November 1, 2013
Pada Usia yg ini
Ya Allah
Telah 29 tahun
Pada setiap hela nafas yg cukup
Juga setiap nikmat yg sempurna
Tuhan masih memberi
Syukur
Pada usia yg ini
Masih punya ayahanda bonda disisi
Suami pencinta,
Anakanda pintar sempurna
Syukur
Pada usia yg ini
Punya keluarga yg erat
Keluarga mertua yg pengasih
Sahabat handai yg tak pernah mensunyikan
Ya Allah
Malu aku nak meminta-minta
Sedang semuanya Kau atur kemas-kemas
Memberi sehingga aku tak rasa kosongnya dimana
Tapi
Andai boleh diselit doa hari ini
Kau berilah nikmat sihat pada ayah bondaku
Juga nikmat sihat buat bonda mertua
Tak lupa kasihkanlah arwah ayah mertua ku disana
Cukupkan rezeki dan sempurnakan segalanya buat anakanda Adam Qaiser
Bahagiakan hati suamiku yg tak pernah jemu memberi bahagia
Ya Allah
Pada setiap seorang sahabat yg Kau kelilingkan aku
Ambil semua duka mereka
Gantikan dengan baik-baik
Gantikan dengan yang paling cantik
Berikan yang paling bagus bisa Kau beri
Gembirakanlah hati-hati mereka
Malu aku meminta-minta
Tapi Tuhan
Tunaikanlah
Kerna mereka semua
Terlalu banyak memberi padaku
Sampai tak mungkin terbalas
Amin Ya Allah.
Terima Kasih.
Beri aku peluang hidup
Yang entah ke berapa kali.
October 31, 2013
Tuhan tak beri apa kau nak
![]() |
| So take a deep breath, sit back, and relax :) |
September 11, 2013
Kenapa mengeluh?
Hari ini aku scroll facebook atas bawah, twitter, segala lah laman sosial yang aku ada akaun, dan baca status orang, tweet orang, sampai satu tahap aku rasa aku dapat perasaan negatif.
knowing me, aku happy go lucky orangnya. Bukan bermakna aku ada life yang PERFECT, tapi aku berusaha happy dengan apa yang ada.
Bukan senang? BETUL. Tapi, kalau kita yg merumitkan semua benda, kita tak dapat apa pun, kawan-kawan. Istighfar banyak-banyak.
Ada orang tengah belajar, tulis "susahnya subjek ni rasa mcm bangang! malas aku study!"
Ada tengah kerja, "Ya Allah menyampahnya dengan boss bagi kerja melambak-lambak dia goyang kaki aje!!!! stresssss!!!"
Ada tengah makan, "sumpah tak sedap makan kat sini, nyesal!!"
Ada atas jalan, "bodoh KL ni kalau tak jem tak sah menyusahkan orang!"
Ada tengah mengandung, "aduhai penatnya rasa macam tak larat dah nak hadap macam ni.."
Ok, kawan-kawan. Bukan tak boleh merungut dan mengeluh, tapi elok kita kurangkan. Kalau sehari status sampai 3-4 kali mengeluh saja, aku rasa tak bagus lah kan? Semua orang hidup susah. Yang kaya pun susah, yang miskin dah tentu susah.
Bila kita asyik update status mengeluh, wall facebook kita jadi NEGATIF. Orang baca pun asyik-asyik status kita mengeluh, naik muntah. Eh? Betul. Facebook kita, suka hati kita lah, tak suka jangan baca, kan?
Tapi, kena ingat, apa kita tulis tu mencerminkan diri kita, kekuatan kita, pegangan kita, pandangan kita, diri kita secara total.
Jadi bila wall kita negatif, maknanya kita pun negatif. Mesti ada yang cakap, "alaaaa Aini kau macam best je pulak? Takde ngeluh ke ape bende ke?"
Betul. Aku pun sama. Ni peringatan bersama. Aku nak jadi lebih positif, dan mengharapkan positive vibe juga dari kawan-kawan.
Kalau kita susah belajar, kena ingat ada orang langsung tak dapat sambung belajar, jejak kaki Universiti pun tak dapat.
Kalau kita susah dekat tempat kerja, kena muhasabah, at least kita ni ada kerja ada gaji. Ada orang sekarang tengah sedih tak ada kerja, tak ada duit.
Kalau kita beli makanan, tapi rasa dia tak sedap (aku selalu je kena), kena bersyukur, sekurang-kurangnya rezeki yg tak sedap tu rezeki kita. Ada orang tengah berlapar saat kita maki hamun makanan kita tak sedap.
Kalau kita susah dan sakit mengandung, banyak-banyak sabar, banyak istighfar, sebab ada orang yang Allah tak beri langsung rezeki mengandung dan melahirkan zuriat sedangkan mereka terlalu nak dan hari-hari berdoa tanpa putus untuk dapat dan rasa apa kita rasa.
Mengeluh, berputus asa, tidak bersyukur membawa kita jauh dari rasa-rasa positif. Aku dah rasa macam penceramah motivasi. Tapi serius, aku doa kita sama-sama selalu positif walau ada masalah.
Sesekali kalau kita mengeluh, tak apa lah. Nama pun manusia. Tapi kalau kita kurang-kurangkan, lagi bagus kan? Everytime kita rasa dugaan kita besar, kita ingat:
Lepas tu kalau kita rasa nak sangat mengadu:
Macam aku pernah tulis kat status facebook dulu, rezeki Allah beri ade pelbagai bentuk, salah satu yang nyata ialah nafas. Kemudian kalau listkan satu persatu, kita memang patut istighfar banyak-banyak.
So? Masih nak mengeluh lagi?
April 4, 2013
Entry Bukan Politik
Assalamualaikum,
Ya, betul. Parlimen dah bubar. Hoyeeeeeh! Semangat nak mengundi untuk kali ke-2!
Penggal lepas, aku dah vote, penggal ni sekali lagi. Ok, aku tak ada niat untuk jadikan blog kesayangan sebagai blog politik *nada serius*.
Hanya nak share keseronokkan mengundi yang bakal tiba. Macam hari raya pula aku rasa. Hahaha
Facebook penuh gila updated status dari puak Bangkang dan puak Sokong. Wah! Active kome berkempen ye? Teman idak ler, teman Pegawai Pemerhati Bebas saje.
Aku duduk membelek manifesto kedua-dua belah pihak semalaman. INDAH gila manifesto. Macam duduk di SORRRRGAAAAA gamaknya. Lawak juga ye. Pilihanraya je segala macam janji keluar.
Apa pun, aku terfikir malam tadi 1 perkara, kalau kita beri saja GE13 ni kepada Pembangkang pun bagus. Boleh lah kita lihat, setanding atau tak mereka tu dengan Kerajaan sekarang. Kan? Kalau tak sampai bila pun takkan dapat tengok.
En.Suami pula kata, dia suka negara macam US, dimana Pembangkang dan Kerajaan diberi peluang mentadbir negara secara bergilir-gilir mengikut penggal.
Barulah rakyat akan berfikir waras sikit, dan paling penting rakyat dapat keuntungan. Iyalah, bila setiapkali kerajaan baru naik, mereka mesti nak tunjuk hebat, jadi mereka akan beri banyak benefits kepada rakyat untuk tunjukkan meraka lebih bagus dari kerajaan sebelum.
So kalau bergilir, memang rakyat untunglah. Haha
Oklah-oklah. Nak caci i lah tu. Aku pemerhati bebas je. Ilmu politik pun ciput kalau nak banding mereka yg 24jam hadap internet cari malumat nak backup parti masing-masing.
Aku takde kerja aihhhhh~
Cuma 1 nak pesan, korang kerja kan? jangan guna masa kerja berkempen ye abg-abg dan kakak-kakak. Malam-malam nanti kempen lah. Amik bendera parti, buat selimut tidur :)
Sekian, selamat mengundi kawan-kawan :)
p/s: pembangkang atau kerajaan dua-dua ada "taik" dalam parti. Tak ada parti suci. Suci dalam debu ada. Toksah kempen kuat sangat ye. Kadang-kadang sampai nampak bebal. Haha
August 25, 2011
Ibu Bapa adalah istimewa dalam apa jua keadaan pun!
Saya tengok dalam Blog Serius. Tiba-tiba rasa nak share pula. Cuci hati sikit lepas buka puasa ni :)
August 22, 2011
Tolonglah, ini bulan Ramadhan tau!
Saya bukan lah seorang yang sangat-sangat alim. Bukan juga seorang yang bertudung litup. Bukan juga seorang yang bercakap sopan 24jam. Saya sangat terbuka. Dari cara berfikir dan bertindak, saya tidak ortodoks!
Namun disebalik semua itu, saya yakin, anda semua setuju dengan saya bila kita tiba untuk bercakap perihal menghormati agama kita sendiri. Biar semoden mana anda, biar sesosial mana kita, bila sampai masa kita perlu mengalah kepada apa yang kita dituntut, maka, MENGALAHLAH! Sebelum anda di label BEBAL!
Ya! Saya sedang berleter *mana tak berleter weh! Aku meluat kot*
Mula-mula saya nak bercerita tentang pakaian. Tolong lah! Ini Ramadhan tau. Bulan yang semua umat Islam tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab segala kebaikan akan dibalas berlipat ganda dalam bulan ni. Jadi, kalau taknak buat baik sekalipun, tolong lah BANTU orang lain buat baik. Saya tak minta anda, terutamanya wanita, tiba-tiba nak pakai tudung, tiba-tiba nak jubah, tiba-tiba nak purdah..segala nak tia-tiba kau kan? Tapi memadai lah sekiranya anda berpakaian sopan.
Nak pakai tudung ke taknak itu masalah anda. Bukan orang lain. Saya pun tak pakai tudung, Tapi sekurang-kurangnya, saya tak pakai pulak mini skirt ke bazaar Ramadhan. Iyelah, bazaar Ramadhan kau pergi dekat tempat high class. Orang kaya-kaya punya bazaar, tapi perlukah kau pakai mini skirt? *aku rasa nak memaki sekarang*
Ada pula ke bazaar Ramadhan pakai dress kerja. Ketat, singkat, stoking hitam dah mcm pramugari Air Asia dah aku tengok kau. Perlukah? Ada sekali saya iftar di Seoul Garden, One Utama. Ada 1 minah *terpaksa panggil minah, kalau kau reti adab sopan mungkin aku panggil kau perempuan*, ni dia pakai dress panjang. Labuh sampai kaki. Bagus dah tu. Bagus. Menutup segala kaki bagai. Alhamdulillah. Dia pula pakai cardigan, bagus lah tu, sebab kalau dress tu sleeveless bagus lah bercardigan bagai, tutup sikit lengan dan bahu. Saya beratur belakang dia masa nak ambil makanan.
Sedar-sedar dia ambil makanan terus duduk. Saya masih lagi "browsing" makanan yang ada. Masih lagi ambil segala siput, ketam,udang,kambing,lembu,ayam….ooopss tercerita bab makan pulak. Haha kemudian saya berlalu. Minah tadi duduk mengadap org beratur nak amik makanan. Depan dia ada lelaki pula. Saya tak rasa adik beradik atau sanak saudara. Saya rasa kawan sepejabat atau buah hati mungkin. Saya yg lalu depan minah tadi terus terbeliak biji mata. Kenapa? Muka cantik. Perempuan melayu terakhir, rambut panjang mengurai, cantik betul. Baju dah labuh dah. Lengan dah tutup dah….semua tiptop…tapi…pandang dari depan mcm gambar di bawah :
![]() |
| gambar ihsan google. aku tak besarkan, terbeliak mata korang bulan puasa ni. |
Oh apekah? Tak payah malu-malu nak tulis, alang-alang saya dah nak berleter ni, biar cakap terus sahaja lah. Buah Dada tu cik kak! Kenapa mcm nak terkeluar dari baju? Why must you unbutton your cardigan? Saja-saja kah? Terus dahai saya berkerut. Such an ignorant! Time bulan puasa macam ni, susah sangatkah nak butang cardigan tu? Kenapa mesti sexy bulan puasa. Bulan tak puasa kau nak jadi apa kau jadi lah. Tapi bulan Ramadhan ni, tolong lah sensitive sikit. Haih! Orang lain nak makan, nak buka puasa. Semua yg beratur nak ambil makanan memang tertumpu kat dada kau sahaja. Tak malukah?
Itu baru bab pakaian. Sekarang nak cerita bab puasa itself. Dua kejadian. Kejadian pertama. Saya baru habis exam IELTS di IDP Subang kira-kira pukul 12 tengahhari. Memang kawasan IDP itu tempat foreigner. Student oversea duduk area situ. Merayap kat situ segala lah. Ok lah. Kata lah saya emosional sebab saya baru habis exam dan saya tak confident saya dapat cemerlang exam tadi menyebabkan mood saya sangat lah swing. Tapi ada 3 ekor mambang tanah ni menambah rasa menyampah dah emosi aku terus fluctuate!
Saya tunggu Hubb untuk ambil saya. Puasa-puasa ni saya letih sikit lah. Jadi saya duduk di Subway bahagian smoking area di luar. Betul-betul depan pintu masuk. Sambil tunggu saya nampak segala mat saleh lah, negro lah, Korean lah keluar masuk Subwat beli makanan. Ada yang dine in ada yang tak away. Bau Subway tu memang menusuk kalbu. Tapi walau iman ni nipis, saya gagahkan untuk tidak pergi beratur beli sandwich!
Tiba-tiba, masuk satu mamat ni, terus sahaja tolak pintu Subway dan masuk ke dalam. Saya tak syak apa-apa walau sepatutnya saya dah syak sesuatu. 10 saat kemudian, masuk pula 1 pasangan yang tak tahu malu. Minahnya berdress bagai, pendek sampai paha, jarang pula. Mamatnya berseluar pendek ala-ala hip hop, berkaca mata hitam, bertopi bagai. Mereka masuk terus tanpa memandang saya yang ada betul-betul depan pintu. Mata saya menyorot langkah mereka. Oh? Ke kaunter sudah!! Saya dah berkerut. Aik, order pula? Dalam hati terdetik mungkin perempuan itu uzur tidak puasa. Yang mamat tu pula temankan sahaja.
10 minit kemudian saya pandang kaunter dah tak ada dah. Aik, keluar ikut pintu belakang kah? Saya cari dalam Subway, pandang-pandang, tiba-tiba…waaaaaaaaahhh!!! Enaknya hidup kau bertiga! Makan sandwich! Minum segala… Ya Allah….saya terus bengang. Rasa macam nak pergi maki. Tapi bersyukurlah bulan puasa kekuatan tu tak berapa nak ada. Tapi dalam hati saya masa tu memang tak putus-putus marahkan mereka bertiga. KENAPA KAU TAK PUASA HAH?????!! Uzur kah lelaki tu? Sihat saja saya tengok. Well, kalau kau boleh berjalan dari kereta ke Subway, beratur pula beli sandwich, kira kau uzur ke bro? Perempuan tu pula, kau ni tak malu kah? Tak ada sensitivity? Kalau yak au uzur, kenapa makan di tempat awam? Arghhhh!!
Geram? Tunggu cerita terbaru pula. Semalam saya iftar dengan rakan sekolah di Midvaley. Tiba saja di Midvaley, kami 1 family parking di P1. Kemudian kami kena lah naik escalator untuk ke G. Dekat P1 tu ada kedai-kedai. Tiba-tiba saya nampak ada 1 minah dan mamat ni, pasangan bercinta gamaknya, pegang tangan. Takpe lah, bercinta kan. Boleh saja. Tapi sebelah tangan minah ni pula pegang air dalam cup! Lepas tu dia sedut pula. Sambil jalan kau minum air kak? Kau tak puasa? Kalau iya pun kau tak puasa, perlu kah kau minum air dengan tak tahu malunya depan orang? Ini Midvaley cik kak. Orang datang nak shopping raya. Majority yang datang melayu. Kau minum air depan orang? Tengah-tengah org awam? Kau ni mabuk kah? Atau kau tak siuman?
Haih, geram aku sebenarnya. Macam ni sajalah. Kalau lah perempuan tak mahu puasa atau tak boleh puasa, beradab lah. Jangan biadab sangat. Makan ditengah awam. Ini Malaysia. Agama rasmi : ISLAM. Kau muka melayu habis. Takde mix2 ke apa benda, tak payah berlagak muka kau kafir habis orang tak noticed kau melayu Islam. Boyfriend kau lagilah, muka memang melayu habis takda pula inda ke cina ke mix ke, boleh pula kau minum depan orang macam tu. Yang dekat Subway tu lagi lah. Mentang-mentang kau makan dalam Subway sebelah menyebelah dengan orang kafir, kau pun nak jadi kafir ke?
Sedangkan saya masa pergi exam that day, pengawas peperiksaan semua cina, dan dia bagi taklimat beritahu semua pengawas yang lain yang candidate boleh bawa air minuman, Cuma jika candidate beragama Islam, mungkin meraka tidak bawa kerana berpuasa. Kau tengok! Orang bukan Islam pun tahu orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Kau Islam? Kenapa kau tak hormat orang berpuasa weh?
Sudahlah. Cukup berleter sampai di sini. Yelah, orang mungkin nak cakap "alah Aini, kau pun bukan bagus, tak perlu nak tegur orang lebih-lebih" tapi saya nak beritahu dulu. Memang saya jahi juga agama tapi sekurang-kurangnya, saya masih ada kesedaran bahawa saya dituntut berpuasa dan menjalankan ibadah ini dengan sesempurna yang boleh. Juga saya perlu membantu orang lain berpuasa sesempurna yang mungkin.
Ramadhan datang setahun sekali. Entah kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun seterusnya atau tidak.
Sama-sama kita cuba jadikan bulan penuh berkat ini bermanfaat! Tolong lah! Ini Bulan Ramadhan tau…
August 19, 2011
Friday Thoughts #2 : Dunia itu ditangan, bukan dihati
Tatkala suatu ketika, seorang raja yang agung memanggil seorang ulama' bagi mengadapnya.
"Wahai orang alim, bisakah kamu memberi satu nasihat kepadaku yang pasti akan terkesan di hatiku ini?" Kata Raja tersebut.
Maka balasnya:
"Aku tidak bisa membuatkan hatimu terkesan dengan kata-kataku melainkan dirimu sendiri yang membuka pintu hatimu. Wahai Tuanku, berapa banyakkah harta-harta Tuanku?"
"Harta-harta ku ibarat titisan hujan di negeri ini banyaknya, walaupun dimana engkau berada, di situ terdapatnya hartaku. Tidak terbilang banyaknya."Jawab Sang Raja.
"Wahai Tuanku, andaikanlah suatu ketika Tuanku sesat di tengah padang pasir yang sangat panas bahangnya, yang pasti tiada satu pun pohon yang dapat Tuanku jadikan tempat teduhan.Tuanku berjalan mencari jalan keluar. Namun Tuanku hilang arah tuju. Tidak tahu lagi dimana untuk menapakkan kaki Tuanku lagi.Dan tatkala itu, Tuanku berasa tersangat keletihan. Kehausan membuatkan Tuanku terasa untuk menjadikan sekalian laut sebagai minuman. Seakan nyawa berada di hujun badan. Namun Tuanku tidak punya apa-apa. Lalu seorang lelaki datang kepada Tuanku. Di sebelah tangan kanannya ada botol yg berisi air.
Dan Dia berkata pada Tuanku:
" Jika kamu ingin air ini, sudikah kamu untuk menukarkan ia dengan setengah dari hartamu?"
Jadi apa jawab Tuanku?"
Raja itu terus bersuara:
" Sememangnya beta terpaksa menerimanya, sekiranya itu adalah jalan terakhir bagi beta selain mati begitu sahaja."
Lalu dibalas kembali oleh ulama' tersebut.
"Alhamdulillah, Tuanku bisa menilainya dengan baik. Saya yakin yang Tuanku pasti meminumnya. Tapi bayangkanlah pula wahai Tuanku, tatkala habis air itu tuanku minum, lalu Tuanku berasa ingin membuang air kecil pula.Namun malangnya. Tuanku tidak boleh berbuat sedemikian. Walaupun dicuba sedayanya, Tuanku tidak juga berjaya. Sememangnya akan rasa keperitan yang teramat sangat tatkala itu. Keperitan yang cukup membuatkan diri Tuanku terasa derita.Lalu datang pula lelaki yang lain. Dibawanya pula sebotol ubat. Lalu dia berkata kepada Tuanku: Wahai Tuanku, ubat ini bisa menyembuhkan penyakit itu. Namun sudikah tuanku menukarnya dengan sekalian harta tuanku?" Apakah jawab Tuanku pula kali ini?, Ulama' itu menyoalnya.
Lalu dijawabnya:
" Sekiranya itu jalan terakhir, dan jika tersangat perit Beta menahannya, maka Beta sanggup."
Ulama' itu tersenyum lalu berkata:
"Tahniah Tuanku, tuanku bisa berfikir dengan baik sekali lagi. Namun Tuanku kini sudah tidak punya apa-apa. Jadi Tuanku renung-renungkanlah. Harta kekayaan itu sebenarnya tidak memberi jaminan bahawa kita akan tetap kaya. Apatah lagi bahagia. Allah itu bisa menjadikan kita miskin walaupun bergunung emas dihadapan kita.
Kerana sekiranya suatu ketika, Keperluan lain datang secara tiba-tiba, dan tatkala Allah mengurangkan sedikit nikmat yang ada pada dirimu, Yang denganya jasadmu akan terseksa. Pasti sekalian harta kamu sanggup menjadi tukarannya. Namun bagaimana sekiranya Tuanku tidak dapat mendapatkan nikmat itu kembali?
Ketika itu, Pasti kita akan merasa. Bahawa orang miskin yang makanannya hanya sehari sesuap sahaja ternyata lebih kaya berbanding kita. Orang yang tinggal di pondok buruk lebih bahagia hatinya. Orang yang tidur beralaskan tikar buruk, lebih nyenyak tidurnya.
Jadi apakah hakikat sebenar harta dunia?"
Marilah bersama mengenal erti qanaah sejenak.
Qanaah ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.
Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti.Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan". (Bukhari)
P/s: Semoga entry ini dapat sedikit sebanyak memberitahu kita tentang tujuan kita hidup didunia ini. Saya ambil entry Friday Thoughts hari ini dari iluvislam.com, penulisan Anuar Azemi.
August 12, 2011
Friday Thoughts #1 : Pencil and Eraser
June 22, 2011
Salah ke tak pindah rumah lepas kahwin?
Ok, looser gile lah. Sekarang baru nak cari rumah sewa. Dulu lepas kahwin taknak cari rumah sewa. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari rumah sewa. Ermmmm…..masa mula-mula kahwin, ramai tanya "taknak pindah?" ada pulak tanya "lepas ni duduk mana?" ade lagi jugak tanya "dah beli barang masuk rumah baru?" ek eleh. Soalan nak sama aje semua orang. Hati pun jadi panas.
Seriously, I don't have any reason to move dari rumah mama. The 1st thing mama said to me before married is, "tak payah pindah, duduk sini dgn mama". I do not know on what reason mama cakap macam tu, tapi saye setuju. Kenapa? Sebab saye takda rase keperluan untuk pindah. Tanya hub pun, dia kata tak payah lah. Nanti dulu. So I happy. Mungkin mama tak percaya lagi saya boleh atau tak jaga suami sendiri. Dia pun takut suami saya tak makan ke, baju tak basuh ke segala, so when she is around me, dia akan remind saya macam-macam perkara supaya saya taklah lalai sangat. It is ok. Saya sebenarnya boleh buat kalau dia tiada dekat dgn saya. Hahah Boleh ke? Boleh-boleh-boleh!
Tapi saya tak suka lah bila ada jugak orang-orang perasan bagus gila nak bercakap tentang kami suami isteri. Kononnya taknak keluar dari rumah mama sebab nak hidup senang. Tak payah masak, tak payah kemas, tak payah sidai baju, tak payah basuh kain, basuh pinggan segala. HELLO!!! Mahu saja saya maki mereka. Tapi dah dasar dangkal, lebih baik biarkan saja.
Let me tell you the truth, blog ni pun mama baca, hub baca, my siblings pun baca, so tak ada makna aku nak menipu dalam blog ni. Duduk sekali dengan parents after married bukan lah sesenang yang semua orang sangkakan. Bukan lah semudah mana, sampaikan segala benda tak payah buat. Nama pun TANGGUNGJAWAB, tak berkurang tanggungjawab seorang isteri dan ibu walau sedikit tak kira dimana dia berada. Tanggungjawab melangkaui batas masa. Melangkaui batas tempat.
Ok. Listen here, saya tulis entry ini bukan nak memenangkan mereka yang tinggal dengan parents atau parents in law after married ye. Banyak lagi keje aku dari nak buat perbandingan. Sebab saya percaya, duduk sendiri atau duduk dgn PIL, sama sahaja cabarannya. Cuma cabaran datang dari sudut yang berlainan. Tapi tetap, cabaran adalah cabaran.
Jangan lah nak banding-banding aku menyampah kot! Jangan lah asyik nak kata hidup anda lebih berdikari, yg duduk kat rumah parents or PIL tak berdikari, lagi lah aku geli dengar. Sama saja. Duduk rumah sendiri tak bermakna anda tak perlu masak. Tak bermakna tak perlu basuh kain, sidai kain, mop lantai, vacum rumah segala mak nenek. Itu bukan saye, tapi mungkin anda kot, yg duduk sendiri. Mungkin anda yg akan jadi macam tu kalau duduk dgn mak bapak sendiri. *emo kejap*kening angkat sikit*
Cabaran sama sahaja. Ada anak, sama jugak. Dalam pantang mungkin lah anak saya boleh tidur dengan my mum sehari dua sebab kita dalam pantang operation, ada difficulties sikit-sikit, tapi lepas pantang, mimpilah kau kan nak suruh mak sendiri tidur dengan cucu dia. Memang die "NAK" sangat! I don't know lah your mum, but mine, memang tidak lah. She always reminds me that, "semua anak mama, mama jaga sendiri, tak pernah bagi Opah. I expect the same thing from all of you. I won't help you on raising your own children, because I want you to know how hard it is and at the end, baru you akan appreciate every single moment with them" Tapi kalau dia sendiri request nak tidur dengan cucu dia or whatsoever, itu lain, untuk saya suruh dia tidur dan jaga cucu dia semata-mata saya nak berehat, memang kirim salam lah weh!
Hidup dengan PIL or parents sendiri memang agak komplex. Buat air termanis, atau tertawar, kena tegur. Basuh pinggan tak bersih kena tegur. Bilik tidur tak kemas, kena tegur. Baju bertimbun tak basuh, kena tegur. Sampaikan tak duduk semeja layan suami makan pun saya akan kena marah. Ada anak? Dukung je anak, duduk sekali kat meja makan. Layan saje suami makan. Mana nak datang senang? Lebih mencabar kot. Setiap perkara orang perhatikan. Kalau suami sendiri dah makan padahalnya, tapi die memang ada muke mcm org lapar, sure mama akan tegur, "adeq, wan tu tak makan lagi ke? Kenape tak bagi die makan dulu lepas balik kerja tadi?" hah…tension?? Harusss. Mencabar tak hidup tu? Sebab everything must be perfect. Kalau duduk rumah sendiri boleh mengelat-mengelat kot. Sape nak marah pun tak? BUT, I believe kalau anda isteri mithali tak perlu ade orang ingatkan, duduk rumah sendiri atau ruman PIL / parents sendiri, semuanya akan dibuat sehabis baik sebab? Tanggungjawab!
Isteri yang baik, duduk rumah sendiri atau rumah parents, dia tetap jalankan tugas dia. Isteri yang baik, tak berkira, dalam buat hal rumahtangga. Dan paling penting, isteri yang baik, tak sibuk bandingkan kesibukkan dia hari-hari kat rumah dgn kesibukkan isteri orang lain. Hah..padan muka kau! Aku kasi tepat. Mind your own business.
Seriously tak menangkan orang yang duduk dengan parents dan tak pulak mencemuh yang duduk sendiri. Saya sangat rasional. Cuma kalau orang tidak rasional dalam percakapan dia, terutama yang banyak sangat komplen-komplen dan duduk nak banding-banding, saya memang diciptakan Allah untuk bagi anda sikit "tamparan" harap maklum.
Harap anda di luar sana lebih rasional bila berkata-kata. Kita bercakap tak boleh dari hasil penelitian yang mudah. Nampak orang tu senang duduk dengan parents dia, kita cakap semua yang duduk dgn parents after married adalah org yang memang nak hidup bersenang lenang. Nampak orang tu duduk sendiri after married, dan nampak dia struggle gila nak hidup laki bini, kita pun terus letak perception, oh hidup sendiri adalah much more challenging dan akan bantu jadi lebih matang. Matang? Tolonglah!
Whatever it is, I love it when I have all my siblings around me, kakak saya ade rumah sewa tapi dia duduk juga dengan mama, rumah sewa dah mcm stor simpan barang, but I just love it bila Ariana ada dengan Adam main-main dalam rumah. Even if kakak saya balik rumah sendiri, I just cant wait for Ariana to coming back to mum's house. Saya suka ramai-ramai. Saya suka kalau saya masak, mama masak, my sister baking pulak, I just love the environment. Just love every moment. I enjoy it much.
Tapi……………………………sekarang telah sampai masa mencari rumah sewa. We are planning for it. Sebab akan sambung belajar di UPM. Agak jauh kalau stay di Port Klang. Jarak sama macam kerja di Mont Kiara sekarang which is 85km return. So buat macam pergi kerja sajalah. Tapi tak pe, mungkin boleh cuba cari rumah sewa. Itu akan ditulis dalam next entry.
Till then, love you guys!
Ps: sudah tentu, lain orang lain pendapat. Ada org suka duduk sendiri sebab mahukan privacy. That is true juga, saya tak kata salah. Keep on reading even though we have different opinion, I just love to share whats on my mind.
May 10, 2011
Suami Isteri
Seperti biasa, saya suka berkongsi kejadian-kejadian yg berlaku disekeliling saya. Kali ini, yang menarik perhatian adalah kisah suami dan isteri. Betapa indahnya hidup sepasang suami isteri yang bahagia. Kan? Tapi kadangkala, hati saya tersentuh dengan layanan sesetangah insan kepada pasangan hidupnya. Adatlah, suami isteri jika tidak berselisih faham, bukan suami isteri namanya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Jom saya kongsikan beberapa babak yg pernah saya lihat.
Suatu pagi, saya meneman Opah ke hospital. Opah saya hidup tanpa suami kerana arwah atok meninggal lebih kurang 9 tahun yang lepas. Saya akan sentiasa menemani Opah kalau dia memerlukan rawatan di Hospital. Tak ingat dah berapa banyak cuti saya ambil kerana menemankan Opah. Saya sebagai cucu, tidak pernah rasa wanita itu membebankan saya, kerana saya sayangkan dia yang teramat sangat. Adatlah hospital kerajaan, menunggu saja makan 2jam. Rawatan pula 1jam. Menunggu untuk ambil ubat 1jam. Tak apa…… Sedang saya tunggu Opah yg sedang membuat rawatan, tiba-tiba saya dengar suara seorang lelaki separuh abad, yg terpekik bagaikan halilintar *terkejut makcik,dah lah makcik sleepy ye masa tu..huhu* :
Lelaki: Lembab nak mampos! Mana nombor awak? Tak panggil-panggil lagi? Lain kali, awak dtg sendiri lah hospital! Saya ada banyak kerja lain nak buat tau tak! Awak ni menyusahkan saya saje! Doctor kat hospital ni pun bodoh. Buat kerja lembab. Makan gaji buta agaknya!
Seorang perempuan, hampir separuh abad juga umurnya, tertunduk lesu. Saya pandang perempuan itu sambil berkerut.
Perempuan: Kita datang lambat, jadi nombor pun lambat lah. Abang tunggu lah di luar kalau rimas duduk dalam ni. *lembut suaranya..mcm pasrah*
Lelaki: Tulah awak tu. Tadi saya dah kata suruh cepat-cepat datang. Datang pagi-pagi. Awak lembab sangat. Sekarang kan dah menyusahkan saya. Saya ada kerja tau tak!
AArrrrrghhhhh~!! Time ni, saya memang tak boleh nak tahan, terus aja saya pandang pakcik tu tepat-tepat sambil dalam hati terdetik *ada jugak makan kasut aku ni jap lag*
Wanita tadi berlalu, duduk selang beberapa kerusi dari saya. Lelaki tadi pula terus berlalu entah kemana. Hati terus terdetik, *agaknya, bila dah tua nanti, aku dgn hubby pun akan mcm ni jugak* seraya itu juga saya tersentuh dan bersedih.
Seorang isteri, diwaktu sukarnya, menghadapi penyakit, hanya Allah yang tahu penyakit apa, diwaktu usia senjanya, apalah saja yg diharap? Seorang isteri, yg menjaga makan minum sekeluarga, menyiapkan segalanya walau sakit, walau demam, walau lenguh tangan dan kaki…..di waktu usia senjanya, apalah saja yg diharap? *saya menghembus nafas panjang*
Suatu petang, saya dan suami ke Tesco. Membeli barang-barang rumah. Bila waktu membayar, saya Q lahdibelakang sepasang suami isteri yg umur mungkin lewat 30an. Dengan ada anak-anak kecil, mereka beratur panjang *tolong imagine PANJANG tu dgn memang PANJANG, ok. Lenguh kaki makcik beratur masa tu* Sampai saja giliran pasangan depan saya, waktu itu hubby mencari barang yang kami lupa nak beli, saya dengar dialog begini :
Isteri : Abg, bak duit. Nak bayar nih…Pegang anak tu.
Suami : *memberi wallet dan terus mendukung anak meraka yg kecil*
Isteri: Laaarrr, Abg!! Ini aje ke? Mane duit lagi???????? *suara agak meninggi*
Suami: Allah, terlupa keluar duit tadi. *mendatar saja suara suaminya*
Isteri: ABG NI, APE PUN TAK BOLEH HARAP LAH!! SEKARANG NAK KENA BERATUR BALIK KE? DAH LA PANJANG NI. KAKI SAYE PENAT TAU TAK?????
Pergghhh…kuat gile!Saya terus berkerut dahi. *maaf lah, saya kalau benda jadi bukan-bukan depan mata, my face just can't hide my feelings at all*
Saya kadang kala jadi confuse dengan pasangan zaman sekarang. Masa bercinta, kau lah intan dan permata. Kau lah gunung emas dan perak. Kau lah racun dan penawar. Bahasa masa bercinta, bukan main lah manja dan semanis madu. Launtan api pun kau renangi. Biar berpeluh darah pun kau harung juga percintaan yang berliku-liku kaedahnya! Lepas tu kau kawin. Lepas tu kau ada anak. Lepas tu????? Lepas tu dari "I love you sayang" jadi "kau ni dah kenape ni, aku rimas lah!", dari "awak dah makan ke? Saya lapar, jom keluar makan" terus jadi "kau ni duduk rumah tak reti ke nak masak, aku penat tau tak?"
Cantiknya bahasa…..indahnya dunia ye berkata-kata ikut sedap mulut. Wah2, hilang ingatan betul.. Saya tetap percaya bahawa suami isteri walau ape jua keadaan, masalah rumah tangga, perasaan tidak senang atau marah, HARUS DIKAWAL terutama didepan orang awam, kaum keluarga dan paling penting, anak-anak. Banyak dah insiden berlaku, bila saya nampak conversation antara suami isteri yg menjengkelkan. Si suami terjerit2 "kau kenape? Kau nak ape?" si isteri menjerit-jerit jugak "kau ni apesal?"….haih, terus terang, saya rasa mereka ni dangkal!
Lantakkan lah masalah kau sebesar gunung berapi dekat indon pun, lantakkan lah kau sakit hati mcm nak terkeluar jantung dari dada kau pun, tapi, tolong lah bersopan santun dan jangan lah mengaibkan diri sendiri atau pasangan anda didepan orang ramai. Macam insiden pakcik dekat hospital tu. Ah, menjengkelkan! Kalau iya pun memang si isteri lembab bersiap *mungkin dia nak masak, basuh kain sidai kain,kemas rumah, buat sarapan, KAU APE TAHU?* tak perlulah marah dia didepan org ramai begitu. Semua org pun bengang menunggu pakcik! Sumpah bengang bila kena tunggu lama-lama kat hospital. Kat Hospital tau, bukan dekat panggung wayang ke, shopping mall ke…memang bengang tahap langit ke-7…tapi pakcik, kenape mesti mengamuk macam tu? Saya kalau nak mengamuk dekat hospital kerajaan, mahu aje saye gigit-gigit segala tiang kat hospital tu, termasuk sekali dinding-dinding segala pintu termasuk tingkap semuanya yang ada dihospital tu *tak termasuk lah pintu dan dinding jamban kan!* sebab dah selalu sangat menunggu berjam-jam sebelum dapat rawatan. Haih. Pakcik ni memang mambakar darah betul lah!
Macam kakak dekat kaunter tu lagilah saya rase dia sengal. Semata-mata tiada cukup duit untuk membayar, sampai orang dekat tempat siang ikan Tesco tu boleh dengar kau kata laki kau tak boleh diharap. Entah apa-apa lah. Kasar. Itu yang sebenarnya ingin saya sampaikan. Suami isteri dijodohkan untuk hidup susah senang bersama. Pahit manis dikongsi. Termasuk kepandaian juga kebodohan masing-masing melangkapkan sesama sendiri. Dah dia pilihan hati anda untuk hidup ke akhir hayat, maka terima dia seadanya. Yang buruk kau cantikkan. Yang bodoh kau pandaikan.
Saya tahu sesetengah pasangan berkahwin muda. Anda kahwin kerana nafsu usia muda. Tanpa sedar, anda bawa juga panas baran usia muda anda bersama dalam kehidupan selepas berkahwin. Sudahnya, anda kurang sabar, salah sedikit anda menengking, tak betul sikit, anda melenting. Tak kira masa tu siapa ada disekeliling anda. Anda rasa puas bila tinggikan suara. Kononnya andalah yg paling berkuasa dalam rumah tangga, boleh tengking-tengking pasangan anda. Boleh marah-marah dia bila anda rasa dia lembab, bodoh, tak tahu buat kerja dan tak faham perasaan penat letih anda. Oh……. Sedihnya jadi dirinya. Dia juga penat, Dia juga letih. Walaupun dia suri rumah atau suami yg bekerja sendiri, mereka tetap letih. Mereka juga penat. Bukan anda saja yg menanggung beban menjalani kehidupan seharian. Pasangan anda juga. Serius!
Sedih hati saya bila mengenangkan perubahan manusia mengikut umurnya. Makin tua, makin tak betul perangainya. Dulu masa bercinta dan belum kahwin, kau tak malu pegang tangan *yelah, aku pun sama*, sudah tu bila dah kahwin, nak pegang tangan isteri atau suami, rasa malu. Rasa segan orang memandang. Aik? Rasanya otak kau rosak. Ada wayar terbakar. Serius! Dulu, makan dekat gerai bukan main kau bersuap-suap macam gf / bf kau kene stroke, sebelah tangan dia tak boleh guna. Tapi dah kahwin, kenapa tidak kau suap-suap kan? Dulu rajin kau jalan-jalan kat taman bunga, segala taman dalam Malaysia ni kau dah pernah bawa dia jalan-jalan, Taman Buaya pun kau pergi. Zoo Negara pun kau sanggup berdating ditemani gajah dan harimau bintang, tapir dan badak sumbu. Sekarang? Ajak jalan-jalan sikit kau kata taknak sebab nanti petang hujan *wah, macam kau kerja ramalan kaji cuaca kan?*, takpun kau jawab penatlah, letih lah, buang duitlah, padahal dulu kalau tak keluar berdating, CONFIRM bergaduh perang dunia ke-3.
Haih. Kenapa lah jadi begitu? Sepatutnya, lebih lama, lebih sayang. Lebih lama, lebih indah. Sebab kita berkongsi lebih banyak perkara, menghadap lebih banyak dugaan buat kita lebih dewasa dalam hubungan suami isteri. Kasih sayang juga makin mekar. Kan? Walau sepenat mana pun, walau sakit hati macam mana pun, berusahalah bersabar. Berusahalah menjaga air muka pasangan kita. Dia juga ada hati dan perasaan. Dia juga ada rasa sedih dan tahu menangis. Dia juga perlukan tempat untuk mengadu. Bahu untuk dia bersandar. Dan, sedar atau tidak…kita lah org itu. Kita lah bahu itu. Sebab kita pasangannya. Jika kita menghadapi masalah bersama pasangan, duduk lah dalam bilik, berbincang, kalau mahu menjerit, jeritlah. Tapi hanya anda berdua sahaja. Lepaskanlah perasaan marah itu. Perasaan benci, menyampah, tension, masa anda duduk berdua sahaja. Orang lain TIDAK MAHU, TIDAK INGIN pun tahu anda marah, mengamuk, menyampah dan sebagainya. Serius!
Tak kira anda lelaki atau perempuan, isteri atau suami, sedihnya lah hati bila orang yang dulu sentiasa bercakap lembut dan baik, sekarang menengking-nengking dan kasar. Sedihnya lah hati, bila orang yang dahulu memeluk kita bila kita sakit dan sedih, sekarang menolak kita dan menjauhi kita. Kalau dia isteri, dia pasti terasa sayu. Bertahun-tahun bersusah payah menjaga rumah tangga. Makan minum suami dan anak-anak, diwaktu tua dan sakit, suami meninggi-ninggi suara seolah-olah dia satu beban. Beban tanggungjawab yang digalas bertahun-tahun baru kini terasa berat…………. (T,T) sedihnya lah hati kalau dia seorang suami, bekerja siang dan malam untuk memastikan apa yg dihajati isteri dan anak-anak tercapai, memastikan segalanya sempurna supaya anak-anak membesar dengan baik, supaya isteri dapat memakai barang-barang yang elok dan tak rasa malu bila bergaul dengan sanak saudara dan kawan-kawan, sekarang pula dimarah dan mula mengungkit segala macam benda yang tidak pernah cukup rupanya selama hidup bersama. Sedih.
Saya dan suami, sama macam pasangan lain. Ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Bukan lah nak mengatakan kami pasangan hebat gila sampai takkan melalui waktu-waktu sukar begitu, sesungguhnya saya pun tak tahu mungkin satu hari naseb saya juga akan begitu. tapi sebolehnya saya berdoa untuk tidak menjadi seperti itu. Kadang kala, saya kecil hati. Kadang kala, dia kecil hati. Kadangkala saya rasa nak marah. Sementara dia juga rasa tak puas hati. Tapi kami seboleh mungkin, tidak mahu sesiapa tahu masalah yang melanda. Kecil atau besar. Kami harungi bersama. Alhamdulillah. Segalanya masih lancar. Masih terkawal. Terdetik rasa bersyukur dianugerahkan dia sebagai suami. Terdetik rasa kagum bahawa, ada juga insan yang sesabar dia dalam membimbing saya. Terdetik rasa sedih dan sayu setiap kali melihat dia cuba memenuhi hajat saya yang tak bertepi. Terasa seperti terharu melihat naluri kebapaan dalam dirinya yang sangat menebal bila sanggup berkorban apa saja demi memberikan Adam Qaiser makan minum yang terbaik, pakaian yang paling selesa, keperluan yang paling elok. Saya bersyukur, kerana diberikan dia, untuk saya dan Adam Qaiser. Alhamdulillah.
Untuk suami saya, Azuan…Andai esok lusa saya sakit, andai esok lusa saya huduh, andai esok lusa saya miskin, andai esok lusa saya bodoh, andai esok lusa saya tidak seperti saya yang awak kahwin pada 1 mei 2010 yang lalu, saya harap awak akan sentiasa sayangkan saya. Memegang erat tangan saya. Mencium dahi saya. Memujuk saya dengan suara awak yang menenangkan. Memahami kesusahan saya, menghargai dan menghormati saya, seperti AINI QAMARIAH yang awak kahwini dulu.
January 14, 2011
Saya yg kagum
Hari ni hari Jumaat. Mula2, macam nak cari entry2 dari mana2 blogger yg berunsur tazkirah lah kan, dan komen disini..last2 terfikir nak memberitahu pengalaman sendiri sepanjang pregnant yg dah pun menghampiri saat2 akhir. Ok potong2 lah..nanti membebel byk, ceritanya tiada. Jadi ibu hamil ni tak dinafikan sgt seronok. Kenape? sebab byk benda yg saye tak dapat dalam hidup (bende2 kecil) saye dapat masa saye hamil. Serius. Cerita ni dah lama, tapi saye tetap nak share, sebab rase kagum itu masih terpahat dalam hati saye, sehinggakan saye mcm addicted, mahukan situasi yg same berulang kali =P
Saye bekerja di Plaza Mont' Kiara, KL. Ok lah, sebut saje Mont' Kiara, mesti semua org tahu, tempat saye bekerja ini mmg terlalu ramai expatriate. Kalau nampak sepet je, jgn lah ingat itu Cina, tentu2 Korean, atau org Jepun atau Hong Kong. Kalau nampak macam melayu mix pun jgn lah ingat tu org Malaysia disebelah anda, tentu2 dia org Thailand atau Indonesia yg bekerja di KL. Kawasan sekitar memang penuh dgn anak2 expatriate berlari2, sebab International school kat belakang office saye aje. Dan betul2 depan pintu masuk office saye pula adalah pintu masuk tadika untuk anak2 expatriate dari Korea. Oh sgt bising dan kadang terase seperti saye dalam cerita Winter Sonata atau Full House. Hahahaha Pergi makan di kedai mamak pun tiba2 beratur sebelah mat saleh nak bayar. Kalau makan di McD atau Secret Receipe pulak terase mcm saye pulak expatriate, dorang local, sebab mereka lebih ramai.. Jadi, makan mamak aje lah! haha eh2, dah melalut!
Ada 1 hari tu, hubby terpaksa balik lambat, maka saye pun kene lah balik lambat juga sebab dia driver tetap saye. Menjelang pukul 7pm hubby masih belum ambil saye, dan masa tu perut seorang ibu mengandung yg lunch pukul 1 tengah hari, dan makan biskut ala2 tea break pukul 4 petang tadi, mestilah terlalu amat lapar. Ditambah pula surfing2 diinternet dan nampak org letak status kat Facebook masing2 menu2 untuk dinner, saye jadi tak tentu arah.
Lantas dengan kadar seberape segera, saya turun ke McD Plaza Mont' Kiara dengan 1 azam dan tekad, PROSPERITY BURGER!!!! ngeeeeeeeeee~!! Langkah dipercepatkan, sebab takut tak sempat makan hubby dah sampai *dan taknak share dgn dia,nanti dapat makan sikit aje* wahahahahahhaha~!!
Kuak aje pintu McD, tgk ade 4 line untuk order...dan terlalu ramainya org. Sangat lupa, kan budaya masyarakat luar, dinner pukul 6pm-8pm, jadi pada masa saye dtg, memang mereka tgh nak order makanan... :( sgt2 amat2 sedih...mengenangkan saye kejar masa, tapi org sgt penuh...dan saye sgt sakit kaki dan belakang utk berdiri lama2 beratur....tapi saye sgt lapar, dan nak sgt Prosperity burger itu sob*sob*sob
Kire2 org dan line, line yg paling pendek ade 8 org sedang beratur (T_T)........ ape lah nasib... namun disebabkan saye terase nak jugak makan dan sgt2 amat laparkan prosperity, saye terus ke barisan tersebut dan menjadi org ke 9..huwaaaa...tapi tiba2.......depan saye (org ke 8) adalah seorang mat saleh. tatau lah dari negara mana....die toleh kepada saya, dan tersenyum, lantas tangannya terus menunjukkan isyarat ke depan, maknanya mcm suruh saya beratur di depan dia...hati saye berbunga riang masa tu..yey~ dapat awal sikit.....
tiba2 bila saye dah jadi org ke 8, org di depan saye, mat saleh juga, perempuan dukung anak, dan ade anak kecil2 lagi dengan dia, biase lah budak2 suka fast food.....dia pun suruh saye kedepan dan, bila dah ke depan, yg depan saye pun suruh ke depan lagi....pendekkan cerita, dari jadi org ke 9, saye telah jadi org ke 2....hanya ada seorang aje depan saye dan prosperity burger will be mine in any minit! :) org depan saye pula betul2 baru je nak order makanan dia masa saye jadi org kedua.....tak disangka2, die toleh, dan dia pun suruh saye ke depan, ambil tempat dia, dan order dulu....waaaaaaaaaaahhh~!! kagum gile..kalau saye jadi dia, org kaunter dah tanye nak makan ape, takkan saye terfikir nak beralah.....tapi dia terus senyum dan beri saye order dulu :)
Penyudahnya, saye di McD tak sampai 10 minit, dan saye dah melenggang kangkung utk tggu hubby amik saye sambil tak sabar2 nak ceritakan ape jadi sebentar tadi. Ok, itulah ceritanya. Nampak mcm simple, tapi di situ terlalu byk yg saye belajar sebagai seorang manusia. Betapa toleransi dan sikap prihatin patut ada dalam diri setiap org. Dalam line saye tadi ada sorang Malaysian (tidak perlulah anda tahu berbangsa apa), dan saya kagum dia senyum dan beri saye beratur di depan dia.
haaa..tu pengalaman yg best lah, tak termasuk lagi pula yg lain2, sampai hubby pun noticed betapa jadi ibu hamil ni org mmg akan jadi lebih prihatin. Dulu2, org langgar saye di pasar malam, tak minta maaf saye akan naik angin, buat muka dan rase nak sekolah kan aje org tu. Mmg tak ramai org yg langgar bahu org dan mintak maaf...kadang2 terfikir, takde nilai moral ke kita ni?
Tapi sekarang, terubat sikit bila pergi pasar malam org langgar saye, terus org minta maaf...kejadian berlaku dah byk kali sampai hubby pun dah perasan, dan senyum aje. Ade sekali tu pergi Midvaley, masa X-mas, org ramai, saye jalan mmg lambat, ada 1 mamat ni muda lagi, budak kot. Umur saye teka dalam 20-23 tahun. Dia nak cepat, tiba2 terlanggar saye dgn sgt kuat........dia toleh, dan terus saye pandang dia tajam...dalam hati saye kate, "baik mintak maaf, kalau tidaaaaaaaaaaaakkk....." sambil pegang2 perut saye..
Mamat tu terus terpandang perut saye dan mata die mcm terbeliak sikit, terus dia cakap, "kak, sorry kak...tak sengaja...saye betul2 mintak maaf....sorry ye kak" waaaaaah...sejuk hati saye, dah la die tu agak comel..ekekek oopsss..terlebih pulak! ekekekekek
Hmmm....itulah cerita sedikit pasal kelebihan mengandung sekarang.............cerita sedih mengandung ade jugak. Macam saye pernah juga berdiri hampir 2 jam tiada tempat duduk di sebuah tempat (tak boleh cakap kat mane), kerana kerusi yg ade semua penuh, penuh dgn org yg cukup sifat, fizikal masih elok dan kuat, muda2 pulak tu...ade yg duduk selamber bace paper...ade yg duduk menyandar habis-habisan sebab nak tidur, sedangkan yg berdiri ni wanita2 hamil...dan ade juga beberape warga emas yg memang kurang upaya...TIDAK DIENDAHKAN sama sekali...
Hati saye masa tu sgt sakit, kesian tgk warga emas lebih dari kesian pada diri saye yg mmg lah sakit2 badan sikit kan....dalam hati saye, saye harap dan doa byk2 supaya next generation (generasi anak saye) akan lebih prihatin dan saye terus aje berazam dalam diri nak didik anak saye jadi insan yg sgt prihatin. Sekurang-kurangnya dia akan membuatkan seorang lagi ibu hamil masa hadapan sejuk hati dan senyum..mcm yg saye lalui :)
Ok...thanks for reading...nanti saye fikirkan entry baru lain ye!
p/s: sifat2 murni ni perlulah dipupuk bukan sahaja bila berhadapan dgn ibu2 hamil, tapi dgn sesiapa sahaja, org yg lebih tua dari kita, warga emas, kanak2 kecil, OKU, sesiapa sahaja yg kita tahu, memang memerlukan kita untuk bertolak ansur. Harap2 entry ni dapat lah dijadikan pengajaran dan akan mewujudkan sifat prihatin yg menebal pada kite semua!
November 15, 2010
Jangan Tolak Rezeki dgn Alasan Bodoh
Masa tu, saya sms semua kawan2 baik. Saya share perkara ni dgn org2 yg bermakna dalam hidup saya, dan rase seperti dunia ni meraikan "kedatangan" seorang lagi insan baru 8 bulan lagi nanti...Indah....perasaan yg saya akan rasa hanya sekali seumur hidup, iaitu rasa pertama kali mengandung.
Rezeki, memang rezeki, kami suami isteri tak pernah merancang utk dapat anak cepat atau lambat. Go with the flow. Dan redha. Tu kunci kebahagiaan kami sampai sekarang. Ada duit, tak ada duit, masa susah, masa senang, cukup makan, tak cukup makan, ada duit minyak, tak ada duit minyak...semua tu bukan masalah kalau perkara tu terjadi. Kami suami isteri happy. Ada duit byk pun kami ketawa, tak ade duit byk pun kami tetap bersyukur.
Semasa semua org yg tau akan perubahan hidup yg bakal kami lalui 8 bulan lagi ketika itu mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga, juga mendoakan yg kami suami isteri tabah dan cekal dalam mengharungi hari2 bahagia menanti cahayamata pertama kami, ada juga rupanya insan yg kurang senang dgn apa yg kami ada.
Lantas, mereka2 ini mengata dibelakang kami, kononya kami ni tak sabar nak dapat anak, tak plan, gelojoh, dan tak ada persiapan rapi sebelum decide untuk dapat anak. Terkejut? tak perlu terkejut. Manusia kan memang mcm tu. Apabila tak mendapat sesuatu, mula mereka cerita karut marut kononnya meraka tak mahu perkara tu, tak ingin, tak kisah, tak nak langsung bla bla bla bla bla....
Aneh..sebelum teruskan membaca, saya harap anda tahu, ini adalah sekadar pandangan peribadi saya. Pandangan saya, mungkin berbeza dgn pandangan anda. Jgn tersinggung tak tentu hala. Saya tidak bercakap mengenai sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi idea dan kisah2 yg terjadi disekeliling saya hari ini.
Ada mulut2 dan bibir2 yg rancak berbicara soal zuriat. Kononnya tidak mahu mendapatkan cahayamata pertama (pertama tau, bukan kedua,ketiga dan seterusnya) kerana takut kedudukan kewangan tidak mencukupi lantas memberikan impak kepada anak yg bakal lahir. Bingung sebentar saya dgn kenyataan ini. Anak adalah rezeki, anak pertama lebih2 lagi, umpama pembuka pintu rezeki baru bagi pasangan suami isteri. Kenapa perlu takut? kenape perlu gelisah ?
Anak itu anugerah dan "rezeki" yg tidak ada nilainya. Dari dia, Allah salurkan rezeki yg kemudiannya ibu dan bapanya pun akan menumpang atas rezeki itu insyaallah. Jadi, kenape mesti telinga saya mendengar sebilangan org2 berkata "aku memang taknak ada anak. Aku nak ada rumah dulu." atau "aku memang taknak ada anak, aku nak ada semuanya lengkap dalam hidup aku, senang nanti anak aku lahir dia cukup segalanya."
Sadis...seperti org yg tak percaya wujudnya tuhan utk memberikan rezeki yg halal dan mencukupkan apa saja yg tidak cukup dalam hidup kita seharian. Takutkan harta yg tidak mencukupi lebih dari menerima amanah Allah. Dah la selama ni pun ape yg dipertanggungjawabkan tak buat2, lepas tu sekarang tolak pula bila Allah beri green light utk menambahkan pahala dgn mudah. Pening aku ni eh!
Org sebegini patut berfikir dulu sebelum mengulas tentang org lain mengandung dan dia taknak kahwin atau mengandung. Kalau lah ibu bapa dia dulu fikir mcm dia, mungkin sekarang ni dia baru lahir kedunia atau tak pernah dilahirkan ke dunia. Dulu masa ibu bapa kita kahwin, mereka pun tak kaya. Harta tak ada 1 juta pun. Kereta pun tak ada. Ambil contoh diri sendiri, when i was born, 26 years ago, my parents dont have anything in hand yg luxury. They dont have their own house, they dont even have a good car. I remembered watching my father tolak kereta buruk kami yg rosak tepi highway, kereta tanpa aircond, yg ada hanya kipas kecil, ayah halakan kebelakang utk kami adik beradik tidak panas bila pergi jalan2.
My mother at that time bukan executive pun, clerk aje kat bank before long after that she has been promoted lah kan. But masa i kecik, i dont have anything yg nak dibawa kesekolah dan show off pada kawan2. Saya tak ada Barbie doll house. Tak ada barang2 branded utk ditayang pada kawan...but look at me now...how they raised me up?memang hidup saya tak mewah masa tu,tapi I belajar, masuk Universiti, ada Diploma..ada Degree, coming ada Master and insyaallah akan terus habiskan belajar sampai yg i boleh. I jadi org, takde jadi "binatang" pun. I jadi manusia yg tahu bersyukur, tak ada jadi manusia yg lalai dgn kebendaan. I ada sifat kemanusiaan, kasih sayang dan rasa malu utk bermegah2, tak ada pulak i jadi mcm tikus jatuh ke beras sampai nampak gaya mcm nak mati dalam beras dah sekarang. Kan?
So, mana kebenaran akan kata2 dan pendapat, kawin jgn ada anak awal. Prepare habis semuam baru fikir ada anak. Jgn gelojoh. Jgn itu, jgn ini. Kalau dah gila tu...gila jugak HELLO.....KAU POYO. Sepatutnya mereka merasai dan menginsafi diri sendiri, kalaulah rahmat itu Allah tarik. Macam insan2 dan pasangan2 yg dah kahwin lama, tapi belum dikurniakan rezeki. Mereka2 ni Allah uji dgn sangat HEBAT. Berusaha, berhabisan wang ringgit, hanya utk mendapatkan apa yg dinamakan CAHAYAMATA. Kesimpulan kat sini mudah. Kalau dah taknak anak, atau mmg dah tak tau nak bagi alasan apa sebab kau sehat walafiat tapi tak ada anak, anggap saja tiada rezeki. Nothing is wrong with that answer. Org akan faham, tak perlu burukkan dan bandingkan pula dgn org yg dapat anak cepat. Dan mengata mcm2. Macam org hilang akal. Kan mudah?
I got a friend of mine, my bff, facing this prob. Tapi, dia belum pun setahun kahwin, which mean, this condition still ok lah. Kalau dah 3 years and above maybe itu akan saya pandang dgn sgt2 serius. Tapi betapa tabahnya hari2 yg dia lalui dgn penuh harapan tu membuatkan saya rasa dia more than a tough lady! and that is why i love her so much and always pray to Allah supaya dia dapat apa yg dia hajatkan selama ni.
Mungkin yg diluar sana juga ada yg melalui keperitan sukar mengandung atau susah untuk dapatkan anak atas masalah2 kesihatan dan sebagainya nak share any info or share perasaan dgn my friend ni, boleh klik disini. She is a good friend of mine, dan dia juga suka share macam2 dgn org lain terutama berkenaan dgn how to get pregnant ni. Dan dia dedicate kan her blog untuk share ape saje yg dia cuba dari masa ke semasa utk mengandung.
Semoga isteri2 diluar sana yg menahan diri dari hamil bace dan fahamkan perasaan sukar menjadi ibu bukan kerana tidak mahu jadi ibu, tapi kerana TAKDIR. For Emy Suraya darling, you will get ur angel soon enough, insyaallah. Keep on trying and never give up. Bila dapat aje, kena ingat, aku hari ni dah booked as GODMOTHER, biar lah tahun bila pun anak kau nak lahir...Faham? Love you always!
Sekian utk anda, dan untuk saya. Utk semua pengantin baru yg saya kenal, yg baru aje kahwin last week, atau last 2 weeks, atau akan kahwin, ingat pesan saya, rezeki datang dari DIA, kalau tak tahu bersyukur pun, at least kita RESPECT apa yg DIA dah plan utk kita. God knows the best! Selamat Pengantin Baru, utk officemate, Haslam & Muriani, schoolmate, Sutila & Ma, ex-officemate Reen & Ishak. Welcome to our club!
p/s: nak wish utk BFFG & Moktam, tapi tah bile nak kawen entah...lambat betul nampaknye kamu ni ye!
August 26, 2010
Bila ditimpa perasaan khas utk muhasabah diri dan KAWAN
Oh hari ni mood adalah tenang walau ade emosi aku sikit2 pelik dan terganggu. Tapi disebab kan aku rasa aku menuju perubahan hidup, nak2 pula aku membawa seseorang didalam badan aku, aku cuba bersangka baik, walau hati aku terasa seperti pelik dgn beberape perangai manusia disekeliling aku.
Ada 1 blog yg aku sgt suka bace bila hati aku terasa tidak keruan. Dan hari ni, aku bukak blog ni buat sekian kalinya dan terjumpa entry ini yg berantai..part 1, part 2, dan part 3 . bila baca, aku tersenyum sendiri. Sebab? aku pernah melalui perasaan mcm ni.. yg kita namakan PERASAN. namun ni bukan perasan ade org minat kat kite, tu GEDIK namenye... tapi ni adalah satu perasaan yg NEGATIF dimana kite melihat sesuatu, merasa sesuatu, melalui sesuatu, tapi kita tidak berbalik pada diri kita, sebaliknye terus melontarkan salah pada diri org lain, sebagai tanda protes! Bodoh perangai ni..sebab kite sedang cuba meletakkan kesalahan, atau masalah ke atas bahu org lain, kita tuding jari pada org dan secara TIBA2 salah kan org lain sebab kita sendiri taknak salah kan diri kita.....ekekekekekek
Aku pernah lalui perkara ni. Dan aku sekarang telah jauh tinggalkan perkara mcm ni. Mungkin sebab dulu aku seorang mencorak hidup aku...aku jadi tak pandai (aka sengal). Tapi since aku kawen, i have my 2nd mirror...which is my husband. Dia akan tunjukkan aku patut mengamuk atau aku patut muhasabah...kalau dia melalui perkara yg sama aku pula jd 2nd mirror dia, cuma aku agak fail (kena mengaku) sebab aku beremosi. PEREMPUAN memang emo. Lelaki lebih relax...
Dulu aku tak suka berterus terang. Sebab aku taknak tahu kebenaran. Kalau aku sakit hati, aku lebih suka jadi bom jangka. Bila dah tak tahan terus meletup. Selagi boleh simpan, aku simpan. Tapi tak bagus perangai ni. Membawa pada penyakit hati yg kronik. Kesian kalau jadi mcm ni. Serius. Kita buat kerja tak usul periksa. Kita bersifat dengki tak tentu masa. Kita tak bersyukur dgn apa kita ada, tapi kita sibukkan dgn org lain yg hidup lebih baik dr kita (kita rasa mereka lebih baik...hakikatnya? Kan Allah je yg tahu?) so kenape mesti kita ada perasaan mcm tu?
Selalunya hubungan persahabatan yg akan selalu dilanda perasaan PERASAN ni dgn hebat. Dan hanya org pandai berfikir dgn baik, akan melaluinya dgn cara yg betul. Macam2 perasaan datang, perasan betul, perasan hebat, perasan cool, perasan vouge, perasan pandai, perasan bersalah, perasan disisihkan dan mcm2 perasan lagi ada. Puncanya, kita tak berbalik pada diri kita, betul ke aku pandai? betul ke kawan aku kate aku bodoh? betul ke aku ni cool? betul ke kawan aku dah tgglkan aku? betul ke die kutuk aku...atau...BETUL KE SI AINI NI TULIS KAT BLOG, DIE TENGAH MENGATA AKU??? ahahahahah PERASAN tu semua beb!
Ape ubatnya? Pertanyaan.........bertanya, dan berterus terang. Tiba2 kita tak bertanya..tiba2 kita amik kesimpulan dr ape kite lihat, ape kita dengar...dan ape org buat pada kita........kita bukan yg MAHA MENGETAHUI...kita tak tahu....sebab tu bila tak tahu..kita tanya :) bila tanya, kita jd pandai...bila tak tanya dan buat andaian sendiri..kite jd yg bertentangan dgn pandai tu..apekah die? Lu Pikir Lah Sendiri.
lama2 cerita pasal org perasan ni boleh mati tau. Dan mati sebab pk pasal org perasan ni tak berbaloi...we had fun we had joy (mcm lagu season in the sun), tapi at last, kite musnahkan semuanya atas sebab kite DITIMPA PERASAAN.....sedih bila fikir2. Kawan mana tak tergigit lidah??? kawan mana tak buat salah? kawan mana yg tak pernah bergaduh? kawan mana tak pernah kecik hati? Kawan mana???? Tapi dalam jangka umur dah masuk 30 ni.....aku tak rase kita sesengal itu utk jadi mcm budak2...........kite cari kawan, sahabat, teman........bukan buang segala yg kita ada...sebab PERASAN kita punya ramai sahabat, kawan dan teman......selalu aku dengar dr mulut org, dan dulu aku sendiri pernah cakap...ayat mcm ni.."eh, tak matinya aku takde dia tu..." or "eh, aku ade melambak lagi kawan lain yg lagi bagus berganda2 dari die tu..." aku pun penah cakap dan aku menyesal cakap mcm tu.....sebab, hakikatnya, kita bukan Allah...kita tak tau. Ada jalan didepan kita, tapi hanya Allah yg tau..siapa yg akan berjalan didepan dan di belakang kite...kan? Mungkin kah org yg aku buang tu adalah org yg akan berjalan dgn aku????? atau org yg 1 hari nanti akan tahan belakang aku, bila aku nak terjatuh? Aku tak tau..dan aku menyesal.. :)
aku ade pesanan, yg aku baru je terfikir sekejap ni......ini adelah pesanan untuk diri aku.....dan pada yg bace, dan rase ape aku pesan ni betul....simpan dalam hati..dan kite same2 lah perbaiki diri kite :)
Kite cari sahabat, bukan utk gelak ketawa saje, bukan jugak utk kongsi kisah duka semata, sahabat akan bermakna lebih dari 2 perkara ni...umur kita dah meningkat....kite dah rase makin tua.....kite dah dekat nak jumpa yg MENCIPTA kita....apa kita bawa bersama? Hati yg sarat dgn emosi? Hati yg berhasad dengki? atau hati yg penuh prasangka??? Terus terang aku cari sahabat yg kalau pun tak mampu iring aku ke kubur...die berdoa utk aku...sebab tu aku cari ramai kawan, dan takkan buang walau seorang pun....biar pedih mana ape yg die buat pada aku..sebab, siapa tahu...org tu lah yg akan doakan aku bila aku takde...aku taknak PERASAN BEST dan tinggalkan semuanya sebab aku PERASAN SEMUA ORG TAK BEST......at last, when the final day come, aku takut apa aku ada...rupanya tak cukup...dan aku dengan masa yg sedikit yg masih bersisa tu...aku kutip semula yg telah aku campak dulu...utk penuhkan bakul aku............sadisss......aku taknak jd mcm tu.... :)
Buat semua yg membace, kite lebih baik eratkan silaturrahim..bukan memutus kan.....tak perlu aku ni bercakap pasal agama..aku tak pandai...so..kalau korang ni sume ade yg membace entry ni....moh laa kite berbaik2 dgn kawan2 baik kite, dan kawan2 tak baik kite sempena raya tahun ni...mane lah tahu...ni raya kite yg terakhir..............kan?
Love you BFFs....daaaaaaaaaaaaaaaaa











