CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

May 5, 2014

For the second time

Assalamualaikum
Lama pula rasa tak berblog. I guess i'm back lah ni kot. 

Ok, start dari mana ye? Nak cerita tentang rezeki Allah bagi untuk kali kedua. Sebenarnya tak jangka pun rezeki ni, tapi tak jangka bukan bermaksud tak nak.

Period tak stabil
Since 2013, period aku memang tak stabil. Usually 30-38 days setiap bulan. Masa anak dara 28-32 days setiap bulan. Tapi aku sedar dalam pertengahan tahun 2013 period start macam pelik. Lebih kurang 45-55 days sekali. Syok memang syoklah tak period kan, tapi dia pakej tau, sekali dengan pening kepala, sekali dengan low blood pressure, sekali dengan perut tak sedap dan sebagainya. Jadi, TAK BEST!

Sampailah hujung 2013, aku perasan makin melampau, period jadi 55-60 days oi! Then aku buat reserach sendiri untuk gather info kenape dengan aku sebenarnya. Apa yang tak normal. Bila bacam period yang atas 44 days dikira tidak normal dan kemungkinan mempunya masalah hormon. Adeh. Tercengang kejap. Hormon problem?

Planning for second baby
Bila Adam Qaiser dah masuk 2 tahun (2013), kami adalah plan utk 2nd baby. Sebab mengenangkan aku pun bukan lah muda remaja kan? Tapi bila dapat tau ada hormon prob, harapan macam terbantut pula. So, masa masalah hormon begitu kritikal (55-60 days), aku pergi jumpa doctor untuk tengok apa boleh aku buat untuk baik period cycle normal semula so that boleh lah pregnant.

Jumpa lah 1 doctor (tak payah sebut nama lah ye) perempuan juga pakar sakit puan. So after check segala, dia kata yes, aku ada masalah hormon. Dan aku tak boleh biarkan sebab tak bagus. Aku tanya macam mana nak normalkan semula, dia suruh ambil ubat hormon. Dan bila dia tahu aku pun memang nak try for 2nd baby, dia bagi aku clomid (ubat utk suburkan rahim).

Sebagai perempuan alaf baru kan, aku google segala ubat sebelum aku consume. So before aku telan ubat-ubat dia bagi, aku dapatkan info dulu. Bila baca tentang clomid, aku jadi takut. Sebab clomid leads to cancer. Melompat jap depan screen. Jadi walaupun doctor tu cakap mcm ni "awak kalau tak ambil clomid dan ubat hormon, tak normalkan semula period awak, awak susah sangat nak mengandung".

Secara serius, aku PASRAH. Aku refused ambil ubat-ubat tu. Aku berserah sajalah. Masa tu aku fikir, anak ni rezeki Tuhan nak bagi. Dia berhak tentukan pada siapa dia nak beri. Aku pun ada Adam Qaiser, apa yang aku nak lagi? 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" 
-surah ar-Rahman : ayat 13


 Aku duk pulak fikir, agaknya Tuhan tak rasa aku cukup bagus kalau ada 2 anak. Tuhan maybe rasa aku ni anak satu pun tunggang terbalik, ini pula anak 2. Ada betulnya tu. Lagi pula dengan husband yg weekend husband, dengan aku pun travel ups and downs bergilir-gilir, macam mana nak ada anak kecil? 


Early 2014
Masuk 2014 je aku dah lupakan hasrat nak tambah anak. hahahaha. Nasib aku baik, husband tak pernah pun tanya pasal second baby, dia relax aje dengan anak aku yg sorang tu. So we are happy together, 3 of us. 



Dan period aku memang sama aje, tak stabil. Aku tak fikir pasal anak, tapi aku ada fikir nak normalkan hormon aku, sebab tak tahan sangat kalau tak period kepala aku pening sampai nak pitam. Then blood pressure memang very low jenis 50/79 mcm tu. Gila? Nak drive pun fikir 80 juta kali.

So mission 2014 ialah pulihkan diri sendiri dulu, without ubat doctor. Apa aku buat? aku banyakkan makan makanan sunnah. Makanan yang terkenal dengan khasiat untuk perempuan. Paling banyak aku consume ialah delima (pati delima). Aku dah tak jual dah pati delima semenjak duduk jauh dari Pak Arab tu. Malas aku.

Mac 2014
Bulan Mac 2014 ialah last period aku. Then aku dah check siap-siap calender dan marked bila period seterusnya dalam lingkungan 55-60days lah kan. So mesti dalam bulan May 2014. Jadinya aku tau dalam hujung bulan 4, aku akan mengalami symptom-symptom yang tak best segala pening segala pitam. Ok. noted!

April 2014
Hari berlalu macam biasa. Setap hari aku breakfast, lunch, dinner macam biasa sahaja. Setakat rasa nak termuntah tu biasa, sebab aku tau memang perut aku senang masuk angin. Dan lagi satu, aku tak minum air manis. Everyday kalau breakfast kat kedai minum air manis mesti aku rase nak termuntah gila. Ini sejak dulu lagi. Bertahun ok. Memang macam ni. Cuma nampaknya manis sikit pun tak boleh bulan ni. Dan bosannya aku kerja nak tidur.

Masa balik kampung, duk borak dengan MIL sebab dua adik ipar pregnant dan tak lalu makan. Aku duk tergelak dengan MIL kenapalah diorang tak boleh makan sebab aku ni masa pregnant macam rimau lapar. Maaaaaaakan aje kerja aku. MIL kata dia anak 9 semua tak ada tak selera makan, dia makan aja semua. dalam duk gelak-gelak tu MIL tanya "Aini mengandung ke?" Bulat aje mata aku "Eh, takde lah mak, mana ada...." sambil aku pun gelak. Balik kampung tu 3rd week of April.

1 May 2014
Celebrate lah 4tahun sudah kahwin. Anniversary bagai on 1st May. Tapi tak kemana, lepak saje kat rumah. Malamnya aku suruh Opah call tukang urut dia datang. Aku rasa nak urut badan. Tak sedap. Lepas Isya' tukang urut datang, urut 1 badan except perut sebab dia kata aku 3 tahun lepas ceaser, dia still taknak urut perut sebab takut apa-apa jadi pulak. Aku yekan ajelah. Syokk wooooo urut. Esok paginya 2May (jumaat) rasa legaaaaaa aje badan. Best je rasa.

2 May 2014
Aku pergi office macam biasa. Hantar Adam Qaiser taska, terus pergi breakfast sebelum start kerja. Breakfast pagi relax aja, bihun sama kuey tiaw goreng, hotdog pedas, nescafe ais. Habis makan, aku minum sikit nescafe tu, rase mcm terkeluar semua bihun aku. Aku pun nak angin, bangun g kat makcik cafe cakap suh buang air sikit, tambah air kosong dalam nescafe aku. Sebab tadi aku minta kurang manis. Dia buat manis gamaknya.

Selesai minum still aku nak muntah jugak! Aku pass duit kat makcik aku yg teman aku breakfast, terus aku g longkang. Ok something is wrong dalam hati aku kata. Period tak stabil, perut aku tak betul. Balik offoce aku tengok period calender aku, ermmmmm patutnya esok (3hb may) aku period. Tapi apesal tak ada tanda-tanda jelas nyata macam sakit perut. Just perut macam masuk angin aje. Aku confused.

Duduk fikir-fikir, entah mana aku dapat ilham, aku rasa macam aku pregnant. Tapi aku try untuk deny sebab masa Adam Qaiser mana ada muntah????? Tapi hati tak tenteram, aku nak g klinik untuk minta ubat turun darah. Untuk bagi period. BUT, before that aku nak confirm aku tak pregnant. Aku pergi farmasi, beli UPT. Balik rumah terus test UPT, masa tu dalam pukul 1:30pm.

Hasil UPT itu ialah Positif. Belum percaya lagi. Aku rase membohong sahaja tu. Jadi aku nak pergi doctor. Sampai Klinik aku cakap kat doctor tadi UPT positif, nak confirm. Doctor suruh baring, dia scan perut. Scan sekejap aje terus doctor cakap "awak pregnant ni, tu dah ade kelongsong tu. Baby tak nampak lagi sebab kecik sangat ni"

Aku pun terus terkesima, gituuuuuuuu. Doctor scan dan bagi aku gambar.

Doctor kira dia kata dah 6 weeks dan baby expected due on 23rd Dec 2014. Balik rumah whatsapp semua orang yg penting-penting dulu especially bapak budak. Bapak budak pun baru balik sembahyang Jumaat agaknya terus call acah-acah terperanjat sambil tergelak-gelak.

Aku cakap takyah gelak sangat lah kan, cemane gaye kita ni? sudahlah weekend husband and wife, apa-apa jadi macam mana? Tapi sekarang malas fikir. relax dulu. Enjoy 1st trimester! Alhamdulillah. Tu saja boleh cakap. Rezeki kali kedua :D

Ok nak bersalin mana? OOpppppssssss hahahaha

Oklah tatatatata :D

February 20, 2011

in my 38 weeks!

Sekarang pukul 2:00am.
19hb February,2011 - hari Ahad.
Sunyi aje malam ni. Kat sebelah, my the other half tengah lena dihayun mimpi. Tade buai2 mimpi dah. Kalau tido mati camni, mmg dihayun mimpi...haih

Eh2, saye dah 38 minggu lah! Genap 38 minggu hari ini! Wah........EXCITED :) perasaan sgt bercampur2 ye. Sedih sebab dah hujung2 pregnancy, tapi sgt teruja utk tgk sendiri ciptaan DIA utk saye dan suami :)

same mcm bakal ibu yg lain, saye pun ade mcm2 yg bermain dalam fikiran...haha dan bila tade org pulak, akan selalu mengelamun serta berangan mcm ade anak depan mata...hahaha

setakat bercakap sorang2 dengan perut sendiri itu bukan 1 perkara ganjil dah. sebab hari2 mesti bercakap dan beremosi sikit....cakap2 mcm "hello baby, good morning, jom mandi same mummy! yey~!" huhuhuh dan beremosi adelah seperti "ala...jgn laa tendang2, jap lagi mummy makan laa...boss mummy ni sengal kasi mummy keje byk..." ooopsss hahahha :)

Tiap2 hari juga akan berfikir pasal rupa baby sendiri lalu diterjah bertubi2 oleh soalan2 seperti :
1. mata die nanti ikut siape ye? - kalau saye kecik, suami kecik jugak...kalau Wan die, alamak..sepet! hahaha Lalu bila ternampak anak cina yg mata mcm mengkonfiuskan sebab nak kate tido bukan, nak kate jaga nape takde mate terbukak...hahaha terus mcm terfikir...jgn laa sepet camni...nanti aku sendiri konfius anak aku tido ke dah bgn..kuikuikui~

2.Hidung die ikut siape pulak? - *terus pandang cermin* - ok takyah ikut mummy lah, nanti mcm terlebih baking powder...*pasrah* Ikut aje lah daddy *mengalah lah sekali..biase dah menang..* konon..

3.mulut?? - ikut mummy lah...hahaha *semua ikut mummy!!*

Kalau borak dgn husband pasal benda camni, dia akan cakap.."aik, semua nak ikut B dah mane yg ikut Abg?" dan jawapan saye pada soalan itu adalah "mestilah! Siape yg mengandung sekarang??" conversation end there...ngeeee

Org kate, anak lelaki pertama akan lebih kepada rupa ibu, dan anak perempuan pertama akan lebih kepada muka ayah. Hehehe betul ke? Kalau mcm tu ade harapan lah baby saye muke mcm saye...wah! hehe berangan terlebih nih.

ok dah. Sile lah tgk gambar pulak. selame seminggu kebelakangan ini, saye mengalami 2 masalah:
1. Tidak dapat tidur malam. Paling awal tido pukul 430am...dah habis awal tau...kebiasaannye pukul 530am..dan sejam lepas tu haruslah dah bgn nak pegi keje bagai...akibatnye, tuhan saje yg tau betapa keje di ofis jd sgt tak teratur dan sgt byk pending sebab mengantuk dan tak boleh fokus...Oh sgt benci! Sebab kat belakang kepala saye ade cctv. Dan screen cctv tu pulak ade dlm bilik CEO...*aku pasti dah terkantoi byk kali membuta depan pc...adekah show cause letter utk aku akan menyusul?* adoih!

Baby dalam perut sgt active malam. Active yg melampau. Tak seperti waktu pagi. Dia byk tidur dan rehat2. Hanya akan tendang bila lapar aje. kalau makan, setel lah mmg diam sediam2nye sampai lah malam pukul 11pm. Hah..mule dah die menari tarian naga...juga menari tarian singa..dan tarian2 lain... Sampai saye pun rase nak join menari mcm dia. Sebab STRESSSSSSS~ sekarang dah takut, adekah bile lahir pun mcm ni? akan tidur siang aje dan malam takkan tido2 sampai subuh..*jangan kau buat pasal.Mummy ikut time Malaysia bukan Amerika Latin okeh!*

2. Water Retention - atau dikenali sebagai EDEMA atau nak senang, kaki bengkak....
helo, kaki saye yg kanan tu..bukan kiri..kiri tu tak mengalami EDEMA. Die mengalami penyakit kaki berbulu lebat sejak azali. Sekian!

Hah, ngeri? ok sgt ngeri sebab bila jalan, terase kaki sendiri bergetar mcm bawa 2 gelen air dalam tu..aiyyoooo...dah cuba mcm2 seperti tido tinggikan kaki dan juga hubby pun tolong urut kaki selalu, namun tiade terkesan ye. Makin besar lagi ade..cemane? sampaikan nak menghayun kaki sendiri nak berjalan pun rase mcm mengangkat kayu balak dgn kaki...lalu kesimpulannye saye berjalan selalu seret aje. Sebab tak larat. Lagipun, tapak kaki sgt sakit mcm lebam....rase lebam..bila jalan sgt nyilu :(

oklah..itu saje yg bermasalah. Lain2 tade. Sekarang mari lah menanti same membilang hari bile nak bersalin. Ade 2 weeks from now. Tapi mcm terase dia akan keluar agak awal. Cuma tak tahu bile. I'm on leave starting next week... weeeehoooooo~ dan bercadang utk duduk rumah dan membuat senaman ibu mengandung yg ringan waktu pagi dan malam *macamlah bgn pagi...* hahahaha

ok guys! next entry kemungkinan adelah entry yg saye sudah bersalin...*biasela...malas betul kebelakangan ni.eceh*

Assalamualaikum! tata

January 14, 2011

Saya yg kagum


Hari ni hari Jumaat. Mula2, macam nak cari entry2 dari mana2 blogger yg berunsur tazkirah lah kan, dan komen disini..last2 terfikir nak memberitahu pengalaman sendiri sepanjang pregnant yg dah pun menghampiri saat2 akhir. Ok potong2 lah..nanti membebel byk, ceritanya tiada. Jadi ibu hamil ni tak dinafikan sgt seronok. Kenape? sebab byk benda yg saye tak dapat dalam hidup (bende2 kecil) saye dapat masa saye hamil. Serius. Cerita ni dah lama, tapi saye tetap nak share, sebab rase kagum itu masih terpahat dalam hati saye, sehinggakan saye mcm addicted, mahukan situasi yg same berulang kali =P

Saye bekerja di Plaza Mont' Kiara, KL. Ok lah, sebut saje Mont' Kiara, mesti semua org tahu, tempat saye bekerja ini mmg terlalu ramai expatriate. Kalau nampak sepet je, jgn lah ingat itu Cina, tentu2 Korean, atau org Jepun atau Hong Kong. Kalau nampak macam melayu mix pun jgn lah ingat tu org Malaysia disebelah anda, tentu2 dia org Thailand atau Indonesia yg bekerja di KL. Kawasan sekitar memang penuh dgn anak2 expatriate berlari2, sebab International school kat belakang office saye aje. Dan betul2 depan pintu masuk office saye pula adalah pintu masuk tadika untuk anak2 expatriate dari Korea. Oh sgt bising dan kadang terase seperti saye dalam cerita Winter Sonata atau Full House. Hahahaha Pergi makan di kedai mamak pun tiba2 beratur sebelah mat saleh nak bayar. Kalau makan di McD atau Secret Receipe pulak terase mcm saye pulak expatriate, dorang local, sebab mereka lebih ramai.. Jadi, makan mamak aje lah! haha eh2, dah melalut!

Ada 1 hari tu, hubby terpaksa balik lambat, maka saye pun kene lah balik lambat juga sebab dia driver tetap saye. Menjelang pukul 7pm hubby masih belum ambil saye, dan masa tu perut seorang ibu mengandung yg lunch pukul 1 tengah hari, dan makan biskut ala2 tea break pukul 4 petang tadi, mestilah terlalu amat lapar. Ditambah pula surfing2 diinternet dan nampak org letak status kat Facebook masing2 menu2 untuk dinner, saye jadi tak tentu arah.

Lantas dengan kadar seberape segera, saya turun ke McD Plaza Mont' Kiara dengan 1 azam dan tekad, PROSPERITY BURGER!!!! ngeeeeeeeeee~!! Langkah dipercepatkan, sebab takut tak sempat makan hubby dah sampai *dan taknak share dgn dia,nanti dapat makan sikit aje* wahahahahahhaha~!!

Kuak aje pintu McD, tgk ade 4 line untuk order...dan terlalu ramainya org. Sangat lupa, kan budaya masyarakat luar, dinner pukul 6pm-8pm, jadi pada masa saye dtg, memang mereka tgh nak order makanan... :( sgt2 amat2 sedih...mengenangkan saye kejar masa, tapi org sgt penuh...dan saye sgt sakit kaki dan belakang utk berdiri lama2 beratur....tapi saye sgt lapar, dan nak sgt Prosperity burger itu sob*sob*sob

Kire2 org dan line, line yg paling pendek ade 8 org sedang beratur (T_T)........ ape lah nasib... namun disebabkan saye terase nak jugak makan dan sgt2 amat laparkan prosperity, saye terus ke barisan tersebut dan menjadi org ke 9..huwaaaa...tapi tiba2.......depan saye (org ke 8) adalah seorang mat saleh. tatau lah dari negara mana....die toleh kepada saya, dan tersenyum, lantas tangannya terus menunjukkan isyarat ke depan, maknanya mcm suruh saya beratur di depan dia...hati saye berbunga riang masa tu..yey~ dapat awal sikit.....

tiba2 bila saye dah jadi org ke 8, org di depan saye, mat saleh juga, perempuan dukung anak, dan ade anak kecil2 lagi dengan dia, biase lah budak2 suka fast food.....dia pun suruh saye kedepan dan, bila dah ke depan, yg depan saye pun suruh ke depan lagi....pendekkan cerita, dari jadi org ke 9, saye telah jadi org ke 2....hanya ada seorang aje depan saye dan prosperity burger will be mine in any minit! :) org depan saye pula betul2 baru je nak order makanan dia masa saye jadi org kedua.....tak disangka2, die toleh, dan dia pun suruh saye ke depan, ambil tempat dia, dan order dulu....waaaaaaaaaaahhh~!! kagum gile..kalau saye jadi dia, org kaunter dah tanye nak makan ape, takkan saye terfikir nak beralah.....tapi dia terus senyum dan beri saye order dulu :)

Penyudahnya, saye di McD tak sampai 10 minit, dan saye dah melenggang kangkung utk tggu hubby amik saye sambil tak sabar2 nak ceritakan ape jadi sebentar tadi. Ok, itulah ceritanya. Nampak mcm simple, tapi di situ terlalu byk yg saye belajar sebagai seorang manusia. Betapa toleransi dan sikap prihatin patut ada dalam diri setiap org. Dalam line saye tadi ada sorang Malaysian (tidak perlulah anda tahu berbangsa apa), dan saya kagum dia senyum dan beri saye beratur di depan dia. 

haaa..tu pengalaman yg best lah, tak termasuk lagi pula yg lain2, sampai hubby pun noticed betapa jadi ibu hamil ni org mmg akan jadi lebih prihatin. Dulu2, org langgar saye di pasar malam, tak minta maaf saye akan naik angin, buat muka dan rase nak sekolah kan aje org tu. Mmg tak ramai org yg langgar bahu org dan mintak maaf...kadang2 terfikir, takde nilai moral ke kita ni?

Tapi sekarang, terubat sikit bila pergi pasar malam org langgar saye, terus org minta maaf...kejadian berlaku dah byk kali sampai hubby pun dah perasan, dan senyum aje. Ade sekali tu pergi Midvaley, masa X-mas, org ramai, saye jalan mmg lambat, ada 1 mamat ni muda lagi, budak kot. Umur saye teka dalam 20-23 tahun. Dia nak cepat, tiba2 terlanggar saye dgn sgt kuat........dia toleh, dan terus saye pandang dia tajam...dalam hati saye kate, "baik mintak maaf, kalau tidaaaaaaaaaaaakkk....." sambil pegang2 perut saye..

Mamat tu terus terpandang perut saye dan mata die mcm terbeliak sikit, terus dia cakap, "kak, sorry kak...tak sengaja...saye betul2 mintak maaf....sorry ye kak" waaaaaah...sejuk hati saye, dah la die tu agak comel..ekekek oopsss..terlebih pulak! ekekekekek

Hmmm....itulah cerita sedikit pasal kelebihan mengandung sekarang.............cerita sedih mengandung ade jugak. Macam saye pernah juga berdiri hampir 2 jam tiada tempat duduk di sebuah tempat (tak boleh cakap kat mane), kerana kerusi yg ade semua penuh, penuh dgn org yg cukup sifat, fizikal masih elok dan kuat, muda2 pulak tu...ade yg duduk selamber bace paper...ade yg duduk menyandar habis-habisan sebab nak tidur, sedangkan yg berdiri ni wanita2 hamil...dan ade juga beberape warga emas yg memang kurang upaya...TIDAK DIENDAHKAN sama sekali...


Hati saye masa tu sgt sakit, kesian tgk warga emas lebih dari kesian pada diri saye yg mmg lah sakit2 badan sikit kan....dalam hati saye, saye harap dan doa byk2 supaya next generation (generasi anak saye) akan lebih prihatin dan saye terus aje berazam dalam diri nak didik anak saye jadi insan yg sgt prihatin. Sekurang-kurangnya dia akan membuatkan seorang lagi ibu hamil masa hadapan sejuk hati dan senyum..mcm yg saye lalui :)

Ok...thanks for reading...nanti saye fikirkan entry baru lain ye!

p/s: sifat2 murni ni perlulah dipupuk bukan sahaja bila berhadapan dgn ibu2 hamil, tapi dgn sesiapa sahaja, org yg lebih tua dari kita, warga emas, kanak2 kecil, OKU, sesiapa sahaja yg kita tahu, memang memerlukan kita untuk bertolak ansur. Harap2 entry ni dapat lah dijadikan pengajaran dan akan mewujudkan sifat prihatin yg menebal pada kite semua! 

January 10, 2011

Majlis Melenggang Perut Saya

Hi,
On last Saturday, 8th Jan,2011 saye dah 32 weeks. 8 bulan mcm tu lah kalau tak silap kire. Hehe jadi, seperti yg dirancang keluarga, saye pun buat kenduri / majlis lenggang perut. Mula2 dulu, saye sendiri rasa mcm taknak buat, tapi bila opah kata die dulu buat masa anak pertama, mama pulak kate, die buat juga masa anak pertama, mak mertua pun kata, dia buat juga masa anak pertama...hati mcm terdetik...nak jugak lah buat..kalau org dulu2 buat kenapa org sekarang tak boleh buat?

Ok, saye tahu...ade org kate, ni kepercayaan atau adat yg karut marut, merepek dan sebagainya, tapi bagi saye pula (hanya pandangan saye), tak salah saye pertahankan adat ini selagi ianya tidak melanggar apa2 hukum..kan? Mesti ada beza antara adat melenggang perut zaman dulu dan sekarang. Dulu2, tak ada doctor, gynea segala benda tak ada. Mesin scan apetah lagi...hihi jadi adat ni dibuat utk meneka jantina bayi, dan utk menguatkan semangat si ibu juga membetulkan kedudukan bayi dalam perut memandangkan masa utk dia keluar dah hampir.

Adat melanggang perut zaman sekarang byk perubahan, yg tak masuk akal sgt tu dah tak dibuat lagi. Macam kalau dulu, kelapa digunakan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan, sementara sireh pula digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi yg songsang. Sekarang tak payah dah. Mak bidan pun dah moden. Sebab dia pun tahu kita dah pegi jumpe pakar, dah tahu boy ke girl..takde makne berkelapa bagai...ekekeke

Ok, malas cerita panjang...tgk gambar saye melenggang lah ok!
Ini adalah bahan2 yg digunakan oleh Mak Bidan

kemudian, bunga 7 warna akan dicerai2kan sambil diringi selawat dan doa
 yg buku tu tulis nama saye berbintikan ibu saye,dan nama penuh suami

Ni tengah berdoa sekejap :)

limau pun dipotong dgn selawat dan campur sekali dalam 2 bekas air ni

kemudian, curah 2 bekas tadi dalam sebaldi air lagi utk mandi
wajah suami isteri yg nak kena siram






kami di mandikan oleh 7 org tua..*tak tua pun sgt sebab org tua tiada ye pagi2 itu* ekeke 
semua kaum keluarga,mama,opah,atok nah,makcik2,kazen2,hehe
sorang segayung...mandi bunga gitu..lalalala~
 sgt2 syok, dan super sejuk!

ini bermula upacara melenggang menggunakan 7 helai kain batik, dan 7 org tua *org yg sama mandikan tadi*

 mula dgn mama dulu, mak bidan akan sambut kain batik baru dari bawah

 oh lupa, suami pun kena buat dan bila masukkan kain tu, kena selawat dan zikir

 Bidan akan lenggang2 kan perut tu, gosok2 ke kiri kanan

sgt bergoyang2 badan ku ketika ini..ekekekek

Adat melanggang ni dulu ibu mengandung kene baring di atas 7 helai kain batik dan akan diangkat dan dilenggangkan *tarik kiri kanan* oleh 7 org, tapi kata mak bidan zaman sekarang bahaya lah nak buat, ibu mengandung pun lebih berat dan yg melenggang *org tua* semuanya dah berumur dan boleh patah pinggang wooooo~ jadi, berdiri aje lah, dan sarung2 kan... hehe

Last sekali, urut bagi membetulkan kedudukan bayi....
hehe hubby kate perut perlu di blur kan ye..besar sgt..

kedudukan bayi so far sudah engaged ke tempat sepatutnya cuma dia engaged awal sgt, jadi mak bidan terpaksa naikkan sikit supaya saye tak lahirkan anak pre mature. Lepas tu die urut satu badan saye..best gile. Minyak jagung pulak digunakan untuk mengurut ni selepas dibacekan surah2 dan doa2.

Minyak jagung tu juga mak bidan pesan, mesti minum 1 sudu 1 hari bila saye dah 9 bulan aka 36 weeks :) sebagai selusuh. Kemudian, bila dah sakit nak bersalin, rendamkan bunga fatimah dalam minyak ni, dan minum lah seberape byk yg boleh sebelum bersalin tu, insyaallah mudah bersalin katenye.

Tapi pesanan khidmat masyarakat yg membuatkan saye pun tersedih sedikit adalah berbunyi mcm ni. "jadi org perempuan ni nak bersalin tak susah, suami selusuh pertama, kalau tak pernah tinggi suara, ikut cakap dia walaupun menyakitkan hati sendiri kadang2, sabar kerenah suami, dan taat pada ibu bapa terutama ibu kita, insyaallah semuanya baik....jgn lupa minta maaf pada suami sebelum nak bersalin, halalkan segala makan minum..." oh sedih! saye senyum aje dalam terharu...

Oh lupa, saye buat majlis melanggang perut ni sekali dgn kenduri aqiqah anak buah saye arianna shahmina, juga kenduri tahlil untuk arwah atuk dan sedara mara yg telah pergi, juga bacaan yassin dan doa selamat untuk saye semoga selamat bersalin dan ariana supaya jadi budak pandai dan solehah! hehe :)

Terima kasih sangat2 untuk mak abah dan kaum keluarga sebelah hubby yg sanggup luangkan masa datang rumah....seronok betul duduk berborak lama2 :)

Thanks to my bff, nani & wa, gee & moktam yg dtg walaupun majlis dah habis. seb bek mama aku ade teringat nak tinggal lauk kat anak angkat die katenyer....adeh!

Thanks utk semua keluarga, sanak sedara yg membantu atau memeriahkan majlis ni, syok ye makan kambing? hehehehe

Untuk hubby yg memang sgt rajin, thanks a lot, saye nak tlg awak..tapi..............kaki saye sakit lah ;p ngeee!

Gambar ada byk lagi dalam FB saye lah. Blog takleh upload byk sgt. Nanti lembab betul! huhu
Thanks for reading! Take care everyone~

p/s: nama makcik yg buat adat lenggang perut saya ialah Hasnah. Saye panggil Cik Nah. Duduk di batu 7 Kapar, Klang. Dia mengurut utk org bersalin normal / operate. Juga die buat jamu, pilis dan mcm2 lagi dgn bahan2 sendiri untuk di makan oleh ibu2 bersalin. Barut pun dia buat sendiri. Sesiapa berminat boleh tanya saye contact number dia ye! ngeeee :)

November 12, 2010

My birthday and Baby 3D / 4D scan

hubby siap cakap, takkan nak tulis happy birthday B, romantik sgt nanti mama tgk malu..hahaha

Hi all,
Lama tak update dan tak ada entry baru since hati melonjak riang after dapat tawaran TPM last month. Well, November.............dari dulu lagi November memang bulan yg paling i suka. Kenape? Sebab hari lahir i adalah bulan November, dan ramai orang2 istimewa dalam hidup saya juga lahir dalam bulan best ini.. hohohoho~ as if bulan lain tak best kan? Ok, saje aje membakar hati kamu..ok lah, bulan kamu semua lahir jugak best, cuma bulan November lebih2 best! hahaha :)

I was born on 1st November,1984 (cewah,mcm nak buat karangan kan?karangan english pasal "My Self" kan) mentang2 hujung minggu ni kene pergi exam PTD ade segala karangan English BM bagai, kau dah merepek kat blog...huhuhu..ok kembali....dan every year, 1st November memang hari yg i akan tunggu (mcm budak2), dengan harapan ade dapat hadiah...waaaaaahahahaha~

This year is the 1st time i celebrate my birthday as a wife. Jadi, few days before (eh few days ke? bukan sebulan sebelum ke??hahaha) i dah hint2 dah hubby, supaya dia tau birthday i dah dekat sambil tersengih2...hubby i mmg cool...cool sampai die pun buat tatau je walau dihint hampir ratusan ribu kali dalam sehari.....die buat tatau aje dan hatiku kesakitan betul..lebih sakit bila BFF yg sedang berYM bersama i setiap kali office hour juga lupe yg next weeknye adelah besday i...haih

Apekah sebenarnya tahun ni? On 1st Nov,2010, hari Isnin, i KERJA!!! aaarghh,,,tak cuti :( bangun pagi2 i pergi keje hubby hantarkan, then die wish lah Happy Birthday semua kan...actually dia dah wish tepat pukul 12 midnight malam tadi. Then after woking hour, hubby amik i balik kerja dan beli cake Tiramisu + coffee + coklat :) sedaaaaaaap! Tenkiu ye darling. Then BFF semua juga ucap selamat hari lahir, kawan2 fb, sms byk masuk dan fb juga byk post pada wall.. Thanks again semua ye... :) *dah mcm ucapan anugerah skrin tv3* hahahahaha

Hadiah? Oh, hadiah dari hubby adelah sandal for pregnant lady..brand SCHOLL...memory cushion, sgt selesa ye Puan2 :) sila cuba kalau tak percaya, Cari Memory Cushion, mesti korang habis terpikat sebab habis selesa mcm tak pakai kasut dan walaupun badan berat rase mcm tak susah berjalan...best! Ye...memang last month telah beli sandal Hush Puppies, tapi hubby kata die tgk i pakai HP mcm tak selesa (padahal cemane laaa dari tengok dia boleh rase? i yg pakai, i tau laa selesa ke tak!) so die belikan kasut for my birthday. Yela, maybe dia tgk HP tu mcm utk bergaya bukan nak selesa sgt, so kalau suruh i beli SCHOLL ni mesti i taknak sebab ni kasut and brand org tua kot..ekekekekeek so bile die beli as present, takleh tolak..oh??? Bijak kau! Hadiah from BFF?? oh belum lagi ye...semuanya postpone sehingga hujung bulan ini untuk celebrate kate mereka...well tak kisah, sebab dah biase! hahahaha :) Love u still BFF..no worry!

Ok habis, jom cite pasal baby, munchkin now dah 6months, and i buat scan details, 4D scan last week, hari sabtu....besstttt...bukan dgn Dr.Ummul, sebab die invite pakar dari luar bila nak buat detail scan ni..chinese doctor....lady, dan sangat baik..sebab melayan lah i yg byk tanya ni. Actually pada sape2 yg tak tau, detail scan dibuat adalah utk mengenal pasti sebarang kecacatan fizikal dan juga kecacatan otak yg terdapat pada bayi....juga mengetahui keadaan fizikal bayi sepanjag development die as fetus lah kan..

Ok, on that day my appointment was at 530pm. I pergi UMRA and tunggu sana sampai lah they called my name. Hubby and i sgt excited sebab bila 4D dapat tgk video muka anak..nak tgk sgt *sgt tak sabar punya manusia!* masuk aje bilik tu i terus baring, then start lah activity scan2 ni..at 1st die buat 2D aje...sampai lah beberape keping gambar die amik, puluh2 keping..doc cakap mcm ni...

"otak, normal, bagus, tempurung ade belum tutup, meaning brain still can grow lagi, tangan..ade dua, jantung bagus, kaki ade dua, tulang paha bagus, tulang tangan bagus tak bengkok2, tulang belakang tirus dihujung, maknanya sgt bagus dan normal, bahu lurus, jarak antara dua soket mata normal, hidung normal.mulut penuh, bibir penuh maknanya tak ada sumbing....bla bla bla.." yg i dengar just NORMAL, BAGUS, GOOD....tu je..hahahahaha :) otak masa ni melayang sebab nak 4D..taknak 2D ni..mulut tak sabar ni,,terus je potong cakap doctor tu...

"Today i tak dapat tgk muka dia ye? semua 2D aje....." masam sikit muka time ni...yela, berpuluh keping gambar die amik, semua 2D kot...mcm takde 3D and 4D aje..then doctor tu cakap camni :

"nanti2, i akan tunjuk u 3D punya gambar and 4D utk video...kasi u tgk hows ur baby looks like"...melonjak hati aku terus! hehe

Saat yg ditunggu2 tiba juga akhirnya, Dr buat 3D / 4D scan utk tgk ape entah lah munchkin buat kat dalam. Oh, lupe beritahu, my munchkin ni teramat sgt lah active Dr kata.. Cepat dia lari, pusing tempat lain, paling muka, dan setiap tempat scan machine tu ada dia akan tendang tempat tu. I nampak dan rase jugak. So, i urut2 sikit perut i, sambil dalam hati suruh dia duduk diam2...i cakap mcm ni aje " Haip!! Baby duduk diam, mummy nak tgk muka, kalau tidak mummy rotan nanti!!!" ok......tak diam pun...tendang jugak. Pasrah..

Dalam video tu masa pertama kali tgk, Dr very focus.....kasi i tengok lama2...Ya Allah...indah saat tu. Sebab i nampak munchkin macam tengah minum air. Mulut ternganga, then kemam2, lepas tu nganga balik, mcm tengah makan....Then, die senyum lebar sangat2, dan ternganga sikit, mcm tengah ketawa. Mata tutup rapat, tangan pulak garu2 pipi, pegang2 mulut sendiri, and after few minit, mcm tau ramai sgt tengah tengok ape dia buat, terus die pusingkan muka kebelakang....tak dapat lah i tengok lagi.

Semua Dr captured, and simpan dalam CD. Dari 3D/4D ni jugak Dr. kata confirm lah munchkin adalah boy :) Alhamdulillah tak kisah lah boy atau girl asalkan sihat dan i boleh bawa balik secepat mungkin after give birth. Hubby and i was so happy and excited seperti biase. Dr kata baru masuk 6 months jadi baby tak ada isi lagi.. tak berisi laaa tak tembam2.. kalau nak tgk yg berisi sikit, dia suruh buat lagi end of Dec or Jan 2011. Memang i akan buat sebab mcm asyik suke nak tgk muka anak sendiri. hehehehe

Ok, total cost utk scan detail ini adalah RM135.00 termasuk 17 keping gambar 2D (kaki,tgn,tulang kaki, tulang belakang, otak, jantung, soket mata, hidung, mulut etc), 7 keping gambar 3D dan 2 video baby movement plus, consultancy dan ubat. Murah? yeeeee...sangat murah dan berbaloi yg teramat sgt ye :) highy recommended juga.

Baiklah, kat bawah ni video munchkin yg i dah edit (padahal hubby yg edit, i arah2 aje..hahaha), enjoy it ya!

Oh ok, for those yg tak tahu ape beza 3D and 4D scan (dulu i pun tak faham), ni i quote dr babycentre.com:
"3D scans are still pictures of your baby in three dimensions, like the photos you sometimes see in newspapers and magazines. 4D scans (with time as the fourth dimension) are moving 3D images of the baby. If you decide to have a 4D scan, you may be given a recording of it on DVD."

ok, tata :)

October 17, 2010

Your 1st kick!

Kejadian berlaku lebih kurang sebulan lepas..
waktu malam
masa angin sejuk sgt (tipu aje, tido aircond,jd sebenarnya aircond lah yg sejuk..haha..oopss)
kepala atas bantal yg empuk
badan atas tilam yg lembut...
tapi tak dapat nak menandingi rasa lapar secara tiba2
ada suami....
walaupun die mungkin tiada di alam sebenar akibat mimpi yg indah gamaknye
kedengaran juga dengkuran2 manja dari suami sendiri
jadi sendiri mau ingat lah kalau kejutkan dia waktu ini, tak mungkin die layan kau...hahaha
pasrah...
toleh ke kiri...
tangan mengusap perut 
tiba2...
terase seperti perut dijentik...
tapi dari dalam..
kaget
cacing kah???? (oh please....ade baby dalam perut aku, please go mr.cacing, how dare u!)
dahi berkerut...
30 saat kemudian
sekali lagi dijentik....ditempat yg sama
kaget lagi, tgn pantas diletakkan diperut
dijentik lagi!!
terus teringat (hey, this is maybe my baby's 1st kick!)
tersenyum! terharu........ (malam2 senyum sorang2 dalam gelap...bayang kan..)
hati tiba2 berbunga2, happy sentiasa....
dan mula merepek..
bercakap dgn perut sendiri
suruh baby tendang lagi...mummy nak rase..please...
dan mcm faham......dijentik lagi!
haaaaaaaaa.......
ini rupanya...
begini rupanya..
perasaan menjadi ibu...
yg tinggal hanya beberapa bulan...
untuk jadi realiti...
Alhamdulillah... :)


For baby,
A day after kejadian malam tu mummy nak bg daddy pulak rasa apa mummy rasa...Daddy masa 1st time mummy cakap, "meh sini tgn, baby dah tendang" die buat muke pelik like "yeke ni??" then mummy malas cakap dgn dia, mummy amik tgn die, letak kat perut mummy....mummy suruh die fokus, sebab baby kecik lagi, takkan boleh tendang kuat gila pulak kan...baru 5months :)

lama lepas daddy letak tgn atas perut mummy and dia fokus, mata die mmg bertentang dgn mata mummy....until baby tendang sekali, kuat sangat.....mummy pun tak sangka...daddy excited gila...tersenyum lebar and ketawa....i can see from his eyes, that dia terkejut, dan tak sangka dan sgt teruja....haha...rindu that moment...a moment where we both as parents terasa mcm baby depan mata dah! happy sangat....dan daddy masa tu harap baby tendang lagi dan lagi..dia nak rasa lagi....dan macam faham, baby tendang lagi...lagi...dan lagi...sampai 4 kali... :)

Daddy was laughing and seronok gila kami masa tu......sebab kami tau, baby recognized us as your parents...maybe sebab dah selalu dgr suara mummy membebel..and suara daddy....Alhamdulillah....sekarang ni mummy sorang2 buat entry ni. Daddy kerja, and baby teman mummy dari petang lagi...tendang2...tak penat ke darling? hehehe i love you, even you are not here yet in front of me...but you already closed to my heart.. :)

gambar di ambil masa mummy & daddy survey barang baby, tgk lah daddy yg happy nak beli nursery bag yg comel tu :) he looks cute dgn bag tu kan?! haha

October 14, 2010

Kegilaan survey barang baby bermula


Gila..memang gila....sebenarnya anak yg dalam perut ni bukan ade taste lagi, bukan die kisah pun mummy beli apa untuk dia. Asalkan dia mandi dan tak sejuk malam2, wangi, sudah lah kot. Tapi jadi mummy ni yg payahnye ade keEXCITEDtan (uik....marah cikgu bahasa Inggeris i kalau bace,hahaha) yg tersendiri.

Hari2 mummy akan survey dalam internet segala barang2 yg mummy rase kena ada (padahal semua ni angan2, tak ada pun tak ape,tapi mummy konon2 nak semuanya lengkap untuk anak mummy). Walaupun mummy rase mcm lemah jantung, kurang waras, dan hampir pitam setiap kali mummy membuat budget baby. Haha *eh ketawa pulak, padahal duit nak melayang mcm layang2 ni* mummy akan jadi lebih2 lagi mcm nak tumbang bila budget mummy kemudiannya di potong oleh Daddy dgn sekali jeling...adussss

Mummy telah tetapkan date utk bershopping, iaitu akan mula dgn hujung bulan ni. Jadi bulan ni mummy memang sibuk sgt survey dari barang2 asas sampai lah barang yg bakal melalaikan baby tapi menyenangkan hati mummy supaya mummy boleh tido malam dan baby kalau terjaga kau pandai2 lah cari permainan yg mummy gantung kiri kanan depan belakang untuk menghiburkan hati sendiri. Hahaha...

Tengok dekat tepi blog mummy ni, dah mummy gantikan dulu mummy tulis WEDDING CHECKLIST, tapi sekarang BABY CHECKLIST..huhuhu everytime mummy dah beli, mummy akan tulis done. Ini je yg mummy rase baby perlukan ye!! (psss..mummy tipu, ini sebenarnya yg daddy luluskan dari senarai sebenar yg mummy buat, yg daddy tak luluskan kite beli senyap2 ok!)

Sementara tu, sila lah menatap gambar2 berangan yg mummy sempat copy. Tapi kite belum tentu lagi akan beli semua ni sebab mummy sekarang bukan lagi Menteri Kewangan dan jawatan tu daddy dah ambil alih sebab dia takut mummy salah guna kuasa dan pecah amanah sepanjang membuat preparation ini.*Oh,sakitnya hatiku!*

ESPRIT baby playpen

Peg Perego Pliko3 travel system

ESPRIT Baby carrier

Bathing set 
*mummy beli toiletries wangi2 ok!*
Baby grooming set 
*kalau baby taknak makan ubat,mummy ade injection! rasakan!!haha*

ESPRIT nursery bag
*semoga daddy hensem tatkala memakai bag ini,mummy wont wear it*

Fisher Price Bouncer
*main lah dalam ni dan jgn kacau mummy tengok Gossip Girls, please*
Sleeping bag-mengada2 aje
*hahaha mummy nak sangat masukkan baby dalam ni*

Ok lah, enough! Mummy asyik berangan. Kita tengok ape mummy beli sudahnye nanti ye. Love you. Tata

October 6, 2010

my lil munchkin updates!

Hati sgt gumbira ni...sebab mood masih lagi baik, since pergi last check up Sabtu lepas dekat UMRA...sekejap lagi upload gambar yg masa 11 weeks preggie, lupa nak update kat sini.. at that time, baby dah nampak mcm baby dah la..no more peanut! hehehehe~ comel aje dia baring, memang excited habis. Teruja tgk dia dah ade rupa baby...dah poyo terbayang comelnye dia masa tu :)

Then, berlalu lah segala puasa and hari raya, dan i pula asyik tangguh2 nak jumpa gynea after hari raya sebab busy dengan open house lah, makan sana sini lah, sampai lah Sabtu lepas, pagi2, i tengah tidur, then hp berbunyi, masuk SMS from my schoolmate Her, she said that dia baru balik dari scan baby die and dah tau gender! i was like...what?? *mata terbukak luas,seluas2nya* then i bangun mcm lipas kudung, i kejut husband i yg tidur nyata lebih lena dari i, suruh mandi dan siap...ape jadi? Husband i LIAT, ok!!! bergolek sana, sini....last2 i suruh die bukak mata and bace sms my friend tadi, terus die sengih2, and bangun mandi..haaa..tau pun excited nak tau anak ape..*puas ati aku*..

Sampai je kat UMRA, i memang dah excited, so, i pergi kaunter setel kan ape2 yg patut, then tunggu turn..rupenyer turn i 2nd last, before Dr.Ummul habis shift dia for that day, pukul 12 tengahhari i dipanggil masuk.
Macam biasa, terus Dr minta i baring, dan suruh husband i jgn duduk jauh2, duduk dekat dengan monitor..bermula lah dialog2 i yg excited ni dgn Dr yg penyabar melayan seorang perempuan mengandung yg agak over dan mendesak sikit..hahahahaha~

Dr. Ummul: Dah berape minggu ye sepatutnya Puan?


Saye: 19 weeks....maybe..hehe *sengih2 pulak..*


Dr. Ummul: Puan ni macam tak mengandung aje, dah nak masuk 5 bulan, perut kecik betul..*sambil ketawa2*

(padahal dia tatau yg ayat tu telah buat aku gabra tak hengat2, sebab takut laaa aku ni tak normal ke pregnant takde perut pulak..pergh~!!)

Saye: Ade org tegur jugak, tapi........takde masalah kan dengan fizikal i ni?


Dr. Ummul: Takde2, dari pemerhatian ni, semua ok..normal *senyum*, jom saye tunjukkan baby Puan, ok....sekejap saye cari tangan die...Haa...ni tangan die, tgk, ade 5 jari kan? Puan nampak tak? Dia bg puan Hi Five!! hehe ok tu tangan kiri ye Puan....


Saye: Hehehe *airmata nak meleleh*, haah i nampak......... (kaki i tiba2 ade org garu2, oh, terlupa, ade org lain pun teruja tgk anak dia dalam screen...hahaha)

Dr. Ummul: Ok, kita cari tangan kanan pulak, nak bagi Puan tengok jari2 dia..kalau Puan nampak, beritahu saya, sebab kita nak sama2 confirm memang nampak so that tak ada isu timbul bila lahir nanti..Puan tgk betul2 ye...sekejap...Ok, dah jumpa, nampak tak dia wave tangan kanan dia?? Ada berape jari Puan nampak?

Saye: *dengan tekun i kira* lima....hehehe~! (teruja gila dah nampak dua2 sekali....)


Dr.Ummul: Sekarang kaki pulak ye...susah sikit yg ni, sekejap saye carikan....haa...tgk, dapat tapak kaki die...Puan nampak? ada 2 tapak kaki...(doc pun macam excited...hahaha)

Saye: Eh..hahaha happy feet!! Comel~ *pengaruh cerita katun yg kuat disitu*

Ok, i puas hati tengok semua, tapi ada 1 je lagi, yg memang mission i of the day terus i tanya doctor yg masih tengah scan perut i,

Saye: Doc, is it possible i tau gender die...please~~ *penuh mengharap muka i masa ni*

Dr. Ummul: Boleh..sekejap ye Puan, sebab tadi saya rasa saya dah nampak dah dia lelaki atau perempuan...saya fokus sekejap...ok, dari gambar ni, anak Puan...lelaki ye...sebab saye nampak something between his leg...and Puan cuba tengok..ni tali pusat ye, jgn tersilap, Puan tgk kat bawah lagi, antara kaki dia...nampak???

Saye: NAMPAK....*oh termenjerit pulak* hahahahahah memang nampak lah tersangat ni....huhuhu~

Ok, habisss...that was all about jumpa doctor kat UMRA Sabtu lepas.......i dapat baby boy, insyaallah :) cerita pasal gender ni, from the 1st time i tau i pregnant, i dah rase i dapat anak lelaki......entah, mmg perasaan macam tu..tapi i suke tgk anak buah sendiri which is a girl, and i suka baju baby girl..tapi perasaan kuat utk anak lelaki. Sampai laa semua org tegur perut i kecik, mesti anak perempuan....bila jumpa org aje, org kate mcm tu, i pun terus 50-50..hahahhaah..but boleh dikatakan everytime i macam pandang perut sendiri, i akan terase mcm anak i lelaki.......rase lelaki lebih kuat dari rase die anak perempuan...kalau cari nama pun, i cari nama lelaki......heheheh~

Now, dah tau gender, mission i ialah mencari nama.....yey~!!! k...nanti update lagi..tata~

September 22, 2010

Astaghfirullah...punya lah saye malas!

cakap aje nak suruh buat ape..jawapannye malas...sekian..

kesian anak dalam perut, nak update gambar baby yg discan before raya pun tak upload jugak... then gambar hari raya, pun tak upload....then gambar bukak puasa dgn BFFs, pun tak upload sehingga BFFs sudah muak tanye dan malas nak dengar jawapan sama "aku belum edit lagi......".

then gambar bersuka ria hari raya, semua nak update pasal kenangan raya zaman kecik2, eh helo...saye pun ade kenangan tu......tapi nampaknya saye tak serajin anda...adeh...*ketuk kepala sendiri* jadi saye rase, cukup laa membace cerita anda yg rajin2 ni sahaja....tahniah untuk anda.

Raya tahun ni byk berjalan, tapi belum update, nanti lah ye.....belum edit gambar..hah!! tgk2!! alasan yg same...cehs..

next week jumaat ade 3rd pregnancy check up dekat UMRA, mmg looking forward dgn penuh excited utk check up ni, sebab konon2 nak tahu baby gender (memang dasar tak reti sabar walaupun doctor dah kate bila 6 months baru nampak)....lantak la..nak jugak scan sampai nampak!

sedar tak sedar dah 4 months dah mengandung.......perut maintain sahaja..macam tak pregnant pun..hehehe tapi bila makan, org kate macam makan 2 org....mmg laa, kan memang ade 2 org ni...ape laa..

skang kat opis pulak asek la handle resignation, manjang org nak berhenti. Cite pasal org berhenti ni, sedih sikit, sebab kebanyakkan semua batch i yg berhenti kerja sebab dapat better offer....ermm...makin lengang...dan tak havoc like before...gelak boleh kire berape harkat...dan berape kali setiap hari...

kat rumah semua i malas buat (oh, berterus terang, sgt tak reti malu). makan dan tido dan tumpuan lebih kepada anak buah yg sudah pandai macam2, termasuk cakar muke Aunty dia yg jelita ini..HOH?? hahahaha tarik rambut i, dan jugak membebel kalau nampak kelibat i tapi tak nak angkat...ape la..bgn la sendiri, suruh org angkat pulak....

Kesian pula dgn hubby yg mmg tak putus2 dr menjadi hubby yg soleh, hahahaha hari2 urut kaki walau pun kaki die sendiri kena sengat tebuan dan bengkak....huhuhu lepas tu dia kemas bilik segala vacum and sapu and cuci2 toilet...sebab diri sendiri tak suke bilik kotor, jd asek kerah suami sendiri kemas...sebab nak kemas tak ada mood...(bila laaa perkara mcm ni nak habis, byk dah menyusahkan org ni..)

ok lah, skang berhenti membebel, sebab perut ni cramp, apesal entah...sgt tegang perut, mcm nak meletup.perlu lihat ape sebenarnya berlaku....daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

August 1, 2010

Susu dan petua untuk ibu mengandung


Heeyaaa :)
Dulu nak kahwin, so asyik lah mintak tolong ex-bridezilas kat luar sana suggestion lah, advices lah, macam2. Sekarang, dah kahwin, pregnant pulak...so??? ekekekekek kene jugak minta tolong readers2 yg dah ade pengalaman untuk beberapa perkara :)

Start dengan susu, alahai..my sister minum Anmum masa anak buah i yg 1st tu dalam perut dia, until now, stil Anmum. i morning sickness agak teruk, selalu muntah tak tentu pasal, so my gynea kate, better tak perlu minum susu sebab jgn risau, rakyat malaysia tak ada yg kurang kalsium masa lahir. Katenyer~ dia kata kalau i minum susu, i akan lebih muntah. Erk...cemane tu?

I bertahan lah sampai nak habis 1st trimester ni, untuk tak minum susu, konon2 i bace morning sickness ni untuk 1st trim je, so masuk 2nd nanti i konon2 tak ade morning sickness dah. Boleh lah i minum.......i cube laa 1 day amik bau Anmum my sister, pergghhhh..tak boleh blah. Terus loya dan ke sinki jawapannyer. So, discuss with my few friends, dorang minum Enfamama A+. I pun ajak hubby ke Jusco, nak beli Enfamama tu. Beli lah starter pack, RM20 ada 6 paket. Sehari 2 paket kena minum..katenyer~ Ada 2 perisa, vanila and chocolate, i suka chocolate, tapi since preggy ni, chocolate adalah makanan yg i tak boleh makan atau bau sekalipun. I muntah. Tak boleh sangat2. So. i amiklah Vanilla......tak sabar nak try....

Sampai aje rumah, i mintak hubby buatkan, ikut sukatan pada pack tu. 1 paket + 200ml air suam. Siap aje i pegang lah cawan tu nak nak minum...teguk sekali...what happened next was......i tak boleh telan susu tu... :(( huwaaaaaaaa i rase mcm dia manis, mcm ais krim. Rase die macam u beli sundae vanilla kat McD tu, pastu u biar cair...dah cair macam pekat2 tu kan, u minum.......OMG!!! Tak boleh blah... rase nak menanges...

Hubby pulak mcm cikgu displin (sebab dia yg buat susu tu tadikan) dia kate "jgn tinggal walau setitik pun, HABISKAN!" terkebil2 i.....buat muka kesian pun dia bulatkan mata dia pulak :( Susu 200ml tu i habiskan dalam masa 2 jam tau tak....i kene minum macam 1 sudu..then 1 sudu lagi but every spoon i kene minum air kosong untuk bantu i telan susu tu.....i tak boleh lah...macam mana ek?? Kalau i tak minum susu boleh ke? Ape substitute pada susu ye? Sebab org asyik takutkan i, kalau tak minum susu tak boleh breastfeed nanti...susu tak cukup lah ape laa..bla..bla..bla...(menakut2kan ibu mengandung itu adelah kejam ye!!)

Ok masalah kedua, petua untuk ibu mengandung :
Ape boleh makan? ape tak boleh makan? ada byk gile petua i bace kat internet and ade yg mengelirukan pulak...haha so better org yg ade pengalaman sendiri ceritakan....boleh jugak i amik mane2 petua yg ade bukti kesahihahnnya....macam:

Durian: i bace, semua kata tak boleh makan durian (my fav fruit ye..), sebab panas and tak elok untuk baby, tapi i bace kat Babycenter.com.my, dia kata takde pape kalau makan durian ni. Sebab tak ada fakta sains pemakanan yg mengatakan Durian tak elok untuk baby tak kira lah dari awal pregnant sampai ke sudah.

Air kelapa: i tak minat, but kalau betul2 ia boleh membantu my baby, i kena lah minum tak? ada i bace, tak elok untuk ibu mengandung dan baby, sebab ubat2 yg kita makan akan keluar semua and tak tinggal langsung / terkesan langsung. So sia2 lah kalau makan ubat / vitamin then minum air kelapa, sebab air kelapa akan cuci habis semua drugs ke, ubat ke, vitamin yg kita makan. Tapi, bace punya bace, ade org pulak kate, air kelapa paling bagus untuk ibu mengandung sebab dia kurangkan dihidrasi (melayu habisss vocab i...haha) dan paling bagus jugak sebab die cuci plasenta ibu supaya baby dalam kandungan tak terkena jangkitan kuman akibat makanan si ibu. Ia jugak akan membantu menguatkan sistem imunisasi baby, supaya bila dia besar. dia tak kena flu selalu, and tak kerap demam.Then bila anak lahir, kulit baby kita jadi lebih bersih dan rambut dia lebat dan sihat...oh betulkah???

Air soya lah pulak :
I tak minat air soya, tapi, ramai kata air soya bagus untuk ibu mengandung, supaya nanti anak lahir kulit putih melepak.......cantik kulit baby kita tu...(oh siapalah tak terpengaruh kalau dengar benda mcm ni....please!) ekekekekek so, i start lah minum air soya....konon2 berangan nak sangat anak kulit putih.....tiba2 bace dalam few blog yg mengatakan, minum soya yg banyak masa pregnant akan buat kulit anak bukan sahaja putih melepak, tetapi juga terlalu sensitif....ok, tgk my sis yg suka minum soya, anak buah i sgt putih melepak......sekali tgk mcm bukan family i..hahaha tetapi....memang kulit dia super duper sensitif....kurap susu dgn dia tak boleh dipisahkan...and lengan die tu asek merah and ade 1 time berdarah padahal dia ruam aje semata and tak usik pape pun......ermm....cemane tu???

Kicap: hah, dah nak sgt anak kulit putih melepak tu mestilah sebenarnya korang takut anak kulit hitam kan..? ahahahahaah i penggemar kicap. Tak kira lah kicap manis ke masin ke, kipas udang ke, adabi ke, jalin ke, ape saye kicap, i suka. Makan nasi kosong, letak kicap, dengan telur goreng pun dah sedap sgt, makan dgn ikan goreng je pun dah super lazat dah bagi i..asalkan...ade kicap. Bila i pregnant ni, my mum selalu marah i makan kicap, dia asek tegur, "hah, makan lah kicap banyak2, nanti anak hitam baru tau!" ooohhhh??? apekah???? jgn lah mengugut sampai begitu...sgt tragis ok! betul ke tak boleh?? betul ke effect warna kulit baby?? urghhhhhh~

lain2 makanan yg dah terbukti secara saintifik tak boleh makan, i memang dah tak makan lah..macam Sushi (fav i ni...adoi laaa....), ikan sardin, ikan2 besar, nenas, makanan laut mcm kerang, udang, sotong etc yg memang ade byk toksid, buah2 yg sejuk macam tembikai dan lain....semua i dah kurangkan sangat2.....walaupun terasa mcm nak sgt makan....sedih gila..ekekekeek

I pun cuba nak makan benda2 yg bagus untuk baby, macam buah delima (untuk elokkan penglihatan baby dan cantikkan mata dia), dan dah nak masuk bulan puasa ni lagi bagus sebab ada kurma....i bace mmg sangat2 baik untuk baby dan memang patut dimakan dalam kuantiti sangat banyak.....kalau taknak..makan kismis pun bagus.....Buah pulak, i memang suka apple hijau.....so, tadi baru beli stock apple untuk letakkan kat opis (harap2 tak ada budak opis bace kalau tidak apple itu bakal hilang dengan sgt cepat), hahahaha...

Ermm...ok lah....harap2 ade readers yg nak exchange pendapat pasal semua benda ni.....best kan kalau boleh share2 info.........thanks and take care....daaaaaaaaaaaa :)

July 23, 2010

1st check up and a story about daddy to be

Today story basically for my beloved husband (daddy to be), and this is also a note, for my lil munchkin, so when he grow up one day, and terbace this entry, dia akan tau, dan sentiasa ingat, how lucky we are, to have such a wonderful husband/father like him :) (oh sungguh emo, sehingga airmata sudah mahu jatuh,haha ibu mengandung sgt sensitif ye...mintak maaf..huhu) For those yg dah bace 1st paragraph ni, and ade terase loya melebihi org mengandung, sila tukar ke blog lain dan jgn sambung membaca :)

Where to start, oh, ok, this week i dah 8 weeks preggy, and dah pun buat 1st check up at UMRA Medical Centre Shah Alam. At time i realised i was 5 weeks preggy, so, dah about 3 weeks lah both of us tau that we are insyaallah goin to be a mummy and daddy :)

3 minggu ni memang indah, but, 1st time pregnant, semuanya i rase tak betul and agak susah. BUT, i'm learning, so, i accept all those kind of feeling supaya i lebih redha, and to make this pregnancy wonderful. Talking about pregnancy, ade ibu2 mengandung yg melalui morning sickness dan ade jugak yg tak. If yes, then morning sickness ade berjenis2 dan bermacam.....terpulang pada setiap preggy lady tu sendiri.

Macam i, i loya like setiap minit. Haaa..best? and asam sebenarnya tak dapat membantu i utk prevent i dr muntah. Muntah pulak like everyday secara confirm, cuma tgk la, muntah air, muntah angin, or muntah segala jenis makanan yg i makan couple hours ago. Bukan nak mengomel, or merungut, tapi ni semua as a note for my baby, so that 1 day dia tau, how hard i tried to face semua stage ni utk dapatkan dia.... :)

I kerja, but i selalu pulak MC, tapi i rasa mcm dah taknak MC starting next week, sebab i rase mcm dah used to this feeling, muntah, loya and all that lah kan. Tapi susah jugak, sebab ofis i toilet kat luar, tingkap pulak kat tepi meja boss i. so everytime i rase nak muntah, i mcm kelam kabut, tak tau nak lari mana. Nak muntah kat tingkap tu, nanti boss i terperanjat pulak..hahaha nak pegi toilet, alahai, jauh pulak...nak muntah dlm tong sampah kat tepi i...habis laaa 1 ofis berbau nanti...tgk!!! serba salah tau..sebab tu malas pegi ofis..rase nak setel everything at home aje :(

A Husband Like Him:
I just cant face all these by myself, i'm so glad and thankful that i have my husband right beside me, everytime i need him. Betullah org cakap, tunggu sampai mengandung and ada anak, utk tgk sejauh mana sayangnya husband kita pada kita. Kata lah apa nak kata while you are reading this, like i care kan? huhu but, so far, i rasa, masa i pregnant ni, he is more sensitive towards what i need, what i request, ape i mintak tolong and so on.

Ingat lagi bila malam, perut i akan selalu rase cramp, rase die mcm u buat sit up, tapi tak warming up dulu..then perut u rase sakit giler, mcm kejang. I selalu rase tu, everynight, during day time kurang, tapi kalau malam, sampai i susah nak tidur, then my husband lah yg akan urut perut i slow2, sebab die takut efect baby pulak...die urut sampai lah i tido atau i kate stop.... even i know, die baru balik keje, and penat sgt drive...oh..so sorry... :|

then every weekend for us adalah hari mengemas....but dah 3 minggu i tak kemas pun bilik ni..semua benda husband i buat, dari kemas katil, tuka cadar, vacum carpet, basuh,sidai,lipat baju semua i tak buat. I nak buat, but entah la, i angkat vacum, opah menjerit, jgn angkat vacum nanti bla bla bla bla bla...i nak pergi angkat bakul kain, husband bising, takpayah, die buat....ermm..serba salah (konon), but deep down, waaaah...this is good!! hahaha

Dapat husband yg ringan tulang and berdikari memang best giler, sebab tak payah ajar, pandai buat sendiri, iron baju, basuh baju, semua 10/10......tapi....bila tgk dia buat kerja, i rase sedih pulak. Kesian...yela, selama ni, i buatkan for him, now 9 months die nak buatkan for me...dgn tahu kerja opis dia byk, dia tensen dgn ofis, then balik die nak layan i yg sikit2 dah sakit sana sini..rase sedih jugak..mcm mana penat pun, everynight without failed husband i akan urut kaki i or kepala i sebab pening or loya.....kalau i tak mengadu sakit, dia mcm dah di terbiase, tetap urut jugak tgn ke, kaki ke...huhuh bagus betul :)

i should be proud of him, setiap 1 benda keluar dari mulut i, semuanya memang dapat especially makanan. Sampai i rase tak boleh cakap ape2, takut i sebut tetibe die pegi cari....like 1 day i nak mangga/pelam muda. Mane ade jual kan? org jual yg dah masak, manis.....i nak yg muda, tak masak lagi.....i nak cicah kicap and gula, i baru cakap........tiba2 i toleh, my husband tengah pakai baju, i tanya, nak ke mane? dia jawab, cari pelam....i terkejut, sebab masa i cakap, mata die half tertutup sebab nak tidur..hahaha

And many more sweet things he did sepanjang 3 minggu ni...i rase blessed and happy.. :)

1st Check Up at UMRA Medical Centre, Shah Alam:
At 1st, we decided to go to Pantai Med Centre, Klang, tapi after chatting with few friends, ade suggest UMRA, so i decided to give a try. Yela, why not, 1st check up aje pun. Later on i boleh pergi mana2 hospital lain utk try lagi..kan..i nak jumpe dr.Ummul, tapi die tak ada. Yg ade Dr.Nikraj tak silap.

So after nurse amik darah, blood preasure and everything, doc pun panggil i masuk. i gabra ok..haha :) my husband dia taknak masuk, i paksa dia masuk, nanti i bersalin, die kena masuk takkan lah scan ni pun dah gabra kot??? Haih!!! so, die pun masuk join i dgn doc tu. Friendly lah doc tu, die sgt lembut cara cakap, and muke die mcm nak pastikan every explaination dia, both of us faham. So dia cakap kat i...then ulang kat husband,, die tunjuk monitor dekat i, then explain, after that kat husband i, then explain jugak. Mcm dwi bahasa dia buat....hahahah english-BM lepas tu..huhu

He explained very well and very detail. Lagi2 sebab 1st pregnant, so dia byk bg nasihat and consult regarding pemakanan, aktiviti harian, and kesihatan..then suggest buku2 yg kene beli utk tambah knowledge. Both of us satisfied dengan amount yg kami bayar dan servis yg diberikan. balik dgn senyuman ye..hehehe

I know my husband die mcm tak berape percaya i pregnant, sebab dia selalu mcm konfius2, and i tau die selalu mcm pelik2 je tgk i..hahah..then bila sampai masa utk membuktikan yg i pregnant, masa nak scan tu, we both excited gile, i baring and nurse tu buat kan semua benda, angkat kan kaki i...letak kasut i kat tepi, letak segala mcm benda lah ape bende ntah, then, doc tu scan....... i gabra, sebab nampak kosong aje...gelap..haha

i was like, habis la...tak pregnant ke?????? tiba2, doc tu cakap, "now we can see that you are definitely pregnant!" i terus renung monitor tu..huhuh waaaah, i nampak sesuatu....mcm kacang bentuk dia..heheh :) comel..kat perut i.....husband i fokus gile kat monitor, then the doc zoom in lagi, kasi nampak bebetul...and...tu dia, i dah nampak..sooooooo comel....1.6cm, and doc tu terlupa nak off sound, kuat gile terpasang tiba2, bunyi jantung dia......Dup! Dup! Dup! Dup! sgt laju..twice dr kelajuan jantung kita :) i pulak rase mcm..oh adekah my baby panic sebab masuk tv?? and panic sebab mummy and daddy sedang tgk dia?? heheheh


Doc terangkan kat husband i, mana rahim i, mana kedudukan baby, kat mana die melekat, mana air ketuban what so ever dunno if he was listening or not sebab dia ralit sgt tgk "kacang" kat screen tu..heheh i was amazed. Actually i wanted to cry la..dah agak bergenang kan..but tahan...relax aje..huhuh then Doc suruh i amik folic acid and so on.....and bagi nasihat lagi dan lagi...and inform bila i kene dtg check up lagi.....

After that, DONE! We paid RM67.00 for all, including segala scan, consultation and vitamins, then kami balik rumah tersengih2 happy :)

Itulah cerita for today.....nanti i update lagi ok!! Take care you all...daaaaaaaaaaaaa :)

p/s: harap2 en azuan tidak bace entry ini walaupun die memang akan bace, harap2 sangat lambat..kalau tidak nanti saye malu..bahahahahah :)) opsss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...