CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Friday Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Friday Thoughts. Show all posts

October 31, 2014

Saja-saja terkenang

Assalamualaikum,

Duduk di office hari ni macam tak tahu apa nak buat. Terkebil-kebil tengok email, kemudian siapkan surat lantikan AJK Perkampungan Anak-Anak Yatim Negeri Melaka yang akan diadakan next week.  Tengok-tengok dah pukul 1 tengahari.

Pintu office ada orang ketuk, rupanya husband datang, hantar Adam Qaiser sementara dia nak solat Jumaat, minta tolong jaga sekejap until 2:00pm. Senang saja jaga Adam, bagi kertas kosong 1, bagi pen, selesai! Tulis ABC?? Bukan-bukan-bukan... dia lukis Ultraman.. heheheh

Eh, esok aku masuk 30 tahun. Gila. 30 tahun! Maknanya dah hidup 30 tahun atas dunia ni. Fikiran pun menerawang entah pergi ke mana. Imbas-imbas zaman jadi budak-budak, zaman sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti, zaman awal kerja, dan sekarang.

Jauhnya dah jalan. Apa dapat? kutip apa je nih? Hehehe Tadi masa breakfast 3 beranak sempat berborak dengan husband, cerita masa lampau. Zaman kecil-kecil. Aku dengan suami memang jauh beza. Kalau aku kata mak ayah aku susah, keluarga mertua aku yang peneroka Felda, jauh lebih susah. Mata kami sama-sama pandang Adam qaiser yang tengah main patung ultraman sambil makan mee kicap.



Senang juga hidup budak ni. Untunglah. Aku cuba beritahu yg zaman sekolah rendah, aku belanja 50sen pagi dan 50sen petang. 50sen tu dapat beli air sirap 1 cawan (10sen), nasi lemak (30 sen) dan kuih sebiji (10sen). Petang sekolah agama, aku dapat lagi 50 sen, beli air 10 sen, beli nasi ayam 40sen.

Suami aku pun cakap, "untunglah, aku dulu Abah dengan mak bagi 30 sen sehari, sekolah petang abah tak bagi duit belanja pun. 30 sen tu bukan setiap hari, seminggu 2-3 kali aje abah bagi. Hari lain tak ada duit pun". Kau dapat 50 sen pagi, 50 sen petang tu bapakkkkkk mewah!"

Aku gelak. Cehssss, mamat ni memang buat aku kalah. Aku baru nak poyo-poyo miskin kedana. Hahahahaha aku pun cakap, "aku balik sekolah kadang-kadang Ayah tak datang ambil. Dia lupa, atau dia lambat sangat-sangat, sampai aku jalan kaki balik rumah dari sekolah! Penat tau! Berpeluh! nak sekolah petang pulak lepas tu. Itu tak apa lagi, dekat depan sekolah agama aku tu dalam perjalanan balik, ada 1 rumah ni bela angsa! Bengek tuan rumah ni tak ada pagar rumah dia, angsa dia lepassssss aja. Angsa pun bengek juga, asalkan nampak muka aku aje dia kejarrrrr!! lepas tu dia sudip bontot aku! sampai lebam!! Menangissss aku sampai kat rumah.... haihhhhhhh~!!"

Inilah sekolah rendah aku


Suami yang tengah makan nasi goreng kampung jeling lepas tu cakap, "B, abah tak pernah ambil aku balik sekolah. Adik beradik aku sekolah rendah jalan kaki pergi balik. Dah lah kat sekolah tak makan sebab tak ada duit, balik menapak dari sekolah sampai rumah tengahari panas tu. Setakat angsa tu apalah sangat, aku rumah dalam hutan kau sebut aja apa binatang yang tak ada nak kejar budak-budak balik sekolah........"

Alaaaa... kalah lagi aku.. Hahahahaha terus aku rasa kehidupan masa kecil aku tak thrill. Husband kata sebab tu dia pandai masa sekolah rendah, sebab bila abah tak bagi duit belanja, orang pergi rehat, dia pergi baca buku siapkan kerja sekolah. Eh, aku teringat pula aku masa sekolah rendah, jangan kata waktu rehat, sipi-sipi nak waktu rehat aku dah menggelupur kat kerusi, tak menahan nak pergi beli makanan! 


Lepas tu bila dapat jadi pengawas, dapat keluar awal 10 minit dari murid lain, sebab kena bertugas masa murid makan, heavennnn aku cakap kau! Turun 10 minit awal, tak payah beratur beli makanan, dapat pilih pinggan nasi lemak yg ada telur mata paling lebar, dengan cawan air yg paling penuh makcik kantin letak! hahahahahaah lepas tu mula lah pergi bertugas macam beruang terseret-seret, mata dah layu makan banyak sangat.

Hah, dah tahu aku pengawas kan? jadi yang mana aku? yg paling comel pastinya.. hahaha


Tak sangka semua ni berlaku dah terlalu lama. 20 tahun lepas. Tahun 1990-1996. Husband punya era kau kena tolak lagi 5 tahun dari aku. Dia kertu sikit. Hahahahahahahaha... seronoknya mengimbas masa lampau. Masa nasi lemak harga 30sen, masa air secawan 10sen, masa tak ada orang jahat nak culik budak kecik yang jalan seorang diri balik rumah, masa semua benda pada kadar sederhana dan dunia ni aman damai.

Agaknya aku selalu rasa zaman kecik aku susah, jadi Allah jodohkan aku dengan mamat ni, yang sahih-sahih lagi susah dari aku. Supaya aku lebih bersyukur, aku tak melalui saat yg getir. Eh bagi aku tak pergi kantin untuk makan memang dikira getir ye! sebab aku perlu tenaga nak pergi main getah lepas tu... hahahahahahahahhahaah

Kita rasa kita cukup susah, orang lain lagi susah cuma taknak canang saja. Kita rasa kita tak ada harta dan rasa down sangat sebab terasa "miskin" banding dengan orang sekeliling, kita lupa pula nak tengok yang betul-betul miskin dunia, tapi tak pernah harap belas ehsan orang lain untuk hidup.

Hopefully hari Jumaat terakhir berumur 29tahun ni dapat beri aku satu idea baru tentang hidup. Tentang "kecukupan" dan "kesederhanaan". Esok bermula umur baru. 30 tahun. Ready? InsyaAllah.

Ok, kalau aku bernasib baik, husband aku yg budak kampung tu mungkin belanja aku makan birthday dinner treat, kalau ada aku update. Walau aku rasa harapan macam tipissssssssssssssssss... hahahahah bye bye bye!





p/s: abaikan bahasa diri kami husband and wife "aku-kau" tu, memang azali begitu. Hehehe

November 1, 2013

Pada Usia yg ini

1 November 1984 - 1 November 2013
Ya Allah
Telah 29 tahun

Pada setiap hela nafas yg cukup
Juga setiap nikmat yg sempurna
Tuhan masih memberi

Syukur
Pada usia yg ini
Masih punya ayahanda bonda disisi
Suami pencinta,
Anakanda pintar sempurna

Syukur
Pada usia yg ini
Punya keluarga yg erat
Keluarga mertua yg pengasih
Sahabat handai yg tak pernah mensunyikan

Ya Allah
Malu aku nak meminta-minta
Sedang semuanya Kau atur kemas-kemas
Memberi sehingga aku tak rasa kosongnya dimana

Tapi
Andai boleh diselit doa hari ini
Kau berilah nikmat sihat pada ayah bondaku
Juga nikmat sihat buat bonda mertua
Tak lupa kasihkanlah arwah ayah mertua ku disana

Cukupkan rezeki dan sempurnakan segalanya buat anakanda Adam Qaiser
Bahagiakan hati suamiku yg tak pernah jemu memberi bahagia

Ya Allah
Pada setiap seorang sahabat yg Kau kelilingkan aku
Ambil semua duka mereka
Gantikan dengan baik-baik
Gantikan dengan yang paling cantik
Berikan yang paling bagus bisa Kau beri
Gembirakanlah hati-hati mereka

Malu aku meminta-minta
Tapi Tuhan
Tunaikanlah
Kerna mereka semua
Terlalu banyak memberi padaku
Sampai tak mungkin terbalas

Amin Ya Allah.
Terima Kasih.
Beri aku peluang hidup
Yang entah ke berapa kali.





September 1, 2013

A Friday, that i will never forget.....

Pernah tak dengar quote macam ni : "a cousin is a sister you never had"? Betul, a sister i never had. And if she was meant to be my sister, we will be twin sister sebab kami lahir tahun yang sama.
Aku, kak ngah, kak long hari raya 2009

Besar sama-sama. Main sama-sama dari kecil. Sekolah tak sama sebab Kak Long di Segamat dan aku kat Klang. Tapi kami rapat, dan kebanyakkan rahsia, kami share sama-sama. Susah senang kami. 

Habis belajar, kami kerja satu office. Pergi kerja sama, balik sama. Sebelum tidur kami borak sampai lelap. Kalau ada problem, kami share bersama. Tentang seronok berboyfriend bagai, tentang penat kerja office, tentang kawan-kawan. 

Sampai kawan sekolah aku, kenal kak long. Kawan diploma aku, kenal kak long. Padahal Kami study UiTM lain-lain. Rapat. Memang rapat. Kalau menangis, nangis sama. Masa kerja dulu, tak cukup duit, RM5, kami share breakfast dua orang. RM10, kami share lunch dua orang.

She is a great person. Loving. Caring. Lembut. Opposite perangai aku, for sure. Sesiapa kenal dia, mesti tahu macam mana dia orangnya. Tak payah harap lah nak dengar dia marah. Pijak lah kepala dia macam mana pun, jeritlah kat muka dia macam mana pun, paling jauh dia boleh pergi pun, dia nangis aje.

Lepas tu mengadu kat aku. Aku selalu dari kecil berangan jadi "penyelamat" dia. Siapa marah dia, aku yg balas. Mama aku pun kalau tak kena gaya nak marah Kak Long, aku "libas" jugak. Kat Office bos marah dia, aku marah bos. Bila fikir-fikir balik, aku rasa kelakar. Aku selalu overprotective pada dia. Sebab????? Aku malas gila tengok dia nangis. Dia kememey, tau?

Kak Long ni, ex-bf tak melaut. Maknanya, sayang seorang, seorang tuuuu aje lah. Ditakdirkan 1 day aku dapat tahu dia dah ada steady boyfriend, so aku macam biasa merisik segala informasi, nama, siapa, anak siapa, family background, kerja apa (memang sebiji makcik-makcik, but that was what we do as a cousin, we share EVERYTHING).

Lama couple, dari zaman diploma (2004 macam tu). Sayang jangan cakaplah. Memang sayang habis. Lepas dekat 9 tahun ke 10 tahun kenal dari kawan-couple-tunang, LAST YEAR diorang kawin bulan 6, 2012.



Macam biasa, aku yang paling happy sekali, sebab banyak cerita suka duka dia nak kawin dengan suami dia yang aku panggil Abg Wan.

Lepas diorang kawen, alhamdulillah hujung tahun, Kak Long kata dia pregnant. Masa tu aku lompat bintang sebab?? AKu fikir Dadam akan dapat dua pupu yang paling owesome dalam dunia! Masa hari raya tahun ni, aku banyak borak dengan Kak Long, tapi tak borak dengan Abg Wan. Sebetulnya aku segan nak borak sebab Abg Wan ni orangnya lebih banyak senyum dari bercakap.



And 9 months gone, Muhammad Syahmi Nurhan was born on 5th Syawal this year. Aku kat Pahang tak dapat tengok. Aku redha aje lah, kak long kata nak balik segamat, pantang kat sana. Aku belum tengok-tengok Syahmi lagi dan sengalnya aku belum beli lagi hadiah Syahmi sebab aku ingat dia keluar hujung bulan August.

So hari raya hari tu ialah yang terakhir aku lepak dengan Kak Long, dan husband dia, dan Syahmi yg masa tu dalam perut lagi.

********************************************************

Last Friday morning, around 9am, i was awakened by a call from my cousin, Kak Ngah. Aku kalau tidur, pantang sikit orang ganggu. Jadi aku tiba-tiba bengang pagi-pagi kena jawab call.

Kak Ngah: Dik.... Abg Wan meninggal....

Aku blur, sebab mungkin brain not fully function. Bodoh gila aku rasa.

Aku: Hah? Wan mane pulak ni? Apa benda kau?


Kak Ngah: Abg Wan.. Kak Long.. Abg Wan Kak Long! (dia sikit menjerit masa tu agaknya sebab susah sangat nak fahamkan aku)

Aku: Hah???? Eh.. Hah?? Ape? 

Bulat mata aku. Terduduk terus atas katil and our conversation went on, i asked about how he just "goes" and at the same time my mind was flying... melayang aje aku rasa.

Ye ke ni? Otak aku ade macam gambar Kak Long, besar gila, block terus semua benda lain. Lepas letak phone, aku duduk kejap, tapi aku call balik kak ngah. Sebab aku nak pastikan lagi. Kak Ngah tetap ulang ayat yang sama. So, aku baru rasa, ni memang real.

Nangis? aku tak boleh nangis. Sebab aku lebih pada risau, entah apa aku risau tak tahu. Yang 1st sekali aku call, CekChik kat Melaka, suruh inform Opah. Kemudian aku pergi bilik Mama, dia mandi tapi aku jerit aje dari luar. Semua terkejut. Semua tak percaya.

Lepas tu, orang luar pertama yang tahu, ialah officemate Kak Long (ex-officemate aku, Diela) sebab aku terus call company, minta sambung pada Diela, dan aku beritahu suami Wani dah meninggal. Aku tak tahu keadaan office macam mana bila tahu berita tu, aku lantakkan saje.

Lepas tu, aku tahu mesti nak call satu-satu family members, kawan-kawan, macam susah dan lambat. Aku post kat status facebook aku saje. 



Dan berduyun inbox facebook aku penuh dengan "pm" bertanyakan kesahihan berita ni.


*****************************************************

Ya, betul. Husband kak long, Abg wan, di panggil Allah, pada pagi Jumaat, 30 August, 2013, bersamaan 23 Syawal 1434H. Aku pun tak dapat berita penuh sampai hari ni, aku tanya Kak Long, dia taknak cakap, sebab dia kata die pun tak ada strength nak tahu macam mana arwah boleh pergi. 

wechat aku dengan kak long sabtu lepas pemergian arwah


Yang pastinya, arwah lelah. Semput bangun pagi masa nak bersiap ke tempat kerja. Kemudian rebah sebelum masuk ke bilik air, dikejarkan ke hospital, dan meninggal dunia di hospital.

Kak Long pada hari tu, ialah hari ke 18 berpantang. Bermakna, genap 18 hari Muhammad Syahmi Nurhan cahayamata mereka berdua, melihat dunia.

Tak tergambar rasa aku masa tu. Banyak aku fikir, pasal Kak Long, pasal Syahmi. Macam mana putar pun fikir benda lain, balik-balik aku terfikir benda yang sama juga. Pantas aku siap, kemas baju, semua benda, campak masuk kereta, kami drive terus ke Segamat. 

Orang tanya nak tengok jenazah ke? Dekat hospital... aku jawab " aku nak tengok Kak Long..". Dalam kereta aku tanya husband aku, "apa muka saya nak buat nanti? macam mana saya nak hadap kak Long ni?" husband aku diam. Suruh aku kuat semangat sebab berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang pikul takdir ni.

Aku konvoi dengan officemate Kak Long. Dalam kereta aku asyik fikir. Boleh ke kak long hadap semua ni? Ok ke dia sekarang? nangis banyak sangat ke? dia tengah pantang, macam mana ni?  Nanti sakit pula macam mana? 

Aku cukup syak, cukup yakin, dia tengah meleleh-leleh tak berhenti-henti menangis macam dulu-dulu dia menangis atas katil kalau kena marah atau ada problem. AKu tak boleh bayang pulak kali ni. Aku resah sepanjang jalan. 

Sampai-sampai saja depan rumah Makcik aku, tak sempat tengok adam, tak sempat angkat beg, semua benda aku tak sempat. Aku terus jalan, masuk rumah, terus aku cari Kak Long dulu.

AKu nampak dia dekat sofa, sebelah makcik aku. AKu pandang dia, dia pandang aku. Airmata aku dah bergenang (in fact masa taip sekarang ni dah nak meleleh dah airmata aku). Aku cepatkan langkah, salam makcik aku, dan terus salam Kak Long, aku cium pipi dia lama-lama, dan masa tu, kekuatan aku hilang.. hilang terus. Aku nak cepat lepaskan pelukan dia, tapi tiba-tiba aku rasa Kak Long peluk aku kuat sangat. Macam minta aku peluk dia kuat-kuat.

Aku terus peluk dia. Sekuat hati aku. Mulut kami langsung tak bercakap apa, dalam hati aku, terus pujuk-pujuk dia, dengan harapan hati dia dengar... 'sabar Kak long, sabar......redha...Allah sayang awak, Allah sayang baby awak.. Allah sayang arwah'

Usai pelukan, aku terus duduk ditepi dia. Tapi kami yg selama ni becok berborak dari kecik dan pantang jumpa asyik nak berbual, diam. Diam seribu bahasa. Aku pegang tangan dia, pegang bahu dia. Aku bisu terus. Yang buat aku kagum, kak long tak meratap apa pun. Airmata mengalir, tapi tak ada bunyi tangisan. Tak ada suara apa pun.

AKu bangun, untuk beri laluan kawan-kawan office dia yang datang melawat. Aku pergi dapur. Taknak nangis, tapi, Allah... Syahmi ada kat dapur pula, tengah tidur, tengok muka Syahmi, airmata memang laju keluar.

Jenazah dimandi dan dikafankan di masjid dan bergerak dari masjid wangsa maju selepas solat Jumaat. Dalam pukul 2:45ptg. Dalam pukul 5:30ptg, langit mendung, dan kami dikhabarkan jenazah sudah sampai di Batu Anam. Lebih kurang 30 minit akan sampai ke rumah. Jadi kami bergerak ke rumah atuk arwah yang berdekatan rumah makcik aku.

Mendung sangat masa tu. Sampai rumah atuk arwah, aku duduk tepi Kak Long, capai Yaasin, dan aku habiskan surah Yaasin. Elok habis sahaja, aku nampak van jenazah tiba diperkarangan rumah. Aku genggam tangan kak long, aku memang tak bercakap, aku rasa dia faham yg aku minta dia kuat semangat. Jenazah dah tiba.



Kak long beralih dari sofa ke ruang tamu, jenazah masuk. Kak Long pegang syahmi, syahmi tidur. Aku risau kalau-kalau dia pengsan. Sebab muka dah pucat habis macam tak ada daya. Mak arwah menangis-nangis dan terpaksa dipapah masuk ke rumah. Hati ibu yang hilang anak. Kita memang takkan mampu faham, jika tak merasa.

Makcik aku tanya kak long "nak mama pegang ke syahmi tu?" aku tengok pantas Kak long gelengkan kepala dan dia peluk syahmi erat-erat. Makcik aku tanya lagi "betul ni? betul boleh ni kak long?" aku tengok kak long angguk. Hati aku sebak terus.' Long, kite rasa awak ni memang "kuat", awak memang tabah'. Aku pegang bahu dia.

Kain kafan yang tutup muka jenazah dibuka. Aku tengok arwah tenang. Macam tidur. Nama pertama yang imam dan semua yang ade berdekatan situ panggil, ialah "wani... bagi wani tengok dulu...." Kak long jalan pergi pada jenazah arwah, duduk sebelah jenazah, sambil pegang syahmi.

Allah... my heart was broken into pieces at that time. Dan aku tak boleh lagi tahan perasaan aku dari tanya, "Ya Allah, kenapa Kak Long dan syahmi?" (T___T)

Kak Long jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri, untuk kali yang terakhir. Kak Long lap airmata dia dengan tuala bersih-bersih, dan perlahan-lahan cium arwah di dahi, di kedua-dua pipi arwah. Kemudian letak pula mulut kecil syahmi, pada ayah dia, di pipi dan di dahi. Syahmi diam. Semua orang diam. Dan semua orang menangis tengok syahmi, dan ayah dia utk kali yg terakhir.

Selesai ditatap ahli keluarga buat kali terakhir, jenazah di tutup, dan kemudian disembahyangkan buat kali terakhir, oleh semua kaum keluarga dan sahabat serta jiran-jiran yang ada. Hujan turun sangat lebat. Lebat yang teramat lebat.

Jenazah kemudian diangkat untuk dimasukkan semula ke dalam van untuk dibawa ke kubur. Aku tahu kak long nak ikut. Aku suruh dia naik van jenazah. Tapi orang-orang tua semua tak bagi. Katanya sebab hujan, dan sebab dia dalam nifas. Aku pandang dia, lepas tu aku tarik tangan Kak ngah, aku kata "jom, kite kena pergi kubur"



Jenazah selamat disemadikan sebelum solat maghrib dalam hujan yang lebat. Semua berpayung. Ada bumbung atas liang lahad arwah utk elak air bertakung. Segalanya selesai dan aku lihat jam masa tu 7:24ptg. Tak ade perempuan pun kat kubur tu kecuali aku, kak ngah, kak mas, dan adik arwah, kalau aku tak silap. Aku memang kena pergi. Kalau tak, nanti kalau-kalau kak long nak tahu apa-apa tentang detik-detik ini, aku tak boleh nak describe pula.

Selipar penuh tanah merah, baju kurung aku lencun, aku masuk kereta dan balik rumah makcik aku. Dengan macam-macam rasa. Sampai rumah aku mandi, baru teringat lapar, dan selepas makan dalam pukul 9malam, aku ajak Kak long berbual, Sebab aku tahu, dia ada banyak nak cakap............................................................


*********************************************************

Itu cerita Jumaat aku yang lepas. Ada yang tanya, number akaun Kak Long, maybe nak beri apa-apa pada dia dan syahmi, jadi aku hanya beri pada mereka yang inbox dalam facebook aku sahaja. Ni gambar kak Long dan syahmi....




Untuk kak long,
Kita tak tahu awak sekuat ini
kite tak tahu pun awak setabah ni
kalau tak ada tertulis takdir ni
selamanya kita takkan tahu 
Tengok awak, kite rasa kagum sangat
sebab awak masih boleh senyum
masih boleh ketawa 
dan masih boleh layan syahmi
macam tak ada apa yang jadi
Awak kuat
mesti kuat
sebab syahmi perlukan awak
lebih dari sesiapa dalam dunia ni
dan kalau awak perlukan bahu
kita ada
sepanjang hayat kita
macam masa kita kecil-kecil dulu
Allah lebih tahu kenapa Dia pilih hati awak untuk diuji
Allah lebih tahu kenapa mesti Syahmi
Allah naikkan darjat awak, insyaa Allah
Allah akan beri hikmahNya kemudian, insyaa Allah
Awak yg terpilih
Tak mungkin hanya saja-saja..
Jadi, 
Jangan nangis-nangis lagi



Syahmi,
Bila besar kalau baca tulisan Mummy yang ini
Syahmi kena tahu dan mesti selalu ingat
Arwah ayah syahmi baik orang nya
Suka senyum macam syahmi
Tak bising, senyap macam syahmi yg tak banyak ragam
Muka syahmi...
Sama macam arwah ayah
Mama mesti tak boleh nak bercakap tentang arwah Ayah
Mungkin sampai bila-bila
Sebab mama syahmi lumrahnya seorang "penyimpan"
Jadi syahmi kalau baca tulisan ini
Syahmi mesti rasa bangga
Ada Mama macam mama syahmi
Dia "sempurna"
Dan syahmi juga sempurna
Syahmi jangan rasa kurang walau sikit
Sebab Allah sayang syahmi
Kami sayang syahmi..
Dan yang paling penting
Mama syahmi,
orangnya memang penuh kasih sayang
Jadi anak yang soleh
Jadi anak yang bijak
Jadi anak yang sihat
Jadi anak yang baik pekertinya
Biar redup mata Mama
Biar sejuk hati Mama
18 hari mungkin tak cukup untuk syahmi dan ayah
Insyaa Allah di sana satu hari nanti
Kita doa sama-sama
Syahmi, mama, dan ayah
Akan dipertemu kembali..

Amin...





To all readers, sudilah mensedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shazuan Shordin, suami kepada Kak Long, juga bapa kepada Muhammad Syahmi Nurhan.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan yg beriman dan beramal soleh.




October 23, 2012

Family Vacation to Negeri Di Bawah Bayu

Assalamualaikum,

Dah lama tunggu date nak fly pergi Sabah ni. Iyalah, beli tiket bulan December, 2011 kot. Fly October, 2012. Gila tak lama? Tapi penantian itu memang berbaloi sangat. Bila upload gambar vacay dalam facebook, ramai pula tanya tentang pakej dan sebagainya.

Saya tak ambil pakej lah. Semua saya buat sendiri. Pilih tempat nak pergi pun sendiri. Booking segala, semua on my own. Tak pakai pakej :)

Secara summary-nya, kamu ada 19 dewasa, dan 5 kanak-kanak riang. Ramai. Bingit. Haha kasihan lah siapa yang naik flight dengan kami on 7th Oct,2012 dan 10th Oct,2012. Harga tiket saya ke Sabah hanyalah 10sen. Pergi balik 20sen. Kami bertiga return tiket total 60sen saje. Tak termasuk tax lah.

Iya, murah. Beli masa AirAsia Awesome 10. Tapi pukul 4 pagi lah baru dapat tembus website. Hazab!

On 7th Oct,2012 kami semua bertolak dari rumah ke LCCT at about 6:30am. Flight pukul 9:30am.




Sampai Sabah pukul 12 tengahari, touch down di Kota Kinabalu International Airport.


Saya booking transport dengan En.Fizul, 2 buah van, 12 seater. 1 hari dapat RM350.00 siap dengan driver. Tapi minyak on us. So saya sewa 2 hari. RM1400.00 total utk 2 van itu. Devide 19 org ialah RM74 per person.

Kat Sabah ni sebab nak ke Kundasang 2 malam sebab itu kami perlukan driver. Siapa nak bawa van naik Kundasang, weh? Jalan macam ular kena palu. Dan tepi tu memang gaung saja. Perlu pemandu mahir dengan jalan. Tambah-tambah jalan berkabus. Tak payah nak banding dengan Cameron Highland, jauh beza kabus tu ye. Haha

Begini kabusnya. Bangsa tak nampak jalan. Padahal ni pukul 2 petang ye.

Dari Kota Kinabalu ke Kundasang takes about 3 hours maximum. Rasa nak muntah dalam van. Aduhai. Sampai-sampai Kundasang, kami check in di Kiram's Village, Mesilou, Kundasang. I highly suggest Kiram's Village ni sebab dia mengadap Mount Kinabalu. Memang sangat cantik. Dan locationnya sangat strategik. Dekat dengan Desa Cattle Farm dan Kinabalu Park.



Kalau nak enjoy scenery, elok duduk sini. Saya rasa yang bukan kaki panjat gunung tak perlu poyo nak duduk chalet dekat gunung atau dekat Kinabalu Park. Sebab tak ada pemandangan. Macam mana nak tengok Gunung kalau duduk dekat betul-betul bawah gunung? Jangan nak obsess gunung tiba-tiba ye. Membazir :)

Ade 8 buah chalet saja di Kiram's village but each chalet boleh memuatkan seramai 2- 12 orang mengikut chalet lah. Paling murah RM80, 3 katil. Paling mahal RM250, 2 queen bed, 3 single bed berserta ruang tamu dan sebagainya.

Kami ambil:
Carrot Cabin (7 dewasa, 3 kanak-kanak)


Cabin ni menghadap Puncak gunung kinabalu


Calery (4 dewasa, 1 kanak-kanak)



Onion (3 dewasa)
Chilli (3 dewasa)

Onion & Chilli sebelah-sebelah, menghadap sun rise

Broccoli (2 Dewasa)

Broccoli membelakangkan Gunung Kinabalu

*semua dapat katil)

Kat sini 5:45am tu matahari dah keluar. 6 am tu dah boleh lah buat-buat morning walk kalau larat. Dan dari 6am - 8am adalah masa di mana puncak gunung kinabalu sangat-sangat jelas. Pukul 8am, start kabus datang, tak nampak dah puncak.

sila spot yang mana puncak kalau pandai!

dejavu di kinabalu..kasi laa chance!

Sila enjoy gambar-gambar di bawah, semasa di Kiram's Village.











Ok hari kedua kami ke Kinabalu Park. Nak masuk bayar RM5 (ini termasuk tiket Poring Hot Spring) Siapa masuk Kinabalu park dulu, masuk poring FOC lah :)




Lepas Kinabalu Park, kami ke Tagal Sungai Moroli. Tempat ikan kelah yang jinak. Besar-besar paha, sedut-sedut kaki. Seronoknya. Tapi geli. Nak masuk bayar RM3, duduk 20 minit sahaja.



Ikan memang jinak. Tak takut orang. Mengikut kata tuan punya tempat ni, dia ambil masa 3 tahun jinakkan ikan-ikan ni. Sampai mandi 3 kali sehari dia dalam sungai ni pegang makanan supaya ikan-ikan ni keliling dia. Dah 3 tahun, dia confident utk buka pada orang awam.

Selepas itu, kami ke Poring Hot Spring. Mandi air panas. Weeehooo...sejuk-sejuk masuk air panas, memang syok lah!





Lepas dari Poring, terus menuju ke tempat pemprosessan susu lembu segar, iaitu Desa Cattle Farm, Mesilou, Kundasang. Tempat ni orang panggil "New Zealand Sabah". Lembu coklat tak main. Semua putih hitam. Cantik sangat. Nak masuk bayar RM3 :)






Habis tour hari kedua itu. Balik saja kami bersiap utk karaoke dan BBQ dinner :)




Esok hari kami check out menuju ke Kota Kinabalu. Singgah sekejap Strawberry Park, tapi strawberry tak ada. Jadi terus ke Kebun Bunga. Beli bunga lah Opah saya :)



Sampai KK kami menginap di Marina Court Condominium. Ambil 2 condo. 1 condo 3 bilik. Cantik, bersih, macam rumah sendiri, ada swimming pool, dekat dengan pasar filipin dan segala tempat shopping juga seafood. Memang walking distance. Cuma kami ada warga emas, jadi saya bawa mereka naik teksi :)







Apa best dekat KK selain shopping mutiara? SEAFOOD! Yesssss...kami tak makan di restoran. Makan bawah khemah kecil-kecil saja. Near pasar filipin. Ada deret khemah macam khemah orang kawin. Tepi laut. Ada banyak gerai makan. Kat situ, lobster hanya RM10, siap masak apa kau nak! Gilaaa....aku suka Sabah!


minta lah masak butter milk..aduhai

ok..esoknya kami balik KL. Itu sahaja. Breakdown saya devide 19 peserta. Tidak lebih RM250 seorang, utk 4hari 3malam, dari penginapan, 1x BBQ dinner, 1x Breakfast, transport with driver.

HEAVEN! Planning to bring family in laws pulak datang sini tahun depan. Yipppeyyy~!

Senarai Contact Number:
1. Kiram's Village 
016-6950057 - En. Jamal (owner, sangat baik)

2. Tansport.
016-8306165 - En. Fizul (owner, sangat baik)

3. Marina Court Condo
016-8310093 - Elise (agent, very friendly juga)

Tata :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...