CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

September 11, 2011

Saya Bukan Top Student


Hari Jumaat lepas saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina Pelabuhan Klang. Buat apa? Ya, saya ambil sijil SPM saya. Yelah. Saya tahu. 10 tahun sudah, baru nak ambil ke? *diam kau!* hahahaha Duduk di sekolah tu buat beberapa ketika betul-betul mengimbau kenangan zaman muda mudi *cewah*.

Sampai-sampai di depan pintu pejabat sekolah, saya sua muka pada lubang kaca tempat bercakap. Lantas cakap dengan kerani sekolah, "Assalamualaikum Puan, saya datang nak ambil sijil SPM. Tapi tahun 2001. Ada simpan lagi tak?" selamber saja muka macam tahun lepas adalah tahun 2001. Hahaha Kerani tu pandang muka saya lama-lama, dan jawab " ada....mesti sekolah ada simpan.." Huish! Lega!

Saya pun terus cakap, "nama saya..." belum habis cakap kerani tu pancung ayat saya " Aini Qamariah kan?" nganga mulut saya kejap. Mata pun terbeliak. Biar betul dia sebut nama ex-student 10 tahun lepas. 10 tahun weh. Bukan 2 ke, 3 ke...5 ke...huhuhu saya senyum dan cakap "perghhhhhhh~!! Gile lah Puan ingat nama saya???" terus terkeluar perangai tak sopan saya kejap. Haha Kerani tu jawab "Kamu kan famous, mestilah ramai orang ingat" ok. Kembang? Mesti. Terbang? Sikit-sikit. Spender koyak? Tak check time tu, mungkin! Hahaha

Masa saya ambil sijil SPM tu, sain-sain, beramah mesra dengan kakitangan pejabat di sekolah, adalah insiden-insiden yang berlaku buat saya terasa nak tulis blog. Dan Entry saya kali ini saya tujukan buat mereka yang lebih kurang saya, dan remaja-remaja *Nampak sangat aku dah tua sebab panggil korang remaja, ceh!* yang sekarang sedang di dalam alam persekolahan. Tajuk karangan saya adalah : Saya bukan TOP STUDENT.

Hahaha *sedang ketawa sendiri*

Masa zaman sekolah menengah, saya seorang pelajar yang pemalas. Kamu tahu haiwan nama SLOTH? *bahasa melayu saya tak tahu apa nama haiwan tu*, saya lebih malas dari SLOTH. Malas pergi sekolah. Malas belajar. Malas pergi tusyen. Malas ulangkaji. Malas buat kerja sekolah. Malas..Malas..Malas..! Setahun, saya datang sekolah memang tak selalu. Kebanyakkan masa, saya habiskan atas katil di rumah. Saya ponteng, tapi, saya tidur. Bukan pergi berjalan membuang masa dan duit. Saya memang suka tidur.

Ni lah sloth, pergerakan dia sangat lambat dan sepanjang hidup dia memang suka tidur
Masa tingkatan 1, saya duduk sebelah top student sekolah batch saya. Lee Von Yen nama dia. Dia seorang yang pemalas. Kami duduk sebelah-sebelah. Perangai kami sangat serupa. Kami pernah kena rotan sebab dua-dua tak buat kerja sekolah. Pernah juga kena berdiri luar kelas sebab tak hantar kerja sekolah. Tapi hujung tahun, dia periksa nombor 1, saya periksa nombor akhir. *kurang hasam betul dia!*

Masa tingkatang 4 dan 5, saya keliru saya kelas mana. Sebab saya suka masuk kelas kawan-kawan saya. Dan ponteng kelas sendiri. Hahaha kerja saya, 24jam dah macam ADUN, melawat kawasan sahaja kerjanya. Saya terasa mcm YB dikala itu. Setiap kawasan (kelas) saya lawat, saya akan berborak. Berborak. Berborak. Jangan salahkan saya. Salahkan kawan-kawan saya yang sentiasa welcome saya setiap kali saya melawat kawasan mereka. Hahaha kalau saya tak melawat kawasan, saya akan susun kerusi dalam kelas, 3 kerusi saya susun sebaris. Kemudian saya akan tidur atas kerusi tu. Sampai seorang rakan kelas berbangsa india pernah tepuk dahi dan cakap "aiyoyo..look at her, dia dah susun kerusi lagi!" hhahahahaha

Kalau kerja sekolah, saya tak pernah buat sendiri kecuali subjek-subjek pilihan hati seperti BM,BI, dan Agama. Subjek lain, dari form 1 sampai form 5, saya tiru kawan sahaja. Saya pun tak tahu kenapa dengan saya pada masa itu. Tapi, memang itulah perangai saya di zaman persekolahan. Kesimpulannya saya seorang pelajar yang sangat lemah di dalam banyak subjek semasa di sekolah.

Tapi, kalau bab Ko-Kurikulum, saya memang suka yang teramat sangat. Saya wakil sekolah dalam macam-macam aktiviti. Dari benda yang orang dah menyangka saya akan mewakili sekolah seperti Debat, Pandu Puteri, Bola Baling, Teater dan sebagainya sampailah yang orang takkan sangka, seperti nasyid dan kejohanan tilawah Al-Quran peringkat daerah. Ko mampu? Hahahahaha

Lepas sekolah menengah, mama dapat surat supaya hadir ke Hari Quality 2001. Tapi mama kata dia taknak pergi. Sebab, mama kata, parents orang lain datang sebab anak meraka dapat pelajar terbaik subjek, pelajar terbaik keseluruhan akademik, pelajar cemerlang pelajaran dan sebagainya. Tapi mama pula hadir sebagai ibu bapa kepada Pelajar Terbaik Keseluruhan Ko-Kurikulum. Hahaha sebab saya pegang terlalu banyak jawatan peringkat kebangsaan dan negeri. Involved terlalu banyak aktiviti peringkat kebangsaan dan negeri, maka saya menang anugerah tu. Tapi akademik, habis lah! Zero value.

Jadinya, dengan lakaran sejarah di sekolah yang tak berapa cemerlang sangat, dengan akademik yang memang hancur, maka saya teruslah tersedar dari lamunan, mungkin kerani tadi ingat nama saya kerana saya bukan cemerlang akademik, tapi cemerlang benda lain. Hahaha apa-apa pun, saya tetap dalam list pertama pelajar yang ringan tulang setiap kali cikgu atau kakitangan sekolah perlukan pelajar nak angkat buku teks ke, hantar buku ke bilik guru ke, buat mural sekolah ke, susun buku teks dalam bilik pinjaman buku teks ke dan lain-lain. SEBAB? Semua tu boleh elakkan saya dari masuk kelas dan belajar. Hahahaha...adoi.

Saya memang bukan TOP STUDENT. Tapi Alhamdulillah, esok, bukan top student ni nak masuk sekolah balik. Tapi bukan sekolah menengah, sebaliknya SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH PENGURUSAN, UPM SERDANG. Persuing my MBA International Business. Semoga saya jadi student yang rajin belajar dan komited terhadap pelajaran, insyaallah.

Jadi untuk yang mempunyai sejarah lebih kurang saya, atau yang sedang melalui zaman persekolahan lebih kurang saya, sukacita saya katakan, perjalanan hidup saya selepas SPM tidak mudah! Susah dan penuh masalah. Bererti, jika anda boleh belajar rajin di sekolah, belajarlah!! Jangan banyak main. Jangan buang masa macam saya. Anda akan menyesal nanti bila lihat perjalan hidup rakan-rakan anda yang lain agak mudah dan senang. Sementara anda perlu bersusah payah dan berusaha berlipat ganda dari orang lain.

Pada yang dah lepas SPM pun, dan mempunya result lebih kurang saya, jangan putus asa. Berusaha, dan anda mesti boleh jadi lebih baik dari orang lain. Jangan berhenti belajar dan sentiasa memperbaiki diri.

Kita berhak merancang kehidupan kita. Rancanglah untuk Berjaya. Insyaallah kita boleh berjaya dalam hidup.

Ok, nanti saya tulis entry lain. Tata

9 ideas:

Sofea

cis pemalas macam sloth rupanya x-hr aku nie.. tapi tak pa.. sekarang ko dah berubah, hopefully

Anonymous

Agak2 Adam nti mengikut x?

ajun

aku kenal lee von yen. aku xdpat teke sp bdk india yg ayoyo tuh tp aku igt sgt theva bdk kelas aku. pernah sekali dia join aku ngn sab ikat rambut aimie yg mcm hantu langsuir kt kusi. sudahnya dia xleh bgn. hahahhahahah tula, bela rmbut panjg2 bt ape. kan dh kene. ***theva tlg sbb dia takot dia kene plak nnt..kan tocang dia pon pnjg gk.. hehe hidup 3Jujur!!

Aini Qamariah

weh..thevabarathi weh name die kan? hahaha rambut die tebak jugak, tapi takleh lawan rambut aimie yg memang panjang gile!

hahaha india kelas aku tu aku lupe weh nama die. Stella kot...die librarian.... huhuhu sebelah aku sutila, tu takleh pakai gak tu, partner in crime aku...hahahaha

best gile hidup masa sekolah menengah...sebab jahat..hahah

Anonymous

bestnye nak amik master, gud luck! *jeles

Aini Qamariah

A'ishah, thanks!! Jom sambung masters jugak! :)

Hannah Johary

Omg kenapa baru sekarang I baca entry ni. So love it! Boleh jadi inspirasi kepada para remaja.

Tengok, I pun sebut remaja. Nampak sangat dah tua. Dah late 20s ok! Hehehe.

Nurul Ghazali

Laa.. Aku dok google pasal stroller, terus baca blog ko.. Rupa2nya mu pnya blog.. Aku waheeda (kwn aqila)! Kita tuition bersama2 dulu! :D

Aini Qamariah

Hello old friend! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...