CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 11, 2012

Halford Baby Car Seat


Hi all,

Iye lah, iyelah. Makcik tahu makcik dah berbulan tidak update blog. Busy lah. Kejap jadi mak-mak, kejap lagi jadi bini-bini, kejap lagi jadi anak solehah *eceh*, kejap lagi jadi pelajar cemerlang *wah3*....hah, mau tak busy?



Hari ni nak mulakan dengan sharing mengenai gadjet toddler. Memandangkan anak bujang saya dah membesar bagaikan johan, maka infant car seat yang saya beli bersama stroller halford dalam entry yang lepas sudah tidak boleh digunakan lagi.



Adam Qaiser sudah 10 bulan *oh my..... sob sob sob* no more baby-baby-baby booooo....

Dia sangat lasak, biasalah anak lelaki, kalau tak lasak saya akan agak konfius disitu. Masalah timbul bila travel dalam kereta. Perghh..mencabar sanubari ibu-ibu mithali macam saya ni bila dia panjat sana sini, duduk atas dashboard, tarik handbreak Daddy, buka seatbelt Mommy, tolong masukkan gear Daddy, tolong bagi signal kiri dan kanan, juga tolong buka kan wiper kereta walaupun cuaca terik. Seronok? Memang seronok J



Kami harus cari satu penyelesaian, iaitu, beli car seat untuk dia. Fuh~



Nasib baiklah LittleWhiz ada buat sale last month (Dec 2011), maka dengan secepat yang boleh kami suami isteri ke LW utk mencari carseat Adam Qaiser. Kami survey ke BabyJaya Damansara dulu, then baru ke LW. LW lebih byk discount, harga lebih murah. Maka kami beli di LW. Jom review car seat saya beli, mana tahu sesuai untuk anak anda juga!



Inilah dia car seat baru anak bujang saya, HALFORD LUCIDA convertible car seat.

 



Features:

* Simple to install on car
* Installed with a 5-point safety harness
* 4 reclination positions
* ECE 44/04 certified
* Excellent test results
* Height of the head rest and harness belts can be adjusted at the same time
* Recommended Age : From birth to 5 years (25kg)


Harga asal adalah RM799.00...amboi-amboi, mahalnya semata car seat dah RM800.00? But knowing me, saya pasti dapatkan apa yang saya nak dengan harga yang lebih murah kan? Jadi, setelah diskaun, juga setelah bermanis mulut memuji dan sebagainya, akhirnya kami deal dengan harga RM500.00 *muahahahahahaha* oppss



Jadi macam mana keadaan Adam Qaiser dengan car seat barunya ini? Macam ni kaedahnya:


 

Lena kan? Macam ada kuasa magic, setiap kali duduk kan dia dalam ni, memang mata dia akan automatic secara perlahan-lahan tutup. Mommy? Oh, Mommy pun sama juga walaupun tak ada car seat untuk Mommy. Gila kau? Muatkah?



Hasil pemerhatian ke atas produk ini adalah:

Material: Lembut dan selesa

Berat: Ya, agak berat tapi masih mampu untuk saya angkat without pertolongan En.Suami

Harness: saya ada masalah sedikit nak lock kan dia sebab dia pecah kepada 2 keping.

Recline post: Puas hati. Adam selesa tidur dan selesa juga duduk tegak.

Safety: Install ke kereta agak mudah dan guna seatbelt kereta utk ikat belakang car seat ni memang kukuh dan tak gerak-gerak sudahnya car seat ni.



Ok itu sahaja utk cerita car seat Halford ini. Dia boleh pakai sampai umur 5 tahun atau anak 25kg. Which is good sebab kalau guna sekadar 1-2 tahun tak payah. Bazir duit saya sahaja. Haha



Bila pergi saja cari car seat, most of us selalu tanya dekat promoter which car seat yang boleh recline gila-gila sebab kita nak tidurkan baby kan? So let me share something with all of you yang ada same thought mcm saya. Masa di BabyJaya, store manager datang dan entertain kami utk beli car seat. Kebanyakkan car seat yang lebih flat datang dari UK manufacturer. Memang boleh recline sampai dah mcm serupa baring.



Dan yang boleh recline sampai just nice saja adalah dari US. Then Japan ke mana-mana ke akan ada similar design macam UK atau US. Dia tak boleh combine design nak UK+US. Apa beza? For those yg nak flat car seat, yg memang boleh recline gila-gila, should go for UK brand like Graco, and Combi. Advantage dia memang part recline tu. Tapi disadvantage dia adalah bulky dan dia tak boleh facing depan belakang, dan nak tukar tempat atau apa-apa, u need a lot of effort.



US pula like Chicco, dia tak flat sangat, tapi still comfortable utk baby 10 months and above tidur. Dan dia tak makan space sebab dia tak flat sangat so memang dia tak memerlukan space yang banyak. Cara install and move pun lebih mudah tak byk ragam dan boleh facing forward atau sebaliknya.



Semua info ini adalah dari promoter atau store manager itu. Makanya kalau silap bab country of origin brand2 saya sebut tadi mintak maaf sebab dia yg tunjuk, saya tulis balik sahaja J

So, Mommies!!!! Go get one especially for those yang ada Baby Monster like mine below:

Ketawa raja namanya


OK DAAAAAAAAAAA~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...