CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 25, 2013

Pencarian Rumah Selesai Sudah

Assalamualaikum.

Ingat lagi entry keluh kesah Kak Esah tentang harga rumah zaman sekarang? Klik sini.

Setelah hampir 2 bulan cari rumah, penat gila-gila, ada sakit hati, ade stress, ada tension ada bergaduh laki bini sebab pendapat berbeza, last-last kami sepakat sajalah, memilih rumah di sini.


Alam Suria. Kawasan perumahan kami namanya Nusa Suria, part of Alam Suria inilah. Rumah apa beli? Huhuhu dah tentulah rumah yang murah. One thing kenapa aku pilih kawasan Shah Alam Dua ni ialah dia dekat dengan UiTM Puncak Alam. Aku kan lecturer UiTM :)

Then kawasan ni so far ada Econsave, dan Tesco baru saja naikkan papan tanda pembinaan Tesco dekat kawasan ni. Yey :)




Jangan tanya aku kenapa nama kawasan ni bukan Puncak Alam. Mana aku tau! Haha Masa aku pergi survey dengan Menteri Kewangan (Mr.Hubb), rumah ni masih belum launch. IJMLand dah start jual "angin" saje, dia panggil "soft launch", bermakna, serupa mcm early bird lah.

Pembeli beli atas dasar kepercayaan yang developer MESTI buat rumah ni. Jadi, utk pembeli masa "soft launch" ni BANYAK keistimewaan yang developer akan beri utk tarik pembeli. Iye lah, risk taker saje yang akan beli projek yang hanya ada padang jarak padang terkukur mcm ni. Rumah siap 2015. Lambat lagi.


Masih kosong, hanya 2 show unit saja baru siap
So, harga rumah ni memang murah. Once launch saja on this 20th April, kemungkinan harga akan naik mencecah RM400k untuk intermediate house. Currently lot tengah masih lagi below RM400k. Mula-mula aku ingat developer saja nak menipu, mereka kata, setiap kali baris baru dibuka, akan naik RM10k dari baris sebelumnya. 

Tapi, after 2 weeks lepas aku datang, aku baru nak booking, ingat harga masih sama macam last 2 weeks, rupanya TIDAK! Telah naik RM10k dari harga aku tanya 2 weeks ago. Stress aku. Cepatnya naik harga. So, pembeli selepas aku, aku tak tahulah sampai berape harga akan naik.

Nusa Suria ada 4 jenis Semi D cluster. Type A,B,C,D. Kami beli type A. Rumah siap 2015 ye.





Ade 3 jenis pula dalam Type A and B ni, iaitu, intermediate, corner and end lot. Disebabkan aku belum officially bertugas di UiTM maka aku tiada payslip sehinggalah report duty Julai ini. Kami beli rumah guna nama Menteri Kewangan aku aje. 1 payslip saja kami guna. Puas berdoa harap loan lepas. 

Mula-mula takut loan tak lepas, nak ambil lot tengah. Tapi tiba-tiba rasa nekad nak try juga corner lot. Beza dalam RM75,000. Mata berpinar. Haha Mr.Hubb bayar saja booking untuk corner lot itu sebanyak RM100 dan sempat berbisik kat aku, "marilah kite berdoa siang malam pagi petang supaya loan kita lepas" 

Dua minggu selepas itu dapat call dari bank dan dari IJMLand, Alhamdulillah loan lepas. Lompat bintang dan menari zapin!

Show house dah siap, tapi yang siap ni untuk Type B. Type A dan Type B ni keluasan semua sama. Design tingkat atas dan car porch saja beza sedikit. Lain-lain sama saje. 



Show house Type B
Punya excited, kami pergi show house last weekend sampai 2x. Hahaha Sabtu dan Ahad. 
Seronok budak kecik tu berlari-lari

Pandangan sisi corner lot unit

Bahagian dalam tingkat bawah


Dapur + stor bawah tangga + bilik bawah + bilik air bawah + pintu ke laundry area

Master bedroom

Dari dalam master bedroom, pintu masuk menghadap pintu bathroom + ruang utk build in wardrobe

bathroom di bawah

family hall tingkat atas + 2nd and 3rd bedroom

Lepas tu kami masuk rumah sebelah, 2nd unit show house untuk tengok rumah selepas di makeover kan oleh interior designer IJMLand.


Bahagian dapur, dining dan main family hall





Mama bising suruh fikirkan cost untuk renovate especially extend bahagian dapur dan dining supaya tak attached with main family hall ni. Dia kata dia nak masak Assam Pedas nanti susah semua orang tengok dia masak. Oh, pulak?


Family hall di tingkat atas



Master Bedroom





Pintu bilik dan pintu bilik air yg tadi setentang dan build in wardrobe



2nd and 3rd bedroom




Extra land




Seronok dapat beli rumah? Hehehe seronok lah. Alhamdulillah. Rumah ni siap 2015. Kumpul lah apa yang patut untuk masuk rumah baru. Harap-harap Allah murahkan lagi rezeki dan mudahkan segala urusan berkenaan rumah ni. So far loan dah sign, S&P In Syaa Allah lawyer akan keluarkan dalam this week juga. Alhamdulillah :)

Oh utk yang nak tahu macam mana prosedur membeli rumah ni, aku share lah. Beli rumah baru tak sesusah beli rumah sub-sale. Rumah sub-sale ni memang nak bayar deposit lah, lawyer lah, s&p dan sebagainya. Total-total makan puluh ribu lah semua tu. Belum cerita nak cari sendiri bank dan sebagainya. Hazabbb..

New development house under IJMLand ni hassle free. Mula-mula booking lot, bayat rm100 sahaja. Kemudian hantar segala document ke IJMLand, mereka akan submitkan kepada semua bank-bank panel mereka. Buyer duduk diam, doa lah siang malam, ada bank yg akan luluskan loan. Lawyer FREE, S&P FREE, semua FREE except total booking saja RM500 (RM100+RM400).

Dalam masa 3 minggu, bank akan call inform loan lulus atau tak. Seriusly kami ambil Alliance Bank, 2 hari lepas submit document ke IJM, Alliance Bank call loan dah lulus. Memang cepat pantas tuntas. Cuma dia nak sediakan document ambil sikit masa.

Once loan literally dah lulus, IJMLand call untuk bayar RM400. Yang paling syok, utk sesiapa beli rumah kali pertama, IJMLand akan minta bank buat 100% loan. Syok??? hahaha

S&P dikeluarkan oleh lawyer, dan bolehlah korang keluarkan EPF korang. Cuma tak perlu bayar kepada developer sebab korang 100% loan kan. Duit tu boleh lah simpan utk renovation cost atau apa-apa.

So total cost kami beli rumah ni, RM500 saja. Yang lain-lain bank dah uruskan.

Further info boleh email / whatsapp / sms aku lah. Especially bab harga ni, tak berape syok cerita kat blog. Some people may understand, but some may define and judge.

Boleh juga buka link ini untuk tengok group facebook utk Nusa Suria ni:


Ok, aku doakan kepada semua yang tengah hunting for new house, semoga berjaya.

Assalamualaikum!

26 ideas:

~YUN~

Sis.nk wassap berapa harga rumah ni...ni.number yun 0128010992.tgh mencari rumah jugakkk...huhu

Sofea

aku baru tgk rumah nie kat tesco shah alam.. hurmm macam menarik.. tapi area puncak alam lor.. aiyo... jauh la.. lau tak boleh berjiran.. bleh tukar2 lauk..

Aini Qamariah

Okkay.. Kalau akak lupa yun sms num akak 0164441497 ok :)

Aini Qamariah

Alaaa kalau x boleh aku intai anak dara Ko tu... Hahahaha manelah tau dari jiran ke besan.. Wohahahahaha

wanzazzil

Best perasaan tu kn beb...murah rezeki selalu hendaknya..sekecik or sbesar mana rumah, tp klu titik peluh sendiri rasa berkat ya kn..good luck. Share lg la..ak nye bala dh nak sampai nk byr rmh tu..so sile bergegas ke ikea klu nk murah tp klu lebih skit, sila ke harbey cokman ye..

Aini Qamariah

Ekeke mmg best walau batu bata umah tu pun xnampak bayang lagi.. Hahaha Harvey Norman sama Macy tu Mahal gile.. Tapi oklah ade warranty... Marilah penuhkan poket dulu.. Huhu

Anonymous

Salam..;) i nk tau jg your story psl rumah ni..sbb i pn ada booking. masa tu awl bln lpas dkt mid valley, dah submit form suma kt bank..but now still tgg result bank... dah almost 3 weeks.. nk tau jg u buat book dkt mane? i ada add your fb. hope boleh chit chat kt sana. :(shada harsad)

Aini Qamariah

Hi shada,
i dah chitchat with u kat fb :)

z@ti

hi..sy pun dah beli rumah kat nusa suria ni. sebelah corner lot..ntah2 u jiran i kot? :)

Aini Qamariah

Hehe ye ke? Type A ke type B? Hehe selamat berjiran :)

Anonymous

salam .akak beli yg type a corner lot ? mmg lawa sgt rumah tu kan .sy pun da pergi hr tu..ade jgk book but bkn corner lot la ..hehe..nextweek nti launching kan ? pergi x ?

Anonymous

hi .beli yg corner lot ? mmg sgt lawaa..nextweek launching kn .pegi x ?

Aini Qamariah

Hye Anon:

Hehehe in syaa Allah pergi launching sabtu dan ahad ni :)

Anonymous

salam, sy pn dah book rumah ni :) sebelah corner lot ;p insyaAllah ada rzki berjiran la kite nnt ;)

Anonymous

as salam,
sy tgh cari uh=mh gak ni...baru kawin dlm 6 mths...
kalo x kisah bole share x berapa mnthly pymt utk 100% loan?
loan dari alliance bnk kan...
thanks
awie666@yahoo.com

Aini Qamariah

tengok type house dan perkara-perkara lain. Usually from 1300-2000.

Anonymous

Alhamdulillah loan sy dh lulus. Lps bc blog ni trus bgtau hby n weekend kami g booking. Alang2 dh bli kami pilih n-lot. Br tau bln 9 hr tu. Harga pn dh cecah 500k ++. Cam x caya je dh nk ade rumah sdr. Servey gak kt elmina/denai alam gak. Tp area sana dh cecah 700k. Seb baik jmpa blog ni. Tq tuan punye blog. ;)

Aini Qamariah

hehehe sama-sama...

selamat berjiran :)

Anonymous

Salam pn Aini, Loan Legal fee kene bayar x?

azmi

Aini Qamariah

azmi,
semua free :)

Anonymous

zaman sekarang kalau nak beli rumah tak boleh nak fikir jauh atau dekat dah.. kalau kita lihat dari sudut radius 100km dari pusat kuala lumpur, harga rumah dah tak masuk akal. dari

1) KL-kajang-bangi-semenyih-nilai-seripajam-seremban (min-450k and above for 2storey terrace)

2)KL-ampang-cheras-sg besi-balakong-mines (min 450k for 2storey terrace)

3) KL- gombak-selayang (min 500k for 2storey terrace)

4) KL-PJ-Subang-Shah Alam (min 500k for 2storey terrace)

5) KL- Puncak Alam (min 450k for 2storey terrace)

harga di atas adalah contoh untuk new 2 storey terrace house. jadinya kalau yang golongan 'middle class income' mcm saya ni susah sket lah nak buat pilihan.

jadinya kalau dilihat kawasan new township dan perancangan perumahan yang tersusun serta harga yang masih mampu dimiliki adalah dikawasan puncak alam.. sebab tu harga dikawasan ini mendadak naik sejak tahun 2008, memandangkan ramai pembeli dah mula give-up dengan harga rumah dikawasan2 lain.. soal jauh atau dekat bagi saya tiada masalah sekiranya jarak batuan tidak melebihi 70km dari pusat kuala lumpur. Kl-Puncak alam pun baru ja 48km sehala. Yang penting kalau kita masih fikir soal jauh, alamatnya tak beli rumah la kita. dah la harga makin tak masuk akal sekarang ni..

Dulu pada tahun 2006 siapa yang beli rumah di kajang dianggap tak masuk akal sebab alasannya jauh, apetah lagi semenyih dan nilai.. tapi cuba kita lihat selepas 7 tahun apa dah jadi dengan kawasan tu.. so implikasinya akan jadi seperti di puncak alam juga. melainkan kalau kita golongan 'high class income' so tak perlulah fikir semua ni..

so tahniah pada blogger sebab buat pilihan bijak membeli di shah alam 2. untuk pengetahuan shah alam 2 bukan untuk short investment sebab harga sewa disitu agak rendah sekitar 600-1k sebulan. tapi untuk konsep beli dan jual selepas 5 tahun ia adalah pelaburan yang sgt menguntungkan. saya pun pembeli unit Atria disitu.

Bayangkan, worldwide holding lounch semi-d berharga 680k pun sold out di puncak alam. Metro Kajang Holding pun dah buat development di puncak alam. So timbang-timbang kan...

Aini Qamariah

Thanks anon.
Sebenarnya ada high possibility Puncak Alam akan lebih membangun, sebab UiTM kemungkinan akan berpusat di Puncak Alam. Dah pindah sikit2.

Seksyen 7 akan jadi pusat training juga pentadbiran. Student semua di Puncak Alam.

Jadi maybe sekarang harga sewa agak rendah. Tapi 5-10 tahun lagi, kemungkinan akan berbeza.

Puncak Alam pun akan jadi town yg lengkap dengan kemudahan hospital tak lama lagi.

Kita doa yg terbaik. insyaa allah :)

Selamat berjiran.

Anonymous

last week sy baru je booking rumah di nusa suria..harga die mencecah rm500k..disebabkan suami berkenan sgt nak rumah tu then dkt jgk ngn umah ibu saya..kami decide utk amik last unit nusa suria tu..kalau compare dgn harga rumah di kawasan lain mmg rumah di shah alam 2 lebih rendah ckit..harap2 sume dipermudahkan ;)

Unknown

Salam nak tanye so, rumah dah siap ke belum? Tengah cari info psl IJMLand terjumpe lak blog ni. Harap jwb pls. Tq. :)

Amir renovation

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Zainal

Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...