CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Inai / Henna. Show all posts
Showing posts with label Inai / Henna. Show all posts

April 14, 2010

Bride's Journey Begins : Bridal Henna (inai pengantin)

Hari ni kerja mcm ulam surfing (eh,hari ni je ke? bukan hari2 mmg kerja dan surfing ke?), tiba2 terfikir pasal corak henna atau inai pengantin yg aku kene buat hari Khamis (29th April,2010) kat satu beautician kat Klang. Dah siap booked and bayar deposit dah pun. Cuma, dia kata, corak dia akan pilihkan.

Actually aku terjumpa aje butik tu, masa tu En.Azuan tengah repair kereta kat Proton betul2 sebelah butik tu. Then, aku masuk nak tanya harga la if nak buat THREADING, dia kata, RM15, full face. Eh, mcm murah. So, aku terus try buat. Dlm 15 minit siap. Saje je try dulu, takut kalau2 muka aku ni sensitif (eceh..sudah laa muka kulit biawak, sensitif kebende?" hahahahaha...

Dia oter sekali laa kening bagai semua memandang kan aku mmg tak menjaga kening dan segala bulu2 yg ade kat muka aku, tiba2, waaaaaaah, LICIN! hahahaha..oi2, kening ada laa...muka licin, kening dia betulkan aje..ish! Terus aku belek2 price list die, and tgk ada henna, aku terus aje la booked sebab dekat dgn rumah.

Sekarang, after 1 week aku pegi sana, aku terfikir, aku kene cari design, takut design dia buat tak kene selera aku. Dia Indian lady, mesti dia taste ke arah design2 India lah tak? aku melayu, nanti design henna mcm india cemane? So, aku sufing la gambar2 henna. But still, tak tau nak pilih mane 1..hahaha..

Nah tgk!
ni bahagian kaki, perlu ke mcm ni? atau di simplekan?


corak ni mcm comel kan? rase mcm nak mcm ni. Ke huduh weh?


ni simple aje..pun berkenan jugak.. :)


Erk..kecik plak gambar ni...cantik kan? ke sebab kulit putih? kulit aku itam..hahaha


cantik henna kaki ni..pandai yg lukis ni.. :)





ok. bercakap pasal henna atau inai ni, perlu ke aku pakai 1 jari penuh? atau hanya kat kuku? pening ni...cantik ke kalau penuh? ke letak kat kuku je cantik..aik..pening lagi....En.Azuan tak setuju pakai henna ni. Dia kate, inai aje. Tak payah lukis2, die kate org melayu kawen tak buat mcm tu. Pastu die kata, jgn nak ikut2 budaya bangsa lain...hehehe kene marah..pasal henna...

Tapi naseb en.azuan tak baik sgt, sebab dapat Tunang degil dan tak suka dengar cakap org bila hati dah berkenan satu2 benda, lepas tu ditambah rasa yg amat excited, menjadikan aku taknak dengar cakap dia. Lagi teruk, aku plak paksa dia pakai inai 6 jari (kiri 3, kanan 3) dan..dia kate aku GILE! En.Azuan kate dia akan pakai, tgn kanan aje..or tgn kire aje...*sedey*

Sudah laa cite pasal dia, cepat bg solution, mana corak yg best? hehehehe Take care! daaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...