CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 10, 2012

Abah as at 10/4/2012


Untuk sesiapa yang tiada idea tentang entry ini sila rujuk entry pertama : Untuk Abah
Last week on Thursday, 5th April, 2012, Abah selamat menjalani pembedahan untuk meletakkan stent di esofagus. Stent ini macam straw sebesar ibu jari, bulat, panjang dan ianya adalah besi. Ia bertujuan membuka saluran esofagus yang telah sempit kerana pertumbuhan sel kenser. Ini adalah punca utama kenapa Abah tak boleh makan selama ini. Jadi, apabila sudah letak stent, insyaallah Abah dah boleh makan dan tidak muntah. Stent yang kami beli dari supplier ni Korean made. Beza dari stent biasa yang digunakan kebanyakkan hospital sebelum ini. Stent ini tiada jangka hayat. Ia permanent dan tidak jatuh. Juga ia diselaputi silicon yang berupaya menghalang sel kenser masuk ke celah-celah stent (risiko utama yang diberitahu oleh doctor).



Pembedahan berjalan lancar, Abah masuk pukul 3pm dan keluar pukul 3:45pm. Kamu dipanggil oleh doctor untuk lihat keadaan stent di dalam esofagus Abah melalui screen monitor dalam bilik operation tersebut. Saya juga sempat bertanya kepada supplier stent yang turut berada di dalam bilik bedah, segala perkara yang penting terlintas dalam otak saya masa itu. Seperti makanan apa yang boleh dimakan. Bagaimana penjagaan stent itu. Jangka hayat stent. Warranty dan sebagainya.

Supplier tu seorang wanita berbangsa Cina. Dia terang pada saya satu persatu. Dan saya juga suami terkejut bila dia menasihati kami dengan berkata "you only do the best for him (Abah), but after all, you must leave to ALLAH to decide". Pandai cina ni. Hehehe Then this Chinese lady kata her husband juga baru dapat tahu menghidap kanser perut tahap 4 last August. Dia kata dia redha, sebab Tuhan dah bagi dia hidup sihat selama ni, dan dah tiba masa nak dapat sakit, "we can't do anything except face it".

Lepas Abah operate hari Khamis, dalam 24jam selepas itu Abah dibenarkan makan. Excited Abah boleh makan, saya belilah bubur untuk Abah, dengan ayam goreng dengan ikan masin bagai. Wah? Siapa yang nak makan entah lah. Saja nak bagi Abah ada selera sikit. Jumaat petang, Abah dibenarkan pulang ke rumah since kalau duduk hospital pun tak ada apa yang doctor boleh buat except monitor everyday dengan the same question pagi petang siang malam. Brother in law bawa Abah balik ke Shah Alam, petang itu juga.

Di rumah, walaupun Abah dah boleh makan, he refuse to eat, sebab dia rasa macam fobia selama ni makan dan asyik muntah. So, dia makan bubur sikit-sikit aje. Dalam 2 ke 3 sudu. Tak apa lah, asalkan boleh makan. Abah masih lemah, tak berupaya nak ke toilet dan menguruskan diri, tapi saya tahu, Abah akan sembuh. Masa di hospital, setiap kali saya datang melawat, saya akan check semua apa yang doctor report dalam file Abah. Tekanan darah, gula, suhu badan, segalanya saya semak. Kalau di rumah ni saya tak tahu lah macam mana nak semak. Harap-harap abah ok saja lah, insyaallah. Kalau di hospital, Abah selalu Tanya saya "ok ke Abah ni, Eni" saya angguk saje.

Ramai datang melawat Abah dihospital. Mama dan Ayah pun datang. Mama borak dengan mak, Ayah dengan Abah. Tapi banyak sangat Ayah tu sembang, dari fakta ke merepek merapu. Haha last-last saya bagi isyarat pada mama bawa ayah balik. Kalau tidak mau pengsan Abah nak layan Ayah. Opps.. topic lain pulak. Haih.

Untuk medication, masih dengan 4Life dan sedang nak tambah supplement lain juga tapi tengah cari. Ada cadang Lingzhi, ada cadang b17 intensive treatment, dan ada lagi macam-macam yang lain. Saya sedang compare dan buat research.

Abah akan saya bawa ke pusat perubatan cina tradisional di klang bila dia dah sihat sikit. Thanks to ex-classmate Mim yang beri saya contact number. Thanks pada classmates MBA yang memang supportive sebab sanggup call saya, cari saya, email saya, inbox saya juga bila mereka dapat tahu tentang ubat-ubat yang boleh membantu juga doctor-doctor yang terkenal dalam perubatan kanser. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang beri contact number ustaz-ustaz sebab kami pun dah bawa ke beberapa orang ustaz untuk usaha memulihkan Abah. Untuk yang lain-lain yang saya tak sebut, terima kasih banyak-banyak, inbox saye sampai tak terbaca sebab terlalu ramai yang hantar email especially dalam FB. Untuk kata-kata semangat dan sebagainya, saya hanya mampu minta Allah yang balas jasa kalian.

I believe Abah will survive from this disease. Especially with doa from all of you out there, he can make it, insyaallah. Saya bercadang untuk buat endoskopi sekali lagi pada Abah dalam 2 bulan lagi, untuk lihat saiz kanser sudah sebesar mana. Harap-harap ada perubahan, sebab malam tadi saya mimpi yang sangat amat baik tentang Abah. Harap-harap mimpi tu petanda paling baik untuk kami sekeluarga,insyaallah.

Saya akan update lagi kemudian. Thanks for reading, praying and supporting!

0 ideas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...