CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

October 31, 2014

Saja-saja terkenang

Assalamualaikum,

Duduk di office hari ni macam tak tahu apa nak buat. Terkebil-kebil tengok email, kemudian siapkan surat lantikan AJK Perkampungan Anak-Anak Yatim Negeri Melaka yang akan diadakan next week.  Tengok-tengok dah pukul 1 tengahari.

Pintu office ada orang ketuk, rupanya husband datang, hantar Adam Qaiser sementara dia nak solat Jumaat, minta tolong jaga sekejap until 2:00pm. Senang saja jaga Adam, bagi kertas kosong 1, bagi pen, selesai! Tulis ABC?? Bukan-bukan-bukan... dia lukis Ultraman.. heheheh

Eh, esok aku masuk 30 tahun. Gila. 30 tahun! Maknanya dah hidup 30 tahun atas dunia ni. Fikiran pun menerawang entah pergi ke mana. Imbas-imbas zaman jadi budak-budak, zaman sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti, zaman awal kerja, dan sekarang.

Jauhnya dah jalan. Apa dapat? kutip apa je nih? Hehehe Tadi masa breakfast 3 beranak sempat berborak dengan husband, cerita masa lampau. Zaman kecil-kecil. Aku dengan suami memang jauh beza. Kalau aku kata mak ayah aku susah, keluarga mertua aku yang peneroka Felda, jauh lebih susah. Mata kami sama-sama pandang Adam qaiser yang tengah main patung ultraman sambil makan mee kicap.



Senang juga hidup budak ni. Untunglah. Aku cuba beritahu yg zaman sekolah rendah, aku belanja 50sen pagi dan 50sen petang. 50sen tu dapat beli air sirap 1 cawan (10sen), nasi lemak (30 sen) dan kuih sebiji (10sen). Petang sekolah agama, aku dapat lagi 50 sen, beli air 10 sen, beli nasi ayam 40sen.

Suami aku pun cakap, "untunglah, aku dulu Abah dengan mak bagi 30 sen sehari, sekolah petang abah tak bagi duit belanja pun. 30 sen tu bukan setiap hari, seminggu 2-3 kali aje abah bagi. Hari lain tak ada duit pun". Kau dapat 50 sen pagi, 50 sen petang tu bapakkkkkk mewah!"

Aku gelak. Cehssss, mamat ni memang buat aku kalah. Aku baru nak poyo-poyo miskin kedana. Hahahahaha aku pun cakap, "aku balik sekolah kadang-kadang Ayah tak datang ambil. Dia lupa, atau dia lambat sangat-sangat, sampai aku jalan kaki balik rumah dari sekolah! Penat tau! Berpeluh! nak sekolah petang pulak lepas tu. Itu tak apa lagi, dekat depan sekolah agama aku tu dalam perjalanan balik, ada 1 rumah ni bela angsa! Bengek tuan rumah ni tak ada pagar rumah dia, angsa dia lepassssss aja. Angsa pun bengek juga, asalkan nampak muka aku aje dia kejarrrrr!! lepas tu dia sudip bontot aku! sampai lebam!! Menangissss aku sampai kat rumah.... haihhhhhhh~!!"

Inilah sekolah rendah aku


Suami yang tengah makan nasi goreng kampung jeling lepas tu cakap, "B, abah tak pernah ambil aku balik sekolah. Adik beradik aku sekolah rendah jalan kaki pergi balik. Dah lah kat sekolah tak makan sebab tak ada duit, balik menapak dari sekolah sampai rumah tengahari panas tu. Setakat angsa tu apalah sangat, aku rumah dalam hutan kau sebut aja apa binatang yang tak ada nak kejar budak-budak balik sekolah........"

Alaaaa... kalah lagi aku.. Hahahahaha terus aku rasa kehidupan masa kecil aku tak thrill. Husband kata sebab tu dia pandai masa sekolah rendah, sebab bila abah tak bagi duit belanja, orang pergi rehat, dia pergi baca buku siapkan kerja sekolah. Eh, aku teringat pula aku masa sekolah rendah, jangan kata waktu rehat, sipi-sipi nak waktu rehat aku dah menggelupur kat kerusi, tak menahan nak pergi beli makanan! 


Lepas tu bila dapat jadi pengawas, dapat keluar awal 10 minit dari murid lain, sebab kena bertugas masa murid makan, heavennnn aku cakap kau! Turun 10 minit awal, tak payah beratur beli makanan, dapat pilih pinggan nasi lemak yg ada telur mata paling lebar, dengan cawan air yg paling penuh makcik kantin letak! hahahahahaah lepas tu mula lah pergi bertugas macam beruang terseret-seret, mata dah layu makan banyak sangat.

Hah, dah tahu aku pengawas kan? jadi yang mana aku? yg paling comel pastinya.. hahaha


Tak sangka semua ni berlaku dah terlalu lama. 20 tahun lepas. Tahun 1990-1996. Husband punya era kau kena tolak lagi 5 tahun dari aku. Dia kertu sikit. Hahahahahahahaha... seronoknya mengimbas masa lampau. Masa nasi lemak harga 30sen, masa air secawan 10sen, masa tak ada orang jahat nak culik budak kecik yang jalan seorang diri balik rumah, masa semua benda pada kadar sederhana dan dunia ni aman damai.

Agaknya aku selalu rasa zaman kecik aku susah, jadi Allah jodohkan aku dengan mamat ni, yang sahih-sahih lagi susah dari aku. Supaya aku lebih bersyukur, aku tak melalui saat yg getir. Eh bagi aku tak pergi kantin untuk makan memang dikira getir ye! sebab aku perlu tenaga nak pergi main getah lepas tu... hahahahahahahahhahaah

Kita rasa kita cukup susah, orang lain lagi susah cuma taknak canang saja. Kita rasa kita tak ada harta dan rasa down sangat sebab terasa "miskin" banding dengan orang sekeliling, kita lupa pula nak tengok yang betul-betul miskin dunia, tapi tak pernah harap belas ehsan orang lain untuk hidup.

Hopefully hari Jumaat terakhir berumur 29tahun ni dapat beri aku satu idea baru tentang hidup. Tentang "kecukupan" dan "kesederhanaan". Esok bermula umur baru. 30 tahun. Ready? InsyaAllah.

Ok, kalau aku bernasib baik, husband aku yg budak kampung tu mungkin belanja aku makan birthday dinner treat, kalau ada aku update. Walau aku rasa harapan macam tipissssssssssssssssss... hahahahah bye bye bye!





p/s: abaikan bahasa diri kami husband and wife "aku-kau" tu, memang azali begitu. Hehehe

November 1, 2013

Pada Usia yg ini

1 November 1984 - 1 November 2013
Ya Allah
Telah 29 tahun

Pada setiap hela nafas yg cukup
Juga setiap nikmat yg sempurna
Tuhan masih memberi

Syukur
Pada usia yg ini
Masih punya ayahanda bonda disisi
Suami pencinta,
Anakanda pintar sempurna

Syukur
Pada usia yg ini
Punya keluarga yg erat
Keluarga mertua yg pengasih
Sahabat handai yg tak pernah mensunyikan

Ya Allah
Malu aku nak meminta-minta
Sedang semuanya Kau atur kemas-kemas
Memberi sehingga aku tak rasa kosongnya dimana

Tapi
Andai boleh diselit doa hari ini
Kau berilah nikmat sihat pada ayah bondaku
Juga nikmat sihat buat bonda mertua
Tak lupa kasihkanlah arwah ayah mertua ku disana

Cukupkan rezeki dan sempurnakan segalanya buat anakanda Adam Qaiser
Bahagiakan hati suamiku yg tak pernah jemu memberi bahagia

Ya Allah
Pada setiap seorang sahabat yg Kau kelilingkan aku
Ambil semua duka mereka
Gantikan dengan baik-baik
Gantikan dengan yang paling cantik
Berikan yang paling bagus bisa Kau beri
Gembirakanlah hati-hati mereka

Malu aku meminta-minta
Tapi Tuhan
Tunaikanlah
Kerna mereka semua
Terlalu banyak memberi padaku
Sampai tak mungkin terbalas

Amin Ya Allah.
Terima Kasih.
Beri aku peluang hidup
Yang entah ke berapa kali.





March 12, 2013

Superheroes Party Review

Hi,
Entry ini rasanya yang ramai tunggu. 1 day after birthday party Dadam dah ada orang sms tanya tentang vendor dan budget! Lepas tu i janji nak hapdet belog tapi tidak jugak ku hapdet. Busy kalah Najib. kihkihkih

Before pergi pada vendor, i nak bagi tips. Birthday party kalau nak seronok-seronok sangat maka plan lah awal sikit. Nak-nak pula yang memang tak kaya-raya seperti ku ini, maka 3 bulan awal, i dah serabut!

Bukan apa, nak keluar duit selebuk dalam sebulan tokey balak pun boleh pengsan. Tapi bajet kalau RM1000 (katekan lah) tapi bayar dalam 3 bulan lebih kurang RM300+ sebulan, tak ada lah nak sakit jiwa sangat ye tak?

Kat entry ni memang tiada HARGA disertakan (ada lah sikit-sikit letak juga rege). Hamboi-hamboi mak enon nak rege sekali ye? habis 1 Malaysia tau bajet makcik, gitu? SMS / Whatsapp untuk mengetahui harga ya. Atau lebih senang, contact saje semua vendor yang i listkan kat bawah ni, tanya terus harga. Lagi sonang! Klik je kat nama vendor tu ye.

1st kita start dengan makanan:

  • Laksa Johor : Mama buat
  • Mee goreng basah : Aunty Nor Catering (tak ade website, sms i ye)
  • Nasi Impit + Kuah Kacang + Masak lodeh : Aunty Nor Catering
  • Pavlova : Mama buat
  • Air : Daddy kepada birthday boy yang buat
Komen untuk makanan : Gila ke mama aku masak tak sedap??? hahahaha semua di atas sangat amat memuaskan hawa nafsu!

2nd candy buffet table:
Kak Anne bagi i special price, jadi sila tanya dia lah harga ok :)

Amat cantik. Super sedap! super moist choclate cake ini!
  • Popcorn + Gula kapas : Rinawati (Meru) 0126924275
Popcorn 60sen dan cotton candy rm1 :)

Sedap dan murah!
Gambar ambil dari FB Kak Linda 

Sedappppppppppppp~!
Gambar ambil dari FB Kak Linda 
Yang eclairs ni pun sedap dan gebu. hehehe
  • Kiwi Petite Fours : Opah Bakery 0192777598 - Kak Linda
Gambar ambil dari FB Kak Linda 
I punya yang hijau tu saje ye. sedap!
  • Durian, Kiwi, Strawberry crepe : Opah Bakery 0192777598 - Kak Linda
Gambar ambil dari FB Kak Linda 
Order 3 jenis crepe. Kak linda ni memang pandai buat durian crepe :)
  • Rainbow Birthday cake untuk taska : Opah Bakery 0192777598 - Kak Linda
Selebet je muka anak aku. Hahaha

Opah Bakery ni memang sedap dan murah. Cepat call ye kakak-kakak sekelian.
  • Blueberry tart : Azida 0173719769
Cilok dari FB tuan punya kedai :)

My exclassmate masa diploma. Memang Blueberry nya mantap!
  • Lolichoc : Aunty i buat 0136206184 - Puan Shahariah

Aunty i buat khas utk cucu dia. Siapa nak tempah sila lah. Tapi dia kat Melaka.
RM15 / A4 paper

RM15 / A4 paper

RM15 / A4 paper


Cantik! Murah! Pantas! Rasa tu standard lah rasa gula tu kan. Nak rasa apa lagi ye tak? Hahaha saya beli juga design Hulk dan ironman segala. 6 keping i beli....

3rd party khemah,deco,entertainment etc:


Dah kali ke-2 guna service mereka. Memang tidak pernah menghampakan. Ada macam-macam pakej. Dari yang murah sampai yang grand sangat! Sila call mereka atau terjah saja kedai mereka secepat mungkin untuk tengok design balloon dan contoh-contoh yang mereka pernah buat. You will never regret!
unlimited balloons for kids

clown show

singing birthday song

magic show

magic show


Best! dari kids sampai adults semua nganga tengok Mr.Zaza from Yaya The Clown buat show. Semua kids yang minta balloons memang dapat as you wish, balloons unlimited. PERFECT! Magic show pun best gila.
  • Khemah : 0122097482 
Khemah Hi-Top with scallop and buffet table. RM280


Ape nak komen, khemah tu khemah lah kan. Huhuhuhu
  • Cameraman : My cousin, dia student photography uitm - Ihsan


Satisfied lah. Boleh dapat Anugerah Dekan dah ni. Hahahaha

  • Banner dan Birthday sticker : OrangeApple Global, Tingkat 4 Plaza Alam Sentral. Boleh email, orangeappleglobal@yahoo.com
Banner : RM60

Thank You sticker : RM7 / A4 paper (dalam 40sen lah sekeping)


Cantik. Cuma kena cepat dan selalu contact takut design lambat siap.

4th goody bags:



  • Superheroes plastic bag : GM Klang
RM1 / pcs (kalau yg spiderman 20sen saja)

  • Drinks : Vitagen
Korang beli kat Mydin. Paling murah.

  • Mix nuts
bagi dalam goody bag, RM80 / kilo

  • Superheroes masks : DIY 
Buat sendiri guna kertas felt

  • MnM choclates
Makcik beli kat Langkawi masa trip ke sana bersama family in law :)

  • Popcorn and cotton candy : Rinawati (Meru) 0126924275

Ok Mommies! Itu saja buat hari ini. Boleh lah start plan. Dan boleh confirm booking dan bayar deposit. Contoh macam harga cake tu, RM150 (katakan), 3 bulan punya bayaran just RM50 per month. Tak lah rasa beban sangat kan. Yang paling penting ialah, kena tahu bajet anda. Kecil atau besar bajet tu tak penting, kita boleh dapatkan apa kita nak, walau bajet kita kecil. Altogether bajet saya untuk birthday party Adam Qaiser biasanya saya akan save RM300 sebulan. Kemudian barang-barang saya akan pastikan yg paling murah saya boleh dapat tapi sangat bagus juga kualiti atau apa-apa yg berkaitan.

Actually kalau betul-betul bajet yang kecil, birthday party hanya perlu ada :

Cake: RM100 (dah boleh dapat Secret Recipe)
Balloons : Beli je kedai biasa, tiup sendiri.
Makanan : apa-apa yang ringan untuk minum petang.
Goody bags : Hadkan tetamu. Dan beri hanya pada kids below 12 years old. Usually dalam 10-30 bags je. Bajet 1 bag dalam total RM2-RM4 pun dah cukup. Susah-susah beli party packs, yang dah siap kat Giant, Tesco, Mydin or mane-mane lah.

Semua ni boleh dapat below RM300 in total kalau betul lah nak bajet tu. Tapi setahun sekali, mommies kumpul lah duit buat yg tak dapat seronok banyak pun, seronok sikit-sikit jadilah, kan?


Kalau nak tanya apa-apa just sms/whatsapp i je lah. Takmau call ye.. hehe
+60164441497

Happy hunting, Mothers!

Enjoy :)

March 11, 2013

Adam Qaiser's Superheroes Party

Assalamualaikum.
Orang semua dah balik time ni lah dia tunjuk terer tu

As everybody know, Adam Qaiser's birthday party was held on 2nd March, 2013 at my parents house. Theme superheroes! Sekarang saya nak cerita tentang party dulu, next entry  baru cerita pasal vendor.

On 28th February 2013 (Thursday), saya hantar Rainbow Cake ke taska Dadam untuk dia celebrate dengan kawan-kawan taska. I asked his teacher to throw him a small party lah. Nyanyi-nyanyi dan potong cake, and then everyone dapat goody bag. Saya sediakan 50 goody bags for kids and 6 goody bags utk cikgu-cikgu Dadam.

Sikit saje gambar cikgu dia amik. Boleh lah :)


Seronok ye tiup-tiup lilin!

Alright, selepas Khamis tu, Sabtu, 2hb March 2013, saya buat birthday party anak bujang saya yg seorang ini. Tema superhero dan sebolehnya segala benda nak nampak macam ikut tema lah konon. Tapi, last-last ikut bajet yang ada je lah. Hahahahaha
Birthday Invitation card. Buat sendiri saja :)

Saya buat another 70 goody bags khas for kids yang akan datang majlis tu. Adults memang tak dapat goody bags. Hehehe sorry ye. Kids are my VVIP on that day.

Party started at 3pm. End at 7pm. Selama 4 jam tu memang seronok gila lah! Dadam boleh tak tidur-tidur punya seronok dengan orang ramai-ramai. Good boy!

Enjoy photos below ok :)

Mr.Zaza from Yaya the clown

Berpeluh-peluh

Comel!

Taknak tiup kek pulak

Superheroes birthday cake!

Cutting cake

Clown show

Proud Mom & Dad

More photos on my Facebook. Cari album birthday Dadam. Phewwwwwww secara seriusnya birthday kali ni rase mcm terharu gila. Uncles and aunties yg bawa superheroes babies ke party ni memang sporting habis. Dah tu memang sangat amat sweet, bagi Dadam banyak sangat toys, books, baju, bicycle and many more! Tak lupa juga saya rasa mcm buat kenduri kahwin dengan "salam kaut" tak hengat penuh beg kecil i tau! hahahahahah 

Sebahagian hadiah yang dapat. Phewwwwww~!
Bicycle uncle Bob bagi! Yeyyyy save duit mummy... bahahahahha

This one memang dream come true. Daddy dah lama nak beli, tapi tak beli-beli. Thanks Mak Long Wani!

Mummy Dayah dgn Kakak Isha bagi ni... comelnyaaaa lah hai!
Ehhhh banyak hadiah tak reti dah nak post sini satu-satu. Tak masuk Helikopter besar gabak Wan Ma dengan Atok Ayah bagi. Banyak sangat sampai terkejut-terkejut Mummy. 

Thanks a lot. Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari kenangan untuk anak kesayangan saya ini. Semoga esok-esok dia besar jadi anak yang berguna, baik, dan awesome macam anda semua.


"Buat Adam Qaiser, permata hati, penyejuk jiwa, Mummy..
Selamat hari lahir buatmu, anak
Moga anakanda membesar kelak
Jadi hamba yang taat pada penciptaNya
Anak yang sihat dan cergas tubuhnya
Yang pintar dan pantas akalnya
Berbuat baik dan berbudi pada nusa
Penyayang dan lembut hatinya
Moga anakanda disayangi apa adanya
Moga diterima seisi makhluk bumi dan langit
Dan mendapat redha dariNya
Pada setiap langkah anakanda
Mummy sentiasa ada
Kalau tak di depan mata
Cari saja dalam jiwa anakanda
Mummy dan Daddy sentiasa ada..."

February 15, 2013

Adam Qaiser 2nd birthday party planning!

Hi,
Nampak sangat saya tak ada kerja nak buat hari ini. 2 entry sekali saya tulis. Haha baca saja lah. Kali ni dah terfikir pula nak cerita tentang majlis hari lahir anakanda seorang ni.

Adam Qaiser


dah nak masuk 2 tahun dah anak Mummy. Alahai, cepat sangat. Rindu masa Adam Qaiser baru keluar dari perut. (TT) Masih teringat lagi macam mana susah senang lahirkan anak Mummy sorang ni dalam entry ini.

Invitation untuk birthday party? Jangan risau, akan di buat bila dah nak dekat majlisnya nanti ya.

Tahun lepas punya entry tentang birthday party Dadam memang mendapat sambutan meriah sangat. Yang datang pun memang ramai. Yang baca entry dan email tanya-tanya tentang vendor pun memang ramai gila. Thanks ye membaca apa saya tulis :)

Yang tak baca lagi, klik sini.



Last year buat tema ANGRY BIRDS. Tahun ni Dadam dah pandai tengok TV dan pilih toys, pilih baju sendiri, kasut sendiri, dia suka sangat Superheroes. Yelah, baby boy memang macam ni. Mummy pun selalu kena "fire" kalau tak kena sikit.

So theme this year ialah SUPERHEROES party!!!!!!


Berangan banyak benda. Tapi rasanya tak boleh terlalu membazir duit ke arah benda-benda yang pakai buang. Jadi hunting list saya begini saja:



Candy Buffet Table:
Birthday cake
Sweets and Chocs
Macarons
Lolipop
Popcorn
Tartlets
Crepes
Choc fountain

Buffet for adults:
Makanan biasa untuk minum petang saja.

Entertainment:
Clown show

Deco:
Balloons arch, balloons everywhere

Goody bag:
Air
superhero mask
makanan
toys
chocs/sweets


Bab goody bags ni tak finalized lagi lah. Tengah fikir apa lah yg boleh buat budak-budak seronok. Yang lain dah ada vendor siap-siap dah. Payment pun dah buat. Excited gila nak tengok semua babies datang dengan baju superhero masing-masing! Parents also pakai ye! Hahahaha

Ok, nanti saya buat official invitation di FB dan di blog. Sekarang banyak kerja nak kena settle. Oppssss.... khemah lupa call pulak dah! Zasssssssssssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...