CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 31, 2014

Saja-saja terkenang

Assalamualaikum,

Duduk di office hari ni macam tak tahu apa nak buat. Terkebil-kebil tengok email, kemudian siapkan surat lantikan AJK Perkampungan Anak-Anak Yatim Negeri Melaka yang akan diadakan next week.  Tengok-tengok dah pukul 1 tengahari.

Pintu office ada orang ketuk, rupanya husband datang, hantar Adam Qaiser sementara dia nak solat Jumaat, minta tolong jaga sekejap until 2:00pm. Senang saja jaga Adam, bagi kertas kosong 1, bagi pen, selesai! Tulis ABC?? Bukan-bukan-bukan... dia lukis Ultraman.. heheheh

Eh, esok aku masuk 30 tahun. Gila. 30 tahun! Maknanya dah hidup 30 tahun atas dunia ni. Fikiran pun menerawang entah pergi ke mana. Imbas-imbas zaman jadi budak-budak, zaman sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti, zaman awal kerja, dan sekarang.

Jauhnya dah jalan. Apa dapat? kutip apa je nih? Hehehe Tadi masa breakfast 3 beranak sempat berborak dengan husband, cerita masa lampau. Zaman kecil-kecil. Aku dengan suami memang jauh beza. Kalau aku kata mak ayah aku susah, keluarga mertua aku yang peneroka Felda, jauh lebih susah. Mata kami sama-sama pandang Adam qaiser yang tengah main patung ultraman sambil makan mee kicap.



Senang juga hidup budak ni. Untunglah. Aku cuba beritahu yg zaman sekolah rendah, aku belanja 50sen pagi dan 50sen petang. 50sen tu dapat beli air sirap 1 cawan (10sen), nasi lemak (30 sen) dan kuih sebiji (10sen). Petang sekolah agama, aku dapat lagi 50 sen, beli air 10 sen, beli nasi ayam 40sen.

Suami aku pun cakap, "untunglah, aku dulu Abah dengan mak bagi 30 sen sehari, sekolah petang abah tak bagi duit belanja pun. 30 sen tu bukan setiap hari, seminggu 2-3 kali aje abah bagi. Hari lain tak ada duit pun". Kau dapat 50 sen pagi, 50 sen petang tu bapakkkkkk mewah!"

Aku gelak. Cehssss, mamat ni memang buat aku kalah. Aku baru nak poyo-poyo miskin kedana. Hahahahaha aku pun cakap, "aku balik sekolah kadang-kadang Ayah tak datang ambil. Dia lupa, atau dia lambat sangat-sangat, sampai aku jalan kaki balik rumah dari sekolah! Penat tau! Berpeluh! nak sekolah petang pulak lepas tu. Itu tak apa lagi, dekat depan sekolah agama aku tu dalam perjalanan balik, ada 1 rumah ni bela angsa! Bengek tuan rumah ni tak ada pagar rumah dia, angsa dia lepassssss aja. Angsa pun bengek juga, asalkan nampak muka aku aje dia kejarrrrr!! lepas tu dia sudip bontot aku! sampai lebam!! Menangissss aku sampai kat rumah.... haihhhhhhh~!!"

Inilah sekolah rendah aku


Suami yang tengah makan nasi goreng kampung jeling lepas tu cakap, "B, abah tak pernah ambil aku balik sekolah. Adik beradik aku sekolah rendah jalan kaki pergi balik. Dah lah kat sekolah tak makan sebab tak ada duit, balik menapak dari sekolah sampai rumah tengahari panas tu. Setakat angsa tu apalah sangat, aku rumah dalam hutan kau sebut aja apa binatang yang tak ada nak kejar budak-budak balik sekolah........"

Alaaaa... kalah lagi aku.. Hahahahaha terus aku rasa kehidupan masa kecil aku tak thrill. Husband kata sebab tu dia pandai masa sekolah rendah, sebab bila abah tak bagi duit belanja, orang pergi rehat, dia pergi baca buku siapkan kerja sekolah. Eh, aku teringat pula aku masa sekolah rendah, jangan kata waktu rehat, sipi-sipi nak waktu rehat aku dah menggelupur kat kerusi, tak menahan nak pergi beli makanan! 


Lepas tu bila dapat jadi pengawas, dapat keluar awal 10 minit dari murid lain, sebab kena bertugas masa murid makan, heavennnn aku cakap kau! Turun 10 minit awal, tak payah beratur beli makanan, dapat pilih pinggan nasi lemak yg ada telur mata paling lebar, dengan cawan air yg paling penuh makcik kantin letak! hahahahahaah lepas tu mula lah pergi bertugas macam beruang terseret-seret, mata dah layu makan banyak sangat.

Hah, dah tahu aku pengawas kan? jadi yang mana aku? yg paling comel pastinya.. hahaha


Tak sangka semua ni berlaku dah terlalu lama. 20 tahun lepas. Tahun 1990-1996. Husband punya era kau kena tolak lagi 5 tahun dari aku. Dia kertu sikit. Hahahahahahahaha... seronoknya mengimbas masa lampau. Masa nasi lemak harga 30sen, masa air secawan 10sen, masa tak ada orang jahat nak culik budak kecik yang jalan seorang diri balik rumah, masa semua benda pada kadar sederhana dan dunia ni aman damai.

Agaknya aku selalu rasa zaman kecik aku susah, jadi Allah jodohkan aku dengan mamat ni, yang sahih-sahih lagi susah dari aku. Supaya aku lebih bersyukur, aku tak melalui saat yg getir. Eh bagi aku tak pergi kantin untuk makan memang dikira getir ye! sebab aku perlu tenaga nak pergi main getah lepas tu... hahahahahahahahhahaah

Kita rasa kita cukup susah, orang lain lagi susah cuma taknak canang saja. Kita rasa kita tak ada harta dan rasa down sangat sebab terasa "miskin" banding dengan orang sekeliling, kita lupa pula nak tengok yang betul-betul miskin dunia, tapi tak pernah harap belas ehsan orang lain untuk hidup.

Hopefully hari Jumaat terakhir berumur 29tahun ni dapat beri aku satu idea baru tentang hidup. Tentang "kecukupan" dan "kesederhanaan". Esok bermula umur baru. 30 tahun. Ready? InsyaAllah.

Ok, kalau aku bernasib baik, husband aku yg budak kampung tu mungkin belanja aku makan birthday dinner treat, kalau ada aku update. Walau aku rasa harapan macam tipissssssssssssssssss... hahahahah bye bye bye!





p/s: abaikan bahasa diri kami husband and wife "aku-kau" tu, memang azali begitu. Hehehe

October 20, 2014

Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2015

Assalamualaikum

Maaf terlewat memberi khabar biasiswa ini walau dah agak lama tahu ia telah dibuka.

Sesiapa yang berminat dalam sektor awam-pendidikan, dan belum ada Masters atau PhD, boleh lah mencuba biasiswa ini.

Ya, aku salah seorang ex-pemegang biasiswa ini selama setahun setengah bermula Sept 2011 hingga May 2013.

Kelebihan pemagang biasiswa?
1. Yuran dibayar 100% oleh UiTM
2. Tutor elaun setiap bulan (standard gaji penjawat awam dalam gred41)
3. Elaun sara hidup dari Kementerian Penganjian Tinggi setiap bulan
4. Apa saja jenis bayaran yg dikenakan pihak universiti hatta yuran konvo juga akan diselesaikan oleh KPT atau UiTM (aku lupa siapa bayar).
5. Duit buku dan perkakas belajar

dan banyak lagi kemudahan lain. Cuma, macam biasa, aku malas ulang 40 juta kali, INI BUKAN BATU LONCATAN MENDAPAT MASTERS / PHD SECARA PERCUMA!

Aku dapat berita-berita kurang enak bila pemegang biasiswa ramai yang dah tamat belajar tapi refused berkhidmat dengan UiTM. Sebab gaji kerajaan ni "chicken feed". Sikit. Kalau kerja dengan private sector ada masters / phd gaji sedap dari kerja kerajaan.

Kalau adalah pemegang biasiswa yang masih tidak melapor diri dan tergamak pergi kerja tempat lain dan berniat lari dari perjanjian dengan UiTM, lepas tu kau baca pula entry ini, atau sanak saudara kau baca pulak entry ini, dengan selamba badak sumbu nya aku nak gelarkan kau BANGSA MANUSIA TAK KENAL UNTUNG, TAK KENANG BUDI. Semoga haram lah hasil pencarian rezeki kau selama ini.

Hah, marah kan aku ni. Iyelah, masa aku dulu tak sempat siang aku dah nak melapor diri sangat-sangat dah sebab aku tau ada tanggungjawab yg aku dah janji nak tunaikan. Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Dah kalau kau manusia pun bukan sebab mungkir janji, lembu pun bukan, apa spesis kau ni?

Adik-adik yang nak apply biasiswa ni tolong faham yang biasiswa ini bersyarat, iaitu perlu berkhidmat bersama UiTM selama 7 tahun minimum atau gantirugi RM100,000.00 kepada UiTM dalam masa 7 hari. Dah kalau korang mampu sangat bayar RM100,000.00 kenapa bangang sangat minta biasiswa kan? kan?

Tepuk dada tanya selera.

Dulu aku share pengalaman aku masa temuduga TPM tahun 2010. Klik sini.

Aku, paling suka pendidik. Dan paling suka orang suka berkongsi ilmu. Itu, aku kira sebagai falsafah aku atau pegangan aku. Aku respect orang yang suka kongsi ilmu dan menuntut ilmu, tak bermakna kau mesti dlm bidang pendidikan, mana saja kau berada, kau ada niat berkongsi ilmu, walau siapa pun kau, aku respect.

Klik sini untuk terus ke application link etpm 2015. Hanya boelh dibuka melalui Internet Explorer 5.0 ke atas sahaja.


Akan keluar website sebegini rupa

Semoga sesiapa yang apply akan berjaya. Amin.


My proud moment selepas tamat MBA International Business tahun 2013


October 14, 2014

Pencarian Pre-School Adam Qaiser

Assalamualaikum,

Biasalah bila dah lama tak update blog, aku akan tulis panjang sikit. Kalau rasa tak mahu baca boleh tutup screen ini cepat-cepat.

masyaAllah kembangnya hidung anak beranak

Adam Qaiser tahun depan umur 4 tahun. Sesetengah budak dah masuk pre school / play school since 3 tahun lagi. Tapi sebab aku baru pindah Melaka hujung tahun lepas aku tak ada banyak masa surfing untuk cari information tentang pre school untuk dia masuk.


Ya, aku lembab. Kebanyakkan parents lain pantas tuntas. So?anak aku ada ketinggalan sikit. Sebab masa taska lama dia belajar banyak (taska di Port klang). Lepas tu masuk taska uiTM Melaka ni memang tak belajar ABC 123, hanya lukis-warna-lukis-warna kenal bentuk dan sebagainya. Tak apa, aku tak gabra lagi walau aku akui development dia agak terbantut. Bapak dia pula asyik cakap "kesiannya anak aku, dulu belajar macam-macam, pandai, sekarang balik-balik color, balik-balik color..." aku pun sentap. Sebab perkembangan Adam di melaka fully in charge by me. 


Habis mengomel. Jom masuk hal mencari. Ada beberapa pre school di sekitar Melaka ni yang dalam list. Tapi aku yang malas ni, jangan kau harap nak hantar anak jauh-jauh sampai Batu berendam lah, MITC lah, even Paya Rumput yang 20 minit dari Alor gajah pun aku tak letak sebagai pilihan utama.


Aku, macam mak-mak lain, ada impian anak bijak lebih dari aku. Impian nak anak tu dapat paling sempurna dia boleh dapat. Jadi sebab aku lecturer, aku sentiasa baca perkembangan semasa, dan kebolehpasaran graduan, aku tahu, graduan yang ada 3rd language adalah graduan yg paling mudah bekerja dengan company besar.


Sebab itu UiTM wajibkan 3rd language utk semua program diploma dan degree. Jadi, kesimpulannya mana nak cekau anak lidah belacan nak belajar 3rd language? Aku bercita-cita masukkan anak sekolah cina. Since umur dia 2 tahun, aku dah fikir nak masukkan dia sekolah cina. Tadika cina, sekolah rendah cina.


Bagai mengantuk disorang bantal, pra sekolah paling dekat dengan UiTM lendu ialah Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina Lendu. Whooaaaaaa everytime aku breakfast depan sekolah cina ni (ada warung sedap gila breakfast dia depan sekolah ni), aku dah bayang Adam Qaiser terkedek-kedek keluar dari pintu pagar sekolah tu.


Jadi, sekian lama memendam perasaan, hari ini aku jejak kaki ke sekolah cina ni utnuk cari informasi. Kita ibu bapa, kena bijak sikit. Jangan bernafsu buas. Walau hati tu rasa nak bayar saja yuran pendaftaran pra sekolah Adam hari ni jugak, tapi aku tahan, aku cakap, aku nak info sahaja.


Masuk sekolah aja aku memang tak dengar orang cakap BM atau BI. Semua cakap mandarin. Aku tengok guard, 2 orang dalam pondok guard, dua-dua makcik melayu, pakai tudung. Aku bagi salam, beritahu aku nak jumpa cikgu sekolah tadika dia, jadi dia tunjuk aku terus ke pintu sekolah tadika.


Dari jauh aku dah dengar cikgu menjerit-jerit dalam bahasa cina mengajar. Standard lah terjerit mengajar budak, aku yg ajar student tua boleh jadi bapak budak pun aku jeritkan separuh nyawa kadang-kadang. So, tak payah nak negatif bila nampak cikgu jerit pada budak.


Sampai pintu, ada seorang cikgu tengah buat kerja di komputer, dan cikgu tu, pakai tudung, Melayu. Tapi fasih cakap cina. Cikgu tadika ya ada orang melayu. Aku beri salam, dan terangkan tujuan aku datang, dia minta aku ke pejabat, jumpa PK HEM untuk maklumat lanjut. Dia bawa aku terus ke pejabat.


Kalau tak silap nama PK HEM sekolah ni ialah Puan Teo. Lembut orangnya, bawa aku ke ruang diskusi dalam office dan jemput aku duduk. Dia cakap BM dengan aku sambil senyum tanya anak umur berapa tahun, lelaki atau perempuan, sekarang sekolah dimana dan sebagainya. Aku layannnnnn kan aje.


Sampai pada ayat ini "Puan, nak masukkan anak kesini kami tiada halangan. Di sini memang ramai pelajar Melayu. Pensyarah UiTM memang ramai hantar anak pra sekolah dan sekolah rendah disini. TAPI, sebelum puan buat keputusan, saya nak tanya Puan satu soalan."


hah dah pulak, dia nak kasi aku soalan kritikal thinking ke ape ni? Gabra jap aku. PK HEM tu tanya macam ni. "Apa sebenarnya matlamat Puan, mahu anak bersekolah cina?" eh nampak macam senang soalan tu kan? tapi aku pening nak jawab. Soalan tak berjawab dia dah tanya soalan kedua "Puan bercadang hantar anak disekolah mana bila dia masuk sekolah menengah?" kena tembak dengan soalan lagi aku ni. Aku diam.


Aku pun jawab ringkas mcm ni "Saya nak dia belajar bahasa cina, tahu bahasa cina selain BM dan BI. Sekolah menengah saya tak fikir lagi, kalau pandai boleh masuk boarding school itupun kalau dia nak, kalau tak pandai atau dia taknak, saya tak kisah dia masuk sekolah mana-mana pun" cemane kau ghaser jawapan makcik tadi? Bangang ke cemane???? Yelah, anak aku baru 3 tahun lebih, dia tanya aku future planning sampai umur 13 tahun tu. Cemane? dasar pandang ke depan dia tak terjangkau dek akal aku. Aku tak pernah fikir Adam punya sekolah menengah, matlamat aku segala. Eh eh...hahahahah


Jawapan aku disambut baik, dengan penerangan dari PK HEM tu berbunyi macam ni, sila lah baca untuk yang sedang mencari info tentang sekolah cina macam aku.


"Puan, saya tanya tentang matlamat puan hantar anak kesini adalah sebab saya tidak mahu matlamat puan bercanggah dengan proses mencapai matlamat tersebut. Berbeza dengan keluarga Cina, kami hantar anak ke sekolah cina kerana kami memang mahu mereka mengusai bahasa cina disamping subjek-subjek lain. Tapi bahasa cina adalah keutamaan nombor 1 untuk kami. Buat pengetahuan puan, SRJKC dan SRJKT agak berbeza silibus matapelajaran berbanding Sekolah Kebangsaan (SK).


Disini, Bahasa cina ialah 1st language, kedua bahasa melayu, ketiga bahasa inggeris. kami ajar semua subjek dalam bahasa cina, hanya subjek bahasa melayu dalam bahasa melayu. Perkara penting perlu Puan tahu, standard bahasa melayu dan inggeris di SRJKC adalah lebih rendah berbanding SK. SK lebih high standard BM dan BI mereka, dan peperiksaan UPSR bagi kertas BM dan BI di SRJKC tidak sama dengan kertas soalan SK, kerana SRJKC standard BM dan BI nya akan direndahkan. Tapi, kertas soalan Bahasa Cina, adalah sangat susah dan standard sangat tinggi.


Oleh sebab itu, puan perlu sedia maklum, pelajar dari SRJKC sangat susah diterima masuk ke MRSM or any boarding school. Jika dari SK, 4A1B boleh lagi dalam pertimbangan, tapi di SRJKC hanya 7A sahaja boleh diterima masuk ke sekolah berasrama penuh kerajaan. Sebab kalau BM anak puan dapat grade B masa UPSR, itu sebenarnya C sebab standard soalan lebih rendah. Dan, kebanyakkan pelajar bukan cina kami agak kesian sebab mereka score semua A, tapi bahasa cina kertas 1 dan 2 dapat B (5A2B) ini menyebabkan mereka gagal ke sekolah berasrama penuh seperti yg ibu bapa mereka mahukan.


Sebab tu, saya tanya puan, apa matlamat puan masukkan anak ke sekolah cina, jika puan rasa hanya mahukan kemahiran bahasa cina sahaja, bukan pilihan bijak untuk masukkan anak ke sekolah aliran cina sepenuhnya, tapi jika puan memang mahu anak puan blended di dlm sistem persekolah cina, memang kami terima anak puan dengan tangan terbuka. Kebanyakkan ibu bapak melayu disini, tukarkan anak ke sekolah kebangsaan biasa bila anak dah darjah 4-5, atas sebab mereka baru sedar yang jika anak mereka di SK, anak mereka lebih ada peluang ke boarding school dan lebih kedepan sebab hakikatnya anak mereka bijak, cuma bila semua subjek dalam bahasa cina dan anak mereka gak lemah dan terkebelakang, menyebabkan anak mereka tak dapat score."


Haaaaaaaaaaaaaaaaaa, what a BIG thing to ponder weh! asalnya nak nasuk taska aje kan???? PKHEM ni kasi aku tazkirah sampai anak sekolah menengah segala matlamat hidup segala. Mengalir airmata cakap kau!!! Tapi kan, alhamdulillah aku jumpa PKHEM ni, dia tak down kan aku dan cita-cita aku nak anak belajar 3rd language, tapi dia bagi aku pandang dari 1 sudut yang lain dan buat aku berfikir lebih dari yang aku patut fikir.


Yela, kita parents ni selalu rasa instinct kita paling tepat sebab anak tu anak kita, bila kita nak dia bijak mandarin kita rasa nak humban dia masuk sekolah cina (itu penyelesaian bagi kita), tapi sebenarnya ada penyelesaian lebih bagu kalau kita fikir panjang sikit lagi. Berborak dengan PKHEM tu tak berakhir kat situ saja. Ada macam-macam lagi soalan dan pendapat kami bertukar-tukar, lama jugak lah aku dlm office dia. Dan semua staff office dia adalah orang melayu. Mereka pun beri pendapat sebab anak mereka memang sekolah situ.


Bila balik ni, aku cari matlamat. Cari halatuju anak aku. Aku masih lagi mahukan dia tahu mandarin, tapi aku tak rasa nak masukkan sekolah cina. SRJKC Lendu balik sekolah pukul 3 petang. Dah bilanya Adam Qaiser nak pergi sekolah agama pulak? Tak boleh jadi tak sekolah agama, kena sekolah agama jugak. Sekolah agama nanti start pukul 2pm. Haihhh pening.


Aasalnya nak masukkan pra sekolah aja oi!!!


Bagaimana dengan penyelesaian ini, tadi PKHEM bagi alamat pre school / play school yang ada 3 bahasa, dan paling bagus, dia dekat taman sebelah rumah aku aja rupanya, apehal aku tak pernah nampak? Maybe sebab tak rajin ronda taman sebelah. Hahahahaha aku nak ke play school tu, dan again, cari info dan pendapat.


By now, mesti ada yang tengah caci aku cakap macam ni "pergi hantar anak sekolah kafir buat apa, pergi hantar sekolah pre school yg islamic lah! nanti anak baca talkin bahasa mandarin baru kau menggelupo dalam kubur.."


Haipp!! cili mulut kau nanti baru tau! i'm trying to gather info. Of coz lah taska islamik memang ada dalam list cuma jauh dari rumah, aku ada anak kecik, husband pula weekend husband, aku banyak benda nak fikir, benda yang memudahkan aku, lebih baik. Tapi, aku baru nak cari, belum daftar. Jangan caci lagi.


As for now, plan nya ialah, masukkan play school yang ada 3 language, kemudian pantau development adam sehingga 6 tahun, kalau ok, cikgu dia kata dia boleh ke chinese school, aku hantar, kalau cikgu dia kata dia so-so saja, maka dia akan ke sekolah biasa, cuma tetap tuisyen mandarin sekali seminggu untuk penguasaan bahasa saje.


Itu plan................................... tuhan punya plan, aku tak tau. Insyaa Allah! Kalau korang ada pendapat jangan segan silu boleh tulis kat komen. Ok bye



Balik dari jumpa PKHEM dan aku terus lapar

July 1, 2014

Cerita Pasal Rezeki

*cerita panjang, mohon tutup screen kalau malas baca*

Assalamualaikum. Hari ni duduk termenung sambil tunggu student datang untuk consultation hours di office, aku tak dapat lari dari duduk terfikir sesuatu. Pasal rezeki.

Aku selalu minta pada Allah murah rezeki. Hari-hari aku minta. Murahkan rezeki aku, murahkan rezeki keluarga aku. Dan sedari kecil, aku asyik rasa yang punya selalu aku minta, Allah belum beri lagi aku "rezeki" sebanyak yang aku mahukan.

Aku dah biasa. Keluarga aku bukan miskin tahap duduk setinggan tu, tapi sederhana. Dari kecil aku hidup biasa-biasa. Parents aku memang tak manjakan aku dengan barang permainan sebanyak-banyaknya.

Kiranya everytime aku tengok Adam Qaiser, dengan permainan dia yg membukit, aku duk fikir, betul ke salah ke apa aku buat pada dia. Dia, tak pernah yang cukup permainan. Beli sesaje lah. Cuma bagusnya, permainan murahan harga RM1 pun dia tak kisah. Janji aku beli. Dia appriciate.



Masa aku sekolah rendah dulu, kawan-kawan dah mula pakai barang-barang Garfield, kartun-kartun, beg Garfield lah, Mickey Mouse lah segala. Aku? Mama beli beg sekolah dekat pasar malam aje. Aku? Relax je sudah..... hahaha

Masuk sekolah menengah, form 1 lagi, dah ada kawan-kawan yg suka barang branded, even Padini and vincci at that time ialah barang dikira branded sebab hanya ada dekat shopping mall. Aku mall jarang pergi dengan parents aku, so kebanykkan brand aku tak kenal pun.

Some of them even pakai Guess and Benetton so on. Shopping Subang and Pyramid. Ada yang shopping KL. Aku? Tak kenal pun semua tu. Serius kampung habis. Tapi, aku relax aje sudahhhhhh.. haha

Masuk UiTM, mak bapak orang lain hantar dengan kereta habis tegap, bapak aku relax aje hantar aku dengan van vanette buruk dia. Separuh van tu penuh barang aku (sebab bapak aku takkan datang jenguk dah kat kampus sampai habis semester baru dia datang, eh, ke aku habis belajar, camtulah). 



Saat dekat UiTM masa ambil Diploma, aku dapat PTPTN, tapi, tak macam student lain, kad bank PTPTN aku, mak aku pegang. Haih. Memang tak pernah seumur hidup aku merasa tengok dalam akaun bank aku at that time ade RM2500. Balik-balik RM10-50 maximum mak aku masukkan. Itu pun after aku putar belit lah cakap nak guna buat itu ini, baru mak aku kasi.

Aku pernah aja duduk kampus sebulan dengan RM1 je dalam wallet. Sadis. Tapi, aku relax aje............. hahaha mak aku hidup lagi, boleh pergi tanye kesahihan cerita ni, reka cipta cerita tak main.

Kalau aku belit mak aku lebih sikit, dapat lah aku g KL dari Dungun tu dengan roomate aku g shopping kasut ke baju ke. Roomate aku banyak kenalkan aku dengan shopping mall. Aku rase seronok gila time tu.

Tak malu lah nak cakap, masa habis Diploma (umur 20 tahun), bf aku (konfem dah jadi ex-bf) cakap "jom dating OU (One Utama), i amik u jap lagi", aku boleh reply balik kat dia dalam sms "OU?? OU tu apa? dekat mana?" lebih kurang 2 weeks after that incident, clash sudah! maybe bf aku tu ingat "bapak kampung budak ni, dah tahun 2005 pun OU tak pernah jejak. Hahahaha lawak lah.

Aku cerita hari ni bukan nak cerita susah payah kononnya aku hidup nak banding hidup budak-budak sekarang, tapi sebagai permulaan cerita pasal rezeki. So, nampak kan kat situ, Allah tak pernah nak bagi rezeki duit kat aku dengan melimpah ruah macam gunung emas. Basikal nak g sekolah rendah dulu aku dapat masa darjah 6. Tapi memang bukan basikal baru. Basikal 2nd hand. Ayah dapat dari mana entah, dan buruk gila. Ayah aku polish cantik-cantik, kasi letak loceng and tukarkan seat dia. Semata sebab aku cakap, aku nak basikal!

I never stop praying for rezeki. Aku cakap, kalau aku ada duit banyak, aku nak buat amal jariah. Sedekah. Kasi orang susah. Kasi anak yatim. Kasi semua saudara mara aku yg susah. Aku doa hari-hari. Beri aku rezeki melimpah, aku teringin nak buat amal jariah banyak-banyak.

Allah tak kasi melimpah pun. Kasi sikit-sikit ikut keperluan aku saje. Aku redha. Bila dah besar panjang ni aku fikir, agaknya DIA lebih tahu tentang aku. Kenapa aku tak diberi kesenangan yang macam tu.

Sampai 1 masa, 1 malam aku duk berfikir dan berangan. Last-last mcm dapat "call", aku tersedar. Betapa Allah dah pun makbulkan permintaan aku nak buat amal jariah. Betapa Allah dah jawab panggilan aku utk beri aku kesempatan bersedekah setiap hari. Allah dah beri pun. Aku tak nampak.

Aku kan cikgu. Setiap langkah aku pergi kelas, Allah beri ganjaran. Setiap tutur kata aku yg memberi ilmu, Allah jadikan sedekah amal jariah bawa ke akhirat. Allah. Macam mana boleh lupa? Sejak aku minta sungguh-sungguh, dia luaskan dan betulkan jalan aku. Beri aku kemudahan biasiswa yg membawa aku jadi cikgu.



Alihkan aku dari kerja swasta yg hazab tu, kepada jalan untuk jadi pendidik supaya apa aku doa makbul juga kemudiannya. Rezeki, Allah tak beri dalam bentuk duit semata. Allah beri dalam pelbagai bentuk, entah aku tak nampak, entah mata buta, entah buta mata hati.

Nasib baik cepat sedar. Kalau tak, Allah cop aku kufur nikmat, tarik semua sekali baru reti sedar diri masa tu. Duit pun, kalau dapat banyak sangat, kita tak patut suka. Kita patut takut. Takut duit tu sebenarnya bukan hak kita. Hak orang. Padahal, aku duk ajar student dalam kelas bab Islamic Enterpreneurship, betapa setiap rezeki yg masuk dalam poket kita, bukan milik kita.



Tiap-tiap kelas, tiap-tiap semester aku ingatkan student tentang rezeki, tentang duit. Aku juga yang tak sedar-sedar diri. Bersyukur apa yang ada. Mak bapak aku besarkan aku dulu tak pakai kereta mewah pun, ada 1 van buruk tak ada aircond, lepas tu beli pula Kenari yg sampai sekarang guna lagi. Relax aje sudaaaaaaaaaaaahhh... Anak-anak semua masuk U. Anak-anak semua grad. Alhamdulillah. 

Bila tengok kat situ, aku terfikir tentang Adam Qaiser dan anak-anak aku yang lain nanti. Betul ke tidak apa aku beri pada dia ni. Betul ke tidak apa aku buat untuk dia. Risau. Risau anak aku jadi pelik-pelik. Kalau nak banding zaman dia kecil dengan zaman aku kecil, banyaknya beza. Bapak aku kerani, mak aku kerani, besarkan aku dengan gaji tak sampai pun rm1200 total sebulan. Tapi aku sihat, tak pernah masuk hospital seumur hidup mak bapak aku jaga. Otak sihat. Badan sihat.

"Ya Allah, berilah rezeki yg berpatutan utk aku. Yg setanding kudrat aku utk pikul. Yg tak membebankan aku di akhirat. Berilah anak-anak aku kekuatan utk melawan apa jua dugaan dari syaitan. Peliharalah keluarga aku dari kesempitan mahupun kenikmatan dunia yg membawa kekufuran. Dan kau berikan ganjaran kedua ibu bapa ku, dengan setinggi-tinggi ganjaran nikmat disyurga, kerana sesungguhnya aku, sampai bila-bila pun takkan mampu balas jasa mereka. Amin."

Salam Ramadhan.



June 17, 2014

Mimpi malam tadi

Assalamualaikum,

Malam tadi masuk tidur agak awal, pukul 9pm dan Adam Qaiser tak tahulah pukul berapa dia tidur, sebab dia tengok ultraman zero dekat tab.

I was visited by someone i miss, yup... that someone. Dari mula mimpi sehingga terjaga, we had a long chat together. I once met him in my dream, tapi at that time dia hanya dihujung, dan tak berkata-kata. Nampak tapi tak bersuara.

But this time, we sat together at one place yg asing untuk saye. Berborak tentang apa yg dia dah "tertinggal" sepanjang dia "pergi". Ketawa-ketawa, bergurau sebab dia memang suka sangat bergurau dengan cucu-cucu dia, hmmmmm.. seronok. Dalam mimpi tu, saya tak ingat yg dia dah lama tinggalkan keluarga kami. Langsung tak ingat. 

Perasaan masa tu, dia ke suatu tempat yang jauh, dan baru pulang. Dia kata dia rindu, dan dia kata dia sakit. Nampak dia makan ubat dan nampak dia main dengan cicit-cicit dia. The most important thing, nampak dia happy dukung Adam Qaiser while Ariana happily playing around his leg.

Arghhhh... what a beautiful dream i ever had entire of my life *tear dropping* - pause.

Terjaga sebab terasa someone tap on my knee. Sama macam dulu masa dia ada, kalau berborak depan TV, duduk atas sofa, dia akan pukul lutut saya, sebab pakai seluar pendek, and ask me to change to seluar panjang. That tap.......... lama sangat tak rasa, tiba-tiba rasa dan terjaga. Mimpi pun habis.

Tengok jam, 5:30am. Tak dapat nak sambung tidur. Duk termenung sambil baring.

Maybe, we are approaching Ramadhan, he came to visit us early. Entah. Maybe.. just maybe........
Semalam, dia dukung Adam Qaiser macam dia dukung saya dalam gambar ni

Dia dalam cerita ni, ialah arwah atuk saya. Maybe most people tak boleh relate kenapa cucu sangat rapat dengan atuk, sebab kita selalunya hanya ingat ibu bapa kita saja. Tapi 18 tahun dia ada, terlalu rapat dan dekat, jadi relationship cucu-atuk kami berlainan dari orang lain.

Di akhir-akhir hayat dia masa dia sakit, i was the one who fed him susu ikut jadual (melalui hidung dia), bersihkan lebihan kahak dalam mulut dia (i still can hear how he react to that uncomfortable process, his voice like saying "dah laaa...." something like that), bangun pagi dan lap badan dia, dan bacakan surat khabar untuk dia. Disaat-saat akhirnya, saya dihujung kaki, baca yassin sambil tangan kanan pegang kaki dia yang dah hampir sejuk. Like i never let him go. But Allah loves him much, he leave us on that Friday, 12 years ago.

Hmmm..... tak dapat nak taip lagi lah..... better stop now.

Ramadhan is coming, atuk. I'll visit you soon, no worry.

Al-fatihah, i miss you too.

May 5, 2014

For the second time

Assalamualaikum
Lama pula rasa tak berblog. I guess i'm back lah ni kot. 

Ok, start dari mana ye? Nak cerita tentang rezeki Allah bagi untuk kali kedua. Sebenarnya tak jangka pun rezeki ni, tapi tak jangka bukan bermaksud tak nak.

Period tak stabil
Since 2013, period aku memang tak stabil. Usually 30-38 days setiap bulan. Masa anak dara 28-32 days setiap bulan. Tapi aku sedar dalam pertengahan tahun 2013 period start macam pelik. Lebih kurang 45-55 days sekali. Syok memang syoklah tak period kan, tapi dia pakej tau, sekali dengan pening kepala, sekali dengan low blood pressure, sekali dengan perut tak sedap dan sebagainya. Jadi, TAK BEST!

Sampailah hujung 2013, aku perasan makin melampau, period jadi 55-60 days oi! Then aku buat reserach sendiri untuk gather info kenape dengan aku sebenarnya. Apa yang tak normal. Bila bacam period yang atas 44 days dikira tidak normal dan kemungkinan mempunya masalah hormon. Adeh. Tercengang kejap. Hormon problem?

Planning for second baby
Bila Adam Qaiser dah masuk 2 tahun (2013), kami adalah plan utk 2nd baby. Sebab mengenangkan aku pun bukan lah muda remaja kan? Tapi bila dapat tau ada hormon prob, harapan macam terbantut pula. So, masa masalah hormon begitu kritikal (55-60 days), aku pergi jumpa doctor untuk tengok apa boleh aku buat untuk baik period cycle normal semula so that boleh lah pregnant.

Jumpa lah 1 doctor (tak payah sebut nama lah ye) perempuan juga pakar sakit puan. So after check segala, dia kata yes, aku ada masalah hormon. Dan aku tak boleh biarkan sebab tak bagus. Aku tanya macam mana nak normalkan semula, dia suruh ambil ubat hormon. Dan bila dia tahu aku pun memang nak try for 2nd baby, dia bagi aku clomid (ubat utk suburkan rahim).

Sebagai perempuan alaf baru kan, aku google segala ubat sebelum aku consume. So before aku telan ubat-ubat dia bagi, aku dapatkan info dulu. Bila baca tentang clomid, aku jadi takut. Sebab clomid leads to cancer. Melompat jap depan screen. Jadi walaupun doctor tu cakap mcm ni "awak kalau tak ambil clomid dan ubat hormon, tak normalkan semula period awak, awak susah sangat nak mengandung".

Secara serius, aku PASRAH. Aku refused ambil ubat-ubat tu. Aku berserah sajalah. Masa tu aku fikir, anak ni rezeki Tuhan nak bagi. Dia berhak tentukan pada siapa dia nak beri. Aku pun ada Adam Qaiser, apa yang aku nak lagi? 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" 
-surah ar-Rahman : ayat 13


 Aku duk pulak fikir, agaknya Tuhan tak rasa aku cukup bagus kalau ada 2 anak. Tuhan maybe rasa aku ni anak satu pun tunggang terbalik, ini pula anak 2. Ada betulnya tu. Lagi pula dengan husband yg weekend husband, dengan aku pun travel ups and downs bergilir-gilir, macam mana nak ada anak kecil? 


Early 2014
Masuk 2014 je aku dah lupakan hasrat nak tambah anak. hahahaha. Nasib aku baik, husband tak pernah pun tanya pasal second baby, dia relax aje dengan anak aku yg sorang tu. So we are happy together, 3 of us. 



Dan period aku memang sama aje, tak stabil. Aku tak fikir pasal anak, tapi aku ada fikir nak normalkan hormon aku, sebab tak tahan sangat kalau tak period kepala aku pening sampai nak pitam. Then blood pressure memang very low jenis 50/79 mcm tu. Gila? Nak drive pun fikir 80 juta kali.

So mission 2014 ialah pulihkan diri sendiri dulu, without ubat doctor. Apa aku buat? aku banyakkan makan makanan sunnah. Makanan yang terkenal dengan khasiat untuk perempuan. Paling banyak aku consume ialah delima (pati delima). Aku dah tak jual dah pati delima semenjak duduk jauh dari Pak Arab tu. Malas aku.

Mac 2014
Bulan Mac 2014 ialah last period aku. Then aku dah check siap-siap calender dan marked bila period seterusnya dalam lingkungan 55-60days lah kan. So mesti dalam bulan May 2014. Jadinya aku tau dalam hujung bulan 4, aku akan mengalami symptom-symptom yang tak best segala pening segala pitam. Ok. noted!

April 2014
Hari berlalu macam biasa. Setap hari aku breakfast, lunch, dinner macam biasa sahaja. Setakat rasa nak termuntah tu biasa, sebab aku tau memang perut aku senang masuk angin. Dan lagi satu, aku tak minum air manis. Everyday kalau breakfast kat kedai minum air manis mesti aku rase nak termuntah gila. Ini sejak dulu lagi. Bertahun ok. Memang macam ni. Cuma nampaknya manis sikit pun tak boleh bulan ni. Dan bosannya aku kerja nak tidur.

Masa balik kampung, duk borak dengan MIL sebab dua adik ipar pregnant dan tak lalu makan. Aku duk tergelak dengan MIL kenapalah diorang tak boleh makan sebab aku ni masa pregnant macam rimau lapar. Maaaaaaakan aje kerja aku. MIL kata dia anak 9 semua tak ada tak selera makan, dia makan aja semua. dalam duk gelak-gelak tu MIL tanya "Aini mengandung ke?" Bulat aje mata aku "Eh, takde lah mak, mana ada...." sambil aku pun gelak. Balik kampung tu 3rd week of April.

1 May 2014
Celebrate lah 4tahun sudah kahwin. Anniversary bagai on 1st May. Tapi tak kemana, lepak saje kat rumah. Malamnya aku suruh Opah call tukang urut dia datang. Aku rasa nak urut badan. Tak sedap. Lepas Isya' tukang urut datang, urut 1 badan except perut sebab dia kata aku 3 tahun lepas ceaser, dia still taknak urut perut sebab takut apa-apa jadi pulak. Aku yekan ajelah. Syokk wooooo urut. Esok paginya 2May (jumaat) rasa legaaaaaa aje badan. Best je rasa.

2 May 2014
Aku pergi office macam biasa. Hantar Adam Qaiser taska, terus pergi breakfast sebelum start kerja. Breakfast pagi relax aja, bihun sama kuey tiaw goreng, hotdog pedas, nescafe ais. Habis makan, aku minum sikit nescafe tu, rase mcm terkeluar semua bihun aku. Aku pun nak angin, bangun g kat makcik cafe cakap suh buang air sikit, tambah air kosong dalam nescafe aku. Sebab tadi aku minta kurang manis. Dia buat manis gamaknya.

Selesai minum still aku nak muntah jugak! Aku pass duit kat makcik aku yg teman aku breakfast, terus aku g longkang. Ok something is wrong dalam hati aku kata. Period tak stabil, perut aku tak betul. Balik offoce aku tengok period calender aku, ermmmmm patutnya esok (3hb may) aku period. Tapi apesal tak ada tanda-tanda jelas nyata macam sakit perut. Just perut macam masuk angin aje. Aku confused.

Duduk fikir-fikir, entah mana aku dapat ilham, aku rasa macam aku pregnant. Tapi aku try untuk deny sebab masa Adam Qaiser mana ada muntah????? Tapi hati tak tenteram, aku nak g klinik untuk minta ubat turun darah. Untuk bagi period. BUT, before that aku nak confirm aku tak pregnant. Aku pergi farmasi, beli UPT. Balik rumah terus test UPT, masa tu dalam pukul 1:30pm.

Hasil UPT itu ialah Positif. Belum percaya lagi. Aku rase membohong sahaja tu. Jadi aku nak pergi doctor. Sampai Klinik aku cakap kat doctor tadi UPT positif, nak confirm. Doctor suruh baring, dia scan perut. Scan sekejap aje terus doctor cakap "awak pregnant ni, tu dah ade kelongsong tu. Baby tak nampak lagi sebab kecik sangat ni"

Aku pun terus terkesima, gituuuuuuuu. Doctor scan dan bagi aku gambar.

Doctor kira dia kata dah 6 weeks dan baby expected due on 23rd Dec 2014. Balik rumah whatsapp semua orang yg penting-penting dulu especially bapak budak. Bapak budak pun baru balik sembahyang Jumaat agaknya terus call acah-acah terperanjat sambil tergelak-gelak.

Aku cakap takyah gelak sangat lah kan, cemane gaye kita ni? sudahlah weekend husband and wife, apa-apa jadi macam mana? Tapi sekarang malas fikir. relax dulu. Enjoy 1st trimester! Alhamdulillah. Tu saja boleh cakap. Rezeki kali kedua :D

Ok nak bersalin mana? OOpppppssssss hahahaha

Oklah tatatatata :D

March 6, 2014

Book Smart, Street Smart

Hari ni share sikit tentang students. Tadi masuk kelas students Art Design. Kita semua sedia maklum tentang students yg ambil Art ni, mereka academic wise agak kurang menyerlah, with minimum qualification dalam SPM, memang boleh masuk Art Faculty.




Masa 1st time tahu aku perlu mengajar students Art, macam-macam rasa ada. Fahamlah aku ni, kurang kesabaran. Aku mula fikir Allah nak uji kesabaran aku agaknya dalam menjalankan tugas. Sejauh mana aku memang ikhlas jalankan tanggungjawab aku.

Aku ajar Entrepreneurship (Keusahawanan). Kalau students business, ini "makanan ruji", tutup mata insyaallah basic concept dah ada dalam kepala. Tapi budak lukisan, grafik, seni halus, apa yg boleh mereka relate-kan dalam keusahawanan ni. None!

Chapters awal-awal aku terpaksa work hard, aku relatekan dgn keadaan semasa, isu semasa, yg mudah dan boleh mereka nampak. Aku kena akui, agak sukar, walau ada sesetengah quite impressive juga, especially those yg parents mereka usahawan (orang meniaga).




Things get worse when we reached the last chapter, Financial Plan. Part ni, students accounting aku memang bijak-bijak belaka. Tapi bila pergi kelas students Art, aku kena double my efforts.

Memang mereka lambat sangat pick-up. Mereka pandang semua sub-topic dalam chapter tu macam alien. Mula-mula sedih and risau dan give up. Sebab aku pun tak handal bab tu. Up to the extent, aku betul-betul kata "aku nak study balik finance aku".




Then 1 day, aku ambil 8 jam bekerja semata-mata kaji dan belajar sendiri finance, buka semula buku lama dan belajar sikit dari senior lecturer. I did it for the sake of students (bunyi macam habis nobel). Tapi itulah hakikatnya.

Start from that moment aku terfikir, kenapa dulu aku tak macam ni rajin, tak dapat "booster" yg sebegini? Maybe sebab dulu belajar utk diri sendiri, sekarang bila tahu aku ada tanggungjawab pada orang lain, aku terdorong sendiri untuk improve diri aku. Sampai bila aku nak cakap "entah, saya pun tak mahir bab ni" Kan?

Ok, sebenarnya dah melalut ni. Yang aku nak cerita ialah hari ni masuk kelas Art Design. Dan mereka tunjuk slide presentation utk Young Entrepreneur Day mereka next Saturday. Panel penilai mereka aku jemput industry players semuanya. Mereka memang ketar lutut, tapi aku selalu pesan, do your very best, and put a lot of efforts, the rest, leave it to Allah.

Bila mereka buka saja slide untuk aku tengok, aku dah impressed. Ya Allah, pandainya students aku design slide, banner, design logo, design signboard. Totally creative sampai aku rasa nak bagi fullmark saje walau belum present.




And they surprised me with their animation about their store concept. Sangat-sangat impressed. Sangat-sangat seronok. And to know that they are just a Diploma students (bukan degree bukan masters), they really have set up my expectation on Art Design students to the whole new level.

You guys are really talented! Terus aku muhasabah diri sekejap. Betapa aku ni "mak" yg tak bagus. Anak yg tak "book smart" bukan bodoh terus. Kemungkinan besar mereka ini akan berjaya sebagai "street smart". Siapa tahu?

Budak-budak ni majority failed test aku. Seriously. Tapi bila bab practical macam ni, yang dapat full marks masa test hari tu tertinggal berratus tiang ke belakang.




Anak yg tak bagus teori, mungkin bagus bab practical. Anak yg tak mahir mengira, mungkin Allah bagi bakat dia memasak. Semua orang berbeza. Apa yg manis ialah kebolehan kita terima mereka seadanya dan appriciate hasil usaha mereka.

Kalau betul lah doa pendidik tu makbul, aku doa mereka ni akan dimudahkan jalan dan urusan dunia dalam mencari kerja dan sebagainya. Jumpa company yg bagus yg boleh nurture talent mereka ke tahap lebih-lebih baik. Harap mereka tak putus asa bersaing dengan graduan yg 4 flat, graduan dari jurusan "ELITE" dan sebagainya. Aku harap sangat mereka gagah hati diluar nanti.

Itu saja nak cakap. Sebab they are the reason why i keep on smiling today. Everytime teringat mereka, aku senyum. Thank you for giving me some life lesson learned. I really appriciate it. Good job, students!




I hope you get good marks on your presentation Day. Amin

February 18, 2014

Bila Idea Datang, Tapi Jalan Tak Nampak

Assalamualaikum,

Aku sedang merangka projek, tapi idea tu agak lembab nak datang. Kerja sa lecturer ni, bila tak ada kelas, maka tak ada benda hakiki sangat nak dibuat kecuali seperti biasa kemaskini segala nota, assignments, marks students dan sebagainya.

Kalau lecturer yang rajin, boleh lah meningkatkan skills akademik dari segi merangka research, thesis dan sebagainya. Aku? Research tu aku ada hajat, tapi belum jumpa topik yang aku betul-betul berminat.



kalau ada kerangka cadangan research, boleh minta research grant amount to RM50,000.00. Tapi sebab tak berapa berkobar yg itu maka aku pandang sepi. Insyaa Allah aku usahakan kemudian.

Ok, hari ni aku duk terimbas-imbas zaman belajar dulu. Dulu Business Faculty ni salah satu faculty yg orang pandang tinggi disebabkan program-program, pemsyarah-pensyarah dan students sendiri yang memang outstanding. Best gila masa study dulu (7-8 tahun lepas).

Sekarang aku rasa macam slowwwww aje Fakulti ni. Sedih juga. Rasa macam tenaga pengajar dan students tidak di "fully utilised" utk menghasilkan satu fakulti yang mantap.

Tak menyalahkan sesiapa dalam hal ni, sebab amik resam hidup, tak selalu kita akan jadi TOP. Ada masa lampu kena disorotkan pada Fakulti lain yg nyata berusaha utk maju.

Dah aku tercampak sini, rasa nak buat satu program. Idea ada tapi tak nampak jalan sangat. Disebabkan background International Business yg begitu menebal dalam benak aku, aku terfikir nak handle program yg berlandaskan subjek International Business.



Aku nak buat macam Cross Culture Events, whereby i invite all international students in Malaysia, tak kira lah yg di UPM, UKM, UM, UTM mana-mana Universiti yang ada international students, dijemput untuk menghantar wakil.

Tentatif program pula ialah perbentangan (kena lah ada akademik purposes sikit), atau presentation tentang negara asal mereka.



Kemudian akan ada team building, 



dan lawatan sekitar tempat-tempat bersejarah di Melaka 



dan last sekali cultural night. 



Simple saja. Tapi kalau dapat dalam 10 countries, aku rasa hebat sangat dah tu as a start.

Soalannya sekarang:
1. Mana nak cari International students?
2. Ada tak persatuan universiti yg mengumpulkan international students masing-masing dibawah 1 payung?
3. Kat mana aku nak station kan participants semua ni?

Ala, pening pulak. Ada idea, tak tahu nak bergerak macam mana. Ke otak aku beku sekarang ni. Serba tak kena aje gamaknya. 

Ok, kalau ada idea, bernas atau tidak, email aku ok, atau komen saje. Thanks!


January 20, 2014

Apa nak plan on Adam Qaiser's birthday this year?

Anak dah nak masuk 3 tahun. Jadi dah tentu perancangan birthday party tahun ni macam mana gamaknya? Aku pun pening dengan birthday party punya planning dengan theme segala macam.

Hari tu saja-saja tanya Adam Qaiser, dia nak birthday tahun ini tema apa? Dengan penuh confident dan jitu tanpa berfikir dua kali dia jawab : OTOMEN!!!!!


Haddoiii.. ultraman sesaje! This year 1st time Adam Qaiser celebrate dengan kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru di sekolah baru. So far dah masuk bulan kedua ni aku belum lagi recieve any goodybags atau birthday party pack dari sekolah dia menandakan yang sekolah baru ni tak ada ke mak-mak over excited macam aku?

Kalau tak ada, betapa tak FUN nya sekolah kau Dadam oi???!! Sedeh.... Rasanya tak buat party di rumah di Melaka ni, memikirkan siapa je nak datang? Mummy belum develop networking lagi kat sini. Yang ada networking Opah Nyang. Takkan party Dadam yg datang orang umur 70-80 tahun ye dak?? Hahahaha dah macam kenduri apa benda pula.

Tapi goody bags utk friends dia di sekolah memang akan mummy siapkan, dan cake juga insyaa allah akan ditempah. Celebrate at school aje lah jawabnya Adam Qaiser. Clown??? Dont think so....



As replacement kepada party yang sepatutnya buat dirumah, dan ada acara buka hadiah sebelah malam, mummy tengah fikir nak gantikan apa lah agaknya supaya Adam Qaiser tetap enjoy on his birthday. Birthday jatuh hari Jumaat pulak tu. Kalau buat kenduri kesyukuran pun bagus ni. Ermmmmmmmmmmmm.....

Nanti dah ada keputusan Mummy update blog lagi. Ok bye!

January 8, 2014

Student pagi tadi

Tadi aku ada kelas, start pukul 8:30 am. Macam biasa aku masuk memang awal. Belum pernah lagi aku start kelas lambat. Alhamdulillah lah kan.

Hari ni pula kelas dengan budak bijak. Aku bukan cuba utk asing-asingkan atau label-label kan student aku bijak ke bodoh ke sederhana bijak ke apa benda, tapi standard lah, budak accounting kot, mau ke tak bijak.

Accounting student ni dia macam senior-senior dia zaman aku dulu kan, diorang budak skema. Rigid. Dan susah nak pull off creativity dalam otak diorang sebab dia takut. Nerd.



Dia tak berapa flexible sebab kebiasaannya orang yg faham risiko dia takkan ambil risiko. So budak accounting memang macam tu (ini pandangan aku, jangan nak emosi lebih).

Bila dengan budak pandai, aku ade high expectation sikit. Which is, aku expect diaorang ni BAGUS. Alkisahnya lah, hari ni aku habiskan chapter 5 selama lebih kurang 45 minit sahaja. Memang sekejap. Kelas 8;30-10:30 tapi at 9:15 aku dah khatam chapter 5.

Tapi at 9:10 am another 5 minits sebelum aku khatam (aku tengah terangkan slide yg terakhir), pintu kelas diketuk. Aku kunci pintu tadi. Dan bila aku buka, rupanya student aku. LEWAT. Lewat 40 minit.

Anehnya, macam aku bukan diri aku yang hot temper, aku tak marah budak ni. Memang budak lelaki. Takde lah muka brad pitt sampai aku terkesima ke apa benda. Biasa saja budaknya. Aku tak marah. Aku suruh dia duduk. Dan aku sambung habiskan penerangan aku.



Dia kata sorry madam, aku angguk sahaja. Aku memang tak tahu nak react apa masa tu. Lewat 40 minit ye! habis sahaja chapter 5, aku suruh buat group discussion on their business plan sehingga habis kelas. Aku dalam kelas bagi advise to each group yang ada masalah dan tolong-tolong mana-mana patut.

Bila keluar dari kelas, aku fikir sesuatu. KENAPA AKU TAK MAKI BUDAK TU TADI???????????

Tak senang duduk aku tadi dalam office fikir kenapa aku tak marah student aku tadi. Kenapa aku tak jerit kat muka dia, atau halau dia keluar kelas atau cakap pada dia, JGN BERANI MASUK KELAS SAYA KALAU DAH TAHU LAMBAT!



Aku tahu korang pun sekarang tengah fikir "alahai baiknya kau aini, lewat 40 minit kot! bukan 4 minit!!"

Tapi seriusnya aku senyum aja bila aku dapat kenal pasti sebab kenapa aku tak marah budak tu tadi. Entahlah, utk statement paling poyo yg aku boleh buat, masa aku mula-mula mengajar beberapa minggu lepas, aku asyik cari identiti aku sebangai pendidik. Dan dengan itu, semua jenis pensyarah dan cikgu zaman tok kaduk aku muncul dalam otak. Pelbagai karakter.

Akhirnya aku janji 1 benda dalam diri aku. Aku kena adil. Mula-mula aku fikir, aku pun student jugak dulu. Aku pernah ambil diploma jugak. Aku jahat jugak. Aku playful. Aku irresponsible. Aku malas. Bila aku fikir macam tu aku rasa aku faham budak tu tiba-tiba.

1benda buat aku rasa tindakan aku betul, walaupun dia tahu dia lewat 40 minit, DIA TETAP DATANG KELAS AKU DAN MINTA MAAF PADA AKU SEBAB DATANG LAMBAT. That's it. Kat situ aku simpulkan yang dia taknak tertinggal apa-apa pelajaran dia, tak suka tertinggal kelas aku. Jadi balasan pada usaha dia tu takkan lah makian dari pensyarah dia, kan? Aku rasa tak adil pula.

Dia boleh saja taknak datang, Aku cek nama dia belum pernah tak datang lagi kelas aku. Kalau dia dah selalu ponteng maybe dia terpaksa dtg juga tadi sebab takut kena tindakan tatatertib. Tapi dia selalu datang, kalau aku zaman diploma dulu, aku siap kira, kot-kot selalu sangat dah aku g kelas subjek tu, tetiba aku rasa ter"overslept", sumpah aku sambung aja tidur!

Aku terfikir jugak. Budak "bijak" punya kelas. Aku ada ajar budak "lemah" utk subjek ETR ni. Kalau budak lemah yg buat perangai tu, tindakan aku sama tak? huhuhuhuhuhuu....... aku serahkan pada takdir saja. Tapi yang aku paling suka, so far, kelas aku tak pernah ada yang missing in action lagi. Baik kelas pandai atau kurang pandai.

Entry hari ni lebih pada nak beritahu, yang zaman pun dah berubah. Dan sepertimana aku paling benci lecturer garang macam Mak Tiri, aku pun taknak students label aku mak Tiri tak pasal. Siapa kata tak boleh marah-marah? Tapi bila marah mesti kena pada tempat dan bersebab. Aku benci lecturer aku yang ikut mood masa masuk kelas.



Agak-agak tak cukup tidur, hambur maki hamun marah herdik student tak tentu pasal. Aku doa Allah sentiasa pelihara lidah aku. Sentiasa pelihara akal dan perilaku aku. Supaya aku jadi pendidik yang bagus. Semoga Allah jaga aku sepanjang hidup aku menunaikan amanah mak bapak budak-budak ni untuk jaga dan didik diorang.

Tapi, apa-apa pun, students mesti tahu satu benda, kesabaran setiap manusia tak sama. Jadi jangan bagi dugaan kat lecturer hebat sangat, Takut kalau meletup, ke kuburan kau perginya.

Oklah, nak ambil dadam balik sekolah. tatatata

Cerita Semester Ini - Subjek mengajar

Oklah, aku sambung entry kedua untuk hari ini memandangkan aku ada mood nak menulis.

Masuk saja uitm melaka, aku diberi subjek ETR/ENT 300 iaitu subjek KEUSAHAWANAN atau dalam English-nya ENTREPRENEURSHIP.



Semester ni, aku ada 6 kelas (group) yang aku ajar terdiri dari student:
Diploma Office Management - part 5
Diploma Accountancy - part 6
Diploma Art Design - part 4
2 groups untuk each course. Dan total plus minus 150 students aku semester ini. Gila aku kejutan budaya kejap.

ETR/ENT ni selaku budak business aku rase hujung kuku aku saja lah. Tutup mata boleh khatam sudah. Hahahaha berlagak nak mampus. Iyelah, aku 7 tahun kot belajar business ni. Repetitive sungguh semua benda dalam subjek ETR ni.

Dalam subjek ni, students kena buat 1 business proposal as if diorang betul-betul nak bukak business. Jangan main-main, business proposal ni yang real siap pendaftaran syarikat dalam suruhanjaya syarikat malaysia lagi (tapi borang to mock form sajelah).

Siap sahaja business plan ni, diorang kena present kepada panel penilai. Kononnya panel penilai ini lah wakil Bank, MARA, TEKUN, investor segala. targey subjek ni ialah business proposal tu boleh dijalankan secara real bila students grad nanti.

Best? aku suka lah ajar sebab business ni dekat dihati aku walau aku bukan ade business besar pun kan. tapi aku suka subjek ni sebab dia memerlukan creativity untuk ko fikir ape business yang menjadi keperluan dan memenuhi kehendak customers buat masa sekarang.

Lagi syok students aku semester ini sangat kreatif. banyak business idea yang baru dan menarik tak kurang jugak business idea yg sedia ada tapi tetap bagus sebab students suka mencuba.

Buat masa ni, yang dah start dengan draft ialah:

  1. Mobile cafe
  2. Library cafe
  3. Mobile barber
  4. Nursery - believe it or not diorang ni semua jantan, bukan perempuan, dan badan besar, tapi nak bukak taska. Hahahahahahah
  5. Rainbow cookies
  6. Art shoes
  7. Fruit jem
  8. Frozen food
  9. Santan
  10. Cili proses
  11. Penternakkan arnab
  12. Jamming studio
  13. Spa
  14. Car wash
  15. One stop Dobi centre


eh banyak lah, tak dapat nak ingat semua sebab terlalu banyak. kelas ade 6, kalau 1 kelas ade 4 group, 24 business proposals yang aku perlu advise semester ini. Aku rasa hebat sekejap.

Oh lupa nak cakap, UiTM menang lagi tahun ni sebagai Universiti Usahawan maknanya melahirkan ramai usahawan juga mengeluarkan banyak program keusahawanan. belum boleh ditanding U lain lagi. Dan UiTM melaka tempat ke 3 antara seluruh kampus UiTM dalam pertandingan usahawan ke apa benda entah. Syok aku dengar.

Harapannya lah students semua grad dan bukak business sendiri. Jatuh bangun tu pasti. Cuma yang penting berani mencuba.

Ada satu buku yang nak share dengan korang, buku ni aku pun tak pernah beli. Tapi berdasarkan tajuk, aku tau buku ni mesti BEST GILA!

"Why A students work for C students, and B students work for government"


So? tak reti-reti lagi hadiahkan buku ni kat aku????? hahahahaha aku nakkkkkkkkk!!!!

My 2013

Assalamualaikum, Hello January!

Lama tak berblog. Hari ni rasa nak berblog cerita tentang hidup. Sepatutnya buat 1 entry rumusan tahun 2013. Achievement dan kegagalan. GAGAL? yes... ada kegagalan. Gigih gagah hebat sangat kalau tak melalui kegagalan ni.

1st quarter of 2013 (Jan-Mac)
Tak ada jadi, pergi holiday Sarawak bertiga saja dengan anak dan husband.



Sepatutnya habis belajar January 2013 (MBA) tapi aku relax aje GAGAL submit thesis on time. Iya, buat apa malu cerita, memang salah sendiri sebab kurang fokus. Jadi aku continue sampai semester seterusnya.

Masa bulan February, Adam Qaiser genap 2 tahun. Aku buat birthday party dengan theme SUPERHEROES.


Dah besar anak aku. Aku share pesanan khidmat masyarakat aku dalam entry ni : DEAR SON.



Berat hati nak mengaku anak bujang dah besar. Nasib baik dia sampai hari ni masih tak malu nak cium mak dia depan orang. Bila dia dah start malu nanti mesti aku sedih.



Masa time ni juga aku sibuk sangat cari rumah nak beli. So achievement 1st quarter 2013 ialah pembelian rumah di Nusa Suria Puncak Alam. Aku share dalam entry ini. Pencarian rumah selesai sudah. Dulu tak pernah fikir pun akan ada rumah sendiri. Sebab husband and wife dua-dua bukan jenis duit bertingkat-tingkat. Hutang bertingkat-tingkat itu memang betul.

Tapi since kahwin ni, husband aku control sikit perbelanjaan bini dia. Banyak yang dia sekat. Alhamdulillah makin lama makin selesa tengok "gaji" dalam bank everymonth. Sampailah payslip melayakkan utk pembelian rumah. Tadah tangan, syukur, macam makcik ni!



2nd quarter of 2013 (Apr - Jun)
Birthday laki aku ni. Tapi aku tak bagi hadiah. Birthday aku kemain aku minta handbag bagai. Birthday dia aku buat tak berapa faham dengan alasan, aku student! mana ada gaji! Jadi aku beri kasih sayang ajelah. Hahahahahahahahaha



Then aku continue buat thesis aku sampai siap! Tekad untuk grad juga tahun ni. Akhirnya thesis siap dan aku berjoli sakan.

Yang tak faham kesukaran membuat thesis mohon jangan cakap banyak sangat. Aku pening buat thesis. Mungkin tak pening untuk orang yang suka copy paste kot! Hahaha amekawwww... sehingga Jun hidup aku. aku dedikasikan kepada menyiapkan thesis dan lastly siap juga alhamdulillah.

3rd quarter of 2013 (Jul-Sept)
Ni time Hari Raya ni! Tema raya aku biru elektrik. Jangan tak kejung macam kena karen lah kan tengok baju biru elektrik tu. This Raya was so meaningfull sebab dah 2 tahun raya puasa aku di rumah mertua atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi husband kata akan balas semula dua tahun berturut-turut beraya dengan family aku dulu start dari tahun ni.


Seriusly aku rindu beraya di kampung. Tahun ni balik Segamat, Johor. Bakar lemang, main bunga api. Buat rendang dengan opah aku, hehehehehe best tak terkata. Bulan Sept adik ipar aku pulak kawin. Syoknya lah berkenduri bagai, dan as kakak ipar, aku hadiahkan both of them free hotel di Kundasang, Sabah untuk honeymoon. Right now masa aku tulis entry ni, adik ipar aku dah pun pregnant. Yeay!



Hujung September, for the 1st time bawa family mertua ke sabah. Memang hajat husband nak bawa mak dan adik dia berjalan. Jadi kami bawa diorang ke Sabah. Hampir semua family in laws aku pergi and we had a great time there. Aku share dalam entry ini. Kalau Allah beri lagi rezeki, aku nak plan berjalan naik kapal terbang lagi. Jauh dekat tak penting, yang penting happy dan enjoy.



4th quarter of 2013 (Oct-Dec)
Life was drastically changed masa suku terakhir 2013. Husband tiba-tiba dapat phone call untuk interview after almost 6 years tak dapat apa-apa rezeki bertukar kerja atau naik pamgkat. I was so overwhelmed masa tau dia dapat interview. Dah lama aku nak dia tukar kerja. cari angin baru. You need to be developed, new environment dan new tasks. I was praying so hard for him to get that job and alhamdulillah memang dapat pun.



At the same time, aku pun garduation day bagai nak rak. Habis MBA lah katakan.




So aku juga prepare untuk dipanggil berkhidmat. Perjanjian dengan UiTM ialah 7tahun perkhidmatan sebagai ganti biasiswa yang UiTM bagi aku utk further study tu. Aku suspend gila mana UiTM nak campak aku. ramai cakap aku bakal tercampak di Kedah (Merbok), sebab course International Business baru buka dekat sana. Lagi sekali aku doa banyak-banyak janganlah Kedah! JAUH SGT!!!

Bila dapat appointment letter, rupanya UiTM Melaka. Senyum lebar. I was expecting better place like Puncak Alam, but HE knows better why i was posted here, Melaka. Syukur dan redha. Ikhlas dalam jalankan tanggungjawab yang aku sendiri dah janji nak pikul. So on 9th Dec, 2013 aku report duty ke UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah.

Aku bawa Adam Qaiser, duduk sekali dengan aku. Husband di Klang, aku serahkan pada mak aku untuk jaga laki aku. Hahahahahahaha so bermulalah episod weekend husband and wife buat kami. Dugaan? Nanti aku share kemudian.

Ok selesai hutang aku utk update 2013. Barulah aku boleh share benda lain pada entry seterusnya. kalau rajin jap lagi update lagi. kalau tak rajin korang tunggu aku rajin nanti baru aku menceceh! Ok bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...