CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 10, 2011

Suami Isteri

Rentetan catatan status Facebook semalam bahawa ingin berkongsi sesuatu yg bermakna, I end up writing about this…sila lah baca. Kenapa saya tulis mengenai perkara ini akan diketahui dipenghujung entry.
 

Seperti biasa, saya suka berkongsi kejadian-kejadian yg berlaku disekeliling saya. Kali ini, yang menarik perhatian adalah kisah suami dan isteri. Betapa indahnya hidup sepasang suami isteri yang bahagia. Kan? Tapi kadangkala, hati saya tersentuh dengan layanan sesetangah insan kepada pasangan hidupnya. Adatlah, suami isteri jika tidak berselisih faham, bukan suami isteri namanya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Jom saya kongsikan beberapa babak yg pernah saya lihat.

Suatu pagi, saya meneman Opah ke hospital. Opah saya hidup tanpa suami kerana arwah atok meninggal lebih kurang 9 tahun yang lepas. Saya akan sentiasa menemani Opah kalau dia memerlukan rawatan di Hospital. Tak ingat dah berapa banyak cuti saya ambil kerana menemankan Opah. Saya sebagai cucu, tidak pernah rasa wanita itu membebankan saya, kerana saya sayangkan dia yang teramat sangat. Adatlah hospital kerajaan, menunggu saja makan 2jam. Rawatan pula 1jam. Menunggu untuk ambil ubat 1jam. Tak apa…… Sedang saya tunggu Opah yg sedang membuat rawatan, tiba-tiba saya dengar suara seorang lelaki separuh abad, yg terpekik bagaikan halilintar *terkejut makcik,dah lah makcik sleepy ye masa tu..huhu* :

Lelaki: Lembab nak mampos! Mana nombor awak? Tak panggil-panggil lagi? Lain kali, awak dtg sendiri lah hospital! Saya ada banyak kerja lain nak buat tau tak! Awak ni menyusahkan saya saje! Doctor kat hospital ni pun bodoh. Buat kerja lembab. Makan gaji buta agaknya!

Seorang perempuan, hampir separuh abad juga umurnya, tertunduk lesu. Saya pandang perempuan itu sambil berkerut.

Perempuan: Kita datang lambat, jadi nombor pun lambat lah. Abang tunggu lah di luar kalau rimas duduk dalam ni. *lembut suaranya..mcm pasrah*

Lelaki: Tulah awak tu. Tadi saya dah kata suruh cepat-cepat datang. Datang pagi-pagi. Awak lembab sangat. Sekarang kan dah menyusahkan saya. Saya ada kerja tau tak!

AArrrrrghhhhh~!! Time ni, saya memang tak boleh nak tahan, terus aja saya pandang pakcik tu tepat-tepat sambil dalam hati terdetik *ada jugak makan kasut aku ni jap lag*

Wanita tadi berlalu, duduk selang beberapa kerusi dari saya. Lelaki tadi pula terus berlalu entah kemana. Hati terus terdetik, *agaknya, bila dah tua nanti, aku dgn hubby pun akan mcm ni jugak* seraya itu juga saya tersentuh dan bersedih.

Seorang isteri, diwaktu sukarnya, menghadapi penyakit, hanya Allah yang tahu penyakit apa, diwaktu usia senjanya, apalah saja yg diharap? Seorang isteri, yg menjaga makan minum sekeluarga, menyiapkan segalanya walau sakit, walau demam, walau lenguh tangan dan kaki…..di waktu usia senjanya, apalah saja yg diharap? *saya menghembus nafas panjang*

Suatu petang, saya dan suami ke Tesco. Membeli barang-barang rumah. Bila waktu membayar, saya Q lahdibelakang sepasang suami isteri yg umur mungkin lewat 30an. Dengan ada anak-anak kecil, mereka beratur panjang *tolong imagine PANJANG tu dgn memang PANJANG, ok. Lenguh kaki makcik beratur masa tu* Sampai saja giliran pasangan depan saya, waktu itu hubby mencari barang yang kami lupa nak beli, saya dengar dialog begini :

Isteri : Abg, bak duit. Nak bayar nih…Pegang anak tu.

Suami : *memberi wallet dan terus mendukung anak meraka yg kecil*

Isteri: Laaarrr, Abg!! Ini aje ke? Mane duit lagi???????? *suara agak meninggi*

Suami: Allah, terlupa keluar duit tadi. *mendatar saja suara suaminya*

Isteri: ABG NI, APE PUN TAK BOLEH HARAP LAH!! SEKARANG NAK KENA BERATUR BALIK KE? DAH LA PANJANG NI. KAKI SAYE PENAT TAU TAK?????

Pergghhh…kuat gile!Saya terus berkerut dahi. *maaf lah, saya kalau benda jadi bukan-bukan depan mata, my face just can't hide my feelings at all*

Saya kadang kala jadi confuse dengan pasangan zaman sekarang. Masa bercinta, kau lah intan dan permata. Kau lah gunung emas dan perak. Kau lah racun dan penawar. Bahasa masa bercinta, bukan main lah manja dan semanis madu. Launtan api pun kau renangi. Biar berpeluh darah pun kau harung juga percintaan yang berliku-liku kaedahnya! Lepas tu kau kawin. Lepas tu kau ada anak. Lepas tu????? Lepas tu dari "I love you sayang" jadi "kau ni dah kenape ni, aku rimas lah!", dari "awak dah makan ke? Saya lapar, jom keluar makan" terus jadi "kau ni duduk rumah tak reti ke nak masak, aku penat tau tak?"

Cantiknya bahasa…..indahnya dunia ye berkata-kata ikut sedap mulut. Wah2, hilang ingatan betul.. Saya tetap percaya bahawa suami isteri walau ape jua keadaan, masalah rumah tangga, perasaan tidak senang atau marah, HARUS DIKAWAL terutama didepan orang awam, kaum keluarga dan paling penting, anak-anak. Banyak dah insiden berlaku, bila saya nampak conversation antara suami isteri yg menjengkelkan. Si suami terjerit2 "kau kenape? Kau nak ape?" si isteri menjerit-jerit jugak "kau ni apesal?"….haih, terus terang, saya rasa mereka ni dangkal!

Lantakkan lah masalah kau sebesar gunung berapi dekat indon pun, lantakkan lah kau sakit hati mcm nak terkeluar jantung dari dada kau pun, tapi, tolong lah bersopan santun dan jangan lah mengaibkan diri sendiri atau pasangan anda didepan orang ramai. Macam insiden pakcik dekat hospital tu. Ah, menjengkelkan! Kalau iya pun memang si isteri lembab bersiap *mungkin dia nak masak, basuh kain sidai kain,kemas rumah, buat sarapan, KAU APE TAHU?* tak perlulah marah dia didepan org ramai begitu. Semua org pun bengang menunggu pakcik! Sumpah bengang bila kena tunggu lama-lama kat hospital. Kat Hospital tau, bukan dekat panggung wayang ke, shopping mall ke…memang bengang tahap langit ke-7…tapi pakcik, kenape mesti mengamuk macam tu? Saya kalau nak mengamuk dekat hospital kerajaan, mahu aje saye gigit-gigit segala tiang kat hospital tu, termasuk sekali dinding-dinding segala pintu termasuk tingkap semuanya yang ada dihospital tu *tak termasuk lah pintu dan dinding jamban kan!* sebab dah selalu sangat menunggu berjam-jam sebelum dapat rawatan. Haih. Pakcik ni memang mambakar darah betul lah!

Macam kakak dekat kaunter tu lagilah saya rase dia sengal. Semata-mata tiada cukup duit untuk membayar, sampai orang dekat tempat siang ikan Tesco tu boleh dengar kau kata laki kau tak boleh diharap. Entah apa-apa lah. Kasar. Itu yang sebenarnya ingin saya sampaikan. Suami isteri dijodohkan untuk hidup susah senang bersama. Pahit manis dikongsi. Termasuk kepandaian juga kebodohan masing-masing melangkapkan sesama sendiri. Dah dia pilihan hati anda untuk hidup ke akhir hayat, maka terima dia seadanya. Yang buruk kau cantikkan. Yang bodoh kau pandaikan.

Saya tahu sesetengah pasangan berkahwin muda. Anda kahwin kerana nafsu usia muda. Tanpa sedar, anda bawa juga panas baran usia muda anda bersama dalam kehidupan selepas berkahwin. Sudahnya, anda kurang sabar, salah sedikit anda menengking, tak betul sikit, anda melenting. Tak kira masa tu siapa ada disekeliling anda. Anda rasa puas bila tinggikan suara. Kononnya andalah yg paling berkuasa dalam rumah tangga, boleh tengking-tengking pasangan anda. Boleh marah-marah dia bila anda rasa dia lembab, bodoh, tak tahu buat kerja dan tak faham perasaan penat letih anda. Oh……. Sedihnya jadi dirinya. Dia juga penat, Dia juga letih. Walaupun dia suri rumah atau suami yg bekerja sendiri, mereka tetap letih. Mereka juga penat. Bukan anda saja yg menanggung beban menjalani kehidupan seharian. Pasangan anda juga. Serius!

Sedih hati saya bila mengenangkan perubahan manusia mengikut umurnya. Makin tua, makin tak betul perangainya. Dulu masa bercinta dan belum kahwin, kau tak malu pegang tangan *yelah, aku pun sama*, sudah tu bila dah kahwin, nak pegang tangan isteri atau suami, rasa malu. Rasa segan orang memandang. Aik? Rasanya otak kau rosak. Ada wayar terbakar. Serius! Dulu, makan dekat gerai bukan main kau bersuap-suap macam gf / bf kau kene stroke, sebelah tangan dia tak boleh guna. Tapi dah kahwin, kenapa tidak kau suap-suap kan? Dulu rajin kau jalan-jalan kat taman bunga, segala taman dalam Malaysia ni kau dah pernah bawa dia jalan-jalan, Taman Buaya pun kau pergi. Zoo Negara pun kau sanggup berdating ditemani gajah dan harimau bintang, tapir dan badak sumbu. Sekarang? Ajak jalan-jalan sikit kau kata taknak sebab nanti petang hujan *wah, macam kau kerja ramalan kaji cuaca kan?*, takpun kau jawab penatlah, letih lah, buang duitlah, padahal dulu kalau tak keluar berdating, CONFIRM bergaduh perang dunia ke-3.

Haih. Kenapa lah jadi begitu? Sepatutnya, lebih lama, lebih sayang. Lebih lama, lebih indah. Sebab kita berkongsi lebih banyak perkara, menghadap lebih banyak dugaan buat kita lebih dewasa dalam hubungan suami isteri. Kasih sayang juga makin mekar. Kan? Walau sepenat mana pun, walau sakit hati macam mana pun, berusahalah bersabar. Berusahalah menjaga air muka pasangan kita. Dia juga ada hati dan perasaan. Dia juga ada rasa sedih dan tahu menangis. Dia juga perlukan tempat untuk mengadu. Bahu untuk dia bersandar. Dan, sedar atau tidak…kita lah org itu. Kita lah bahu itu. Sebab kita pasangannya. Jika kita menghadapi masalah bersama pasangan, duduk lah dalam bilik, berbincang, kalau mahu menjerit, jeritlah. Tapi hanya anda berdua sahaja. Lepaskanlah perasaan marah itu. Perasaan benci, menyampah, tension, masa anda duduk berdua sahaja. Orang lain TIDAK MAHU, TIDAK INGIN pun tahu anda marah, mengamuk, menyampah dan sebagainya. Serius!

Tak kira anda lelaki atau perempuan, isteri atau suami, sedihnya lah hati bila orang yang dulu sentiasa bercakap lembut dan baik, sekarang menengking-nengking dan kasar. Sedihnya lah hati, bila orang yang dahulu memeluk kita bila kita sakit dan sedih, sekarang menolak kita dan menjauhi kita. Kalau dia isteri, dia pasti terasa sayu. Bertahun-tahun bersusah payah menjaga rumah tangga. Makan minum suami dan anak-anak, diwaktu tua dan sakit, suami meninggi-ninggi suara seolah-olah dia satu beban. Beban tanggungjawab yang digalas bertahun-tahun baru kini terasa berat…………. (T,T) sedihnya lah hati kalau dia seorang suami, bekerja siang dan malam untuk memastikan apa yg dihajati isteri dan anak-anak tercapai, memastikan segalanya sempurna supaya anak-anak membesar dengan baik, supaya isteri dapat memakai barang-barang yang elok dan tak rasa malu bila bergaul dengan sanak saudara dan kawan-kawan, sekarang pula dimarah dan mula mengungkit segala macam benda yang tidak pernah cukup rupanya selama hidup bersama. Sedih.

Saya dan suami, sama macam pasangan lain. Ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Bukan lah nak mengatakan kami pasangan hebat gila sampai takkan melalui waktu-waktu sukar begitu, sesungguhnya saya pun tak tahu mungkin satu hari naseb saya juga akan begitu. tapi sebolehnya saya berdoa untuk tidak menjadi seperti itu. Kadang kala, saya kecil hati. Kadang kala, dia kecil hati. Kadangkala saya rasa nak marah. Sementara dia juga rasa tak puas hati. Tapi kami seboleh mungkin, tidak mahu sesiapa tahu masalah yang melanda. Kecil atau besar. Kami harungi bersama. Alhamdulillah. Segalanya masih lancar. Masih terkawal. Terdetik rasa bersyukur dianugerahkan dia sebagai suami. Terdetik rasa kagum bahawa, ada juga insan yang sesabar dia dalam membimbing saya. Terdetik rasa sedih dan sayu setiap kali melihat dia cuba memenuhi hajat saya yang tak bertepi. Terasa seperti terharu melihat naluri kebapaan dalam dirinya yang sangat menebal bila sanggup berkorban apa saja demi memberikan Adam Qaiser makan minum yang terbaik, pakaian yang paling selesa, keperluan yang paling elok. Saya bersyukur, kerana diberikan dia, untuk saya dan Adam Qaiser. Alhamdulillah.

Untuk suami saya, Azuan…Andai esok lusa saya sakit, andai esok lusa saya huduh, andai esok lusa saya miskin, andai esok lusa saya bodoh, andai esok lusa saya tidak seperti saya yang awak kahwin pada 1 mei 2010 yang lalu, saya harap awak akan sentiasa sayangkan saya. Memegang erat tangan saya. Mencium dahi saya. Memujuk saya dengan suara awak yang menenangkan. Memahami kesusahan saya, menghargai dan menghormati saya, seperti AINI QAMARIAH yang awak kahwini dulu.

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama. Saya sangat sayangkan awak. Sehingga akhir hayat saya, dan sehingga dipertemukan juga disyurga nanti bersama seluruh keluarga kita"


8 ideas:

Hannah Johary

Ok. I cried towards the end of the entry. Sangat touching!

But it is true. You huraikan dengan baik sekali. I pun selalu nampak senario ni kat mana-mana, even drama TV pun macam tu. Sometimes I terfikir juga, lagi lama hidup bersama, lagi banyak yang dikorbankan, kenapa makin begini jadinya? Sebab hidup dah jadi semata-mata tentang komitmen, dah takde kasih sayang ke?

Or time dating tu hanya nafsu saja, tu yang nampak indah?

Banyak pula soalan. Sorry! Hehe.

Aini Qamariah

hannah, sesetengah pasangan, makin lama kawin mereka makin tidak menghargai satu sama lain. Yang paling kesian bila makin lama kawin mereka bukan lagi soulmate, tapi hanya housemate sahaja...kesian...

Tapi Hannah dgn Met takkan jadi mcm tu, myeisha akan jerit sekuat hati kat telinga korang kalau jadi mcm tu..hahahaha :)

Unknown

huwaaa..so touching..will always pray for your happiness together forever..lu ya!!

one BABY-step at a time

those things that happen to people, kite cube elakkan dengan sentiasa peka dan sentiasa cube mencari kelainan dan perbaharuan dlm rumah tangga. bayangankan berpuluh tahun bersama, asik rutin yg sama aje.last last fed up, bosan kan.

harap harap kite tak tergolong dlm golongan itu.amin

sista_siska

aku insaf bila bc entry kamu yg ni.. aku dah tanak kasar2 ngan moktam lagi da...isk..iskk

Aini Qamariah

ok moktam is exceptional..alangkan jadi member pun die cukup buat aku gile..ini pulak jd bini die..aku boleh meroyan hari2...adeh

starrynights

ASSALAMUALAIKUM AINI!

I DONT KNOW YOU, AND YOU DONT KNOW ME TOO.. BUT U'RE ENTRY HERE IS SO VERY TRUE! =) SAYA DOAKAN AWAK & FAMILY BAHAGIA BERSAMA SMP KE AKHIRNYA TAK KIRE LA WAKTU SENANG @ SUSAH :)

Aini Qamariah

Hi dear..

thanks.....saya doakan awak juga begitu ye...take care :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...