CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 15, 2012

Suka Duka 2011

Entry berbaur keseriusan, kerana berbicara mengenai kehidupan.

Malam ini memang sunyi. Hubb tidur. Adam Qaiser juga lena di buai mimpi. I am all alone. Suddenly, saya teringat tentang habit saya pada setiap awal tahun iaitu membuat kesimpulan untuk tahun yang telah berlalu. Sementara DIA masih mengurniakan ingatan yang baik, agar segalanya dapat saya simpulkan dengan kemas dalam entry malam ini, lebih baik saya update malam ini juga.

Ya. 2011. Penuh suka dan duka. Setiap tahun juga begitu. Ada tawa tangisnya, ada senyum dukanya, ada segalanya. Namun, tiap tahun pasti berbeza rasa itu. Berbeza sentuhannya. Kerana berbeda pengalamannya.

Awal 2011 adalah bulan yang sangat mendebarkan, kerana menanti utk melahirkan cahaya mata pertama, Adam Qaiser Bin Azuan setelah 9 bulan "menjaga" permata hati saya sebaik mungkin. Akhirnya penantian saya berakhir, apabila sepasang mata bundar, pipi kemerahan, mulut yang comel, jari jemari yang halus kecil, akhirnya lahir kedunia. Alhamdulillah. Bagaimana kelahirannya? Pengalaman yang hanya Allah mengetahui. Saya kongsikan di blog ini melalui entry SUKA DUKA KELAHIRAN ADAM QAISER BIN AZUAN.
Kami berdua dalam confinement period :)

Hari berganti hari, dan minggu berganti bulan. Akhirnya saya tamat tempoh cuti bersalin pada awal May 2011. Memulakan semula kerja sebagai seorang Senior Executive, Manpower Planning, di syarikat lama setelah bercuti 2 bulan agak kekok juga. Namun segalanya saya tabahkan kerana saya ketika itu membilang waktu untuk menamatkan perkhidmatan pada hujung August, 2011 untuk memulakan sessi pengajian pada September 2011 melalui skim Tenaga Pengajar Muda UiTM yang saya pernah kongsikan di entry TAWARAN BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM 2010. Syukur Alhamdulillah, dalam susah payah meneruskan kehidupan, dalam jerih perit menongkah segala hinaan manusia pada diri sendiri, akhirnya DIA makbulkan permintaan saya untuk mendapatkan biasiswa ini, dan mendekatkan saya dengan impian untuk berkhidmat didalam bidang pendidikan, insyaallah.
Surat tawaran TPM, UiTM

Menamatkan perkhidmatan selama hampir 4 tahun di syarikat lama adalah tidak mudah sama sekali. Banyak yang saya pelajari sebagai seorang manusia, dididik dari persekitaran, pergaulan, dan pengalaman, begitu mendewasakan akal dan minda, juga jiwa saya sebagai seorang yang lebih matang. Saya jatuh dan bangun di situ. Saya ketawa dan menangis juga di situ. Saya kagum, dan kadangkala benci juga di situ. Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja. Rakan-rakan sekerja di sana adalah yang terbaik pernah saya bergaul. Ada yang selamanya kami berkawan, ada yang persahabatan kecundang dipertengahan, namun bagi saya, adat dunia, tidak semua orang sukakan kita. Tidak semua akan selalu selesa. Tidak semua melemparkan senyuman ikhlas. Saya terima seadanya. Hari terakhir saya pada 30 Ogos 2011 saya lalui dengan ketawa, dan tangis tatkala meninggalkan perkarangan office. Satu perkara timbul difikiran, mampukah saya mendapat semula rakan sekerja "sehebat" mereka? Hebat hatinya, hebat nuraninya, hebat mindanya, hebat tingkahnya? Saya doakan mereka sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang mendatang, insyaallah.
Farewell party saya mereka buat di Seoul Garden :)

Kemudian datang pula September. Saya perlu masuk "sekolah" semula. Berdebar-debar. Pelbagai perkara difikirkan. Mampukah saya? Bolehkah saya? Masih bergunakan otak ini? Tidak berkaratkah? Saya sambung pengajian di UPM, Serdang, mengambil jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan, majoring International Business. 

Sewaktu saya Diploma dan Degree dahulu, saya amat susah mendapatkan kawan. Sebabnya, saya seorang yang suka membuat apa jua perkara bersendirian. Saya boleh makan dikantin tiada peneman. Saya boleh lepak di McD berseorangan, shopping seorang, ke kelas seorang, pendek kata, saya tak pernah kisah kalau tiada orang mahu temankan saya. Sampai semasa saya diploma, rakan sekelas gelarkan saya Lone Ranger. Sebab selama 1 semester (semester pertama) mereka lihat saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelajar kelas.

Berlainan pula bila sambung MBA ini. Cepat benar pula berkawan. Senang pula rapat dan berkongsi pelbagai perkara. Alhamdulillah  Sedar tak sedar, saya sudah habis 1 semester. Dan sekarang akan masuk ke semester 2. Kemudian, insyaallah hanya 2 semester sahaja lagi, saya akan grad dan memulakan perkhidmatan saya, iaitu awal tahun hadapan.
My 1st semester classmate for Managerial Economics

Bulan terakhir tahun 2011 adalah antara bulan paling bermakna, apabila Hubb akhirnya menamatkan pengajian di UTM. Majlis graduasinya saya hadiri bersama Adam Qaiser, bergambar dan menikmati momen-momen indah dan bermakna utk kami sekeluarga.
Harapan Mommy Adam Qaiser pula akan pakai jubah, Mummy + Daddy akan peluk Adam kuat-kuat

Habis cerita 1 tahun. Adam Qaiser akan menyambut hari lahir bulan hadapan. Hubb pula Alhamdulillah, masih lagi mampu menampung kami sekeluarga, menjaga kami dan menyayangi kami setiap saat. 

Sesungguhnya tahun 2011 adalah 1 tahun yang panjang, tetapi sangat bermakna kerana 3 impian saya tercapai. 1-melahirkan cahayamata yang sihat. 2-menyambung pengajian. 3-melihat hubb menamatkan pengajian.

Ya Allah, Alhamdulillah. Terima Kasih Allah, untuk segala pemberian, kurniaan, kebesaran, rahmat dan kasih sayangMU. Semoga 2012 ini membawa kebahagiaan yang lebih lagi kepada saya dan anda semua. Saya doakan, anda dapat apa yang dihajati.

Kita mampu dapat apa sahaja yang kita impikan, asalkan kita sentiasa berusaha, berhati baik, tidak berhasad dengki, saling mendoakan dan sentiasa hidup dalam kesederhanaan hati, jiwa, dan harta.

Entry seterusnya adalah mengenai hajat 2012. Terima kasih kerana sudi singgah 

2 ideas:

Liyaa Mf

Wahhh! Susah tak belajar in Master. I dah dapat offer letter untuk further & now tengah berdebar la! Hehe.I juga mahu apply biasiswa TPM tuu. Tunggu dea open. Dengarnya susah juga kan interviewnya? I tak terror English :(

Aini Qamariah

Hi Liyaa,
Belajar ni taklah senang sangat. Tapi tidaklah susah beriya sangat kalau kita rajin dan memang nak belajar. Nanti apply biasiswa lah ok. Cuma kalau under biasiswa ni, kita ada sikit tekanan. Sebab kita kena belajar rajin2. Kena perform. Kalau tidak dikira langgar kontrak dan siaplah dengan bahananya nanti.hehehe.... Good Luck ok. You can do it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...