CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts

October 22, 2013

Resepi Kuih Koci Labu

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sampailah kita ke entry ke-3 utk hari yang bersejarah ini, iaitu entry syok sendiri dan bajet best - Cara-cara membuat kuih koci labu.




Saya belajar dari opah saya untuk buat kuih ini. Tapi masa 1st time buat, saya tukang bungkus saje. Yang lainnya Opah buat. Haha haih!


Lepas tu gatal pos di facebook, MIL nampak pula. Langsung balik kampung masa Raya Haji, MIL petik nak koci labu. Gila ke tak buat bila MIL suruh buat? Menggagau aku kejap nak fikir balik resepi. Nasib baik ingatan ni memang kuat lah, student lah katakan. Memang cepat tangkap visual dari mendengar. 

Nah resepi.

Inti
Kelapa parut (semua putih taknak tercampur tempurung)
Gula melaka / gula merah
Gula biasa
Daun pandan
Sedikit air

Koci
1/2 Labu (iyalah nama pun koci LABU)
4 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Air yg dididihkan utk merebus koci

Santan
Santan kelapa
Tepung jagung
Garam

Kulit
Daun pisang yg dibasuh dan dilayur.

1. Letakkan sedikit air, letak gula melaka/merah, biarkan sehingga cair. 
2. Masukkan kelapa putih, kacau hingga kepala berwarna perang
3. Masukkan gula
Inti kelapa dan santan pekat

Rasa sehingga cukup manis dan lemak. Tak cukup sile tambah gula. Tak cukup perang tambah gula melaka/merah. Masukkan daun pandan, kacau sebentar sehingga sebati dan kering sedikit, tutup api. Sejukkan.

4. Masukkan santan kelapa dalam periuk, masak, letak garam supaya masin sedikit, bila dah masak letak tepung jagung, biar pekat sedikit. Sejukkan letak ditepi.




5. Kukus labu sehingga masak (dalam 15 minit)
6. Lenyetkan labu yg dah dimasakkan dalam mangkuk acuan



7. Habis lenyet, masukkan garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk bulan-bulat.



8. Ambil inti, ambil sedikit koci, bentukkan leper, letakkan inti dan bulatkan. Buat sampai habis adunan.

9. Masukkan semua adunan tadi dalam periuk berisi air yg mendidih, masak sehingga timbul ke permukaan air.
10. Angkat dan sejukkan.



11. Ambil daun pisang yg dipotong 4 segi, letakkan santan yg telah dimasak di atas daun pisang, letakkan sebiji koci, dan kemudian curahkan sedikit santan lagi ke atas koci sebelum dibungkus.



12. Siap semua dibungkus, kukus dalam 15 minit sahaja.



Sedia utk di makan. Mudah saja. Tapi banyak step. Aduhai.

Korean Street Cafe

Hello,
entry kedua untuk hari ini ialah review utk Korean Street Cafe. Salahkan cerita-cerita Korea yang asyik tunjukkan makanan Korea sampai menjejes air liur makcik!



Suggested by my ex schoolmate, i finally managed to come here setelah memujuk husband sendiri yang memang tak makan makanan alien-alien. Alien utk dia, tak alien utk saya :)

Dan entry ini agak terlambat, saya dah lebih 3 kali ke sini. Saya combine semua makanan yang pernah saya order lah ok.

Senang cakap, Korean Street Cafe ni sangat selesa, environment sangat baik. Walau tempat ni susah parking (depan Taylor's college Subang Jaya) tapi owner dah sediakan parking khas utk pelanggan. So, anytime pergi, insyaa Allah ade parking.

Parking reserved


Makanan yang saya order banyak sangat sebab dah 3x lebih pergi kan, ada saya ingat ada tak ingat. Sila rujuk gambar di bawah, eceh.

Kalau duduk di bahagian atas boleh bersila

Husband order Ramen hahaha

kek beras pedas dengan ayam. Tak pedas sangat. Tabokki

ini ikan tuna salai

ni macam sate ayam

happily playing with daddy

Ni pergi dengan family tapi gambar makanan hilang ke mane ntah

ini pergi dating berdua

dinding dia boleh conteng-conteng



set menu

menu lagi

yang ni bulgogi rice. sedap!

tabokki without ayam. street style

my fav kimchi

tabokki atau kek beras pedas ni mcm makan pulut tapi pedas dan manis

interior atas

sebahagian contengan
ni dalam instagrem saya dah upload

Alahai, gambar masa pergi dengan family patutnya di upload tapi hilang mana tatau. Sebab ada Mee Kacang hitam, husband order, memang sedap. Dan ada nasi goreng utk Dadam, memang sedap gila. Rasa nak upload video lah. Tapi mana video aku masukkan dalam instagrem tu eh?? nanti jumpa saya upload lah. Missing segalanya pun.

So review Korean Street Cafe ialah 8 bintang. Kurang 2 bintang sebab kat atas tu ruang dia sempit bila duduk beramai rasa sesak nafas. hahahahaha :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...