Jom kita borak pasal rumah nak? Ye. Aku tengah cari rumah. Insyaallah akan posting ke UiTM Puncak Alam, June 2013. Jadi aku kena cari rumah sebab memang aku dah plan untuk hidup semata kami bertiga saja bila aku dah posting.
Harga rumah sekarang boleh buat aku berak cair. Serius wey! Aku tak ada spesifikasi tertentu dalam membeli rumah. Cuma aku mahu ianya selesa dan berpatutan. Kondo ke, servis apartment ke, teres ke, banglo ke, lantak lah. Oleh kerana aku ni masih belum start kerja, maka aku tiade slip gaji. Jadi sekarang aku boleh beli pakai slip gaji Mr.Hubb aje lah.
Mula-mula aku tengok rumah ni, Condo Puri Aiyu. Batu 3 Shah alam. Memang lokasi ni strategik sebab access dia mudah mcm kan ape je lah. View kondo ni ialah faderal highway. Dari faderal highway boleh nampak kondo ni. Punya lah dekat aku cakap dengan korang. Memang habis dekat nak kemana-mana.
Dadam siap santai lagi tunggu Agent datang tunjuk rumah ni. |
Cantik gila pool. Mr. Hubb nak pergi kerja memang senang. Aku nak g Puncak Alam pun senang walau tak dekat sangat tapi jalan lurusssssssssssssssss sampai pintu gate UiTM. Tingkat 1, sama level swimming pool. Tapi view ke luar, tak view pool lah. RM300,000.00. Berbaloi sebab dekat gila dengan MSU, Politeknik, segala mak nenek student lah. Kalau nak move ke rumah lain boleh sewakan. Sebab sewa sini RM1400 minimum.
Aku boleh jamin 1 benda. Duduk sini memang ko akan rasa 100% privacy dan tenang. Sebab yg duduk sini bukan lower class income. Semua middle class income jadi org-org mcm ni dia akan menekankan bab "ketenangan" tu dan memang fussy gila. Security, kebersihan segala memang TIP TOP!
Lepas tu tiba-tiba Mr.Hubb kata, yg duduk situ rupe tak campur orang. Dia risau anak dia tak ada kawan. Risau kami jadi kera sumbang. Risau orang sebelah mati tak ada sape tau. Almaklumlah laki aku mesra alam. Dia paling penting bab jiran tetangga tu. Jadi dia rasa tak seronok duduk condo yg ala-ala mini Mont Kiara ni, sebab orang tak bercampur.
Kisahnya dia nak rumah teres pulak dah. Maka surf lagi lah aku rumah-rumah teres ni. Ada kecik, ade besar. Kecik harga besar ada. Besar harga kecik pun ada. Tapi tepi hutan belantara. Mampuss lah. Hahahahaha
Siap rumah teres belakang ada swimming pool pun ada, ko mampu?? Harga tak sampai RM320,000.00. Kat Meru lah tapi kan.
Ini rumah yg ada pool siap kat belakang tu. RM310,000.00 |
Huhuhu Puncak Alam new development di Shah Alam 2, minimum teres 2 tingkat ialah RM 370,000.00 dan semi D cluster pun same price. Corner lot RM470,000.00 minimum. Itu new development by IJM Land siap 2015.
Intermediate RM370,000.00. Belum launch lagi, kalau dah, harga intermediate dia jadi RM442k |
Yang dah sedia siap baru Dec, 2012 dapat kunci, dijual dengan harga RM400,000.00 untuk intermediate house. Corner tak payah tanya. Setengah juta dah confirm. Tu Shah Alam 2 tau. Yang dah hujung tu. Hahaha pening! Pening! Nak rumah yang ade mini water park dalam kawasan perumahan? Ada! Dekat area ni juga. Under Cahaya SPK. Tapi harga aku tak tanya sebab aku dah boleh agak, bulan-bulan membayar boleh masuk ICU.
Ni waterpark dalam kawasan perumahan Cahaya SPK |
Harga rumah makin naik, secara serius, aku menyesal masa aku start kerja tahun 2008 dulu aku tak beli rumah terus! Lantaklah rumah apartment tingkat 5 kecik gila pun. Kena naik tangga ke ape ke kan? Pasal after 5 tahun macam ni aku dah boleh jual dan beli rumah lain. Haih....
Agent hartanah beritahu average harga rumah minimum pun akan naik RM4000 setahun. Dah habis sedeh lah tu. Ada sesetangah kawasan boleh naik sampai RM20,000 setahun especially Shah Alam, Mont Kiara, Damansara dan sebagainya.
Kawasan puncak alam tu, tahun 2008 di buka. Harga rumah semi-d cluster dia hanya RM180,00 je. Keluasan tanah 35x55. Besar tu. 5 tahun kemudian, iaitu 2013, semi-d cluster tersebut berharga minimum pun RM380,000.00. Tu basic house. Ko bayang tengok betapa macam sengalnya harga tanah situ naik dalam 5 tahun. Ceh!
Last but not least before aku tutup entry, aku bagi anggaran lah monthly payment, untuk rujukan kanak-kanak baru mula hidup, habis degree dengan gaji sekarang ni, korang fikir lah sendiri macam mana nak cari rumah nanti.
RM100k-200k : RM400-RM700 / MONTH
RM200K - 300K: RM800 - 1200 / MONTH
RM300K - 400K : RM1300 - 1800 / MONTH
RM400K - above : dah tentu-tentu monthly RM2000.00
Ni anggaran, loan ikut umur. Maximum boleh buat 40tahun. Adik-adik g lah beli rumah kecil-kecil. Flat seksyen 7 tu nak jual RM180k, g beli. Buat sewa. Nanti dah kawen pergi jual, boleh buat deposit rumah lain.
Kata kunci hari ini, MENYESAL aku tak beli rumah awal-awal. Makin lama tunggu, makin tak mampu lah membeli!
7 ideas:
rumah makin lama makin mahal...hopefully bila dah buat b usiess ...satu hari nnt dpt laa beli umah idaman kan babe
yun pn tgh survey rumah area sana..yg condo tu mmg menarik kan?yun pn ader survey..tapi mcm husband u ckp..nti anak xcmpur orng..and my mom lg kejam,die ckp nti kalau meninggl orng susah nk melawat,adoi...jauh beno pk..huhu
Elya:
insyaallah..... kumpul2 duit lama-lama nanti dpt lah beli kan? tapi takleh lama sgt kumpul takut tak cukup2..huhu
Yun:
tulaa rumah condo ni tak sesuai utk org melayu for long term. kalau short term ok jugak :)
Salam..
Saya ada sebuah rumah Semi-D Double Storey di area Shah Alam 2 tu jenis Benita dah siap tapi belum dapat kunci. Plan asal nak tinggal di sana tapi biasalah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan, so dapat posting kat tempat lain.
Saya berhajat nak jual/sewa kepada yang berminat boleh hubungi saya atau nak tengok detail rumah boleh ke blog saya
http://www.imprintcreative.net/?page_id=430
Jika ada yang berminat boleh cepat2 contact saya untuk booking sbb offer ni 1st come 1st serve je.
Musa 017-6605978
Ada rumah di Bandar Alam Perdana untuk dijual @ disewa. Dekat dengan Uitm Puncak Alam. Baru dapat CF. Kunci mungkin dalam masa sebulan.
Raj 016 9272926
salam,you masih looking for a landed house ke? Im planning to sell off my intermediate house di puncak alam (shah alam 2). Are you interested?
http://lelaandnovember.blogspot.com/2011/11/twenty-is-number.html
my email : lilbee8283@yahoo.com
hello lela..
i already bought at puncak alam, nusa suria :)
Thanks for the offer by the way :)
Post a Comment