CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 25, 2013

Ubat Demam Adam Qaiser

Assalamualaikum

Hari ni korang buat apa je? Oklah, atas permintaan ramai di facebook after aku post gambar "ubat demam" Dadam masa dia demam beberapa hari lepas, nah, ini entry untuk terangkan apa yang aku guna.

Aku try ubat ni atas sebab-sebab tertentu. Sebelum korang judge aku macam-macam, aku nak tulis secara besar-besar dan terang-terang :


Anak korang, tanggungjawab korang, dan ikut suka hati korang nak buat apa pada anak sendiri. None of us is a good Mom to other's babies. We are a good Mom, to our babies sahaja. Jadi, kalau rasa ubat-ubat ini tidak relevan, tiada paksaan untuk amalkannya.



Demam Biasa:
Ok, kalau anak demam biasa, maknanya cek suhu dalam 36-38c sahaja, bagi aku yang anak dah selalu keluar masuk hospital sebab demam panas ni, itu suhu "normal" demam untuk anak aku. Kalau kena macam tu, aku akan sediakan:

2 biji bawang putih (ditumbuk tak payah lumat, pecah sikit je)
1 biji bawang merah / bawang besar (potong menjadi 2 bahagian)
Sedikit cuka apple
Air
Tuala kecil

Letak air dalam besen kecil. Letak tuala. Letak lebih kurang setengah cawan cuka apple. Rendamkan tuala dalam air tersebut dan lap badan anak. Kepala, leher, kaki, tangan etc. Buat ulang-ulang.

Bila anak tidur, letakkan garlic di tapak kaki anak, pakaikan stokin. Ini kita panggil garlic socks. CAUTION, ada budak tak tahan panas garlic ni, so esok pagi tapak kaki dia jadi merah-merah.

Gambar kaki Adam esoknya

So kalau macam tu, boleh bakar dulu, campurkan minyak masak/minyak kelapa, sapu je pada tapak kaki.

Bawang merah / bawang besar, letakkan berdekatan anak masa dia tidur, kalau die selsema, boleh bagi hidu masa die tidur, bagi bau sikit-sikit saja.

*cuka apple tu kalau tak ada, tak apa lah, kalau ada lebih baik*

Demam panas:
Untuk demam panas, aku pernah kena masa tu Dadam dekat Pahang, pukul 11 malam, tak ada klinik dah,suhu dalam 40c, aku buat mcm ni:

1. Ambil asam jawa, letak dalam air (ini bukan asam jawa dengan air yg cair-cair tu). Buat pekat gila, sampai rasa melekit. Macam paste yg cair sikit aje. Terus lumur 1 kepala anak, mcm pakaikan dia conditioner rambut. Kalau ada daun bunga raya, pergi petik, dan ramas-ramas dalam tu. Dia akan jadi berlendir sikit.

2. Ambil tuala basah, balutkan kepala anak yg berlumur asam jawa tu. Biarkan, tapi lap-lap juga pelepat kaki dan tangan. Minta maaf lah ya, tak payah harap dapat tidur, sila lap everytime rasa pelepat tu dah kering, sila lah berjaga malam.

*aku buat juga segala yg untuk demam biasa tu bila Dadam demam panas*

Batuk dan selsema
Yang ini aku tak buat lagi pada Dadam, tapi aku pernah baca jadi aku share. Bakar sikt bawang putih, sapukan dgn minyak, dekat dada dan belakang badan anak. Buat selalu masa dia tidur.

Mesti duk terfikir kejadah apa si Aini membebel ni pasal ubat dah mcm nak buat anak masak sweet sour plak ada segala macam bawang lah apa benda lah. Tapi aku cakap berdasarkan pengalaman. Dadam demam hari Rabu lepas, aku buat, Khamis dia dah panjat kepala katil, terjun atas lantai secara berirama.

Boleh rujuk entry ini pula, sebab kenapa aku prefer ubatan secara natural ni, berbanding sumbat Dadam dengan paracetamol.


Aku doakan anak-anak kita semua sihat walafiat. Kita-kita pun sihat supaya boleh jaga anak-anak kita.

*mood sedih bila ternampak gambar pegawai Ambank yg kena tembak dikepala, lepas tu nampak gambar sepasang anak-anak allahyarham yang umur 12 dan 8 tahun. Umur macam tu, kehadiaran "mak" dalam hidup adalah amat penting. Sebab nak membesar dan faham persekitaran, pergaulan dan sebagainya. Aku doa Allah sentiasa lindungi kedua anak-anak yatim tersebut, semoga mereka besar jadi anak-anak bijak dan soleh serta solehah. Amin*


0 ideas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...