Hello,
Baru nak update vacay bersama in laws ke Sabah. Ya betul. Tahun lepas dah pergi tahun ni pergi lagi? Jawapannya tahun lepas family sendiri, tahun ni bawa MIL dan ipar biras segala pula. Lagipun, Sabah is such a beautiful place, great view and value for money too. Tahun lepas saya bawa 18 adults and 5 kids. Tahun ini bawa 14 adults and 2 kids.
Tiket pergi balik including tax insurans, luggage and seat ialah maximum RM200/person sahaja pergi dan balik. Beli masa AA sales lah seperti biase. I must say that this isnt the cheapest i got sebab sebelum ni, saya dapat RM130 returns for 3 person ke Sabah tahun lepas.
23hb Sept, 2013
Bergerak ke LCCT dari Shah Alam dalam pukul 4pm. Sampai dalam pukul 5pm dan kami check in dalam pukul 6pm. Sepatutnya flight pukul 715pm tetapi delayed selama setengah jam.
Gambar dalam kapal terbang.
Sampai di airport KK dah pukul 1030pm, jadi kereta sewa dah menunggu, kami terus ke homestay kami di Tanjung Aru Lama iaitu D'Putih Homestay. Kami ambil 2 rumah, 1 rumah 3 bilik, dan 1 rumah lagi 2 bilik. Review utk homestay ini ialah, selesa, katil baru, ada peti ais dan tv juga wash machine, lokasi tidak terlalu jauh dari pusat bandar, dan bersih. Cuma panas sedikit sebab aircond tidak dipasang di semua bilik di dalam rumah. Harga homestay ini ialah RM160 (utk 3 bilik) dan RM130 (utk 2bilik).
Sebab lapar, kami cari makanan dan hanya terdapat 1 restoran thai dekat dengan homestay, tapi harga makanan ya ampunnnnnnnnnnnnn mahalnya. Mee goreng biase, RM8 sepinggan oi. Bersyukur lah kat semenanjung RM3.50 sahaja hahaha.
Esoknya check out.
24hb, Sep, 2013
Check out dari D'Putih Homestay dan kami memulakan perjalanan ke Kundasang. Yes! Tempat paling best sekali di Sabah selain pulau-pulau yg saya pun tak pernah jejak. On the way ke Kundasang, kami singgah di Rumah Terbalik. Dalam ni, semua terbalik, toilet pun terbalik.
Kemudian singgah di jambatan Tamparuli, oleh keranan saya dah pernah pergi, saya tak turun sebab cuaca panas sangat, takut Adam Qaiser demam. Yang lain sibuklah bergambar di atas jambatan.
Perjalanan diteruskan sampailah ke pekan Nabalu, berhenti membeli barang-barang macam padi huma, pisang merah, dan mcm-mcm lagi.
Seterusnya kami singgah pekan kundasang, semata nak ambil gambar sahaja :)
Dan akhirnya perjalanan selama hampir 3 jam dari KK ke Kundasang, kami sampai di Kiram's Village. Tempat saya menginap bersama keluarga tahun lepas. Sangat-sangat cantik dan berbaloi.
Kami check in, dengan mengambil 4 unit chalet iaitu:
Carrot cabin : 7 adults 1 kid
Broccoli : 2 adults
Chilli : 3 adults
Onion : 2 adults 1 kid
Sampai dalam pukul 3pm, pukul 4pm kami bersiap ke Desa Cattle Farm, apa lagi kalau bukan tengok lembu-lembu putih hitam dan ambil gambar pemandangan yang sangat-sangat cantik. Dia bukak sampai pukul 5pm sahaja dan RM3/person utk masuk ke sini.
OK, selesai tengok lembu, kami balik ke chalet untuk berehat. Suhu di Kundasang ialah 18c dan adalah disarankan membawa baju sejuk serta stoking utk kanak-kanak. Malamnya kami adakan BBQ (boleh request dengan Kiram's Village mereka akan sediakan dengan additional fee) dan karaoke (free) sehingga jam 10pm.
Esoknya kami check out pagi-pagi selepas breakfast, oh ya, di Kiram's village tak perlu makan jauh-jauh, makan sahaja di cafe dalam kawasan chalet, tukang masak cafe ni muslim dan dia masak memang sedap. Serius tak tipu :) dan ini ialah gambar-gambar pagi di Kiram's village berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yg cantik.
Check out time!
25hb Sept, 2013
Kami turun semula ke KK, tapi sebelum itu kami naik ke Ranau utk pergi Sungai Moroli melihat ikan kelah. Kat sini ikan kelah jinak dan akan gigit-gigit kaki untuk hilangkan sakit kulit rasanya. Syok gila :) lepas tu sambung mandi di sungai tu juga.
Dari Ranau nak ke KK, akan jumpa semula Kundasang, jadi kami singgah ke Kinabalu Park, lepak di kaki gunung kinabalu tapi hari gelap dan hujan renyai, tak ada view. Last year pergi memang sangat cantik. Tapi this year tak ada rezeki. Walau mcmmana pun, bergambar adalah mesti!
Perjalanan diteruskan sampai ke KK, dan kami menginap di A&J hotel memang terletak betul-betul di depan Pasar Philippine. Sesiapa yg datang KK hanya utk shopping dan makan seafood, saya suggest duduk dekat sini, sebab dekat gila 20 langkah aja sampai pasar, 20 langkah saja pasar malam, dan jalan dalam 5 minit, tempat makan seafood.
Tapi kena tahu juga ini budget hotel, jangan tanya swimming pool kat mana pulak ya? haha Tahun lepas memang tak berapa shopping sedih gila sebab tak ada banyak masa macam trip tahun ni. dan tahun lepas lokasi apartment Marina condo tu agak lenguh lah nak berjalan sampai tempat shopping.
Malam terakhir kami makan seafood! yeayyyy as usual mencari lobster. Masih murah macam last year, seekor lobster sekali masak RM30. Oklah kan? sebab masa preggy dulu husband belikan seekor lobster sebab mengidam dekat RM100. Pastu aku masak sendiri plak!
Kami makan utk 1 group ni dalam RM20 seorang lauk pelbagai lah ye, ada pari bakar, sayur, sup dan sebagainya, tapi saye suggest utk pergi survey semua gerai baru decide makan di mana. Tempat ni ialah bersebelahan pasar kraftangan. Dekat saja. Jalan kaki dari A&J Hotel.
Sempat jumpa member sekolah yang kerja kat Sabah kat tempat makan ni jugak, berborak-borak sambil yang lain dah start shopping kat pasar malam bagai.
Rumah si Mira ni dekat Port Klang satu taman aje dengan saya. Tapi Raya pun tak berjumpa. Cuti biase pun tak dapat jumpe disebabkan kekangan masa dan selalu clash activity. Rupanya dekat Sabah baru jumpa. Hope to see you soon lah bila habis projek Sabah tu ok! Member pass kan kopi Tenom untuk parents dia dan saye pun dapat juga "upah" kopi Tenom. Eh, sedap kopi tu. Yg tak minat kopi pun boleh minum habisssssssssss :)
26hb Sept, 2013
Esoknya kami check out jam 730pm, dan terus ke airport nak balik ke KL semula. Semua muka happy saja, semoga kenangan di Sabah ni terpahat dalam ingatan dan menjadi semangat utk kita kumpul duit lagi, dan pergi vacay lagi!! yeayyyyy
Details:
D'Putih Homestay : 013-874 3761 Pn Hjh Saadiah
Kiram's Village : 016-6950057 En.Jamal
A&J Hotel : Booking.com
Kereta sewa avanza : 013-874 3761 Pn Hjh Saadiah
Kereta sewa Myvi dan Saga : 013-2009720 Redzuan
saya sangat puas hati dengan kereta sewa yg saya ambil ni. Kereta baru, good condition, bersih, dan alhamdulillah berpatutan. Avanza RM180, Myvi dan Saga RM100, sehari.
Untuk rujukan, trip saya ke Sabah last year, sila klik Family Vacation To Negeri Di bawah Bayu
Meet Eva & Lea
9 years ago
0 ideas:
Post a Comment