CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

July 31, 2011

Suppliment for infant


Hai all. Gila lah lama tak update blog. Entah lah busy pasal ape tak tau. Haha sorry guys! Memang busy sampai nak hadap laptop mengupdate blog pun tak sempat. Tapi idea jangan cakap lah, punya lah banyak, especially pasal baby Adam. Ada juga pasal benda lain, tapi semua hanya draft saja, then terus simpan dengan harapan nak sambung dan post, tapi harapan tinggal kenangan gamaknye. Huhuhu

Ok, saya nak share something pasal baby Adam. Dah agak lama saya nak beri Adam Qaiser supplement. Bukan apa, Adam ni baby yg lasak. Ada masa dia demam, tapi tak mcm baby yg demam. Ada masa pula die tak minum susu 6 jam, tapi dia boleh bermain tak tidur-tidur selamber aje. Memang tak mcm mummy langsung ye. Mummy tergelincir sikit je dari time makan dan tak makan-makan, memang akan tukar hijau dan mule lah jadi sgt lembab segala pergerakan dah mcm sloth! Haha

Ok, dek kerana itu, kami husband and wife pun pergi lah ke farmasi bawa Adam. Sampai kat farmasi Tanya lah supplement for infant, then terus lah dorang suggest kami beri Adam Qaiser ini :


Yes,APPETON MULTIVITAMIN PLUS INFANT DROPS. Bila sebut Appeton semua ingat untuk kasi berat baby naik. Hehe. Tak semestinya ya. Sebab Appeton multivitamin ni sesuai untuk baby sampai 1 tahun. Untuk antibody dia juga, supaya tak senang sakit dan sebagainya.

Berkesan kah? So far saya tak tahu lah nak cakap mcm mana, tapi, seminggu after beli Appeton ni, dan beri pada Adam, saya kena demam yg agak kronik. Batuk yang melampau-lampau sampai tak boleh tidur malam. Selsema yang beriye2 sangat lah sampai rase tidur pun tak selesa. Semua pun tahu baby sangat sensitive dengan orang diseliling. Kalau ada sesiapa yang sakit, memang tak boleh cium-cium atau duduk dekat sangat dengan baby. Tapi saya ni boleh pulak sehari tak cium Adam? Hahaha sejauh mana Hubby bawa Adam jauh dari saya tetap saya kejar dua orang tu sampai dapat! Ekekekeke

Saya bukan cium sikit-sikit, bukan peluk sipi-sipi *ape pasal anak sendiri kene cium sikit2 aje pulak kan?* haha, so saye cium sebanyak mana saye suka, saya peluk sekuat mana dan sekerap mana saya nak. Dalam hati terdetik juga takut dia demam. Mama pun berleter kata jangan buat mcm tu nanti Adam demam, saya degil jugak. Hubb siap warning tak baik demam jangan dekat dengan Adam dah. Saya tetap tak juga dengar......

Tapi memang pelik. Sebabnya, Adam tak langsung kena demam. Tak langsung selsema, bersin pun tidak. Batuk mengada-ngada sebab dia banyak berborak tu ada. Tapi bukan batuk sebab sakit. Wah, berkesan saya rasa. Lepas tu, dia duduk nursery, faham-faham saja lah kan. Kalau budak duduk nursery, senang sangat sakit. Sebab dekat nursery berjangkit-jangkit kalau seorang bersin, yang lain mesti bersin esoknya. Tapi Adam tidak.

Seronok sangat sampai rasa kena share di blog. So, ibu-ibu boleh cuba ok. Bagi dia 1ml. Atau sekali picit saje. Manis gila kot. Boleh masuk dalam susu, tapi Adam memang taknak. Dia boleh makan mcm tu saja dari letak dalam susu. Lepas saya bagi 1 picit, saya kasi air kosong J

Bila Adam dah 6 months saya nak cuba 7 Seas. Orang banyak bagi Scouts Emulsion kan? Ermm...taknak lah. Nak try 7 seas jugak. Sebab orang kat farmasi tu kata memang bagus. *ke sebab harga die pun boleh tahan bagus?* hahaha ok lah!

Tata mommies~!

0 ideas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...