CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM. Show all posts

October 20, 2014

Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2015

Assalamualaikum

Maaf terlewat memberi khabar biasiswa ini walau dah agak lama tahu ia telah dibuka.

Sesiapa yang berminat dalam sektor awam-pendidikan, dan belum ada Masters atau PhD, boleh lah mencuba biasiswa ini.

Ya, aku salah seorang ex-pemegang biasiswa ini selama setahun setengah bermula Sept 2011 hingga May 2013.

Kelebihan pemagang biasiswa?
1. Yuran dibayar 100% oleh UiTM
2. Tutor elaun setiap bulan (standard gaji penjawat awam dalam gred41)
3. Elaun sara hidup dari Kementerian Penganjian Tinggi setiap bulan
4. Apa saja jenis bayaran yg dikenakan pihak universiti hatta yuran konvo juga akan diselesaikan oleh KPT atau UiTM (aku lupa siapa bayar).
5. Duit buku dan perkakas belajar

dan banyak lagi kemudahan lain. Cuma, macam biasa, aku malas ulang 40 juta kali, INI BUKAN BATU LONCATAN MENDAPAT MASTERS / PHD SECARA PERCUMA!

Aku dapat berita-berita kurang enak bila pemegang biasiswa ramai yang dah tamat belajar tapi refused berkhidmat dengan UiTM. Sebab gaji kerajaan ni "chicken feed". Sikit. Kalau kerja dengan private sector ada masters / phd gaji sedap dari kerja kerajaan.

Kalau adalah pemegang biasiswa yang masih tidak melapor diri dan tergamak pergi kerja tempat lain dan berniat lari dari perjanjian dengan UiTM, lepas tu kau baca pula entry ini, atau sanak saudara kau baca pulak entry ini, dengan selamba badak sumbu nya aku nak gelarkan kau BANGSA MANUSIA TAK KENAL UNTUNG, TAK KENANG BUDI. Semoga haram lah hasil pencarian rezeki kau selama ini.

Hah, marah kan aku ni. Iyelah, masa aku dulu tak sempat siang aku dah nak melapor diri sangat-sangat dah sebab aku tau ada tanggungjawab yg aku dah janji nak tunaikan. Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Dah kalau kau manusia pun bukan sebab mungkir janji, lembu pun bukan, apa spesis kau ni?

Adik-adik yang nak apply biasiswa ni tolong faham yang biasiswa ini bersyarat, iaitu perlu berkhidmat bersama UiTM selama 7 tahun minimum atau gantirugi RM100,000.00 kepada UiTM dalam masa 7 hari. Dah kalau korang mampu sangat bayar RM100,000.00 kenapa bangang sangat minta biasiswa kan? kan?

Tepuk dada tanya selera.

Dulu aku share pengalaman aku masa temuduga TPM tahun 2010. Klik sini.

Aku, paling suka pendidik. Dan paling suka orang suka berkongsi ilmu. Itu, aku kira sebagai falsafah aku atau pegangan aku. Aku respect orang yang suka kongsi ilmu dan menuntut ilmu, tak bermakna kau mesti dlm bidang pendidikan, mana saja kau berada, kau ada niat berkongsi ilmu, walau siapa pun kau, aku respect.

Klik sini untuk terus ke application link etpm 2015. Hanya boelh dibuka melalui Internet Explorer 5.0 ke atas sahaja.


Akan keluar website sebegini rupa

Semoga sesiapa yang apply akan berjaya. Amin.


My proud moment selepas tamat MBA International Business tahun 2013


July 31, 2013

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda 2013/2014

Assalamualaikum
Ya, betul.
Dah buka.
Esok (1 Ogos) start.
21 Ogos tutup.
Ya, online application sahaja.

Hahaha amacam? terer tak makcik jawab soalan dalam fikiran korang? Oklah. Hari ni nak berbahasa. Taknak berbahasa pasar.

Kepada semua, UiTM akan membuka tawaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di UiTM melalui skim biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM tahun 2013/2014.

Anda yang berminat bolehlah melayari laman sesawang berikut MELALUI INTERNET EXPLORER SAHAJA.


http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ 

Anda kemudiannya akan menemui muka hadapan laman seswang berbentuk ini:




Baiklah, tawaran di buka bagi peringkat Sarjana juga Doktor Falsafah. Atas sebab bulan puasa dan saya juga seorang yang gemar berkongsi info (masuk bakul angkat sendiri) maka di sini saya sertakan beberapa tips.

1. Untuk menjadi ahli akademik, bidang pengajian peringkat Ijazah perlulah selari atau sealiran dengan bidang Sarjana yang anda mohon nanti. Sebagai contoh, saya ialah bekas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Peniagaan Antarabangsa, maka ketika saya mohon TPM, saya mohon untuk melanjutkan pengajian Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

2. Di maklumkan bahawa antara syarat kini ialah pemohon hendaklah tidak atau belum lagi memulakan pengajian ketika memohon TPM.

Baiklah, hanya dua tips. (lidah dah tergeliat sebab guna bahasa yang skema, mari kembali kepada mak jemah asal! BERTUKAR!!!!)

ok, u ollsssss.. hahahaha apply lah. Tapi ingat tolong lah ikhlas sikit. Apply sebab nak jadi pensyarah, bukan nak buat lawak lepas belajar taknak report duty ya! Taknak marah-marah dan remind banyak-banyak sebab tahun lepas makcik dah cakap dalam entry ini :



So, pandai-pandai lah!

Sila bertanya kalau ade sebarang kemusykilan. Makcik coba sedaya upaya membantu!

OK ZAAAASSSSS! makcik nak pergi ambil Datin Paduka Zamzidar Osman, balik kerja. Juga ambil anak Dato' Azuan balik taska. Hah, kau ingat senang tak posting lagi ni?? Jadi supir tau! Supir with MBA, kau hado?

Bye!

July 17, 2012

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2012/2013


Assalamualaikum *gitu lah sopan kalau dah berabad tidak berblog akibat rasa bersalah maka sopan lah aku hari ni*

Pengumuman kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai UiTM sebagai tenaga pengajar, tetapi masih belum ada Masters atau gila sangat nak ambil PhD, silalah apply TPM, UiTM 2012 yang telah bermula 15th July, 2012 sehingga tarikh tutup adalah 25th July, 2012 *caci lah aku sebab lewat inform sekarang sudah 17th July kan?*

Tapi, sebelum kamu semua semakkan line UiTM tu dengan berpusu-pusu atau berpasu-pasu apply, sila check diri anda dulu ye. Pertama sekali result Degree dulu tak boleh hampeh *kalau lecturer dah hampeh, student nak jadi ape pulak tu? Jgn kau berani apply!* hahaha

Keduanya, mesti minat menjadi pensyarah UiTM sebab kamu akan di bond selama 7tahun atau gantirugi RM100,000.00 dalam masa 7hari. Fikir dulu ye. Jangan main sebat aje. Lagipun aku nak sound sikit ni *menanah lah telinga korang kejap* selaku pemegang biasiswa TPM, aku paling menyampah orang cakap tak serupa bikin. JANGAN sesekali guna biasiswa ni sebagai batu loncatan untuk dapat Masters @ PhD kemudian sampai masa kene report duty korang taknak dan lebih rela konon-konon bajet kaya nak bayar RM100,000.00 sebab nak kerja swasta kerana gaji lecturer sikit ke apa-apa nak banding gaji swasta korang tu. Memang saje minta cacian!

Mesti bertanggungjawab, mesti ada mission untuk jadi sebahagian warga pendidik dan memang mahu bergiat aktif dalam industry pendidikan Negara. Hah, macam makcik gomen kan ayat aku? Haazaaaaab!!

Ok adik-adik boleh layari laman sesawang ini http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ sila buka HANYA DENGAN INTERNET EXPLORER kalau tidak memang tak dapat apply.

Tak sabar nak tunggu kamu semua apply dan melalui zaman aku dulu pergi interview dan menangis oleh kerana sengal dalam interview tersebut. Kihkihkihkih Good luck ye, oh sekejap, untuk menjeleskan kamu, aku dah semester 3, next semester dah final semester. FINAL tau. Dah nak habis azab MBA di UPM ni. Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!! 

p/s: kalau tak faham apa-apa silalah bertanya kalau aku boleh tolong, aku tolong ler membuat amal jariah membantu kamu jadi warga pendidik, semoga sama-samalah kita dapat pahala menurunkan ilmu untuk diwarisi zaman berzaman. Gitu~ Tapi before tu panggil aku KAKAK SENIOR! muahahhahhahahhah *sejahat-jahat gelak*

Tata 

April 21, 2011

Pengumuman Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2010/2011

Terus terang sepanjang 3 minggu kebelakangan ini mood adalah amat terganggu. Semua benda jadi masalah. Semua benda serba tak kena. Rasa nak lempang orang saja hari-hari. Tolak lah Adam yang memang penyejuk hati. Tolak lah hubby dan family members lain yang memang tak ada kena mengena dengan mood yang swing ni, benda lain semua memang agak sengal. Dari hal office sampai lah segalanya, adalah total lost! Hal biasiswa TPM pun buat saya sangat serabut. Mana tak nya, apa pun belum lagi dibuat untuk biasiswa tu. Semua pun tahu, tawaran akan secara automatic terbatal selepas 30 Jun,2011. Saya pula baru habis pantang 15 April,2011. Baru lah nak pergi settle kan borang-borang masuk, barulah nak pergi hantar application form ke UPM dan sebagainya. Lebih sadis, call UPM, sebab semua tahu intake tahun ni adalah pada Sept 2011 bukan macam tahun-tahun sebelumnya iaitu pada setiap bulan Julai. Jadi sah-sah lah kalau saya apply, surat tawaran akan keluar pada paling cepat bulan Julai atau August. Gila? Macam mana nak lengkapkan borang TPM yang mahukan surat tawaran Universiti pilihan sebelum Jun,2011??????? Memang aku stresssssssssssssssssssssss~!

UPM pula saya called, dan minta kalau saya layak, saya minta surat tawaran diberikan awal. UPM kata boleh, tapi kena bagi application form before April.jadi mereka akan meeting dan berikan surat tawaran awal kepada pemegang biasiswa yang tamat tempoh sebelum Sept 2011..hahahah apekah???? Mau tak stress makcik mendengarnya? Bulan Mac makcik tengah duduk atas katil berpantang kot! Jantung ni hari-hari macam nak pecah. Mengenangkan biasiswa ni bukan senang nak dapat. Jangan lah buat pasal terlepas tawaran ni pula. Tak kelakar ye tuan2 dan puan2.

Jadinya pada satu pagi yang sunyi selepas Adam selamat tidur lepas mandi pagi, saya pun tergerak nak buka email. Kejadian berlaku dalam 3 hari lepas. Tiba-tiba mata terpandang satu email dari UiTM. Ah sudah, reminder untuk saya yang tak lengkapkan lagi borang-borang yang diperlukan ke? Habis lah! OOOOOHHH...habissssss....jantung nak pecah ye. Hadooii... mata membace email tersebut yang berbunyi :

Semua Penerima Tawaran Skim Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2010/2011


 

Tuan/puan,

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011


 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Merujuk kepada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (surat

[JPT.S(BPKP)200/400/016/03 J1d.3(27)] bertarikh 15 Oktober 2010) berhubung perubahan

sesi akademik institusi pengajian tinggi bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/setaraf dan

lepasan STPM/setaraf, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Latihan & Pembangunan

Staf (Induk) UiTM telah meluluskan pelanjutan tempoh sahlaku tawaran Biasiswa Tenaga

Pengajar Muda bagi tahun 2010/2011 daripada 30 Jun 2011 dan 31 Julai 2011 kepada 30

September 2011.


 

3.    Sukacita dapat pihak tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan

pihak tuan/puan dapat memulakan pengajian dalam tempoh sahiaku yang telah ditetapkan.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan gagal memulakan pengajian dalam

tempoh tersebut, tawaran biasiswa berkenaan adalah TERBATAL.


 

4.    Pihak tuan/puan juga diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian dan

dokumen lain yang berkaitan kepada pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

(JPbSM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tuan/puan memulakan pengajian.


 

5.    Sila abaikan pelanjutan tempoh sahiaku ini sekiranya tuan/puan telah memulakan

pengajian.


 

Sekian, harap maklum dan selamat maju jaya.


 

Yang benar

DR ANIAH1BAHA/ROM

Ketua

Merangkap Setiausaha

Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk)

s.k.

Dekan Fakulti

Timbalan Bendahari Unit Kewangan Zon 2


 

Maka dengan ini saya berasa amat LEGA sekali.

Alhamdulillah.......nampaknya DIA memahami kesukaran yang saya alami. Dari itu ape lagi Aini Qamariah, pergi setel kan semuanya sekarang! Haih~

Lembab macam siput sedut betul!

October 20, 2010

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2010

Hi all,
Tak tahu mana nak mula. Oklah, early this year, could not really remember maybe bulan February or Mac, i dapat panggilan from UiTM utk di interview bagi mendapatkan biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2010. Ape tu TPM??Adeh...TPM ni skim biasiswa utk siapa2 yg berminat untuk jadi lecturer UiTM tapi tak ada Master atau PhD. So, UiTM akan bagi biasiswa utk further study dengan syarat lepas habis pengajian mestilah berkhidmat dgn UiTM selama at least 7 tahun atau kene bayar gantirugi.

Ok lah,i memang nak jadi Lecturer, since i habis degree Nov, 2007, i apply for TPM ni tapi tak pernah dapat untuk interview pun...huhu nampak sgt lah i tak mampu bersaing dgn ramai gila org best2 yg apply at that time. Tapi i still believe konon2 i bijak laa kan, boleh buat Master, and result Degree i bukan hampeh pun, i sgt layak berdasarkan result tu. Huhuhuhu tapi, rupenye, memang lah walau menepati syarat tak semestinya akan dapat utk dipanggil interview. *sigh*

Then kisahnya, i apply lagi end of 2009, utk biasiswa 2010, dan tiba2 i dapat surat untuk interview. Wah, betapa gumbiranya hati beta hahahaha dan i pun dgn happynya terus lah konon2 study entah ape2, but frankly speaking, tak study sgt pun sebab i dah kerja 2 tahun, i betul2 lupa ape tu study! aarghhh....so dgn ala kadarnya i pergi interview tu dgn harapan menggunung i dapat biasiswa ni. Oh please lah. Sgt pemalas masa tu! I kene buat presentation slide (mock teaching), so i pilih tajuk Recruitment and Manpower Planning sebab sekarang i keje bende tu kan.....siap 10 slide saje..hahaha

On that day i went for interview dgn hanya slide dan notes2 kecik ala2 nak berdebate gitu. Then, guess what happened next? ah tak payah next, terus end of that interview day tu kan..ape jadi, i keluar bilik panel tu, i cepat2 terus masuk kereta i, dan ape lagi, i pun menangis laaaaa...hahahahhaa sebab, rase mcm telah membodohkan diri sendiri! i tak jawab soalan2 yg diberi panel. Of cos soalan tentang diri sendiri i jawab dgn excellent nya, tapi bila tanya issu semasa, Ya Ampunn!!!!!! Aku FAIL semuanya....cuma i pandai lah merepek2 kan, so i merepek aje sepanjang dalam interview masa soalan issu semasa tu. Dalam tu dah rasa nak menangis dah..i tahan aje.

Sebelum tu mock teaching dulu, before i was a group of Human Resource punya applicants tau. Dorang apply TPM untuk jadi lecturer HR, i pulak apply utk jadi lecturer International Business, konon nak further study IB lah, sambung sebab dulu degree i amik IB....then bila nama i kene panggil, panel terkejut sebab i buat presentation utk tajuk HR....tgk tu!!!!!!!!!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhh~!!!! mane i tak menenges, i tak ikut tajuk ok.........benci laa masa tu, nasib baik panel suruh i teruskan aje mock teaching. Tapi masa tu i dah kelam kabut sebab tau i silap dah..benci!

Well, itulah cerita interview TPM.....berakhir dgn cerita sedih dan i terus cakap pada few officemate yg tanya "how was ur interview for TPM??", i jawab "kalau i lah panel, tobat lillah i tak amik org mcm i....sebab sengal sgt!" dan i rase itu sgt seperti nightmare...dgn itu, TERPADAMLAH semua impian i nak further master and jadi lecturer...sedih jgn cakap lah...rase mcm LOSER! uurghhhh!

-END of THAT-

Today i balik rumah, lepas kerja, i lepak atas sofa, hubby baru 5 minit pergi outstation ke JB..i baru lepas like sedih2 so ever lah kan sebab konon2 akan duduk sorang without my the other half until Jumaat...haih...tiba2, my BIL dtg dekat i.."Dik, nah surat ko.." sambil dukung anak buah i yg comel itu..heheh
inilah budaknya, gambar masa gigit tgn hubby sebab geram..haha 

Then i pun amik lah surat yg besar itu, dan bace kat depan ade lambang UiTM.. i konfius jap. I fikir, kenape lah UiTM kasi aku surat besar2 ni...tebal pulak tu..ish, i duk laa fikir ni ape ek? sijil degree aku ke ape?? aku ade lupa amik pape ke masa clearance degree dulu? penuh konpius i bukak envelope coklat ni,

Bila bukak...............
TAWARAN BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

Melompat i kejap, bace byk2 kali........betul ke ni??? Hah?? Tak caye ni......i terus jerit2 mcm org gile, hubby tak ada, if not i really want to hug him..sebab happy gile...terus i mcm pening2 eh sape i nak inform eh??? so, i called my aunty, the person behind the scene ni...yg selalu support i kalau i nak jadi lecturer UiTM...so dia at 1st blur, after i ulang2 inform die..die pun excited gila! hahahahhaha oh syoknya masa tu..then i inform my husband, dia dekat tol Bukit Raja, Klang......

same jugak, blur2..and dia tak dengar kot ape i cakap...bila dah faham...i dengar hubby said "yeke? Alhamdulillah..." sejuk hati i....ini yg dia harapkan jugak dulu, nak i jadi lecturer...tak mcm kerja ofis sangat..and ada byk masa untuk anak...dan boleh laa i jaga anak dan ajar anak since i pun "pengajar" kan? dia nak sgt i dapat, i pun...and Allah finally give what we wanted most.... Alhamdulillah.....

Rasanya ucap syukur juta2 kali pun tak boleh nak balas apa yg dah dikurniakan Allah utk kami sekeluarga...mula2 rezeki dapat anak...lepas tu sekarang rezeki dapat biasiswa sambung belajar and jadi lecturer....satu2 impian dah tercapai...Rupanya target untuk i dapat Master before age 30 adalah possible..i ingat dah tinggal cita2 aje....Rupanya Allah bagi lambat....tapi tetap bagi....alhamdulillah.....syukur sgt2...thanks pada BFF Nani yg tolong i surf internet and kasi i info pasal isu semasa masa i interview dulu...sebelum masuk interview BFF Nani laa yg i kacau mintak tolong tgk itu ini...last minit punya budak...hahaha oh...cant describe ape i rasa sekarang..rasa best..mcm melayang2...huhuhu

To my beloved husband and baby,
Alhamdulillah, at last kita dah makin hampir dgn apa yg kita plan dalam hidup kita...org kata ni rezeki baby, tapi walau ape org kata, kite percaya yg semua pun datang dari DIA.......harap2 ni adalah permulaan baru bagi setiap kejayaan lain utk kite dimasa akan datang........i love both of you more everyday....tak sabar nak tunggu B balik dr outstation and lagi tak sabar nak tgk muke baby mummy ni
Love-love-love
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...