CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label MBA. Show all posts
Showing posts with label MBA. Show all posts

January 8, 2014

Cerita Semester Ini - Subjek mengajar

Oklah, aku sambung entry kedua untuk hari ini memandangkan aku ada mood nak menulis.

Masuk saja uitm melaka, aku diberi subjek ETR/ENT 300 iaitu subjek KEUSAHAWANAN atau dalam English-nya ENTREPRENEURSHIP.



Semester ni, aku ada 6 kelas (group) yang aku ajar terdiri dari student:
Diploma Office Management - part 5
Diploma Accountancy - part 6
Diploma Art Design - part 4
2 groups untuk each course. Dan total plus minus 150 students aku semester ini. Gila aku kejutan budaya kejap.

ETR/ENT ni selaku budak business aku rase hujung kuku aku saja lah. Tutup mata boleh khatam sudah. Hahahaha berlagak nak mampus. Iyelah, aku 7 tahun kot belajar business ni. Repetitive sungguh semua benda dalam subjek ETR ni.

Dalam subjek ni, students kena buat 1 business proposal as if diorang betul-betul nak bukak business. Jangan main-main, business proposal ni yang real siap pendaftaran syarikat dalam suruhanjaya syarikat malaysia lagi (tapi borang to mock form sajelah).

Siap sahaja business plan ni, diorang kena present kepada panel penilai. Kononnya panel penilai ini lah wakil Bank, MARA, TEKUN, investor segala. targey subjek ni ialah business proposal tu boleh dijalankan secara real bila students grad nanti.

Best? aku suka lah ajar sebab business ni dekat dihati aku walau aku bukan ade business besar pun kan. tapi aku suka subjek ni sebab dia memerlukan creativity untuk ko fikir ape business yang menjadi keperluan dan memenuhi kehendak customers buat masa sekarang.

Lagi syok students aku semester ini sangat kreatif. banyak business idea yang baru dan menarik tak kurang jugak business idea yg sedia ada tapi tetap bagus sebab students suka mencuba.

Buat masa ni, yang dah start dengan draft ialah:

  1. Mobile cafe
  2. Library cafe
  3. Mobile barber
  4. Nursery - believe it or not diorang ni semua jantan, bukan perempuan, dan badan besar, tapi nak bukak taska. Hahahahahahah
  5. Rainbow cookies
  6. Art shoes
  7. Fruit jem
  8. Frozen food
  9. Santan
  10. Cili proses
  11. Penternakkan arnab
  12. Jamming studio
  13. Spa
  14. Car wash
  15. One stop Dobi centre


eh banyak lah, tak dapat nak ingat semua sebab terlalu banyak. kelas ade 6, kalau 1 kelas ade 4 group, 24 business proposals yang aku perlu advise semester ini. Aku rasa hebat sekejap.

Oh lupa nak cakap, UiTM menang lagi tahun ni sebagai Universiti Usahawan maknanya melahirkan ramai usahawan juga mengeluarkan banyak program keusahawanan. belum boleh ditanding U lain lagi. Dan UiTM melaka tempat ke 3 antara seluruh kampus UiTM dalam pertandingan usahawan ke apa benda entah. Syok aku dengar.

Harapannya lah students semua grad dan bukak business sendiri. Jatuh bangun tu pasti. Cuma yang penting berani mencuba.

Ada satu buku yang nak share dengan korang, buku ni aku pun tak pernah beli. Tapi berdasarkan tajuk, aku tau buku ni mesti BEST GILA!

"Why A students work for C students, and B students work for government"


So? tak reti-reti lagi hadiahkan buku ni kat aku????? hahahahaha aku nakkkkkkkkk!!!!

My 2013

Assalamualaikum, Hello January!

Lama tak berblog. Hari ni rasa nak berblog cerita tentang hidup. Sepatutnya buat 1 entry rumusan tahun 2013. Achievement dan kegagalan. GAGAL? yes... ada kegagalan. Gigih gagah hebat sangat kalau tak melalui kegagalan ni.

1st quarter of 2013 (Jan-Mac)
Tak ada jadi, pergi holiday Sarawak bertiga saja dengan anak dan husband.



Sepatutnya habis belajar January 2013 (MBA) tapi aku relax aje GAGAL submit thesis on time. Iya, buat apa malu cerita, memang salah sendiri sebab kurang fokus. Jadi aku continue sampai semester seterusnya.

Masa bulan February, Adam Qaiser genap 2 tahun. Aku buat birthday party dengan theme SUPERHEROES.


Dah besar anak aku. Aku share pesanan khidmat masyarakat aku dalam entry ni : DEAR SON.



Berat hati nak mengaku anak bujang dah besar. Nasib baik dia sampai hari ni masih tak malu nak cium mak dia depan orang. Bila dia dah start malu nanti mesti aku sedih.



Masa time ni juga aku sibuk sangat cari rumah nak beli. So achievement 1st quarter 2013 ialah pembelian rumah di Nusa Suria Puncak Alam. Aku share dalam entry ini. Pencarian rumah selesai sudah. Dulu tak pernah fikir pun akan ada rumah sendiri. Sebab husband and wife dua-dua bukan jenis duit bertingkat-tingkat. Hutang bertingkat-tingkat itu memang betul.

Tapi since kahwin ni, husband aku control sikit perbelanjaan bini dia. Banyak yang dia sekat. Alhamdulillah makin lama makin selesa tengok "gaji" dalam bank everymonth. Sampailah payslip melayakkan utk pembelian rumah. Tadah tangan, syukur, macam makcik ni!



2nd quarter of 2013 (Apr - Jun)
Birthday laki aku ni. Tapi aku tak bagi hadiah. Birthday aku kemain aku minta handbag bagai. Birthday dia aku buat tak berapa faham dengan alasan, aku student! mana ada gaji! Jadi aku beri kasih sayang ajelah. Hahahahahahahahaha



Then aku continue buat thesis aku sampai siap! Tekad untuk grad juga tahun ni. Akhirnya thesis siap dan aku berjoli sakan.

Yang tak faham kesukaran membuat thesis mohon jangan cakap banyak sangat. Aku pening buat thesis. Mungkin tak pening untuk orang yang suka copy paste kot! Hahaha amekawwww... sehingga Jun hidup aku. aku dedikasikan kepada menyiapkan thesis dan lastly siap juga alhamdulillah.

3rd quarter of 2013 (Jul-Sept)
Ni time Hari Raya ni! Tema raya aku biru elektrik. Jangan tak kejung macam kena karen lah kan tengok baju biru elektrik tu. This Raya was so meaningfull sebab dah 2 tahun raya puasa aku di rumah mertua atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi husband kata akan balas semula dua tahun berturut-turut beraya dengan family aku dulu start dari tahun ni.


Seriusly aku rindu beraya di kampung. Tahun ni balik Segamat, Johor. Bakar lemang, main bunga api. Buat rendang dengan opah aku, hehehehehe best tak terkata. Bulan Sept adik ipar aku pulak kawin. Syoknya lah berkenduri bagai, dan as kakak ipar, aku hadiahkan both of them free hotel di Kundasang, Sabah untuk honeymoon. Right now masa aku tulis entry ni, adik ipar aku dah pun pregnant. Yeay!



Hujung September, for the 1st time bawa family mertua ke sabah. Memang hajat husband nak bawa mak dan adik dia berjalan. Jadi kami bawa diorang ke Sabah. Hampir semua family in laws aku pergi and we had a great time there. Aku share dalam entry ini. Kalau Allah beri lagi rezeki, aku nak plan berjalan naik kapal terbang lagi. Jauh dekat tak penting, yang penting happy dan enjoy.



4th quarter of 2013 (Oct-Dec)
Life was drastically changed masa suku terakhir 2013. Husband tiba-tiba dapat phone call untuk interview after almost 6 years tak dapat apa-apa rezeki bertukar kerja atau naik pamgkat. I was so overwhelmed masa tau dia dapat interview. Dah lama aku nak dia tukar kerja. cari angin baru. You need to be developed, new environment dan new tasks. I was praying so hard for him to get that job and alhamdulillah memang dapat pun.



At the same time, aku pun garduation day bagai nak rak. Habis MBA lah katakan.




So aku juga prepare untuk dipanggil berkhidmat. Perjanjian dengan UiTM ialah 7tahun perkhidmatan sebagai ganti biasiswa yang UiTM bagi aku utk further study tu. Aku suspend gila mana UiTM nak campak aku. ramai cakap aku bakal tercampak di Kedah (Merbok), sebab course International Business baru buka dekat sana. Lagi sekali aku doa banyak-banyak janganlah Kedah! JAUH SGT!!!

Bila dapat appointment letter, rupanya UiTM Melaka. Senyum lebar. I was expecting better place like Puncak Alam, but HE knows better why i was posted here, Melaka. Syukur dan redha. Ikhlas dalam jalankan tanggungjawab yang aku sendiri dah janji nak pikul. So on 9th Dec, 2013 aku report duty ke UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah.

Aku bawa Adam Qaiser, duduk sekali dengan aku. Husband di Klang, aku serahkan pada mak aku untuk jaga laki aku. Hahahahahahaha so bermulalah episod weekend husband and wife buat kami. Dugaan? Nanti aku share kemudian.

Ok selesai hutang aku utk update 2013. Barulah aku boleh share benda lain pada entry seterusnya. kalau rajin jap lagi update lagi. kalau tak rajin korang tunggu aku rajin nanti baru aku menceceh! Ok bye!

July 31, 2013

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda 2013/2014

Assalamualaikum
Ya, betul.
Dah buka.
Esok (1 Ogos) start.
21 Ogos tutup.
Ya, online application sahaja.

Hahaha amacam? terer tak makcik jawab soalan dalam fikiran korang? Oklah. Hari ni nak berbahasa. Taknak berbahasa pasar.

Kepada semua, UiTM akan membuka tawaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di UiTM melalui skim biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM tahun 2013/2014.

Anda yang berminat bolehlah melayari laman sesawang berikut MELALUI INTERNET EXPLORER SAHAJA.


http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ 

Anda kemudiannya akan menemui muka hadapan laman seswang berbentuk ini:




Baiklah, tawaran di buka bagi peringkat Sarjana juga Doktor Falsafah. Atas sebab bulan puasa dan saya juga seorang yang gemar berkongsi info (masuk bakul angkat sendiri) maka di sini saya sertakan beberapa tips.

1. Untuk menjadi ahli akademik, bidang pengajian peringkat Ijazah perlulah selari atau sealiran dengan bidang Sarjana yang anda mohon nanti. Sebagai contoh, saya ialah bekas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Peniagaan Antarabangsa, maka ketika saya mohon TPM, saya mohon untuk melanjutkan pengajian Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

2. Di maklumkan bahawa antara syarat kini ialah pemohon hendaklah tidak atau belum lagi memulakan pengajian ketika memohon TPM.

Baiklah, hanya dua tips. (lidah dah tergeliat sebab guna bahasa yang skema, mari kembali kepada mak jemah asal! BERTUKAR!!!!)

ok, u ollsssss.. hahahaha apply lah. Tapi ingat tolong lah ikhlas sikit. Apply sebab nak jadi pensyarah, bukan nak buat lawak lepas belajar taknak report duty ya! Taknak marah-marah dan remind banyak-banyak sebab tahun lepas makcik dah cakap dalam entry ini :



So, pandai-pandai lah!

Sila bertanya kalau ade sebarang kemusykilan. Makcik coba sedaya upaya membantu!

OK ZAAAASSSSS! makcik nak pergi ambil Datin Paduka Zamzidar Osman, balik kerja. Juga ambil anak Dato' Azuan balik taska. Hah, kau ingat senang tak posting lagi ni?? Jadi supir tau! Supir with MBA, kau hado?

Bye!

January 23, 2013

Keluh Kesah Result Exam

Assalamualaikum.

Result exam untuk final semester kawan-kawan makcik dah lama keluar. Yang aku punya? 
Tak payah nak belek sangat result makcik nih ye!

Begitu tulisannya. Frust gila. Kenapa UPM punya sistem macam ni? Seriusnya aku tak suka membanding-banding. Bagi aku semua U ada bagus dan tidak bagus. Tapi untuk perkara kecil begini, mohon diperhalusi lah sedikit ya. 

Aku ni warga UiTM. 5 tahun dalam sistem UiTM dari Diploma sampai Degree. Jadi dah memang sebati dengan sistem UiTM. Tapi aku tak kata UiTM punya sistem bagus gila. Tiptop dan sebagainya. Cuma, bab result memang ok. Kalau announcement kata esok keluar, 1 Malaysia boleh tengok result masing-masing esok.

Tak ada student boleh tak dapat tengok result, dan memang takkan ada student yang resultnya keluar separuh-separuh macam aku ni (T__T) sedeh tau! Tetiap sem gini..

I leeepppppppp UPM. Hahaha aku suka study UPM. Tak pernah ada prob. Tapi ini lah satunya, bab register subjek dengan bab result. Aduhai. Mohon sangat-sangat diperhalusi. Pasal result ni boleh buat jantung luruh kalau tunggu lama-lama boleh buat kepala bingai dan kemudiannya mendatangkan penyakit berantai seperti kencing manis, pankreas rosak, buah pinggang gugur dan sebagainya.

Please GSM, UPM............ :)

January 2, 2013

Final Exam Mode

Ya Allah,
Kau mudahkan lah yang payah
Kau senangkan lah yang susah
Kau berilah hati yang terang
Kau kuatkan lah akal yang lemah
Kau luaskan lah yang sempit

Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui setiap sesuatu, juga Engkau yang maha memberi, juga maha berkuasa.

Amin.

Final Exam Mode - ON

Final exam terakhir sebagai student MBA

Semoga Allah mudahkan segalanya.

Amin.
Amin, Ya Allah.

Final exam timetable:
2/1/2013 : International Trade at 8pm
4/1/2013 : Strategic Management at 8pm
5/1/2013 : Cross Cultural Management at 9am


wishing all my MBA classmates, GOOD LUCK!

October 2, 2012

Bila DIA lebih mengetahui

Assalamualaikum,

Lama tak tulis blog as normal blogger, bukan business purposes, bukan sales informer etc. Hari ini setakat ini makcik masih lagi lepak dalam bilik tidur menunggu kelas pukul 6:30pm nanti.




Hari ini makcik isytihar cuti dari ber-business. Only take orders, tapi tak ada delivery, ambil stok segala. Bila relax seorang di rumah, i can't stop myself from thinking about my life. What i have, what i want, what i lost in the middle and also how great HE is in creating, placing, giving and testing me for all these years.




I am a normal, simple lady (dulu lah, masa bujang dan sengal). A kind of social girl, love hang out with friends and also workaholic. Bila begitu (hidup tak ada arah tuju, biasalah muda, remaja, baru nak kenal dunia luar), i have done so many mistakes along my way to where i am now.


Sangat purba gambar ini. Was taken on Gee's birthday dulu.


Dulu saya selalu rasa down secara tiba-tiba everytime masalah datang (actually dugaan DIA), saya selalu compared myself to everyone around me. I forgot to think that, despite that i want to be like others, i should know that some people out there really in need of life that i walked through. Lupa bersyukur sungguh.




Started habis SPM, kawan-kawan masuk Universiti yang best-best, saya terdampar dekat Kolej swasta. End of the year baru dapat masuk UiTM, 2nd intake. Orang lain dapat further course yang hebat-hebat, i only managed to further business, which is i hate most at that time.


2002, when i was at UiTM Dungun, Terengganu


Bila kerja, orang lain dapat kerja tempat bagus-bagus, GLC, Bank, government, big shot company etc, i only managed to be a junior exec at a small company. Masa tu, i feel like "eh, what HE is trying to do? Is this some sort of punishment? But on what reason i should be?"


Well, it is not Klinik. Company Telco. Haha i forgot that i am blessed at that time because i have such a wonderful officemate ever!!


Lupa-lupa-lupa bersyukur. Bila lupa bersyukur tu, dah tentu-tentu Allah tarik banyak benda best dalam hidup. Duit gaji pun "tarik", duit shopping pun "tarik", duit berjimba hoorey-hoorey confirm "tarik", semualah kena "rampas".

Down lagi. Salahkan orang lain. Salahkan takdir. Bodoh gila.

Sekarang after 10 years (2002-20012), saya lepak dalam bilik tidur ni, fikir semula apa yang "bagus" Allah beri pada saya, mula lah nak sembahyang taubat 100 kali. 


2005 - saya pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan

2007 - saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa

2008 - saya mula berkerja dan beli sebuah kereta (hutang lah kan?) haha
Me with IBILians! Miss you all much :(
2009 - saya bertunang dengan suami

2010 - saya sah sebagai seorang isteri
Our wedding invitation card
2011 - saya seorang ibu kepada baby yang sangat comel

2012 - saya pemegang Sarjana Perniagaan Antarabangsa


Allahuakbar.. Kenapa tidak tahu bersyukur? Segalanya diatur kemas. Hanya 2013 DIA masih rahsiakan dari saya. Adakah akan berkhidmat sebagai pensyarah UiTM atau rezeki saya untuk sambung belajar, PhD. Wallahuaklam. 

The moral of story is, DIA maha berkuasa. DIA maha mengetahui. DIA maha penyayang.

Alhamdulillah. Semoga diri lebih tabah, lebih berdikari, lebih banyak memberi dan lebih banyak bersyukur. To all readers yang membaca bebelan saya hari ini, what i want to tell you is, memang langit mesti kadang-kala mendung, sebab bumi perlukan hujan untuk terus subur. Memang mata perlu menangis, agar penglihatan kita akan lebih "jelas". Memang jalan kadangkala perlu melalui lorong gelap, sebab itu sahaja mampu menguji kekuatan juga kepekaan tentang sakit dan ketakutan.

Sama-sama lah kita ya?

Take care, readers!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...