skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum.
Ha, kontroversi sangat kan? Asalnya nampak keratan akhbar di bawah ni di share oleh FB friends secara meluas.
Menarikkan? Aku ada pendapat sendiri mengenai perkara ini. Nak kata cikgu jangan pukul langsung anak murid, aku rasa tak boleh juga sebab cikgu-cikgu ni ibarat ibu bapa kedua, dan mereka ni adalah orang yang kita "lepaskan" tanggungjawab kita untuk mendidik anak dan beri ilmu, pada golongan ini.
Tapi golongan pendidik pula tak boleh lah sewenang-wenangnya pukul murid. Serius! Jangan pukul sesuka hati. Setiap kali dipukul, mesti pastikan ada sebab. Macam budak nakal sangat sampai membahayakan pelajar lain, atau degil sangat sudah 2,3 kali tak buat kerja sekolah.
Masa sekolah rendah dulu, aku tak sebegitu petah bercakap macam aku disekolah menengah. Naik ke darjah 4 baru aku cakap banyak sampai setiap kali majlis ibu bapa datang ambil report card, cikgu mesti complaint aku tak reti duduk tempat sendiri, dan asyik bercakap dengan kawan sebelah. Hahaha
Tapi masa darjah 2, masa belum pandai cakap banyak, aku masih ingat 1 insiden yang memang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Asalnya aku tersalah tulis tarikh hari itu. Contohnya, patut tulis 19 Februari 1992, aku tertulis 20 Februari 1998.
Cikgu pula tengah round dari meja ke meja untuk check murid salin atau tak nota kat depan. Sampai saja meja aku, tiba-tiba cikgu tariiiikkkkkk aku pergi depan, dengan buku nota aku sekali. Terus tanya aku nampak ke tak tarikh dia tulis kat papan hitam 19 Februari 1992?
Aku angguk je sebab takut gila. Terus dia tunjuk buku nota aku, dan tanya kenapa aku tulis 20hb?????? dan.......... terus aku kena penampar. Depan kelas. Sakit gila! Sedih. Takut gila! Serius! Panassss je pipi aku time tu.
Bayangkanlah, aku baru 8tahun masa tu. Darjah 2. Aku kene lempang sebab salah tulis tarikh je. Fuhhh.. cerita balik dalam entry ni je dah buat aku sakit hati dan bengang gila. Aku harap sangat Adam Qaiser takkan kena benda yang sama.
Yg paling ajaib sekali, aku tak mengadu pun pada mama atau ayah. Aku balik jalan kaki hari tu, sambil nangis je. Dalam kelas masa kene penampar tu aku tak nangis setitik pun. Balik tu aku nangis.
Fuhhh... so persoalannya sekarang, wajarkah cikgu pukul anak kita? Ermmm aku minta sangat cikgu-cikgu lebih rasional. Jika bukan kesalahan berat, jangan dipukul murid-murid tu. Mungkin kita boleh guna pendekatan lain, mcm tolak mata merit, atau denda yang tiada physical contact, macam berdiri atas kerusi dan sebagainya.
Kalau murid terlalu bingai, maka kita rotan sebab masalah disiplin. Ini pendapat aku lah. Tapi parents please lah, semak kerja sekolah anak masing-masing, ambil masa bersama anak dan pantau aktiviti mereka supaya kita tak menyusahkan golongan pendidik untuk mendidik anak-anak kita.
Ok, dah lah. Cerita pasal pengalaman kena penampar ni buat aku sakit jiwa pula. hahahaha aku nak minum teh ais jap! Taaataaaa
Hari Jumaat lepas saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina Pelabuhan Klang. Buat apa? Ya, saya ambil sijil SPM saya. Yelah. Saya tahu. 10 tahun sudah, baru nak ambil ke? *diam kau!* hahahaha Duduk di sekolah tu buat beberapa ketika betul-betul mengimbau kenangan zaman muda mudi *cewah*.
Sampai-sampai di depan pintu pejabat sekolah, saya sua muka pada lubang kaca tempat bercakap. Lantas cakap dengan kerani sekolah, "Assalamualaikum Puan, saya datang nak ambil sijil SPM. Tapi tahun 2001. Ada simpan lagi tak?" selamber saja muka macam tahun lepas adalah tahun 2001. Hahaha Kerani tu pandang muka saya lama-lama, dan jawab " ada....mesti sekolah ada simpan.." Huish! Lega!
Saya pun terus cakap, "nama saya..." belum habis cakap kerani tu pancung ayat saya " Aini Qamariah kan?" nganga mulut saya kejap. Mata pun terbeliak. Biar betul dia sebut nama ex-student 10 tahun lepas. 10 tahun weh. Bukan 2 ke, 3 ke...5 ke...huhuhu saya senyum dan cakap "perghhhhhhh~!! Gile lah Puan ingat nama saya???" terus terkeluar perangai tak sopan saya kejap. Haha Kerani tu jawab "Kamu kan famous, mestilah ramai orang ingat" ok. Kembang? Mesti. Terbang? Sikit-sikit. Spender koyak? Tak check time tu, mungkin! Hahaha
Masa saya ambil sijil SPM tu, sain-sain, beramah mesra dengan kakitangan pejabat di sekolah, adalah insiden-insiden yang berlaku buat saya terasa nak tulis blog. Dan Entry saya kali ini saya tujukan buat mereka yang lebih kurang saya, dan remaja-remaja *Nampak sangat aku dah tua sebab panggil korang remaja, ceh!* yang sekarang sedang di dalam alam persekolahan. Tajuk karangan saya adalah : Saya bukan TOP STUDENT.
Hahaha *sedang ketawa sendiri*
Masa zaman sekolah menengah, saya seorang pelajar yang pemalas. Kamu tahu haiwan nama SLOTH? *bahasa melayu saya tak tahu apa nama haiwan tu*, saya lebih malas dari SLOTH. Malas pergi sekolah. Malas belajar. Malas pergi tusyen. Malas ulangkaji. Malas buat kerja sekolah. Malas..Malas..Malas..! Setahun, saya datang sekolah memang tak selalu. Kebanyakkan masa, saya habiskan atas katil di rumah. Saya ponteng, tapi, saya tidur. Bukan pergi berjalan membuang masa dan duit. Saya memang suka tidur.
 |
| Ni lah sloth, pergerakan dia sangat lambat dan sepanjang hidup dia memang suka tidur |
Masa tingkatan 1, saya duduk sebelah top student sekolah batch saya. Lee Von Yen nama dia. Dia seorang yang pemalas. Kami duduk sebelah-sebelah. Perangai kami sangat serupa. Kami pernah kena rotan sebab dua-dua tak buat kerja sekolah. Pernah juga kena berdiri luar kelas sebab tak hantar kerja sekolah. Tapi hujung tahun, dia periksa nombor 1, saya periksa nombor akhir. *kurang hasam betul dia!*
Masa tingkatang 4 dan 5, saya keliru saya kelas mana. Sebab saya suka masuk kelas kawan-kawan saya. Dan ponteng kelas sendiri. Hahaha kerja saya, 24jam dah macam ADUN, melawat kawasan sahaja kerjanya. Saya terasa mcm YB dikala itu. Setiap kawasan (kelas) saya lawat, saya akan berborak. Berborak. Berborak. Jangan salahkan saya. Salahkan kawan-kawan saya yang sentiasa welcome saya setiap kali saya melawat kawasan mereka. Hahaha kalau saya tak melawat kawasan, saya akan susun kerusi dalam kelas, 3 kerusi saya susun sebaris. Kemudian saya akan tidur atas kerusi tu. Sampai seorang rakan kelas berbangsa india pernah tepuk dahi dan cakap "aiyoyo..look at her, dia dah susun kerusi lagi!" hhahahahaha
Kalau kerja sekolah, saya tak pernah buat sendiri kecuali subjek-subjek pilihan hati seperti BM,BI, dan Agama. Subjek lain, dari form 1 sampai form 5, saya tiru kawan sahaja. Saya pun tak tahu kenapa dengan saya pada masa itu. Tapi, memang itulah perangai saya di zaman persekolahan. Kesimpulannya saya seorang pelajar yang sangat lemah di dalam banyak subjek semasa di sekolah.
Tapi, kalau bab Ko-Kurikulum, saya memang suka yang teramat sangat. Saya wakil sekolah dalam macam-macam aktiviti. Dari benda yang orang dah menyangka saya akan mewakili sekolah seperti Debat, Pandu Puteri, Bola Baling, Teater dan sebagainya sampailah yang orang takkan sangka, seperti nasyid dan kejohanan tilawah Al-Quran peringkat daerah. Ko mampu? Hahahahaha
Lepas sekolah menengah, mama dapat surat supaya hadir ke Hari Quality 2001. Tapi mama kata dia taknak pergi. Sebab, mama kata, parents orang lain datang sebab anak meraka dapat pelajar terbaik subjek, pelajar terbaik keseluruhan akademik, pelajar cemerlang pelajaran dan sebagainya. Tapi mama pula hadir sebagai ibu bapa kepada Pelajar Terbaik Keseluruhan Ko-Kurikulum. Hahaha sebab saya pegang terlalu banyak jawatan peringkat kebangsaan dan negeri. Involved terlalu banyak aktiviti peringkat kebangsaan dan negeri, maka saya menang anugerah tu. Tapi akademik, habis lah! Zero value.
Jadinya, dengan lakaran sejarah di sekolah yang tak berapa cemerlang sangat, dengan akademik yang memang hancur, maka saya teruslah tersedar dari lamunan, mungkin kerani tadi ingat nama saya kerana saya bukan cemerlang akademik, tapi cemerlang benda lain. Hahaha apa-apa pun, saya tetap dalam list pertama pelajar yang ringan tulang setiap kali cikgu atau kakitangan sekolah perlukan pelajar nak angkat buku teks ke, hantar buku ke bilik guru ke, buat mural sekolah ke, susun buku teks dalam bilik pinjaman buku teks ke dan lain-lain. SEBAB? Semua tu boleh elakkan saya dari masuk kelas dan belajar. Hahahaha...adoi.
Saya memang bukan TOP STUDENT. Tapi Alhamdulillah, esok, bukan top student ni nak masuk sekolah balik. Tapi bukan sekolah menengah, sebaliknya SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH PENGURUSAN, UPM SERDANG. Persuing my MBA International Business. Semoga saya jadi student yang rajin belajar dan komited terhadap pelajaran, insyaallah.
Jadi untuk yang mempunyai sejarah lebih kurang saya, atau yang sedang melalui zaman persekolahan lebih kurang saya, sukacita saya katakan, perjalanan hidup saya selepas SPM tidak mudah! Susah dan penuh masalah. Bererti, jika anda boleh belajar rajin di sekolah, belajarlah!! Jangan banyak main. Jangan buang masa macam saya. Anda akan menyesal nanti bila lihat perjalan hidup rakan-rakan anda yang lain agak mudah dan senang. Sementara anda perlu bersusah payah dan berusaha berlipat ganda dari orang lain.
Pada yang dah lepas SPM pun, dan mempunya result lebih kurang saya, jangan putus asa. Berusaha, dan anda mesti boleh jadi lebih baik dari orang lain. Jangan berhenti belajar dan sentiasa memperbaiki diri.
Kita berhak merancang kehidupan kita. Rancanglah untuk Berjaya. Insyaallah kita boleh berjaya dalam hidup.
Ok, nanti saya tulis entry lain. Tata