CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

August 15, 2012

Update - Syawal Kit 2012

Assalamualaikum,
Banner Syawal Kit 

Tengah buat apa? Makan ke? Haha. Ok just quick update untuk pengetahuan semua, semalam telah berlangsungnya (ewah dah mcm aktiviti persembahan seni ke ape benda) aktiviti penyerahan segala barangan Syawal Kits kepada team "bungkus-membungkus". 

Syok gila sebab tak sangka terlalu ramai yg prihatin atas nasib insan-insan yg tidak berkemampuan utk menyambut Aidilfitri.#insaf sekejap#. Belum lagi pergi hantar barang pada golongan asnaf dan fakir miskin ni, lagilah bertambah insaf agaknya. 
Sebahagian makanan & barangan harian

Insyaallah saya akan start hantar esok pagi atau petang sebelum berbuka puasa. Entry ini khas untuk memberitahu bahawa segala "amanah" yg kami terima telah kami salurkan semuanya dan sehabis baik kepada mereka yang memerlukan.

Di sini saya ingin ucapkan banyak-banyak terima kasih pada mereka yang sudi menyumbang dan tak pasal juga menjadi "agent" mengutip sumbangan bagi kawasan masing-masing. Tahniah lah pada "agent-agent" berikut, Wan Arnie, Diana Yusof(my sister) and Suhana.
Team kami mengangkat barang dan teruja lantas mengambil gambar walau muka mcm maid sudaaa

Yang personally donate saya tak letak lah nama anda ye. Hanya kita yang tahu, dan hanya DIA yang berhak memberi ganjaran. Insyaallah.

Barang banyak sangat sampai tak muat kotak. Utk barangan yang kurang dari kuantiti 20, saya salurkan kepada project Lestari Boys di bawah ini. 
The lestari boys project telah berjalan, ada yang telah menderma, cuma saya yg belum buat announcement. Adoi

Kasihan anak-anak ini tapi saya belum ada info cukup utk buat entry bagi mendapatkan sumbangan. Insyaallah dalam masa terdekat saya akan buat 1 entry mengenai kisah mereka yang dihalau keluar dari rumah anak-anak yatim akibat dari tindakan mereka-meraka yang mengambil kesempatan di atas harta anak-anak yatim. Aish, tulis pun dah buat darah mendidih sikit. #batal pula puasa aku kejap lagi# ;p

Ok, sampai sini sahaja. After saya distribute pada golongan asnaf dan fakir miskin terpilih, saya akan upload gambar, bukan riak ye *penampar baru tau* tapi sebagai bukti bahawa "amanah" memang benar-benar telah disampaikan.

Sekian, Selamat Berpuasa :)

August 8, 2012

Syawal Kit - Jom Sedekah lagi!!

Assalamualaikum,

Seronok tak nak raya? Saya seronok gila. Sibuk siapkan persiapan raya keluarga. Baik dari segi pakaian atau makanan, atau perhiasan rumah. Raya lah katekan ;p

Tapi dalam-dalam sibuk siapkan segalanya, ada sahabat dari Klang cadangkan untuk kami bantu golongan asnaf dan fakir miskin yang tingga berdekatan kami untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dengan meriah :)

Tak sabar-sabar saya bila tahu ada peluang membantu dan menderma, jadi keluarlah entry ini hari ini.


Supported by Telekung Project

Jomlah bantu kami. Kami cadangkan untuk memberi keperluan asas raya untuk 20 golongan asnaf dan fakir miskin sekitar kami. Entry ni pun lambat, baru 24 jam kami post kat facebook dah hampir semua kami dapat sumbangan. Tapi, item kat bawah masih KOSONG kalau anda nak menyumbang :)

beras  - another 3 to go! - Dah selesai!

Teh & Kopi x 20 - Dah selesai


Milo x 20 - another 10 to go - Dah selesai

bawang putih/merah x 20 bungkus - Dah selesai

sabun basuh baju x 20 kotak - Dah selesai


bedak x 20 botol - Dah selesai


Tuala mandi x 20 helai - Dah selesai



Sos Cili x 20 botol - DAH SELESAI


sos Tomato x 20 botol - DAH SELESAI


selipar x 20 pasang - Dah selesai


lemang segara x 20 paket - DAH SELESAI

Rendang segera x 20 - Dah selesai

Kuah Kacang segera x 20 - Dah selesai

asalnya kami perlukan barangan seperti di bawah, tapi cepat sangat dapat orang sudi sponsor. Terima kasih lah banyak-banyak :)

1) gula x20 bungkus 

2) susu pekat x 20 tin


3) milo/susu/teh x 20 bungkus


4) minyak x 20 paket


5) beras x 20 bungkus 


6) tepung gandum x 20 paket


7) biskut raya x 20 kotak


8) bawang putih/merah x 20 bungkus


9) garam x 20 bungkus


10) kicap x 20 bungkus


11) bihun x 20 paket


12) berus gigi x 20 batang


13) ubat gigi x 20 kotak


14) sabun mandi x 20 kotak


15) sabun basuh baju x 20 kotak


16) bedak x 20 botol


Kalau anda rasa ada barangan lain yang diperlukan untuk Syawal tapi 

kami lupa letak, inform kami ye :)


Contohnya ada sahabat nak sumbangkan Kerepek, ada juga nak sumbangkan

nasi impit dan air kordial, kami terima semuanya.


Golongan asnaf dan fakir miskin yg kami pilih ada 20 keluarga semuanya. 

Anda boleh sumbangkan barang yg kami perlukan, walaupun sebungkus bihun,

kami terima, atau sebungkus garam.


Jika ada nak sumbangkan duit, kami terima juga walau RM1. Janji anda ikhlas

nak bantu mereka.


Jom ramai-ramai kita buatkan Syawal kali ini lebih meriah untuk kita dan 

untuk mereka. Insyaallah!



Sesiapa nak derma boleh call @ sms saya 016-4441497, atau 

email : ainiqmy84@hotmail.com, atau inbox facebook saya!

Before or on 15th August,2012


Dear all, alhamdulillah, challenge closed at 2pm, 9th august 2012. Semua barang telah ada penderma. Kepada penderma-penderma budiman, boleh call saya before 15th august utk hantar barang-barang. Jutaan terima kasih kerana menyertai kami mengembirakan golongan asnaf / fakir miskin Syawal ini. Semoga dilimpahi rahmat dan diberkati, juga dimurahkan rezeki. Amin :)



Ok, saya kongsikan entry dari blog Aminuddin Harun untuk renungan bersama 



Zakat, infaq dan sedekah memiliki faedah yang sangat banyak, bahkan sebagian ulama telah menyebutkan lebih dari dua puluh faedah, diantaranya:

1. Ia dapat memadam kemurkaan Allah, Rasulullah s.a.w, bersabda:   
Sesungguhnya sedekah secara sembunyi-sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Rabb (Allah) (Sahih At-targhib)

2. Menghapus kesalahan seorang hamba, beliau bersabda: Dan Sedekah dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api(Sahih At-targhib)

3. Orang yang besedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arsy di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda:  Tujuh kelompok yang akan mendapat naungan dari Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya diantaranya, seseorang yang menyedekahkan hartanya secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.(Muttafaq 'alaih)

4. Sebagai ubat bagi berbagai macam penyakit baik penyakit jasmani maupun rohani. Rasulullah saw, bersabda: Ubatilah orang-orang yang sakit diantaramu dengan sedekah. (Sahih At-targhib) beliau juga bersabda kepada orang yang mengeluh tentang keras hatinya: Jika engkau ingin lembutkan hatimu maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim. (Ahmad)

5. Sebagai penolak berbagai macam bencana dan musibah.

6. Orang yang berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap harisebagaimana sabda Rasulullah saw: Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua malaikat yang salah satunya mengatakan, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang lain mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya). (Muttafaq 'alaihi)

7. Orang yang berzakat dan bersedekah itu akan Allah berkati harta nya, Rasulullah saw bersabda: Tidaklah sedekah itu mengurangi harta(Muslim)

8. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekahSesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat -gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah: 245)

9. Sedekah merupakan petunjuk kebenaran iman seseorang, Rasulullah saw bersabda, Sedekah merupakan bukti (keimanan).(Muslim)

10. Sedekah merupakan pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, sebagaimana wasiat beliau kepada para pedagang,Wahai para pedagang sesung -guhnya jual beli ini dicampuri dengan perbuatan sia-sia dan sumpah oleh  itu bersih -kanlah ia dengan sedekah. (Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah juga dlm Sahih Al-Jami').


Ok itu saja untuk entry kali ini. JOM SEDEKAH! :)

July 27, 2012

Jom!! Peluang menggandakan pahala di bulan Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t
Saya join aktiviti di bawah ini yang akan berlangsung Sabtu, 28hb July 2012 jam 2pagi onwards. Kami perlukan bantuan anda :)



Alhamdulillah team kami telah mengumpulkan dana yg secukupnya bagi 500 orang anak-anak emas dari rumah-rumah kebajikan di bawah.

KLANG
1. Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al- Munirah (50, 30, 13) = 100
PIC             019-644 7949       (En Jalil)

2. Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Sg Pinang (50 pack) PIC Hj. Bani 0126602274

SHAH ALAM
1. Raudhatul Ikhwan (35) = Pn. Kursiah 0132570177
2. Rumah Amal Kasih Bestari Kg. Subang (99) = Pn. Kamaliah

BANGI-PUCHONG
1. Rumah Bakti Al-Kautsar (19) (2) = 21 PIC Hj Razali            012-6439878      
2. Baitulhidayah (40)
3. At Taqwa Putra Perdana (50)



Kami akan menyediakan sahur pack untuk kesemua mereka yang di anggarkan bernilai RM5.50/pack. Walaubagaimanapun, pihak kami kemudiannya terfikir untuk memberi anak-anak ini minuman yang lebih special dari Coolblog (mereka tentu tidak semewah kita yang mampu minum coolblog hampir setiap hari).


Dana terkejut ini dianggarkan berjumlah RM900 (RM1.80 per cup), dan kami setakat ini hanya mempunya RM500 sahaja. Short RM400. Hehehehe


Saya mohon jasa baik readers blog saya untuk membantu kami membuatkan sahur anak-anak ini lebih seronok sekaligus menggembirakan mereka menyambut Ramadhan kali ini.

Sikit atau banyak derma anda tak penting, katalah anda nak derma RM18 untuk 10 cups, apa salahnya. Kalau RM1.80 pun saya terima dengan hati terbuka. Asalkan anda ikhlas, kami bawa keikhlasan anda bersama kami waktu sahur dengan mereka Sabtu nanti :)


Sesiapa berminat boleh salurkan derma ke dalam akaun ini:


CIMB

-acc num deleted-
AINI QAMARIAH MOHD YUSOF


Please state there : SINGGAH SAHUR (tolong tulis ini ye. Penting!)
Then, email me at ainiqmy84@hotmail.com


Dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw bersabda : barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim diantara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya kedalam surga, kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.


Be part of us! :)


________________________________________________________________________________


ALHAMDULILLAH!! CHALLENGE CLOSED AT 4:36PM, 27TH JULY,2012. 
Dana ini telah mencapai sasaran. Buat mereka yang telah menderma, Team kami ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga Allah mengurniakan Syurga buat anda yang menggembirakan hati kanak-kanak kesayangan Rasulullah ini. Terima kasih!

July 18, 2012

Memborong buah kurma

Okeh, ini adalah entry makcik-makcik. Kerana hanya makcik-makcik akan bergosip mengenai harga gula naik turun, harga garam mahal murah, harga ikan kembung melambung, juga harga cili berapi-api gamaknya.


Ini cerita mengenai harga borong kurma. Kan dah nak raya puasa ni kan, jadi saya memang mencari kurma untuk santapan seisi keluarga #ayat macam iklan tv# untuk berbuka puasa. Makan kurma dulu masa berbuka puasa tu sunat tau. Jom tambah pahala. Tapi sebelum tambah pahala, korang kene keluarkan duit lah nak membeli kurma yg nak bagi pahala kat korang itu. Hahahaha #apesal gelak?Tak lawak kan?#


Usually tahun-tahun lepas beli dekat pasar je. Atau kalau rajin kaki melangkah #ecececeh..padahal naik kereta je# saya pergi komplek PKNS Shah Alam memborong kurma. Atau kalau lebih hazaaaaab, saya tunggu aje lah sesiapa beli sebab malas tu. 


Tahun ni Sathiya (sesiapa tak kenal siapa Sathiya ni boleh baca entry ini), yang cadangkan beli kurma dekat Pusat Memborong Kurma dan Kekacang, Mahnaz Food, di Shah Alam. Terletak di belakang sekolah menengah teknik shah alam ye. So tadi saya pergilah beli. Memang murah. Memang banyak pilihan. Korang nak kurma apa? Cakap! Kurma Nabi, kurma Mekah, Madinah, Iran, Arab, manis, pahit, besar, kecik, keras, lembut, perang, hitam, putih #eh ade ke kurma putih? ok yang itu tipu#, semua ada.
Mama dengan adik-adik saya sedang berfikir kurma mana nak rembat


Kalau jenis kekacang yang selalu orang balik Umrah atau Haji beli tu, segala gajus lah, almond, segalanya pun ada. Nak yang salut madu? gula? Masin? Tawar? ada juga. Kalau Kismis tu nak yang besar-besar, kecik-kecik, kuning, oren, hitam semua pun ada. Syok weh. Serius.
sebelah kiri tu kurma medjoul yang sangat besar, yang kanan kurma biasa..besar bukan?


Ape saya beli? Saya beli kurma Medjoul, besar gedabak, kurma madinah dan apprikot juga kismis. Sebab datang memang tak tahu tempat ni tempat borong. Orang lain datang beli berkotak-kotak. Beli berkilo-kilo. Saya datang nak beli beberatus gram saje. Oh malu~ Hahaha Kurma yusoff Taiyyob pun ada #sila pronounce yusof taiyyob secara berbisik#.
Orang borong berkotak-kotak


Oklah. Itu saja nak update. Harga berpatutan. Paling mahal adalah Kurma Nabi. RM100 untuk 1 balang, tapi dulu saya pernah beli kurma nabi ni kat luar rm170...kira murah lah sini. Semua yang borong kat sini dorang jual kat pasar. Hahahahaha So better beli kat sini. Ok cepat! Sempat lagi ni. Puasa hari Sabtu kan, insyaallah :)
Map. Tapi korang google je lah..hahaha Halusss~


Selamat menerjah Kak Kiah sekalian! ;p


p/s: Terima Kasih Sathiya, Love you :)

July 17, 2012

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2012/2013


Assalamualaikum *gitu lah sopan kalau dah berabad tidak berblog akibat rasa bersalah maka sopan lah aku hari ni*

Pengumuman kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai UiTM sebagai tenaga pengajar, tetapi masih belum ada Masters atau gila sangat nak ambil PhD, silalah apply TPM, UiTM 2012 yang telah bermula 15th July, 2012 sehingga tarikh tutup adalah 25th July, 2012 *caci lah aku sebab lewat inform sekarang sudah 17th July kan?*

Tapi, sebelum kamu semua semakkan line UiTM tu dengan berpusu-pusu atau berpasu-pasu apply, sila check diri anda dulu ye. Pertama sekali result Degree dulu tak boleh hampeh *kalau lecturer dah hampeh, student nak jadi ape pulak tu? Jgn kau berani apply!* hahaha

Keduanya, mesti minat menjadi pensyarah UiTM sebab kamu akan di bond selama 7tahun atau gantirugi RM100,000.00 dalam masa 7hari. Fikir dulu ye. Jangan main sebat aje. Lagipun aku nak sound sikit ni *menanah lah telinga korang kejap* selaku pemegang biasiswa TPM, aku paling menyampah orang cakap tak serupa bikin. JANGAN sesekali guna biasiswa ni sebagai batu loncatan untuk dapat Masters @ PhD kemudian sampai masa kene report duty korang taknak dan lebih rela konon-konon bajet kaya nak bayar RM100,000.00 sebab nak kerja swasta kerana gaji lecturer sikit ke apa-apa nak banding gaji swasta korang tu. Memang saje minta cacian!

Mesti bertanggungjawab, mesti ada mission untuk jadi sebahagian warga pendidik dan memang mahu bergiat aktif dalam industry pendidikan Negara. Hah, macam makcik gomen kan ayat aku? Haazaaaaab!!

Ok adik-adik boleh layari laman sesawang ini http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ sila buka HANYA DENGAN INTERNET EXPLORER kalau tidak memang tak dapat apply.

Tak sabar nak tunggu kamu semua apply dan melalui zaman aku dulu pergi interview dan menangis oleh kerana sengal dalam interview tersebut. Kihkihkihkih Good luck ye, oh sekejap, untuk menjeleskan kamu, aku dah semester 3, next semester dah final semester. FINAL tau. Dah nak habis azab MBA di UPM ni. Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!! 

p/s: kalau tak faham apa-apa silalah bertanya kalau aku boleh tolong, aku tolong ler membuat amal jariah membantu kamu jadi warga pendidik, semoga sama-samalah kita dapat pahala menurunkan ilmu untuk diwarisi zaman berzaman. Gitu~ Tapi before tu panggil aku KAKAK SENIOR! muahahhahhahahhah *sejahat-jahat gelak*

Tata 

May 28, 2012

Mother's day



Hari ini saja-saja nak update tentang Mother's day celebration hari tu. Ramai orang kata, sambutan hari ibu adalah HARAM sebab ia upacara memperingati mother Teressa or whatsoever. Secara terus terangnya, saya malas nak ambil tahu sangat perkara-perkara yang saya rasa tak pernah terfikir dalam kepala saya selama ini.


Mother's day disambut diseluruh dunia tanpa ada specific date. Berbeza dgn sambutan hari memperingati Mother Teressa yang ada date dia sendiri dalam bulan May (tapi entah bila date nya aku tak tahu sebab aku tak pernah nak amik tahu pun, tiada kaitam dgn aku). Mother's day kita celebrate setiap hari Ahad, minggu kedua, di dalam bulan May. Faham kah? Ada date kah itu? NAN HADO!


Jadi senang cerita benda kecil tak perlu besar-besarkan. I am happy celebrating mother's day, and if you think you really not into this, just be silent. Isu yang tak perlu dibahas. Buang air liur aku je weh! hehe


Ape ade dengan celebration tahun ini? Tiada apa-apa istimewa. Beli hadiah seperti biase lah untuk mama dan mak (ibu mertua), dua-dua dapat barang yang sama. Adil. Hehe. Bagi mama awal, sebelum mother's day, then balik Pahang celebrate mother's day dengan Mak. 


Apa yang best tahun ni tak bagi cake macam tahun-tahun lepas pada mama. Kami bagi Pavlova. wow! Sedap! Made by my ex-classmate masa Diploma dulu, Izyan Azime. Seriously sedap. Saya order double layer pavlova. Selalunya kalau kat restaurant, 1 layer je semuanya, but Izyan told me that i must try double layer punya, confirm sedap. Saya pun suruh dia buat.


Ini lah dia. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Sedap. Sangat amat sedap! Tak boleh nak cakap. I have tried pavlova Serai,Empire Galery, Delicious, and few places lagi, tapi Izyan punya sedap, murah, berbaloi. Thanks Izyan for making my Mother's day sesedap pavlova u! Hehe


Anyone nak suruh dia buat boleh click sini. Facebook dia. Tengok dalam album pavlova ada semua yang dia pernah buat. Selamat makan lah ye!


For all mothers out there, be proud of yourself! Enjoy every moment with your precious children. You have done so much, even though you always think it is not enough. May Allah grant you with His bless. Happy mother's day to all beautiful Mama, Mummy, Ibu, Mak, Ummi, Bonda, etc!


Again, for mother's day this year, i just wish Mama have good health. Stay young, stay healthy, stay the same as she is now so we can enjoy our life as mother and daughter until end of time. i love you Ma, even i rarely say it loud to you, but the truth is, i really love you from all my heart. You must stay healthy, you must always be happy because i really dont know what will i be, if you are not there for me anymore.


"Ya Allah, give her the best gift from You, forgive all her wrong doings in life, give her happiness and love her, just like what she did to me, ever since i was born. Amin"

last December..at Genting!






May 23, 2012

Tinta akhir buat Abah *al-fatihah*



Abah,
Dah sebulan abah pergi meninggalkan kami, mak, anak-anak abah, dan cucu-cucu abah. Rindu kami pada Abah....

Kali terakhir saya jumpa abah ialah hari Rabu, 18 April, 2012.
Balik dari kelas di UPM saya terus ke Shah Alam untuk melawat Abah. Risau mak seorang diri jaga Abah, dan takut mak perlukan apa-apa, saya terasa seperti mahu melawat Abah sekejap. Semasa sampai, Abah sedang tidur. Mak pula sembahyang. Saya salam abah dan cium tangan abah perlahan-lahan, risau dia terjaga dari lena. Tiada apa saya buat pada hari itu di sana. Hanya tolong mak untuk betulkan abah dari pembaringan, dan berborak dengan abah sedikit. Sedikit sahaja, sebab abah tidak larat bercakap.

Kebiasaannya saya memang ambil peluang berbual dengan abah bila tiada anak-anak abah disekeliling, bukan apa, jika mereka ada, saya rasa mereka adalah orang paling dekat perlu abah berbual. Waktu kami berbual, saya tanya “abah, hari ni abah makan apa?” abah kata “bubur...mak bagi bubur....tak lalu....” saya tenung wajah abah. “takpa lah, makan sikit-sikit, bagi tenaga. Nanti sihat abah boleh jalan-jalan” abah diam. Angguk. “hari ni abah makan ubat?” tanya saya lagi, “dah, mak bagi. Banyak mak bagi”. Lega hati bila dengar Abah dah makan ubat hari itu. Lantas saya kata, “takpa lah makan banyak ubat, cepat Abah baik. Abah mengantuk ke?” kerana saya lihat Abah sedikit tertutup mata seperti menahan mata mengantuk. Abah angguk perlahan. “Abah tidur lah dulu..” saya berlalu. Serentak itu dengar suara Abah bertanya, “Adam mana? Ada?” “Tak ada. Adam sekolah. Petang nanti baru Aini amik dia. Ni Aini baru balik kelas. Terus datang sini.” Jawab saya dan Abah terus tutup mata, terlena.

Sempat saya berbual dengan Mak sebentar, dan pukul 4pm saya terus balik. Salam Mak, salam Abah, pesan pada Abah supaya rajin makan ubat dan makan bubur. Abah angguk. *tak sangka, itulah kali terakhir saya akan lihat Abah. Salam dan cium tangan Abah.

Khamis,19hb April, 2012.
Suami saya ke kursus sejak semalam, dan akan pulang petang jam 6pm selalunya. Saya pula pagi-pagi sudah bersiap-siap, mahu mencari tangki oksigen untuk Opah dan Abah. Selepas sarapan dan sebagainya, saya terus keluar untuk sewa tangki oksigen di kedai gas berdekatan. Sms dari suami pagi-pagi lagi dah pesan “sewa dua, untuk Opah satu, satu lagi untuk Abah.” Selesai urusan sewa tangki oksigen, saya pulang ke rumah. Menanti suami pulang dan kami nak melawat Abah di Shah Alam, sambil bawa Adam sebab semalam Mak dah pesan bawa Adam hari ini.

Tepat pukul 6pm suami tiba dirumah, kami terus bersiap nak ke Shah Alam. Masuk kereta dan teruskan perjalanan. Tiba di tol Sg.Rasau kami dapat panggilan dari adik ipar, Ayu. Katanya suruh datang cepat sikit. Abah putus nafas......... Saya yang menjawab panggilan memang kaget, terus suruh Ayu buat CPR secepat mungkin. Suami pula terus memecut. Saya call ambulan, sebab ingat orang dirumah belum call ambulan lagi. Bila call, hospital kata ambulan dah sampai di rumah Shah Alam. Saya lega. Suami terus memecut laju kereta.

Sampai saja dirumah Abg ipar di Shah Alam, kami lihat ambulan dah ada depan rumah. Kami pantas turun kereta dan masuk ke perkarangan rumah. Semasa itu ada 2 orang pekerja hospital menolak semula stretcher dari dalam rumah ke dalam ambulan. Abah tiada di atas stretcher itu. Tiba-tiba saya rasa lega, pada fikiran saya mereka dah nak balik sebab Abah dah ok. Tak perlu bawa ke hospital. Tapi sebaik kaki melangkah masuk rumah, saya dengar tangisan..............

Saya dukung Adam erat-erat terus laju ke hall rumah, dan mak peluk saya dan Adam. “Aini....abah....abah dah tak ada......” saya peluk mak. Serentak tu airmata mengalir deras... Mak terus duduk di atas sofa sambil menangis. Jiran-jiran yang ada tenangkan mak. Saya terus ke bilik Abah, saya lihat abg ipar sedang mengikat kepala abah dengan kain putih. Suami pula sedang menangis di sisi abah. Hati saya masih tak dapat terima. “Abah...betul ke Abah dah pergi? Tapi semalam abah elok aja..” sukar saya gambarkan perasaan waktu itu. Antara percaya dengan tidak. Hati saya berat sekali menerima pemergian Abah pada petang khamis itu.

Jumaat, 20hb April, 2012
Jenazah Abah tiba dirumahnya di Kota Gelanggi 2, Jerantut Pahang pada jam 1 pagi. Kereta kami adalah yang paling awal tiba kerana mengikuti van jenazah dari Shah Alam. Sampai sahaja, kami rehatkan Abah di ruang tamu. Seisi keluarga yang ada juga jiran-jiran terutama rakan-rakan abah membaca Yassin dan doa untuk Abah yang “lena” dipembaringan. Adik beradik suami yang ada semuanya duduk disisi Abah. Menemani Abah pada detik-detik terakhir dengan yassin yang tak lekang ditangan, sebelum mengembalikan Abah kepada yang maha Esa. Saya tertidur dibilik bersama Adam.

Pagi itu, jam 10:30am, telah mula waktu memandikan Abah dan mengkafankan arwah. Kami mahu arwah disempurnakan sebelum waktu sembahyang Jumaat. Anak-anak lelaki Abah menyempurnakan mandi terakhir Abah, dan kemudian rakan-rakan abah pula mengkafankan Abah sambil dibantu anak-anak yang lain. Sayu sahaja. Senyap dan sunyi rumah ketika mereka mengkafankan Abah, rasa seperti cepat benar segalanya. Kami belum puas lagi menatap wajah Abah ketika itu. Selesai abah dikafankan, kami dipanggil untuk mencium Abah. Ciuman terakhir anak-anak kepada seorang bapa, ciuman terakhir seorang isteri kepada suaminya, juga ciuman cucu-cucu kesayangan Abah yang selalu menghiburkan hati Abah kepada atuk. Sunyi....tetap senyap...semua menahan rasa. Saya cium abah, juga bawa Adam Qaiser cium dahi atuknya.

Jenazah Abah tiba di tanah perkuburan Kota Gelanggi 4 hampir 12 tengahari. Tempat persemadian Abah telah siap. Suami dan abg-abg ipar saya menyambut jenazah Abah dan memasukkan arwah ke liang lahad. Perjalanan terakhir abah sempurna pada jam 1230 tengahari. Talkin dibacakan, doa dipanjatkan, air wangi kami siramkan di pusara abah. Berat kaki kami melangkah pergi tinggalkan abah “berehat di sana”. Mak 2 3 kali asyik menoleh ke belakang. Bukan mak saja, kami juga.

Abah..
Abah “tidurlah” dan “rehatlah”... kami akan sentiasa rindukan Abah, dan doakan Abah dari sini. Insyaallah, kita jumpa lagi “di sana”.......

*********************************************************************************

Selesai segalanya. Abah pergi pada hari Khamis, dan disemadikan pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Kami iringkan pemergian abah dengan 30 juzuk Al-Quran dan insyaallah akan kami taburkan abah dengan doa-doa, agar Abah sentiasa tenang di sana.

Saya sebelum ini sangat optimis Abah akan sembuh, hendak pula entry sebelum ini ada saya katakan bahawa saya bermimpi sesuatu yang sangat baik tentang Abah. Dengan mimpi itu saya sgt gembira. It really make my day. Saya tak mahu ceritakan mimpi itu dalam entry lepas, sebab saya rasa mimpi baik elok saya buat ingatan saya, dan doa agar ianya menjadi kenyataan. Tapi mungkin mimpi itu bermaksud sebaliknya, saya yang tidak pandai mentafsir. Wallahua’lam. 

Dalam mimpi itu, saya bersama suami dan adik beradik suami menghantar Abah kesuatu tempat. Abah memakai ihram. Pada fikiran saya, Abah nak pergi Haji. Sebab kami ade berfikir kalau Abah sihat, tahun ini boleh daftarkan mak dan Abah haji. Saya tanya pada abah yang Nampak seronok memakai ihram, “Abah, seronok ke nak pergi nih” (maksud saya, nak pergi haji), abah sambil tersenyum menjawab “mau tak seronok? Seronok sangat lah Abah rasa..” sambil Abah betul-betulkan kain ihramnya. Saya tanya lagi,”kenapa abah taknak bawa mak sekali?” kerana mak hanya memakai baju biasa berdiri sebelah abah. Abah kata “Oh, mak tak pe, mak lain kali lah baru pergi”..................

Terus saya terjaga dari tidur, dan tersenyum-senyum lantas menulis entry sebelum ini.....mimpi...mainan tidur.

Entry kali ini bukan lah untuk apa-apa, Cuma saya mengimbas juga memberitahu tentang pemergian Abah, yang sebelum ini menghidap kanser. Umum tahu sakit abah dan fasal abah sebab saya pernah bercerita tentang abah di blog untuk tujuan meminta bantuan dari segi pendapat dan sebagainya, tapi ada juga yang tidak tahu abah telah pergi meninggalkan kami kerana saya terima beberapa email tentang ubat-ubatan yang sesuai selepas abah telah menghadap Ilahi.

Kepada yang pernah membantu saya baik dari segi sokongan moral, kata-kata, pendapat dan sebagainya, saya ucapkan ribuan terima kasih semoga Allah membalas segalanya.
Ini adalah entry terakhir untuk arwah Abah. Semoga Allah menempatkan insan istimewa di hati kami ini dikalangan para solihin dan syuhada. Amin.

Al-fatihah untuk arwah Md Ali Bin Salleh. Abah kami....
gambar arwah semasa beraya bersama kami di Perak, raya tahun lepas. Sekejapnya masa berlalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...