CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Sharing infomation. Show all posts
Showing posts with label Sharing infomation. Show all posts

April 25, 2015

Rumah dah siap

Assalamualaikum.

Ingat lagi entry tahun 2013 masa aku sibuk cari rumah? Ini link dia:

Perihal Mencari Rumah

Dan entry itu berakhir dengan entry pencarian rumah telah selesai :

Pencarian Rumah Selesai Sudah

Alhamdulillah after 2 tahun, rumah kami sekeluarga dah siap. Syukur. Best sangat rasa bila dapat surat dari IJMLand untuk sessi penyerahan kunci. Teruja. Excited. Semua ada.


Surat dari IJMLand

So last week kami 1 family pergi ambil kunci dan cek rumah kami ni Nusa Suria, Puncak Alam. Kebetulan pula lepas tu nak kena pergi kenduri cukur jambul anak saudara di Shah Alam, alang-alang memang aku bawa 1 rombongan cik kiah pergi ambil kunci. Dari Ayah, Mama, Opah, Kakak aku, anak-anak buah aku semuaaaaaaaa hekot!! Hahaha

Laki aku dari malam sebelum tu lagi punya excited. Asek cakap "rumah kita dah siap - rumah kita dah siap!!" sambil cium anak-anak. Hehehe

Korang takkan faham selagi korang tak lalu ape kami lalu. Sepanjang hidup kahwin ni, belum sekali kami ada rumah sendiri hatta rumah sewa pun tak ada.

Sometimes aku rasa sedih jugak bila anak akan sebut "jom balik rumah wan, jom balik rumah wan chik, jom balik rumah Opah...." langsung anak aku tak pernah dapat sebut "jom balik RUMAH KITA". Yes. Tak pernah. So, kalau korang tak dapat faham benda ni, DON'T SIMPLY JUDGE kenapa aku happy. Tapi agak ngape ngko suka sangat judge org ye tak? Hahahaha


Ini rumah jiran depan. Aku dari dalam rumah aku, aku ambil gambar lot depan. Sama lah macam rumah aku juga, corner lot macam dalam gambar ni. 

Nah gambar-gambar sepanjang kami dekat rumah kami pada hari keesokkannye, sebab semalam tu aku amik kunci dan terus pergi kenduri lepas check gitu-gitu saje. Lot ni lot N111. Husband aku pilih sempena birthday bini dia kata. Alalalala so sweet. Bahhahaahahha Minta tolong jangan muntah. Tapi last-last rumah lot saje N111, nombor rumah 19! Boleh??? apa makna 19 tu?? kat mana yg sweet tu bila dah 19 pulak perginya tu???


Ini hall. Terus attach dengan dapur. Tak kena aje rasanya. Tapi takpelah. Nanti aku fikir nak adjust macam mana.

Tangga untuk naik ke atas

Terus jumpa ruang ni

Bilik Adam Qaiser sebelah kanan lepas naik tangga

Bilik Aydan Qasif tak sebelah abang dia tapi shared bathroom

Family area di atas

Master bedroom

Ruang untuk wardrobe atau apa-apa lah dalam master bedroom, sebelah tu toilet

Ni laki aku tengah cek defect dekat kawasan tanah di bawah.
Ooooooo.... Kak yah lupa nak hamek gambo TOILET! Baahahahhahahaha aku lupa lah dan masa tu tersangatlah panas dalam rumah, jadi Aydan dah resah gelisah, terpaksa aku masuk kereta cepat-cepat.

Kalau nak tahu build up ke floor plan ke ape ke rujuk entry lama yg aku attach kat atas tu. Aku sejak beranak kali kedua ni, "hard disk" aku mcm masuk virus. Banyak memory hilang. File-file jadi hidden, gitu. Kihkihkih

Ok, next entry pasal rumah ni, aku akan inform cara-cara membuat laporan kerosakan atau defect untuk rumah baru. IJM bagi aku 14 days aje untuk submit report. Aku tengah usahakan lah.

Benda sikit macam cat tak rata pun aku buat report juga, atas nasihat neighbour Nusa Suria ni.

Ok engkorang semua, sekian dulu entry kali ini. Jumpa lagi ye! Bye-bye!

March 7, 2015

Hunting for new stroller-why i need new stroller?

Assalamualaikum.
Jangan marah-marah kakak abang semua, kak kiah tak hapdet pasal beranak anak nombor 2, kak kiah tetibe muncul dengan agenda shopping... kihkihkih..

ok, kak kiah hutang:
1. cerita pasal beranak kali kedua
2. cerita pasal berpantang segala
3. cerita pasal majlis aqiqah dan birthday party

Nanti ye, hari ni baru kak kiah ade kekuatan nak berblog. Tapi nak cerita pasal shopping kejap.Window shopping. Sebelum tu, sebenarnya anak masuk stroller atau anak nak masuk baby wearing atau anak nak berlari taknak stroller taknak babywearing atau anak nak dukung sahaja adalah terpulang pada pendapat dan keselesaan parents sendiri.

None of us, tak kira apa pilihan kita bila nak bawa anak jalan, adalah 100% betul atau 100% salah.Aku, adalah mak pro-stroller. Dan aku, willing untuk share tips macam mana train anak duduk dalam stroller kalau sesiapa nak tahu. Tak kisah apa kita pilih, janji kita anak beranak selesa, ok darling-darling?

Ok,sebenarnya aku dah lama tahu akan terjadi masalah bila Adam Qaiser dapat adik nanti.Seperti korang tahu aku ni suka berjalan, shopping mall atau vacay dalam malaysia segala, maka keperluan utk menggunakan stroller adalah tinggi.

Ikut rating blog aku ni, post pasal stroller adam dari Halford Zuzz sampai lah Quinny Zapp Xtra memang antara post favorite reader.Knowing me from my post, korang mesti tahu aku ni mak yang pro penggunaan stroller. Senang cerita,aku tak boleh anak berlari-lari tak tentu arah bila aku tengah shopping. Aku takut anak hilang.Iye, memang aku ni careless.

Stroller yang kami guna utk adam qaiser sekarang ialah Quinny Zapp Xtra.Banyak jasa stroller ni,since December 2011 aku rasa aku start guna.Sekarang dah 2015 dah. Adam jenis budak aktif. Dia berlari berjalan melompat segala dalam mall, dan bila dia penat, dia akan minta masuk stroller.

Kalau aku shopping yang makan 3-4 jam tu, adam akan duduk dlm stroller,aku pakaikan seatbelt,then dia akan main game dekat handphone atau tab. Disiplin nya macam tu, sebab dia tahu mak dia kurang kesabaran, kalau dia berlari sambil aku pilih barang,harus aku jeritkan nyawa dia 1 shopping mall nanti.

Since dia 5months aku trained dia guna stroller dan benda ni dah jadi kebiasaan utk dia. Bila nak dpt anak 1 lagi aku asyik terfikir pasal stroller juga. Mula-mula husband kata,tak payah beli baru, sebab adam dah besar dia mesti nak jalan dah taknak duduk dlm stroller.Aku fikir betul jugak. Ada adik dia mesti bagi adik tidur stroller dan dia happily main berlari segala bila outing.

So,adik pun dah lahir.The very 1st time kami keluar anak beranak ke Jusco melaka, keluarkan stroller masukkan adik, adam start buat muka,then terus nangis sebab dia taknak jalan. Dia nangis sambil cakap "mummy belilah adik stroller baru...".
Tu adam menangis atas bahu daddy sebab adik duduk dalam stroller dia dan dia penat

Aku kira cubaan pertama tu gagal. Tapi aku pujuk-pujuk hati cakap cubaan lain kali mungkin berjaya. Aku nak pujuk dia.So after that day, aku try pujuk dekat rumah slow-slow pujuk dia, dia pun cakap "adam penat jalan, nanti adam nak rehat macam mana?"

Halahhh serabut. Cubaan kedua ketiga terus berlaku dan setiap kali mencuba, tetap GAGAL. Masa pergi Kidzania, dia happy main-main dalam tu so aku dah happy dah sebab sikit pun dia tak kacau adik dalam stroller. Tapi after 1 hour, dia start tarik tangan aku cakap "Mummy boleh tak adam nak naik stroller adam penat..." aku pujuk dia pergi main, dia main, then again dia datang sebab penat.... haish... 

Dah lah, aku sendiri surrender. We going to get a new stroller. So seperti mana aku pernah cakap tentang apa criteria perlu ada pada sesebuah stroller dalam post beberape tahun lepas, sama juga lah aku fussy bila nak beli stroller baru kali ni.

The main questions here are:
1. Should i buy a new single stroller or double stroller?
2. If double stroller, should i buy twin or tandem?

Mula-mula aku tengok poket aku yang nipis ni, aku rasa nak beli aje 1 lagi single stroller. So everytime jalan-jalan aku tolak 1, husband tolak 1. Sorang 1 anak jaga. Tapi bila fikir pasal shopping ke window shopping ke,macam mana weh???? bila dua-dua kena ada stroller ditangan bermakna dua-dua orang occupied. Aku takleh minta tlg husband, husband takleh minta tlg aku.

Macam sekarang anak nak susu, aku buat susu husband tolak stroller. Kalau aku kena tolak 1, aku lah tolak anak, aku lah buat susu anak aku lah segala sebab husband nak kena jaga anak 1 lagi. Dah kalau aku nak pilih baju, aku still kena sorong juga stroller.Kalau aku g beli barang dapur? 2 stroller 1 troli? dah troli siape nak tolak???? Saka aku??hahahahahhaha

Maka jawapannya we have to buy double stroller. Ok, double stroller ade 2 jenis. Tandem dan Twin. Tandem ni kedudukan anak-anak depan belakang atau in-line. 


Twin kedudukan anak ialah sebelah menyebelah.

Bagusnya kalau twin, sebab dua-dua anak dapat tengok depan sama-sama. Tapi mostly twin stroller yang aku jumpa seat dia statik. Dia fixed.Tak boleh pandang ke belakang.Dia boleh forward facing sahaja mcm gambar di atas. Aku pula ada 2anak, 1 toddler 1 infant.

Tahu lah aku kan? aku tak berapa gemar stroller yang tak boleh pandang belakang ni.Sebab aku ni mak-mak yg paranoid sikit. Takut.Kejap-kejap jenguk anak.Walau ko kasi aku yg ade cermin / tingkap peek a boo bagai pun aku tetap tak tenang hati perasaan aku ni.

Maka survey-survey dapat twin stroller yang boleh rear and forward facing. Iaitu Bugaboo Donkey. Bff aku si emy suraya pakai.

Canggih stroller ni, dia boleh dua-dua facing depan, dua-dua facing belakang, satu facing depan satu facing belakang, dannnnnnnnn... kalau seorang anak dah tak hengen naik stroller, dia boleh convert jadi single atau mono stroller saja macam dalam gambar.Canggih? memang canggih dan habis cun.Tapi kak kiah cek poket kak kiah, tak ado RM5 ribu, maka, mari kita buat lambaian Ratu Elizebeth dekat si donkey ni. Dasar keldai betul! Hahahahha

NEXT!!!!

Jom tengok tandem stroller.Talking about double stroller ni kan, memang saiz tu ko takleh adjust lah.Diorang memang bulky. Kalau ko taknak bulky, beli aja 2 biji Baby Zen Yoyo. Memang 2 biji tu bila fold masih 70% aje dari mana-mana double stroller bila fold. Tapi 2 biji lah kan??? So, tandem stroller semuaaaaaanya dia book fold. Bukan umbrella fold macam kebanyakkan twin stroller.

Apa book fold apa umbrella fold? alaaa cikgu dah pernah ajar dlm entry dulu-dulu, book fold dia fold kehadapan, lipat jadi 4 segi. Umbrella fold bila lipat jadi mcm payung lipat. Tak faham? Nanti pergi kedai tanya eh.

So tandem semuanya memang book fold. Tu bukan ciri aku tekankan sangat. Yang aku tekankan dlm pencarian tandem stroller ialah

1. Bila fold, walau bulky, tetapi masih kecik.
2. Seat dia dua-dua mesti boleh facing depan belakang.
3. Taknak seat belakang terlalu bawah, kesian anak aku!
4. Kaki jangan tergantung-gantung makcik tak gemar.
5. Dua-dua seat mesti boleh flat recline.Flat baring terus!
6. Kalau boleh, dia boleh convert menjadi single stroller bila taknak bawa 2 anak.
7. Harga yg berbaloi-baloi.

Ok.Kajian bermula. Untuk bab bulky tak bulky. Memang semua double stroller berat dan bulky.Aku test drive Contours Double ni:



Terus terang aku cakap,putus nafsu aku bila dia fold.Bapakkkkkkkk besar! Memang bontot kereta aku tak muat, melainkan bawa kereta MPV atau hilux segala.Bagusnya dia boleh fold dengan dua-dua seat masih attach pada frame. Tapi kalau ko cabut pun besar nya ya ampun!!!CANCEL!

Aku pergi baby expo, test drive Hauck pula. Dia ada 2 jenis, 1 dua-dua seat boleh bukak :
 Tapi malangnya seat belakang tu dia memang pandang ke depan sahaja, seat depan saja boleh pandang depan belakang. Dan,tak gemar pulak aku tengok seat belakang terlalu rendah mcm tu, kesian anak aku, kot yg duduk atas kentut ke ape kan? Ehhhh???hahahahahah

Yang ini seat belakang tu fixed. ko takleh bukak dia. Memang terus out lah tak masuk final list langsung. Korang kena try tengok anak suka tak duduk belakang yang terkebawah macam tu. Kalau anak ko happy,beli ler.Adam aku suruh duduk situ dia terus cakap, TAKNAK!

Ok, last-last aku jumpa 1 tandem stroller yang menepati 6 criteria yang aku cari. Iaitu, Baby Jogger City Select. Dia made in US.



Dia boleh acah hadap mengadap..kot lah adik beradik nak berkomunikasi bagai kan?


Dia boleh dua-dua facing belakang,kot lah adik beradik bergaduh nak privacy kan?


Dia boleh dua-dua facing kedepan nak tengok depan bagai...


Hah ni paling aku suka, adik facing mummy, abang pandang lah depan.


Dan bila adam besar dan taknak dah stroller mcm dah masuk darjah 1 ke ape, dia boleh convert jadi single stroller.

Baby Jogger City Select bila fold akan jadi book fold, and the most important thing dia kurang bulky.Kayu pengukur nya ialah, dia boleh muat dalam bontot myvi. PERFECT. Macam lah aku ade myvi sampai aku tau sangat bontot myvi muat ke tidak.Hahahah aku baca review, diorang kata memang boleh masuk bontot myvi,jadi aku tulis aje lah.. heheheh
Ni macammana dia boleh digayakan. Gittewww

6 ciri dah ditepati. Mari kita lihat ciri ke 7. Iaitu harga.... Jusco jual RM3699 with 2nd seat.Kalau single seat RM2700. Dalam online jual RM2900 with 2nd seat dan masa expo baby jual RM2700 with 2nd seat.
Ni aku dah test drive dekat jusco Bukit Tinggi

Aku nak! Maka, aku perlu cari yg lebih murahhhhhh dari RM2700. Mampu ke cari nih? Macam mana aku boleh dapat Halford masa harga semasa RM1k aku dapat RM800 with carrier, macam mana aku dapat Quinny Zapp Xtra masa harga semasa RM1400 aku dapat RM999, so kau rase kali ni?????

Jom,pergi berburu!

Kalau ada rezeki aku, insyaallah adalah, Kalau duit takde, maka takde lah... macam mana pun, usaha dulu ok? Mari berdoa.

Sehingga bertemu kembali di lain kali. Amik lah teaser baby jogger city select mat saleh gayakan, diorang tempah stroller liner and hood cover yang comel-comel utk anak diorang. Ko tengok, cemane aku tak terliur cenggini. Salahlan diorang nih!!!



Mulalah aku pun berangan nak tempah stroller liner dengan hood cover nanti.Mule laaaa nih!! Iskkk!

ok bye!

March 6, 2014

Book Smart, Street Smart

Hari ni share sikit tentang students. Tadi masuk kelas students Art Design. Kita semua sedia maklum tentang students yg ambil Art ni, mereka academic wise agak kurang menyerlah, with minimum qualification dalam SPM, memang boleh masuk Art Faculty.




Masa 1st time tahu aku perlu mengajar students Art, macam-macam rasa ada. Fahamlah aku ni, kurang kesabaran. Aku mula fikir Allah nak uji kesabaran aku agaknya dalam menjalankan tugas. Sejauh mana aku memang ikhlas jalankan tanggungjawab aku.

Aku ajar Entrepreneurship (Keusahawanan). Kalau students business, ini "makanan ruji", tutup mata insyaallah basic concept dah ada dalam kepala. Tapi budak lukisan, grafik, seni halus, apa yg boleh mereka relate-kan dalam keusahawanan ni. None!

Chapters awal-awal aku terpaksa work hard, aku relatekan dgn keadaan semasa, isu semasa, yg mudah dan boleh mereka nampak. Aku kena akui, agak sukar, walau ada sesetengah quite impressive juga, especially those yg parents mereka usahawan (orang meniaga).




Things get worse when we reached the last chapter, Financial Plan. Part ni, students accounting aku memang bijak-bijak belaka. Tapi bila pergi kelas students Art, aku kena double my efforts.

Memang mereka lambat sangat pick-up. Mereka pandang semua sub-topic dalam chapter tu macam alien. Mula-mula sedih and risau dan give up. Sebab aku pun tak handal bab tu. Up to the extent, aku betul-betul kata "aku nak study balik finance aku".




Then 1 day, aku ambil 8 jam bekerja semata-mata kaji dan belajar sendiri finance, buka semula buku lama dan belajar sikit dari senior lecturer. I did it for the sake of students (bunyi macam habis nobel). Tapi itulah hakikatnya.

Start from that moment aku terfikir, kenapa dulu aku tak macam ni rajin, tak dapat "booster" yg sebegini? Maybe sebab dulu belajar utk diri sendiri, sekarang bila tahu aku ada tanggungjawab pada orang lain, aku terdorong sendiri untuk improve diri aku. Sampai bila aku nak cakap "entah, saya pun tak mahir bab ni" Kan?

Ok, sebenarnya dah melalut ni. Yang aku nak cerita ialah hari ni masuk kelas Art Design. Dan mereka tunjuk slide presentation utk Young Entrepreneur Day mereka next Saturday. Panel penilai mereka aku jemput industry players semuanya. Mereka memang ketar lutut, tapi aku selalu pesan, do your very best, and put a lot of efforts, the rest, leave it to Allah.

Bila mereka buka saja slide untuk aku tengok, aku dah impressed. Ya Allah, pandainya students aku design slide, banner, design logo, design signboard. Totally creative sampai aku rasa nak bagi fullmark saje walau belum present.




And they surprised me with their animation about their store concept. Sangat-sangat impressed. Sangat-sangat seronok. And to know that they are just a Diploma students (bukan degree bukan masters), they really have set up my expectation on Art Design students to the whole new level.

You guys are really talented! Terus aku muhasabah diri sekejap. Betapa aku ni "mak" yg tak bagus. Anak yg tak "book smart" bukan bodoh terus. Kemungkinan besar mereka ini akan berjaya sebagai "street smart". Siapa tahu?

Budak-budak ni majority failed test aku. Seriously. Tapi bila bab practical macam ni, yang dapat full marks masa test hari tu tertinggal berratus tiang ke belakang.




Anak yg tak bagus teori, mungkin bagus bab practical. Anak yg tak mahir mengira, mungkin Allah bagi bakat dia memasak. Semua orang berbeza. Apa yg manis ialah kebolehan kita terima mereka seadanya dan appriciate hasil usaha mereka.

Kalau betul lah doa pendidik tu makbul, aku doa mereka ni akan dimudahkan jalan dan urusan dunia dalam mencari kerja dan sebagainya. Jumpa company yg bagus yg boleh nurture talent mereka ke tahap lebih-lebih baik. Harap mereka tak putus asa bersaing dengan graduan yg 4 flat, graduan dari jurusan "ELITE" dan sebagainya. Aku harap sangat mereka gagah hati diluar nanti.

Itu saja nak cakap. Sebab they are the reason why i keep on smiling today. Everytime teringat mereka, aku senyum. Thank you for giving me some life lesson learned. I really appriciate it. Good job, students!




I hope you get good marks on your presentation Day. Amin

November 1, 2013

Pada Usia yg ini

1 November 1984 - 1 November 2013
Ya Allah
Telah 29 tahun

Pada setiap hela nafas yg cukup
Juga setiap nikmat yg sempurna
Tuhan masih memberi

Syukur
Pada usia yg ini
Masih punya ayahanda bonda disisi
Suami pencinta,
Anakanda pintar sempurna

Syukur
Pada usia yg ini
Punya keluarga yg erat
Keluarga mertua yg pengasih
Sahabat handai yg tak pernah mensunyikan

Ya Allah
Malu aku nak meminta-minta
Sedang semuanya Kau atur kemas-kemas
Memberi sehingga aku tak rasa kosongnya dimana

Tapi
Andai boleh diselit doa hari ini
Kau berilah nikmat sihat pada ayah bondaku
Juga nikmat sihat buat bonda mertua
Tak lupa kasihkanlah arwah ayah mertua ku disana

Cukupkan rezeki dan sempurnakan segalanya buat anakanda Adam Qaiser
Bahagiakan hati suamiku yg tak pernah jemu memberi bahagia

Ya Allah
Pada setiap seorang sahabat yg Kau kelilingkan aku
Ambil semua duka mereka
Gantikan dengan baik-baik
Gantikan dengan yang paling cantik
Berikan yang paling bagus bisa Kau beri
Gembirakanlah hati-hati mereka

Malu aku meminta-minta
Tapi Tuhan
Tunaikanlah
Kerna mereka semua
Terlalu banyak memberi padaku
Sampai tak mungkin terbalas

Amin Ya Allah.
Terima Kasih.
Beri aku peluang hidup
Yang entah ke berapa kali.





October 31, 2013

Tuhan tak beri apa kau nak

Dulu aku masa sekolah 
Cita-cita nak jadi penulis novel
Aku tak suka matematik
Aku benci sains
Menyampah subjek akaun / perdagangan
Aku nak masuk kelas Sastera

Tapi Tuhan bagi lepas PMR
Nama masuk kelas Sains
Belajar lah sains

Aku fikir tak apa
Janji bukan kelas perdagangan
Aku benci menjaja
Aku benci business
Aku benci jual-jual

Hujung selepas SPM
Tuhan "arahkan" akan ke Dungun
Diploma Business Study
Lepas itu corak aku ke Melaka
Degree International Business
Kemudian bawa aku ke UPM
Master Business Administration
Mungkin Tuhan kata
"punyalah kau taknak kan? Nah amik kau! Padan muka"

Gila
Aku bengang!

Dulu,
Aku taste lelaki kulit gelap
Bagi aku, kulit gelap nampak "lelaki"
Kulit cerah ni macam pondan
Tak nampak "gagah"
Nampak lembik 
Nampak tak adventurous

Tapi,
Tuhan kahwinkan aku
Dengan lelaki kulit cerah dari aku
Tak tahan panas matahari
Berpeluh sikit tak boleh
Bahang sikit tak selesa
Cahaya sikit pun silau katanya
Matahari kena kulit sikit mengadu pedih!

Banyak-banyak kita pinta
Mau dijodohkan dgn yg ini
Mau jadi seperti yg itu
Mau hidup yg begini
Mau ada yg begitu

Tuhan tak beri apa kau nak
Dia beri apa kau perlu
Beri apa kau boleh
Beri apa kau mampu

Mungkin apa kau minta tu nafsu saja
Bukan diri kau
Tak sesuai
Takkan beri faedah

Bersangka baik pada tuhan
Pada setiap pemberian
Pada setiap takdir

Aku dah lama belajar redha
Sejak Dia jarang memakbulkan pinta-pinta aku
Sebab aku tau
Mesti yang aku pinta tu merapu.....

So take a deep breath, sit back, and relax :)

September 11, 2013

Kenapa mengeluh?

Assalamualaikum.

Hari ini aku scroll facebook atas bawah, twitter, segala lah laman sosial yang aku ada akaun, dan baca status orang, tweet orang, sampai satu tahap aku rasa aku dapat perasaan negatif.

knowing me, aku happy go lucky orangnya. Bukan bermakna aku ada life yang PERFECT, tapi aku berusaha happy dengan apa yang ada.

Bukan senang? BETUL. Tapi, kalau kita yg merumitkan semua benda, kita tak dapat apa pun, kawan-kawan. Istighfar banyak-banyak.

Ada orang tengah belajar, tulis "susahnya subjek ni rasa mcm bangang! malas aku study!"

Ada tengah kerja, "Ya Allah menyampahnya dengan boss bagi kerja melambak-lambak dia goyang kaki aje!!!! stresssss!!!"

Ada tengah makan, "sumpah tak sedap makan kat sini, nyesal!!"

Ada atas jalan, "bodoh KL ni kalau tak jem tak sah menyusahkan orang!"

Ada tengah mengandung, "aduhai penatnya rasa macam tak larat dah nak hadap macam ni.."

Ok, kawan-kawan. Bukan tak boleh merungut dan mengeluh, tapi elok kita kurangkan. Kalau sehari status sampai 3-4 kali mengeluh saja, aku rasa tak bagus lah kan? Semua orang hidup susah. Yang kaya pun susah, yang miskin dah tentu susah.

Bila kita asyik update status mengeluh, wall facebook kita jadi NEGATIF. Orang baca pun asyik-asyik status kita mengeluh, naik muntah. Eh? Betul. Facebook kita, suka hati kita lah, tak suka jangan baca, kan?

Tapi, kena ingat, apa kita tulis tu mencerminkan diri kita, kekuatan kita, pegangan kita, pandangan kita, diri kita secara total.

Jadi bila wall kita negatif, maknanya kita pun negatif. Mesti ada yang cakap, "alaaaa Aini kau macam best je pulak? Takde ngeluh ke ape bende ke?"

Betul. Aku pun sama. Ni peringatan bersama. Aku nak jadi lebih positif, dan mengharapkan positive vibe juga dari kawan-kawan. 

Kalau kita susah belajar, kena ingat ada orang langsung tak dapat sambung belajar, jejak kaki Universiti pun tak dapat.

Kalau kita susah dekat tempat kerja, kena muhasabah, at least kita ni ada kerja ada gaji. Ada orang sekarang tengah sedih tak ada kerja, tak ada duit.

Kalau kita beli makanan, tapi rasa dia tak sedap (aku selalu je kena), kena bersyukur, sekurang-kurangnya rezeki yg tak sedap tu rezeki kita. Ada orang tengah berlapar saat kita maki hamun makanan kita tak sedap.

Kalau kita susah dan sakit mengandung, banyak-banyak sabar, banyak istighfar, sebab ada orang yang Allah tak beri langsung rezeki mengandung dan melahirkan zuriat sedangkan mereka terlalu nak dan hari-hari berdoa tanpa putus untuk dapat dan rasa apa kita rasa.


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Mengeluh, berputus asa, tidak bersyukur membawa kita jauh dari rasa-rasa positif. Aku dah rasa macam penceramah motivasi. Tapi serius, aku doa kita sama-sama selalu positif walau ada masalah. 



Sesekali kalau kita mengeluh, tak apa lah. Nama pun manusia. Tapi kalau kita kurang-kurangkan, lagi bagus kan? Everytime kita rasa dugaan kita besar, kita ingat:


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Lepas tu kalau kita rasa nak sangat mengadu:


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


Macam aku pernah tulis kat status facebook dulu, rezeki Allah beri ade pelbagai bentuk, salah satu yang nyata ialah nafas. Kemudian kalau listkan satu persatu, kita memang patut istighfar banyak-banyak.


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" 
-surah ar-Rahman : ayat 13


So? Masih nak mengeluh lagi?

September 1, 2013

A Friday, that i will never forget.....

Pernah tak dengar quote macam ni : "a cousin is a sister you never had"? Betul, a sister i never had. And if she was meant to be my sister, we will be twin sister sebab kami lahir tahun yang sama.
Aku, kak ngah, kak long hari raya 2009

Besar sama-sama. Main sama-sama dari kecil. Sekolah tak sama sebab Kak Long di Segamat dan aku kat Klang. Tapi kami rapat, dan kebanyakkan rahsia, kami share sama-sama. Susah senang kami. 

Habis belajar, kami kerja satu office. Pergi kerja sama, balik sama. Sebelum tidur kami borak sampai lelap. Kalau ada problem, kami share bersama. Tentang seronok berboyfriend bagai, tentang penat kerja office, tentang kawan-kawan. 

Sampai kawan sekolah aku, kenal kak long. Kawan diploma aku, kenal kak long. Padahal Kami study UiTM lain-lain. Rapat. Memang rapat. Kalau menangis, nangis sama. Masa kerja dulu, tak cukup duit, RM5, kami share breakfast dua orang. RM10, kami share lunch dua orang.

She is a great person. Loving. Caring. Lembut. Opposite perangai aku, for sure. Sesiapa kenal dia, mesti tahu macam mana dia orangnya. Tak payah harap lah nak dengar dia marah. Pijak lah kepala dia macam mana pun, jeritlah kat muka dia macam mana pun, paling jauh dia boleh pergi pun, dia nangis aje.

Lepas tu mengadu kat aku. Aku selalu dari kecil berangan jadi "penyelamat" dia. Siapa marah dia, aku yg balas. Mama aku pun kalau tak kena gaya nak marah Kak Long, aku "libas" jugak. Kat Office bos marah dia, aku marah bos. Bila fikir-fikir balik, aku rasa kelakar. Aku selalu overprotective pada dia. Sebab????? Aku malas gila tengok dia nangis. Dia kememey, tau?

Kak Long ni, ex-bf tak melaut. Maknanya, sayang seorang, seorang tuuuu aje lah. Ditakdirkan 1 day aku dapat tahu dia dah ada steady boyfriend, so aku macam biasa merisik segala informasi, nama, siapa, anak siapa, family background, kerja apa (memang sebiji makcik-makcik, but that was what we do as a cousin, we share EVERYTHING).

Lama couple, dari zaman diploma (2004 macam tu). Sayang jangan cakaplah. Memang sayang habis. Lepas dekat 9 tahun ke 10 tahun kenal dari kawan-couple-tunang, LAST YEAR diorang kawin bulan 6, 2012.



Macam biasa, aku yang paling happy sekali, sebab banyak cerita suka duka dia nak kawin dengan suami dia yang aku panggil Abg Wan.

Lepas diorang kawen, alhamdulillah hujung tahun, Kak Long kata dia pregnant. Masa tu aku lompat bintang sebab?? AKu fikir Dadam akan dapat dua pupu yang paling owesome dalam dunia! Masa hari raya tahun ni, aku banyak borak dengan Kak Long, tapi tak borak dengan Abg Wan. Sebetulnya aku segan nak borak sebab Abg Wan ni orangnya lebih banyak senyum dari bercakap.



And 9 months gone, Muhammad Syahmi Nurhan was born on 5th Syawal this year. Aku kat Pahang tak dapat tengok. Aku redha aje lah, kak long kata nak balik segamat, pantang kat sana. Aku belum tengok-tengok Syahmi lagi dan sengalnya aku belum beli lagi hadiah Syahmi sebab aku ingat dia keluar hujung bulan August.

So hari raya hari tu ialah yang terakhir aku lepak dengan Kak Long, dan husband dia, dan Syahmi yg masa tu dalam perut lagi.

********************************************************

Last Friday morning, around 9am, i was awakened by a call from my cousin, Kak Ngah. Aku kalau tidur, pantang sikit orang ganggu. Jadi aku tiba-tiba bengang pagi-pagi kena jawab call.

Kak Ngah: Dik.... Abg Wan meninggal....

Aku blur, sebab mungkin brain not fully function. Bodoh gila aku rasa.

Aku: Hah? Wan mane pulak ni? Apa benda kau?


Kak Ngah: Abg Wan.. Kak Long.. Abg Wan Kak Long! (dia sikit menjerit masa tu agaknya sebab susah sangat nak fahamkan aku)

Aku: Hah???? Eh.. Hah?? Ape? 

Bulat mata aku. Terduduk terus atas katil and our conversation went on, i asked about how he just "goes" and at the same time my mind was flying... melayang aje aku rasa.

Ye ke ni? Otak aku ade macam gambar Kak Long, besar gila, block terus semua benda lain. Lepas letak phone, aku duduk kejap, tapi aku call balik kak ngah. Sebab aku nak pastikan lagi. Kak Ngah tetap ulang ayat yang sama. So, aku baru rasa, ni memang real.

Nangis? aku tak boleh nangis. Sebab aku lebih pada risau, entah apa aku risau tak tahu. Yang 1st sekali aku call, CekChik kat Melaka, suruh inform Opah. Kemudian aku pergi bilik Mama, dia mandi tapi aku jerit aje dari luar. Semua terkejut. Semua tak percaya.

Lepas tu, orang luar pertama yang tahu, ialah officemate Kak Long (ex-officemate aku, Diela) sebab aku terus call company, minta sambung pada Diela, dan aku beritahu suami Wani dah meninggal. Aku tak tahu keadaan office macam mana bila tahu berita tu, aku lantakkan saje.

Lepas tu, aku tahu mesti nak call satu-satu family members, kawan-kawan, macam susah dan lambat. Aku post kat status facebook aku saje. 



Dan berduyun inbox facebook aku penuh dengan "pm" bertanyakan kesahihan berita ni.


*****************************************************

Ya, betul. Husband kak long, Abg wan, di panggil Allah, pada pagi Jumaat, 30 August, 2013, bersamaan 23 Syawal 1434H. Aku pun tak dapat berita penuh sampai hari ni, aku tanya Kak Long, dia taknak cakap, sebab dia kata die pun tak ada strength nak tahu macam mana arwah boleh pergi. 

wechat aku dengan kak long sabtu lepas pemergian arwah


Yang pastinya, arwah lelah. Semput bangun pagi masa nak bersiap ke tempat kerja. Kemudian rebah sebelum masuk ke bilik air, dikejarkan ke hospital, dan meninggal dunia di hospital.

Kak Long pada hari tu, ialah hari ke 18 berpantang. Bermakna, genap 18 hari Muhammad Syahmi Nurhan cahayamata mereka berdua, melihat dunia.

Tak tergambar rasa aku masa tu. Banyak aku fikir, pasal Kak Long, pasal Syahmi. Macam mana putar pun fikir benda lain, balik-balik aku terfikir benda yang sama juga. Pantas aku siap, kemas baju, semua benda, campak masuk kereta, kami drive terus ke Segamat. 

Orang tanya nak tengok jenazah ke? Dekat hospital... aku jawab " aku nak tengok Kak Long..". Dalam kereta aku tanya husband aku, "apa muka saya nak buat nanti? macam mana saya nak hadap kak Long ni?" husband aku diam. Suruh aku kuat semangat sebab berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang pikul takdir ni.

Aku konvoi dengan officemate Kak Long. Dalam kereta aku asyik fikir. Boleh ke kak long hadap semua ni? Ok ke dia sekarang? nangis banyak sangat ke? dia tengah pantang, macam mana ni?  Nanti sakit pula macam mana? 

Aku cukup syak, cukup yakin, dia tengah meleleh-leleh tak berhenti-henti menangis macam dulu-dulu dia menangis atas katil kalau kena marah atau ada problem. AKu tak boleh bayang pulak kali ni. Aku resah sepanjang jalan. 

Sampai-sampai saja depan rumah Makcik aku, tak sempat tengok adam, tak sempat angkat beg, semua benda aku tak sempat. Aku terus jalan, masuk rumah, terus aku cari Kak Long dulu.

AKu nampak dia dekat sofa, sebelah makcik aku. AKu pandang dia, dia pandang aku. Airmata aku dah bergenang (in fact masa taip sekarang ni dah nak meleleh dah airmata aku). Aku cepatkan langkah, salam makcik aku, dan terus salam Kak Long, aku cium pipi dia lama-lama, dan masa tu, kekuatan aku hilang.. hilang terus. Aku nak cepat lepaskan pelukan dia, tapi tiba-tiba aku rasa Kak Long peluk aku kuat sangat. Macam minta aku peluk dia kuat-kuat.

Aku terus peluk dia. Sekuat hati aku. Mulut kami langsung tak bercakap apa, dalam hati aku, terus pujuk-pujuk dia, dengan harapan hati dia dengar... 'sabar Kak long, sabar......redha...Allah sayang awak, Allah sayang baby awak.. Allah sayang arwah'

Usai pelukan, aku terus duduk ditepi dia. Tapi kami yg selama ni becok berborak dari kecik dan pantang jumpa asyik nak berbual, diam. Diam seribu bahasa. Aku pegang tangan dia, pegang bahu dia. Aku bisu terus. Yang buat aku kagum, kak long tak meratap apa pun. Airmata mengalir, tapi tak ada bunyi tangisan. Tak ada suara apa pun.

AKu bangun, untuk beri laluan kawan-kawan office dia yang datang melawat. Aku pergi dapur. Taknak nangis, tapi, Allah... Syahmi ada kat dapur pula, tengah tidur, tengok muka Syahmi, airmata memang laju keluar.

Jenazah dimandi dan dikafankan di masjid dan bergerak dari masjid wangsa maju selepas solat Jumaat. Dalam pukul 2:45ptg. Dalam pukul 5:30ptg, langit mendung, dan kami dikhabarkan jenazah sudah sampai di Batu Anam. Lebih kurang 30 minit akan sampai ke rumah. Jadi kami bergerak ke rumah atuk arwah yang berdekatan rumah makcik aku.

Mendung sangat masa tu. Sampai rumah atuk arwah, aku duduk tepi Kak Long, capai Yaasin, dan aku habiskan surah Yaasin. Elok habis sahaja, aku nampak van jenazah tiba diperkarangan rumah. Aku genggam tangan kak long, aku memang tak bercakap, aku rasa dia faham yg aku minta dia kuat semangat. Jenazah dah tiba.



Kak long beralih dari sofa ke ruang tamu, jenazah masuk. Kak Long pegang syahmi, syahmi tidur. Aku risau kalau-kalau dia pengsan. Sebab muka dah pucat habis macam tak ada daya. Mak arwah menangis-nangis dan terpaksa dipapah masuk ke rumah. Hati ibu yang hilang anak. Kita memang takkan mampu faham, jika tak merasa.

Makcik aku tanya kak long "nak mama pegang ke syahmi tu?" aku tengok pantas Kak long gelengkan kepala dan dia peluk syahmi erat-erat. Makcik aku tanya lagi "betul ni? betul boleh ni kak long?" aku tengok kak long angguk. Hati aku sebak terus.' Long, kite rasa awak ni memang "kuat", awak memang tabah'. Aku pegang bahu dia.

Kain kafan yang tutup muka jenazah dibuka. Aku tengok arwah tenang. Macam tidur. Nama pertama yang imam dan semua yang ade berdekatan situ panggil, ialah "wani... bagi wani tengok dulu...." Kak long jalan pergi pada jenazah arwah, duduk sebelah jenazah, sambil pegang syahmi.

Allah... my heart was broken into pieces at that time. Dan aku tak boleh lagi tahan perasaan aku dari tanya, "Ya Allah, kenapa Kak Long dan syahmi?" (T___T)

Kak Long jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri, untuk kali yang terakhir. Kak Long lap airmata dia dengan tuala bersih-bersih, dan perlahan-lahan cium arwah di dahi, di kedua-dua pipi arwah. Kemudian letak pula mulut kecil syahmi, pada ayah dia, di pipi dan di dahi. Syahmi diam. Semua orang diam. Dan semua orang menangis tengok syahmi, dan ayah dia utk kali yg terakhir.

Selesai ditatap ahli keluarga buat kali terakhir, jenazah di tutup, dan kemudian disembahyangkan buat kali terakhir, oleh semua kaum keluarga dan sahabat serta jiran-jiran yang ada. Hujan turun sangat lebat. Lebat yang teramat lebat.

Jenazah kemudian diangkat untuk dimasukkan semula ke dalam van untuk dibawa ke kubur. Aku tahu kak long nak ikut. Aku suruh dia naik van jenazah. Tapi orang-orang tua semua tak bagi. Katanya sebab hujan, dan sebab dia dalam nifas. Aku pandang dia, lepas tu aku tarik tangan Kak ngah, aku kata "jom, kite kena pergi kubur"



Jenazah selamat disemadikan sebelum solat maghrib dalam hujan yang lebat. Semua berpayung. Ada bumbung atas liang lahad arwah utk elak air bertakung. Segalanya selesai dan aku lihat jam masa tu 7:24ptg. Tak ade perempuan pun kat kubur tu kecuali aku, kak ngah, kak mas, dan adik arwah, kalau aku tak silap. Aku memang kena pergi. Kalau tak, nanti kalau-kalau kak long nak tahu apa-apa tentang detik-detik ini, aku tak boleh nak describe pula.

Selipar penuh tanah merah, baju kurung aku lencun, aku masuk kereta dan balik rumah makcik aku. Dengan macam-macam rasa. Sampai rumah aku mandi, baru teringat lapar, dan selepas makan dalam pukul 9malam, aku ajak Kak long berbual, Sebab aku tahu, dia ada banyak nak cakap............................................................


*********************************************************

Itu cerita Jumaat aku yang lepas. Ada yang tanya, number akaun Kak Long, maybe nak beri apa-apa pada dia dan syahmi, jadi aku hanya beri pada mereka yang inbox dalam facebook aku sahaja. Ni gambar kak Long dan syahmi....




Untuk kak long,
Kita tak tahu awak sekuat ini
kite tak tahu pun awak setabah ni
kalau tak ada tertulis takdir ni
selamanya kita takkan tahu 
Tengok awak, kite rasa kagum sangat
sebab awak masih boleh senyum
masih boleh ketawa 
dan masih boleh layan syahmi
macam tak ada apa yang jadi
Awak kuat
mesti kuat
sebab syahmi perlukan awak
lebih dari sesiapa dalam dunia ni
dan kalau awak perlukan bahu
kita ada
sepanjang hayat kita
macam masa kita kecil-kecil dulu
Allah lebih tahu kenapa Dia pilih hati awak untuk diuji
Allah lebih tahu kenapa mesti Syahmi
Allah naikkan darjat awak, insyaa Allah
Allah akan beri hikmahNya kemudian, insyaa Allah
Awak yg terpilih
Tak mungkin hanya saja-saja..
Jadi, 
Jangan nangis-nangis lagi



Syahmi,
Bila besar kalau baca tulisan Mummy yang ini
Syahmi kena tahu dan mesti selalu ingat
Arwah ayah syahmi baik orang nya
Suka senyum macam syahmi
Tak bising, senyap macam syahmi yg tak banyak ragam
Muka syahmi...
Sama macam arwah ayah
Mama mesti tak boleh nak bercakap tentang arwah Ayah
Mungkin sampai bila-bila
Sebab mama syahmi lumrahnya seorang "penyimpan"
Jadi syahmi kalau baca tulisan ini
Syahmi mesti rasa bangga
Ada Mama macam mama syahmi
Dia "sempurna"
Dan syahmi juga sempurna
Syahmi jangan rasa kurang walau sikit
Sebab Allah sayang syahmi
Kami sayang syahmi..
Dan yang paling penting
Mama syahmi,
orangnya memang penuh kasih sayang
Jadi anak yang soleh
Jadi anak yang bijak
Jadi anak yang sihat
Jadi anak yang baik pekertinya
Biar redup mata Mama
Biar sejuk hati Mama
18 hari mungkin tak cukup untuk syahmi dan ayah
Insyaa Allah di sana satu hari nanti
Kita doa sama-sama
Syahmi, mama, dan ayah
Akan dipertemu kembali..

Amin...





To all readers, sudilah mensedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shazuan Shordin, suami kepada Kak Long, juga bapa kepada Muhammad Syahmi Nurhan.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan yg beriman dan beramal soleh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...