CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

August 29, 2013

Lawak customer di pagi hari

Assalamualaikum



Gambar ni tadi aku post kat facebook. Hari ni tak marah siapa-siapa. Serius. Aku sengih aje layan kerenah customer pagi-pagi.

It is not a first time i received sms/whatsapp/inbox asking my supplier contact number. With so many "possible" reasons, some people really like to take advantage on others. 

Bukan kedekut, tapi benda pertama kita kena belajar dalam business ialah "berusaha sendiri". Dari mana saya kenal supplier saya? Dari dealer lain ke?

Tak ada jalan mudah dalam berniaga. 9/10 rezeki datang dari perniagaan, jadi tak bermakna semudah itu boleh dapat rezeki. Orang lain usaha kita tumpang? ala... typical melayu. Macam mana nak maju? Asyik tumpang, asyik minta tolong.

That day ada kawan saya jual pavlova, memang sedap, tiba-tiba baca kat facebook dia orang komen "PM i resepi pavlova please". Aku rasa nak ketawa pun ada.

If she would like to just give out the recipe, she will not started her pavlova business at the 1st place. IT IS FOR SALE, dear customers.

And the most annoying thing is, the one who asked silly thing like this doesn't even want to buy from us, at least berbudi-bahasa lah sikit kan beli dulu baru tanya ke? Ini straight away tanya resepi, terus-terus tanya contact number supplier. Hahaha apekah wey?

Oklah, utk customer-customer lain yang selalu beli dan sebagainya, terima kasih banyak-banyak. Actually saya akan tutup business pati delima dan buah zuriat tak lama lagi. Maybe selepas start mengajar di Melaka. 

So sementara buka ni, sila lah mencuba :)

Tata!

August 27, 2013

Dear son..


Adam Qaiser came to me this morning wearing that thing on his head. I surely do not know what it called. With his cheeky face, he asked me whether i am in good health or not.

AQ: Mummy demam ke????

I looked at him and said that i am Ok, tak demam. There was a sad face when he heard me saying i am ok. So, i change my answer immediately, because i know he wanted to play something with me.

Mummy: Oh... Mummy rasa demam lah sikit.. (i give him a sad face like i am really sick)

He quickly give me a smile and put his hand on my forehead and said:

AQ: Demam ke? Adam doctor tau! Mummy tamau takut yeh.. Adam cucuk sikiiitttt aje!

Slowly he grab my arms and give me a kiss before asking me to turn on my back so that he can give me some injection.

I smile.. if you could see my heart at that time, it was full of flowers and i am really thankful. So, i think, i should write him a note.


Dear son,
I am really glad that you have a good heart
I am proud of you when you are ambitious
I know you enjoy helping people and always want to help others

But,
Mummy want you to know that
I will never force you to be anybody
Certainly not

I hope one day you realized that
You can be a good man by being YOU
You are a good son, by being yourself

Tak kira apa kerja Adam buat
Tak kira apa yang Adam nak jadi
As long as you carry a good heart inside
You are going to be good to all

Ada banyak kerja dalam dunia
Carilah kerja yang Adam suka buat
Ada banyak duit dalam dunia
Carilah duit yang halal

Rezeki Allah itu luas
Tak pernah terbatas hanya dengan sesetengah perkara

Asalkan boleh bernafas
Asalkan ada makan minum
Boleh nikmati dunia seadanya
Adam mesti bahagia

Bila Mummy tua
Cukup dengan kasih sayang kita
My prayers will accompany your every pace
My blessing will be with your every breath

Remember,
Allah is there
His love and bless will fill every empty spaces you have

Jadi jangan pernah rasa kosong
You are miracle by being yourself

Love you,
Mummy

July 31, 2013

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda 2013/2014

Assalamualaikum
Ya, betul.
Dah buka.
Esok (1 Ogos) start.
21 Ogos tutup.
Ya, online application sahaja.

Hahaha amacam? terer tak makcik jawab soalan dalam fikiran korang? Oklah. Hari ni nak berbahasa. Taknak berbahasa pasar.

Kepada semua, UiTM akan membuka tawaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di UiTM melalui skim biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM tahun 2013/2014.

Anda yang berminat bolehlah melayari laman sesawang berikut MELALUI INTERNET EXPLORER SAHAJA.


http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ 

Anda kemudiannya akan menemui muka hadapan laman seswang berbentuk ini:




Baiklah, tawaran di buka bagi peringkat Sarjana juga Doktor Falsafah. Atas sebab bulan puasa dan saya juga seorang yang gemar berkongsi info (masuk bakul angkat sendiri) maka di sini saya sertakan beberapa tips.

1. Untuk menjadi ahli akademik, bidang pengajian peringkat Ijazah perlulah selari atau sealiran dengan bidang Sarjana yang anda mohon nanti. Sebagai contoh, saya ialah bekas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Peniagaan Antarabangsa, maka ketika saya mohon TPM, saya mohon untuk melanjutkan pengajian Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

2. Di maklumkan bahawa antara syarat kini ialah pemohon hendaklah tidak atau belum lagi memulakan pengajian ketika memohon TPM.

Baiklah, hanya dua tips. (lidah dah tergeliat sebab guna bahasa yang skema, mari kembali kepada mak jemah asal! BERTUKAR!!!!)

ok, u ollsssss.. hahahaha apply lah. Tapi ingat tolong lah ikhlas sikit. Apply sebab nak jadi pensyarah, bukan nak buat lawak lepas belajar taknak report duty ya! Taknak marah-marah dan remind banyak-banyak sebab tahun lepas makcik dah cakap dalam entry ini :



So, pandai-pandai lah!

Sila bertanya kalau ade sebarang kemusykilan. Makcik coba sedaya upaya membantu!

OK ZAAAASSSSS! makcik nak pergi ambil Datin Paduka Zamzidar Osman, balik kerja. Juga ambil anak Dato' Azuan balik taska. Hah, kau ingat senang tak posting lagi ni?? Jadi supir tau! Supir with MBA, kau hado?

Bye!

June 20, 2013

Ikan Patin Asam Tempoyak

Ok, tadi sambal betik, sekarang Ikan Patin Tempoyak. AWAS! ini bukan resepi Mak Mertua. Bukan resepi Mama juga. Ini aku buat penyelidikan (eceh) aku buat gabungan macam-macam, dan jadilah resepi yang aku guna pakai bertahun dah bagi laki aku makan. Hahaha

Resepi Ikan Patin Asam Tempoyak 




1 ekor ikan patin dibersihkan dan dipotong
1 batang serai di ketuk
1 batang bunga kantan di belah 4
3 batang daun kesum
1 helai daun kunyit
1 biji kunyit hidup sebesar ibu jari
2 ulas bawang besar
2 tangkai cili hidup
Tempoyak, garam, gula secukup rasa

1. Blend : kunyit, bawang besar, cili hidup, belacan, tempoyak 
2. Tumiskan dgn sedikit minyak
3. Naik saja bau asam tu, masukkan serai dan daun kesum
4. Biar seminit dua, masukkan air secukupnya
5. Perasakan dgn garam dan gula.
6. Dah menggelegak, masukkan ikan.
7. Masukkan bunga kantan dan daun kunyit
8. Dah masak ikan, tutup api.

Selesai!

Tips:
1. Tempoyak paling syok adalah yg tak masam sgt (lama), kalau dia manis-manis durian memang seronok gilaaaaaaaa masam manis rasa dia.

2. Garam gula ikut suka. Masam pun ikut tempoyak. Ikut selera, suka masam letak byk tempoyak, kalau tempoyak baru, tak masam, letak lah asam keping ke atau asam jawa sikit.

3. Yang buat kuah pekat ialah tempoyak yg di blend tadi dengan segala bawang tu. Kalau dah buat tapi tak pekat, nak tambah tempoyak jangan terus scoop masuk dlm periuk, masukkan dlm blender dulu, letak air sikit, letak garam gula sikit, blend dan tambahkan dalam periuk.

4. Orang selalu tanya "ikan sungai tak hanyir ke?" ok aku beli ikan sungai yg sangkar. Patin sangkar. Yang hanyir ni patin kolam. Kalau patin sangkar aku tak perlu beriye-iye buang hanyir sebab dia tak ade bau pun. Tapi kot lah korang memang tak boleh bau sikit pun, buat macam ni:

- ikan yg dah di bersihkan, rendam dalam air asam jawa.
- kalau takut jugak lagi, lepas tu rendam air limau
- kalau rase tak konfiden jugak, masukkan dia dalam tepung gandum. Goreng. hahahha bukanlah, masukkan dalam tepung gandum.. balik-balikkan... biar lama sikit, kemudian bersihkan dia.

Sekian terima kasih makcik-makcik kepoh sekalian! haha

Sambal Betik Lagend Mak Mertua

Oklah, seumur hidup, aku tak pernah makan sambal betik. Sama juga lah ikan patin. Rumah tak pernah naik ikan patin. 

Bila kahwin dengan En.Suami, dia dan family dia banyak ajar aku makan macam-macam. Hahahaha

Masa 1st time aku dengar Mak nak masak sambal betik, aku buat muka kat husband aku, "ade ke sambal betik, weh?". Laki aku pulak  jeling aku, "Adelah!"

Bila dah siap masak, aku rasa, terus aku makan-makan-makan. Aku rasa Mak letak dadah agaknye dalam sambal tu. Ape benda lah sedap gila pulak??

So hari ni, mak kat Pahang, mana aku nak cekau bawa mak datang Port Klang kan? aku buat sendiri lah.



Ni resepi. Aku panggil "sambal betik lagend mak mertua". Kau ade?

1/2 biji betik separuh masak sederhana besar (dihiris)
20 tangkai cili kering (rebus dan toskan)
1 ulas bawang besar yg bersaiz besar (potong kecil)
4 biji bawang putih (potong kecil)
belacan sebesar ibu jari tangan (kaki pun boleeehhhhhhhh)
segenggam ikan bilis (banyak sikit pun tak apa)
sedikit air utk blend

1. Potong dan bersihkan betik (ketepikan)
2. Blend bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili kering, belacan dengan sedikit air utk memudahkan semua dikisar elok.
3. Panaskan minyak sedikit.
4. Tumiskan bahan kisar.
5. Bila agak kering, masukkan buah betik.
6. Kacau hingga agak kering.
7. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
8. Dah kering, siap untuk dihidang.

Tips:
1. Betik tu penting sangat dia tak masak, tapi bukan yg tak masak langsung hijau beriye tu ye. Dia mesti separuh masak. Kalau masak atau 3/4 masak, dia akan lembik bila goreng, tak sedap. Betik yg cun gila buat sambal ialah, bila potong, warna kuning lebih banyak dari warna oren. Jangan kuning semua plak! Kalau dah masak, korang rase betik tu crunchy sikit, memang superbbbbbbb!

2. Buah betik separuh masak ni akan keluarkan jus betik sikit. Jadi sambal jadi basah sikit dengan rasa betik yg manis-manis buah tu. Menjejes air liur aku tengah taip ni.. hahahaha

3. Ni bukan sambal nasi lemak nak basah-basah sangat ye. Sambal ni agak dry. Yg basah pun sebab jus betik tadi je.

Ok selamat mencuba kawan-kawan!

April 22, 2013

Pati Delima Gulsan... Lagi.. ;p

 Assalamualaikum.

Ye betul. Saya masih lagi jual Pati Delima Gulsan ini. Belum stop lagi!
Harga? Masih sama lah kakak-kakak dan abg-abg semua.





1-9 botol : RM15 sebotol
10 - 23 botol : RM13 sebotol
24 botol (1 carton) ke atas : RM12 sebotol

Kalau ambil direct dirumah juga dalam flat price RM12 tak kisah berape botol.

Nak lagi murah? Boleh. Belilah 3 carton ke atas. Saya diskaun lagi :)

Ok harga exclude postage semenanjung dan sabah sarawak.

Tapi harga pos pun tak mahal, serendah RM2 saje sebotol (mengikut kuantiti), dan, saya GANTI PERCUMA KALAU PECAH (T&C applied).

So kalau nak cuba boleh sms atau whatsapp atau wechat ke :

016-4441497 - Aini

Cuma satu saja saya nak minta pada customer, kalau betul-betul nak beli, barulah minta details AKAUN saya.

Setakat bertanya tentang Pati Delima saya tak kisah. Saya akan jawab. Cuma, harap faham, jika tak ada niat untuk membeli, tanya saja tak apa. Jangan tanya sampai minta num akaun dan CONFIRM order kemudian rupanya tak jadi beli atau taknak beli. 

Lama dah berbusiness ni, saya agak tak berapa suka jika customers mcm ni. Kalau seller lain, sure dah kena balcklist num tu. Tapi setakat ni saya tak blok atau blacklist customer yang buat mcm ni. Tapi minta tolong tak ada lagi ya.

Akaun number ni sensitif. Minta tolong sensitif sedikit bab ini ya. Bab lain tak apa. Saya ok :)

Untuk repeat customers, thank you very much. Letih ulang alik ke supplier pun terbalas bila customers happy dapat barang.

Ramai dah jual Pati Delima ni sekarang. Macam-macam range harga ada. Pandai-pandai lah memilih ye.

Apa-apa pun, Pati Delima Gulsan ini memang bagus untuk kesihatan. Darah tinggi, Kencing manis (diabetics), ibu mengandung, kanak-kanak yang ada masalah penghadaman, dan sebagainya.

Untuk tahu lebih lanjut, boleh pergi sebelah kanan blog saya, ada LABEL. Cari PATI DELIMA GULSAN dan klik. Akan keluar semua entry dan boleh baca ya :)

Selamat mencuba!



Click to enlarge



Pos ke sarawak. Hanya guna Poslaju sahaja

Tata!

April 4, 2013

Entry Bukan Politik


Assalamualaikum,

Ya, betul. Parlimen dah bubar. Hoyeeeeeh! Semangat nak mengundi untuk kali ke-2!

Penggal lepas, aku dah vote, penggal ni sekali lagi. Ok, aku tak ada niat untuk jadikan blog kesayangan sebagai blog politik *nada serius*.

Hanya nak share keseronokkan mengundi yang bakal tiba. Macam hari raya pula aku rasa. Hahaha

Facebook penuh gila updated status dari puak Bangkang dan puak Sokong. Wah! Active kome berkempen ye? Teman idak ler, teman Pegawai Pemerhati Bebas saje.

Aku duduk membelek manifesto kedua-dua belah pihak semalaman. INDAH gila manifesto. Macam duduk di SORRRRGAAAAA gamaknya. Lawak juga ye. Pilihanraya je segala macam janji keluar.

Apa pun, aku terfikir malam tadi 1 perkara, kalau kita beri saja GE13 ni kepada Pembangkang pun bagus. Boleh lah kita lihat, setanding atau tak mereka tu dengan Kerajaan sekarang. Kan? Kalau tak sampai bila pun takkan dapat tengok.

En.Suami pula kata, dia suka negara macam US, dimana Pembangkang dan Kerajaan diberi peluang mentadbir negara secara bergilir-gilir mengikut penggal.

Barulah rakyat akan berfikir waras sikit, dan paling penting rakyat dapat keuntungan. Iyalah, bila setiapkali kerajaan baru naik, mereka mesti nak tunjuk hebat, jadi mereka akan beri banyak benefits kepada rakyat untuk tunjukkan meraka lebih bagus dari kerajaan sebelum.

So kalau bergilir, memang rakyat untunglah. Haha

Oklah-oklah. Nak caci i lah tu. Aku pemerhati bebas je. Ilmu politik pun ciput kalau nak banding mereka yg 24jam hadap internet cari malumat nak backup parti masing-masing.

Aku takde kerja aihhhhh~

Cuma 1 nak pesan, korang kerja kan? jangan guna masa kerja berkempen ye abg-abg dan kakak-kakak. Malam-malam nanti kempen lah. Amik bendera parti, buat selimut tidur :)

Sekian, selamat mengundi kawan-kawan :)

p/s: pembangkang atau kerajaan dua-dua ada "taik" dalam parti. Tak ada parti suci. Suci dalam debu ada. Toksah kempen kuat sangat ye. Kadang-kadang sampai nampak bebal. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...