CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

July 31, 2013

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda 2013/2014

Assalamualaikum
Ya, betul.
Dah buka.
Esok (1 Ogos) start.
21 Ogos tutup.
Ya, online application sahaja.

Hahaha amacam? terer tak makcik jawab soalan dalam fikiran korang? Oklah. Hari ni nak berbahasa. Taknak berbahasa pasar.

Kepada semua, UiTM akan membuka tawaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di UiTM melalui skim biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM tahun 2013/2014.

Anda yang berminat bolehlah melayari laman sesawang berikut MELALUI INTERNET EXPLORER SAHAJA.


http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ 

Anda kemudiannya akan menemui muka hadapan laman seswang berbentuk ini:




Baiklah, tawaran di buka bagi peringkat Sarjana juga Doktor Falsafah. Atas sebab bulan puasa dan saya juga seorang yang gemar berkongsi info (masuk bakul angkat sendiri) maka di sini saya sertakan beberapa tips.

1. Untuk menjadi ahli akademik, bidang pengajian peringkat Ijazah perlulah selari atau sealiran dengan bidang Sarjana yang anda mohon nanti. Sebagai contoh, saya ialah bekas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Peniagaan Antarabangsa, maka ketika saya mohon TPM, saya mohon untuk melanjutkan pengajian Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

2. Di maklumkan bahawa antara syarat kini ialah pemohon hendaklah tidak atau belum lagi memulakan pengajian ketika memohon TPM.

Baiklah, hanya dua tips. (lidah dah tergeliat sebab guna bahasa yang skema, mari kembali kepada mak jemah asal! BERTUKAR!!!!)

ok, u ollsssss.. hahahaha apply lah. Tapi ingat tolong lah ikhlas sikit. Apply sebab nak jadi pensyarah, bukan nak buat lawak lepas belajar taknak report duty ya! Taknak marah-marah dan remind banyak-banyak sebab tahun lepas makcik dah cakap dalam entry ini :



So, pandai-pandai lah!

Sila bertanya kalau ade sebarang kemusykilan. Makcik coba sedaya upaya membantu!

OK ZAAAASSSSS! makcik nak pergi ambil Datin Paduka Zamzidar Osman, balik kerja. Juga ambil anak Dato' Azuan balik taska. Hah, kau ingat senang tak posting lagi ni?? Jadi supir tau! Supir with MBA, kau hado?

Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...