekarang dia pulak nak sorong bear. Haahaa~ Bukan dalam Toys r us saja kami jalan, tapi 1 Empire gallery tu kami jalan tak payah dukung dia. Cuma jalan slow-slow lah kan *dah langkah kau mcm gajah, dia mcm semut* ikut kan ajelah. Yang lawaknya, nak keluar dari Toys r us, org kat kaunter tu siap tanya, "Moon Walk tu dah bayar ke kak?" waaaaaaaaaaahh! Then my sis jawab, "ni saya punya lah!". Sabar aje lah. Kat Toys r us ada jual juga rupanya. Tapi harganya mahal betul. Sampai RM70. Ish, pelik. Hahaha my sister jual baru RM25 sahaja kat Fesbuk dia.

Ok lah. This entry bukan nak promote Fesbuk sista saya ye. Tapi untuk share info tentang baby gear yg best yg saya pernah nampak supaya kita sama-sama boleh guna. Hehe Selamat mencuba! Tata~


p/s: sila klik pada link kat atas utk ke Fesbuk kakak saya, cakap lah dapat info dari blog adiknya yg comel lagi bergaya ini *mesti sebut comel lagi bergaya sebagai kata kunci*, semoga kau mendapat diskaun lagi dan lagi..bahahahah *ok bergurau sahaja!* atau kalau nak cari di luar pun boleh, pergi toys r us lah. Sure ada :)

May 4, 2011

Barang-barang baby – Tommee Tippee

Hello, *entry ini sesuai dibace oleh mom to be yg tengah hunting for barang-barang baby*

Hari ini nak review barang-barang baby yg telah saya beli sebelum Adam keluar dari perut dan selepas Adam keluar dari perut. Huhu Seriously, membeli barang baby telah mengopakkan poket makcik dgn jayanya. Haha tapi takpe, anak punya pasal, layankan aje lah. Biarlah makan megi pun makcik sanggup. *ceh konon,padahal kau melantak sedap aje hari2 masa mengandung!megi konon!*

Biasa lah, benda pertama in mind is botol susu. Haha Tah hape2. Kenape botol susu ek? Then terus pergi survey dalam internet. Few brands come in my mind, ada Dr.Brown, Avent, First Years, Momma, dan lain2 lagi lah. Tapi hatiku terus terpikat bila tengok rupa botol Tommee Tippee ini. Bentuk puting pun memang sesuai dgn apa yang TT katakana "Closer to Nature" hehehe perlukah diterangkan apa itu closer to nature yg dimaksudkan? Huhuhu sendiri mau ingat…hahah

Tommee Tippee Closer to Nature Bottle


Momma pun saya terpikat pada gambarnya. Cube tengok kat bawah ni. Tapi, masa saya pergi kedai untuk tgk actual size dan bentuk dia, saya rase tak berape confident dgn diri sendiri nak memegang botol tu. Haha cube bayangkan waktu malam buta pukul 3pagi anak menangis bagai nak rak, saya pula mengantuk bagai nak rak juga *taknak kalah*, mampukah saya pegang botol ni sambil mata separa terbuka? Hahaha silap2 tergolek lah botol ni ntah kemana2, so, saya terus cancel lah! Hanya ibu yg betul2 rajin dan bersemangat waja saja yg mampu pegang botol bulat dan comel ni.huhuhu

Bottle Momma


Avent pula, saya bace review di internet, ramai kata botol Avent selalu leaking. Ye ke? Makcik tatau, sile lah tanya pada yang menggunakannya. Hehe



So far, guna Tommee Tippee sangat lah puas hati, cume bila Adam sedut kuat sikit, putting botol ni akan masuk ke dalam…then dia keluar balik sendiri.. tak kisah lah yg tu. Hal kecik aje. Yang penting bentuk dia comel dan pada botol tu ada mcm lekuk untuk saya pegang botol dgn baik.

Then, saya baca botol kene selalu direbus. Setiap kali nak guna botol mesti yg telah direbus…alahai, dah terbayang dah mane nak merebus, mane nak buat itu dan ini…hmmm…so saya surf alternative lain selain dari duk merebus botol. Maka saya jumpa ini, Tommee Tippee Electric Steriliser :

Tommee Tippee Electric Steriliser


Sangat senang ye menggunakan benda alah ini. Haha dan ianya sangat tahan lasak. Kerana saya ni ganas bebeno. Tutup pun kuat gila. Lepas tu memang malas gila nak kemas-kemas keringkan botol ke segala. So, benda ni banyak membantu saya. Just dissemble botol TT tadi, masukkan dalam sterilizer ni, then tekan aje on. Tepat 6 minit, settle!! Yessss! Mudah bukan? Lepas tu, sesetengah electric sterilizer pemanas dia dari besi. So everytime habis aje sterilize, ibu2 kenalah bersihkan bahagian bawah tempat pemanas tu supaya besi tu tak karat atau rosak cepat walaupun ada yg anti karat. OH, maaflah, si pemalas ni memang selalu terlupa. Tapi TT electric sterilizer ni tak perlu buat mcm tu. Sebab pemanas bawah tu diperbuat dari besi yang ada lapik dgn plastic. Jadi, saya yg pelupa + pemalas ni biar aje lah walaupun dah 6 minit dan dah habis sterilize, saya tak buat ape2 pun. Huhu tak rosak! Tahan lasak! *sesuai dgn harga kau lah kan?* huhuhu

Ok, malam2 memang paling mencabar, nak bangun buat susu memang boleh buat kita jadi gila kadang2. *baru anak satu dah nak gila, kalau 9 org mcm mak mertua sendiri?? Haiyyooo!* Jadi, bila malam pukul 12 midnite saya nak tidur, saya akan buat susu. Adam minum biasanya pukul 3am. Jadi saya buat pukul 12midnite dgn air yg super duper panas. Terus simpan dalam ni, TT insulated carrier:

Bottle carrier


Mudah bukan? Tak perlu bangun malam2, mata separa terbuka, dan buat susu sampai bertabur-tabur..hahaha *teruk betul*


Ok ape lagi yang banyak membantu saya? Haaa..ini dia, TT electric bottle warmer.
 


Tommee Tippee bottle warmer
Saya simpan susu badan dalam freezer, jadi benda ni memang berguna everytime nak panaskan susu badan dan beri pada Adam. Nak guna senang aje, letak botol dalam tu, pilih nak panas, sederhana panas, atau sangat panas. Sendiri pantau lah ye makcik2, nak 5 minit ke, 7 minit ke, 10 minit ke…tapi kalau dah pilih "sangat panas" jgn lah sampai 10 minit. Cair pula botol susu tu tak pasal *ok tipu, takkan cair ye..jgn risau*

Last but not least barang Tommee Tippee yang sangat berguna pada saya ialah TT Electric Breast Pump :

Tommee Tippee Electric Breast Pump

Haaaaa…..saya menyokong penyusuan ibu ye! Saya dah niat awal-awal lagi masa mengandung, Adam mesti minum susu ibu. Agaknye disebabkan dah niatlah kot maka air susu mcm kan melimpah-ruah. Hahaha Best! Cuma dia agak bising lah. Tapi memang ok. Tak ada problem. And I am very happy with it. Senang nak guna dan senang nak simpan. Beli pun dgn set. Jadi saya dapat macam-macam lagi dalam set tu. Hehe, happy gila guna pump ni. So far, soooooo good!

Oklah, itu sahaja review tentang barang-barang baby yg memang menyenangkan kehidupan seharian saya sebagai ibu kepada Adam. Semuanya sangat berbaloi dibeli. Ini seriussss~!

May 3, 2011

Majlis Berendoi & Cukur Jambul Adam Qaiser



Adam lena dalam buai
 
Hi Readers!

Majlis berendoi dan cukur jambul Adam selamat diadakan pada 1 Mei,2011. Setahun yang lalu, 1 Mei ni date kami bersanding. Tak sangka after 1 tahun berkahwin, kami menyambut ulangtahun perkahwinan bersama seorang permata hati. Alhamdulillah.


Jadi kami pun buatlah 1 majlis kesyukuran juga berendoi dan cukur jambul Adam pada date yg menyimpan byk kenangan ini. Ramai yang tak tahu pasal adat berendoi ni. Adat berendoi ni dikatakan masyhur di negeri-negeri sebelah utara semenanjung. Ianya diadakan bagi meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Biasanya adat ni akan disertai dgn acara bercukur rambut untuk bayi dan aqiqah.

Majlis yg berlangsung di rumah saya last week bermula dgn marhaban,berzanji dan nasyid dari kumpulan marhaban kawasan perumahan saya ni. Kemudian, bermulalah acara berendoi untuk Adam. Adam dibalut dengan kain songket dan saya dukung dia keliling bulatan ahli-ahli marhaban tu. Pusing 3 kali dulu, sambil mereka selawat beramai-ramai.

Lepas tu, habis sahaja pusing 3 kali, ketua kumpulan marhaban memulakan acara memotong rambut Adam. Mula-mula selawat, pegang kepala bayi, dan tepung tawar bayi dan ibu dia dgn air beras. Lepas tu, gunakan gunting, potong sikit rambut bayi dan masukkan kedalam kelapa muda. Basahkan jari dgn air kelapa muda sikit, sapukan semula pada tempat yg rambut tadi dipotong.

Selesai saje cukur jambul, Adam saya masukkan kedalam buaiannya. Bermula pula acara berendoi. Kumpulan marhaban ni mulakan dengan selawat dan kemudian nyanyian lagu berendoi. Lagu-lagu dia agak menyentuh hati. Semua berupa pesanan kepada si anak untuk sentiasa menghargai kedua ibu bapanya, membalas jasa, dan menghargai keduanya sebagai org yg banyak berkorban untuk membesarkan anak tersebut. Kemudian, ada juga pesanan kepada ibu dan bapa bayi, supaya menjaga dan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang, juga member didikan dunia dan akhirat kepada anak mereka. Hmmm..sungguh menyentuh hati sebenarnya. 
Org pertama gunting rambut Adam

Daddy pun cukur rambut anak kesayangan dia

Mummy pun sama..saaayang anak mummy ni~

Wan Ma pun gunting sikit rambut cucu dia

Buaian cukur jambul dan berendoi Adam Qaiser sewa dari SINI

Untuk Adam, semoga membesar dengan baik, jadi anak mummy dan daddy yg baik dan berjaya dunia dan akhirat, insyaallah, amin!


Thanks pada semua keluarga, kawan-kawan, yang sudi hadir memeriahkan majlis si kecik saya sorang tu ye

Pada yang bawa hadiah dan kasi angpau tu, thanks alot...susah2 aje.. *malu* hahaha

Take care everyone!

April 28, 2011

Jenis-jenis kasut

Sangat teruja bila jumpa gambar fakta ni kat internet. Lantas tangan terus pantas copy and paste ke blog. Serius, saya adalah pengumpul kasut. Sepatutnya masa sekolah dulu bila cikgu tanya "hobi kamu apa?" saya patut jawab mengumpul kasut, bukan mengumpul setem! *padahal mengumpul setem tu adalah jawapan standard semua budak sekolah, bajet kumpul setem tu dipandang mulia lah dan tergolong dalam golongan budak-budak pandai* ceh! Penipuan betul. Sampai sekarang saya tak percaya budak umur 7-12 tahun suka kumpul setem. Macam ramai sangat kawan mereka diobersi. Padahal setem yang ada hanya bergambar kebaya dan keris, tak lupa bunga raya juga. Haih!



Eh, kembali pada topic. Walaupun suka kasut, tapi hakikatnya tak tahu nama sebenar jenis kasut. Kalau org tanya "tadi beli kasut ape?" jawapan adalah seperti "kasut pegi keje" atau "kasut jalan-jalan" *hampeh* jadinya, bila terjumpa gambar ni, saya rasa sgt seperti kagum, oh ada nama segala. Baru tahu yg stiletto adalah jenis kasut, bukan gabungan nama Farid Kamil dgn Lisa Surihani dalam cerita filem Stiletto itu. Hahaha itu kasut tumit tinggu yg muncung kat depan lah! *hah, kau tengok macam mana aku describe kasut tu, mcm tu jugak lah bila promoter tanya, cik nak kasut mcm mana? Jawapan dgn bangga; kasut tinggi muncung tajam ada?....selamber…(T___T)

Sudah, nah tgk gambar kasut kat bawah ni. Dan ambil iktibar.




Sila hafal, dan pergi kedai kasut mahal sekarang, dan berlagak dgn menyebut setiap satu jenis kasut pada promoter. *Pasti kau dikagumi*. Sekian! Bahahahah

April 24, 2011

Saya nak mintak tolong :)

Hi Darlings,

Ok, saye nak mintak tolong boleh? Siapa tahu kat mana saya boleh beli HELIUM GAS?

Oh sangat desperate mahukan gas helium itu untuk belon yang saye nak guna untuk majlis cukur jambul Adam next week.

Google pun tak jumpa segalanya merepek semata. Oh sadissss~

Saye nak tahu di mana boleh dapat, dan berapa harga 1 tong itu, sama ada besar atau kecil.

Pleaseeeeee :)






Thanks a lot untuk siapa yg inbox saya atau terus aje lah komen pada entry ni ok!

Take care.



Benar-benar ikhlas,

Last minute Mummy

April 21, 2011

Pengumuman Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2010/2011

Terus terang sepanjang 3 minggu kebelakangan ini mood adalah amat terganggu. Semua benda jadi masalah. Semua benda serba tak kena. Rasa nak lempang orang saja hari-hari. Tolak lah Adam yang memang penyejuk hati. Tolak lah hubby dan family members lain yang memang tak ada kena mengena dengan mood yang swing ni, benda lain semua memang agak sengal. Dari hal office sampai lah segalanya, adalah total lost! Hal biasiswa TPM pun buat saya sangat serabut. Mana tak nya, apa pun belum lagi dibuat untuk biasiswa tu. Semua pun tahu, tawaran akan secara automatic terbatal selepas 30 Jun,2011. Saya pula baru habis pantang 15 April,2011. Baru lah nak pergi settle kan borang-borang masuk, barulah nak pergi hantar application form ke UPM dan sebagainya. Lebih sadis, call UPM, sebab semua tahu intake tahun ni adalah pada Sept 2011 bukan macam tahun-tahun sebelumnya iaitu pada setiap bulan Julai. Jadi sah-sah lah kalau saya apply, surat tawaran akan keluar pada paling cepat bulan Julai atau August. Gila? Macam mana nak lengkapkan borang TPM yang mahukan surat tawaran Universiti pilihan sebelum Jun,2011??????? Memang aku stresssssssssssssssssssssss~!

UPM pula saya called, dan minta kalau saya layak, saya minta surat tawaran diberikan awal. UPM kata boleh, tapi kena bagi application form before April.jadi mereka akan meeting dan berikan surat tawaran awal kepada pemegang biasiswa yang tamat tempoh sebelum Sept 2011..hahahah apekah???? Mau tak stress makcik mendengarnya? Bulan Mac makcik tengah duduk atas katil berpantang kot! Jantung ni hari-hari macam nak pecah. Mengenangkan biasiswa ni bukan senang nak dapat. Jangan lah buat pasal terlepas tawaran ni pula. Tak kelakar ye tuan2 dan puan2.

Jadinya pada satu pagi yang sunyi selepas Adam selamat tidur lepas mandi pagi, saya pun tergerak nak buka email. Kejadian berlaku dalam 3 hari lepas. Tiba-tiba mata terpandang satu email dari UiTM. Ah sudah, reminder untuk saya yang tak lengkapkan lagi borang-borang yang diperlukan ke? Habis lah! OOOOOHHH...habissssss....jantung nak pecah ye. Hadooii... mata membace email tersebut yang berbunyi :

Semua Penerima Tawaran Skim Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2010/2011


 

Tuan/puan,

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011


 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Merujuk kepada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (surat

[JPT.S(BPKP)200/400/016/03 J1d.3(27)] bertarikh 15 Oktober 2010) berhubung perubahan

sesi akademik institusi pengajian tinggi bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/setaraf dan

lepasan STPM/setaraf, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Latihan & Pembangunan

Staf (Induk) UiTM telah meluluskan pelanjutan tempoh sahlaku tawaran Biasiswa Tenaga

Pengajar Muda bagi tahun 2010/2011 daripada 30 Jun 2011 dan 31 Julai 2011 kepada 30

September 2011.


 

3.    Sukacita dapat pihak tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan

pihak tuan/puan dapat memulakan pengajian dalam tempoh sahiaku yang telah ditetapkan.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan gagal memulakan pengajian dalam

tempoh tersebut, tawaran biasiswa berkenaan adalah TERBATAL.


 

4.    Pihak tuan/puan juga diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian dan

dokumen lain yang berkaitan kepada pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

(JPbSM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tuan/puan memulakan pengajian.


 

5.    Sila abaikan pelanjutan tempoh sahiaku ini sekiranya tuan/puan telah memulakan

pengajian.


 

Sekian, harap maklum dan selamat maju jaya.


 

Yang benar

DR ANIAH1BAHA/ROM

Ketua

Merangkap Setiausaha

Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk)

s.k.

Dekan Fakulti

Timbalan Bendahari Unit Kewangan Zon 2


 

Maka dengan ini saya berasa amat LEGA sekali.

Alhamdulillah.......nampaknya DIA memahami kesukaran yang saya alami. Dari itu ape lagi Aini Qamariah, pergi setel kan semuanya sekarang! Haih~

Lembab macam siput sedut betul!

April 12, 2011

Happy Birthday Dear


*besday boy and besday girl*

Coretan untuk Azuan Md Ali...

Selamat Hari Lahir, Sayang!

Saya dalam pantang ketika hari lahir awak.

Jadi saye tidak dapat cari hadiah dan juga buntu untuk mengupdate blog mengenai hari kelahiran awak.

Jadi saye tebus semua hari ini, dengan menulis blog mengenai hari lahir awak iaitu pada 3hb April, 2011 yang lalu.

Itu pun, tetap saye tak tahu ape nak tulis, sebab awak terlalu ISTIMEWA sehingga perkataan di dunia ini terlalu kecil untuk saye gunakan menggambarkan keistimewaan awak.

Selamat Hari Lahir, Sayang!

Saye tidak akan lupakan hari lahir awak sehingga bila-bila pun, kecuali bila dah tua dan saye ditakdirkan nyanyuk...hahaha

Selamat Hari Lahir, Sayang!

Teruslah menjadi suami yang penyayang juga bapa yg melindungi..

Selamat Hari Lahir, Sayang!

Semoga segala keinginan awak dalam hidup ini akan tercapai, juga semoga awak menjadi seorang insan yg berjaya di dunia, dan di akhirat, insyaallah..



Ikhlas dari seorang isteri,

Aini Qamariah Mohd Yusof
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...