CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 27, 2010

Resepi Paprik Ayam (hahaha)


Hi Readers,
Ini adalah entry paling sadis (T.T) kerana tidak tahu nak tulis apa diblog, dan entry terdahulu telah pun 7hari berlalu. Hehe Sila abaikan entry ini jika ia muncul di dashboard blog anda ok!

Saban minggu, Isnin hingga Jumaat, kami suami isteri bekerja. Hanya Sabtu dan Ahad sahaja masa untuk bersama-sama berbual panjang dan me-relax-kan diri. My the other half adalah seorang yg rajin ke dapur (lebih rajin dari saya (T.T)) Errkk... dia suke memasak dan saya pun suke cuma tahap kemalasan saya mungkin agak lebih berbanding dia.

Hari ni, dia bangun pagi dan mintak saya masakkan sawi goreng cina. Saya terpinga2, "oh apekah sawi goreng cina? tak pernah dengar pun. Ape mintak pelik2 ni.....urghhhhh". Dia diam dan angkat towel terus pergi mandi. Saya pula turun bawah dan buka lemari es (peti sejuk) utk lihat apa ada dalam peti sejuk. Hasilnya, bukan sawi goreng cina yg ku masak, tetapi paprik ayam. Hahahaha ini resepi org pertama kali membuat paprik ayam mengikut citarasa sendiri (nasib baik menjadi). Kuikuikuikui

Bahan-bahan:
1/4 daging ayam (bahagian isi sahaja) di potong kecil
Sedikit kacang panjang di potong
Sedikit lobak merah di potong memanjang
Sedikit kubis
1 batang saderi di potong kecil
1/2 cawan sos cili maggi
1/4 cawan sos tomato
3 sudu kicap manis
1 kiub pati ayam maggi
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
5 biji bawang putih dan merah ditumbuk
1 labu bawang besar dipotong 4
1/4 halia di titik
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Goreng ayam sehingga separuh masak
2. Masukkan bawang putih dan merah yg telah ditumbuk, dan kiub pati ayam (tumis hingga naik bau)
3. Masukkan sos cili dan sos tomato dan kicap
4. Masukkan serai, halia dan daun limau purut (biarkan seketika)
5. Masukkan sayur-sayuran yg telah dipotong
6. Masukkan bawang besar
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Biarkan seketika sehingga ayam masak dan sayur2 agak layu supaya bila makan gigi tidak tertanggal dek ayam yg mentah jugak sayur yg keras. Hehehe

Ok dah siap, pastikan apabila telah siap die seperti gambar dibawah atau paling tidak pun seperti Paprik ayam di kedai siam yg selalu anda pergi. Sekian

My the other half makan sebelum dia pergi kerja (Sabtu kerja? Ya..kerja, Bangla pun salute dia sebab Sabtu pun pergi office! Haih). Kemudian saya pula makan bersame air sunquick ais (ooopss, husband kata tak boleh minum ais, bila dia dah pergi kerja baru saya makan...boleh minum sejuk2..hehehe) Burp~ Alhamdulillah! Selamat mencuba...(ahahaha ade ke org nak cube atau dalam dunia ni saye lah org terakhir yg tahu masak paprik) theeeheehee (T.T)

Ok, sekarang terase malu, bye!

November 15, 2010

Jangan Tolak Rezeki dgn Alasan Bodoh

 alalalala comelnya awak ni.. :)

Bercerita pasal masa pertama kali saya disahkan mengandung, rasa mcm satu dunia ni seronok dan happy sangat2. Walaupun pada masa tu, ada masalah yg melanda rumahtangga (bukan masalah suami isteri), tapi semuanya mcm lenyap, bila saya tau, saya bakal menjadi ibu. Alhamdulillah.

Masa tu, saya sms semua kawan2 baik. Saya share perkara ni dgn org2 yg bermakna dalam hidup saya, dan rase seperti dunia ni meraikan "kedatangan" seorang lagi insan baru 8 bulan lagi nanti...Indah....perasaan yg saya akan rasa hanya sekali seumur hidup, iaitu rasa pertama kali mengandung.

Rezeki, memang rezeki, kami suami isteri tak pernah merancang utk dapat anak cepat atau lambat. Go with the flow. Dan redha. Tu kunci kebahagiaan kami sampai sekarang. Ada duit, tak ada duit, masa susah, masa senang, cukup makan, tak cukup makan, ada duit minyak, tak ada duit minyak...semua tu bukan masalah kalau perkara tu terjadi. Kami suami isteri happy. Ada duit byk pun kami ketawa, tak ade duit byk pun kami tetap bersyukur.

Semasa semua org yg tau akan perubahan hidup yg bakal kami lalui 8 bulan lagi ketika itu mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga, juga mendoakan yg kami suami isteri tabah dan cekal dalam mengharungi hari2 bahagia menanti cahayamata pertama kami, ada juga rupanya insan yg kurang senang dgn apa yg kami ada.

Lantas, mereka2 ini mengata dibelakang kami, kononya kami ni tak sabar nak dapat anak, tak plan, gelojoh, dan tak ada persiapan rapi sebelum decide untuk dapat anak. Terkejut? tak perlu terkejut. Manusia kan memang mcm tu. Apabila tak mendapat sesuatu, mula mereka cerita karut marut kononnya meraka tak mahu perkara tu, tak ingin, tak kisah, tak nak langsung bla bla bla bla bla....

Aneh..sebelum teruskan membaca, saya harap anda tahu, ini adalah sekadar pandangan peribadi saya. Pandangan saya, mungkin berbeza dgn pandangan anda. Jgn tersinggung tak tentu hala. Saya tidak bercakap mengenai sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi idea dan kisah2 yg terjadi disekeliling saya hari ini.

Ada mulut2 dan bibir2 yg rancak berbicara soal zuriat. Kononnya tidak mahu mendapatkan cahayamata pertama (pertama tau, bukan kedua,ketiga dan seterusnya) kerana takut kedudukan kewangan tidak mencukupi lantas memberikan impak kepada anak yg bakal lahir. Bingung sebentar saya dgn kenyataan ini. Anak adalah rezeki, anak pertama lebih2 lagi, umpama pembuka pintu rezeki baru bagi pasangan suami isteri. Kenapa perlu takut? kenape perlu gelisah ?

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Anak itu anugerah dan "rezeki" yg tidak ada nilainya. Dari dia, Allah salurkan rezeki yg kemudiannya ibu dan bapanya pun akan menumpang atas rezeki itu insyaallah. Jadi, kenape mesti telinga saya mendengar sebilangan org2 berkata "aku memang taknak ada anak. Aku nak ada rumah dulu." atau "aku memang taknak ada anak, aku nak ada semuanya lengkap dalam hidup aku, senang nanti anak aku lahir dia cukup segalanya."

Sadis...seperti org yg tak percaya wujudnya tuhan utk memberikan rezeki yg halal dan mencukupkan apa saja yg tidak cukup dalam hidup kita seharian. Takutkan harta yg tidak mencukupi lebih dari menerima amanah Allah. Dah la selama ni pun ape yg dipertanggungjawabkan tak buat2, lepas tu sekarang tolak pula bila Allah beri green light utk menambahkan pahala dgn mudah. Pening aku ni eh!

Org sebegini patut berfikir dulu sebelum mengulas tentang org lain mengandung dan dia taknak kahwin atau mengandung. Kalau lah ibu bapa dia dulu fikir mcm dia, mungkin sekarang ni dia baru lahir kedunia atau tak pernah dilahirkan ke dunia. Dulu masa ibu bapa kita kahwin, mereka pun tak kaya. Harta tak ada 1 juta pun. Kereta pun tak ada. Ambil contoh diri sendiri, when i was born, 26 years ago, my parents dont have anything in hand yg luxury. They dont have their own house, they dont even have a good car. I remembered watching my father tolak kereta buruk kami yg rosak tepi highway, kereta tanpa aircond, yg ada hanya kipas kecil, ayah halakan kebelakang utk kami adik beradik tidak panas bila pergi jalan2.

My mother at that time bukan executive pun, clerk aje kat bank before long after that she has been promoted lah kan. But masa i kecik, i dont have anything yg nak dibawa kesekolah dan show off pada kawan2. Saya tak ada Barbie doll house. Tak ada barang2 branded utk ditayang pada kawan...but look at me now...how they raised me up?memang hidup saya tak mewah masa tu,tapi I belajar, masuk Universiti, ada Diploma..ada Degree, coming ada Master and insyaallah akan terus habiskan belajar sampai yg i boleh. I jadi org, takde jadi "binatang" pun. I jadi manusia yg tahu bersyukur, tak ada jadi manusia yg lalai dgn kebendaan. I ada sifat kemanusiaan, kasih sayang dan rasa malu utk bermegah2, tak ada pulak i jadi mcm tikus jatuh ke beras sampai nampak gaya mcm nak mati dalam beras dah sekarang. Kan?

So, mana kebenaran akan kata2 dan pendapat, kawin jgn ada anak awal. Prepare habis semuam baru fikir ada anak. Jgn gelojoh. Jgn itu, jgn ini. Kalau dah gila tu...gila jugak HELLO.....KAU POYO. Sepatutnya mereka merasai dan menginsafi diri sendiri, kalaulah rahmat itu Allah tarik. Macam insan2 dan pasangan2 yg dah kahwin lama, tapi belum dikurniakan rezeki. Mereka2 ni Allah uji dgn sangat HEBAT. Berusaha, berhabisan wang ringgit, hanya utk mendapatkan apa yg dinamakan CAHAYAMATA. Kesimpulan kat sini mudah. Kalau dah taknak anak, atau mmg dah tak tau nak bagi alasan apa sebab kau sehat walafiat tapi tak ada anak, anggap saja tiada rezeki. Nothing is wrong with that answer. Org akan faham, tak perlu burukkan dan bandingkan pula dgn org yg dapat anak cepat. Dan mengata mcm2. Macam org hilang akal. Kan mudah?

I got a friend of mine, my bff, facing this prob. Tapi, dia belum pun setahun kahwin, which mean, this condition still ok lah. Kalau dah 3 years and above maybe itu akan saya pandang dgn sgt2 serius. Tapi betapa tabahnya hari2 yg dia lalui dgn penuh harapan tu membuatkan saya rasa dia more than a tough lady! and that is why i love her so much and always pray to Allah supaya dia dapat apa yg dia hajatkan selama ni.

Mungkin yg diluar sana juga ada yg melalui keperitan sukar mengandung atau susah untuk dapatkan anak atas masalah2 kesihatan dan sebagainya nak share any info or share perasaan dgn my friend ni, boleh klik disini. She is a good friend of mine, dan dia juga suka share macam2 dgn org lain terutama berkenaan dgn how to get pregnant ni. Dan dia dedicate kan her blog untuk share ape saje yg dia cuba dari masa ke semasa utk mengandung.

Semoga isteri2 diluar sana yg menahan diri dari hamil bace dan fahamkan perasaan sukar menjadi ibu bukan kerana tidak mahu jadi ibu, tapi kerana TAKDIR. For Emy Suraya darling, you will get ur angel soon enough, insyaallah. Keep on trying and never give up. Bila dapat aje, kena ingat, aku hari ni dah booked as GODMOTHER, biar lah tahun bila pun anak kau nak lahir...Faham? Love you always!

Sekian utk anda, dan untuk saya. Utk semua pengantin baru yg saya kenal, yg baru aje kahwin last week, atau last 2 weeks, atau akan kahwin, ingat pesan saya, rezeki datang dari DIA, kalau tak tahu bersyukur pun, at least kita RESPECT apa yg DIA dah plan utk kita. God knows the best! Selamat Pengantin Baru, utk officemate, Haslam & Muriani, schoolmate, Sutila & Ma, ex-officemate Reen & Ishak. Welcome to our club!

p/s: nak wish utk BFFG & Moktam, tapi tah bile nak kawen entah...lambat betul nampaknye kamu ni ye!
 Pada yg lain, ini doa murah rezeki ye. Jom amalkan :)

November 12, 2010

My birthday and Baby 3D / 4D scan

hubby siap cakap, takkan nak tulis happy birthday B, romantik sgt nanti mama tgk malu..hahaha

Hi all,
Lama tak update dan tak ada entry baru since hati melonjak riang after dapat tawaran TPM last month. Well, November.............dari dulu lagi November memang bulan yg paling i suka. Kenape? Sebab hari lahir i adalah bulan November, dan ramai orang2 istimewa dalam hidup saya juga lahir dalam bulan best ini.. hohohoho~ as if bulan lain tak best kan? Ok, saje aje membakar hati kamu..ok lah, bulan kamu semua lahir jugak best, cuma bulan November lebih2 best! hahaha :)

I was born on 1st November,1984 (cewah,mcm nak buat karangan kan?karangan english pasal "My Self" kan) mentang2 hujung minggu ni kene pergi exam PTD ade segala karangan English BM bagai, kau dah merepek kat blog...huhuhu..ok kembali....dan every year, 1st November memang hari yg i akan tunggu (mcm budak2), dengan harapan ade dapat hadiah...waaaaaahahahaha~

This year is the 1st time i celebrate my birthday as a wife. Jadi, few days before (eh few days ke? bukan sebulan sebelum ke??hahaha) i dah hint2 dah hubby, supaya dia tau birthday i dah dekat sambil tersengih2...hubby i mmg cool...cool sampai die pun buat tatau je walau dihint hampir ratusan ribu kali dalam sehari.....die buat tatau aje dan hatiku kesakitan betul..lebih sakit bila BFF yg sedang berYM bersama i setiap kali office hour juga lupe yg next weeknye adelah besday i...haih

Apekah sebenarnya tahun ni? On 1st Nov,2010, hari Isnin, i KERJA!!! aaarghh,,,tak cuti :( bangun pagi2 i pergi keje hubby hantarkan, then die wish lah Happy Birthday semua kan...actually dia dah wish tepat pukul 12 midnight malam tadi. Then after woking hour, hubby amik i balik kerja dan beli cake Tiramisu + coffee + coklat :) sedaaaaaaap! Tenkiu ye darling. Then BFF semua juga ucap selamat hari lahir, kawan2 fb, sms byk masuk dan fb juga byk post pada wall.. Thanks again semua ye... :) *dah mcm ucapan anugerah skrin tv3* hahahahaha

Hadiah? Oh, hadiah dari hubby adelah sandal for pregnant lady..brand SCHOLL...memory cushion, sgt selesa ye Puan2 :) sila cuba kalau tak percaya, Cari Memory Cushion, mesti korang habis terpikat sebab habis selesa mcm tak pakai kasut dan walaupun badan berat rase mcm tak susah berjalan...best! Ye...memang last month telah beli sandal Hush Puppies, tapi hubby kata die tgk i pakai HP mcm tak selesa (padahal cemane laaa dari tengok dia boleh rase? i yg pakai, i tau laa selesa ke tak!) so die belikan kasut for my birthday. Yela, maybe dia tgk HP tu mcm utk bergaya bukan nak selesa sgt, so kalau suruh i beli SCHOLL ni mesti i taknak sebab ni kasut and brand org tua kot..ekekekekeek so bile die beli as present, takleh tolak..oh??? Bijak kau! Hadiah from BFF?? oh belum lagi ye...semuanya postpone sehingga hujung bulan ini untuk celebrate kate mereka...well tak kisah, sebab dah biase! hahahaha :) Love u still BFF..no worry!

Ok habis, jom cite pasal baby, munchkin now dah 6months, and i buat scan details, 4D scan last week, hari sabtu....besstttt...bukan dgn Dr.Ummul, sebab die invite pakar dari luar bila nak buat detail scan ni..chinese doctor....lady, dan sangat baik..sebab melayan lah i yg byk tanya ni. Actually pada sape2 yg tak tau, detail scan dibuat adalah utk mengenal pasti sebarang kecacatan fizikal dan juga kecacatan otak yg terdapat pada bayi....juga mengetahui keadaan fizikal bayi sepanjag development die as fetus lah kan..

Ok, on that day my appointment was at 530pm. I pergi UMRA and tunggu sana sampai lah they called my name. Hubby and i sgt excited sebab bila 4D dapat tgk video muka anak..nak tgk sgt *sgt tak sabar punya manusia!* masuk aje bilik tu i terus baring, then start lah activity scan2 ni..at 1st die buat 2D aje...sampai lah beberape keping gambar die amik, puluh2 keping..doc cakap mcm ni...

"otak, normal, bagus, tempurung ade belum tutup, meaning brain still can grow lagi, tangan..ade dua, jantung bagus, kaki ade dua, tulang paha bagus, tulang tangan bagus tak bengkok2, tulang belakang tirus dihujung, maknanya sgt bagus dan normal, bahu lurus, jarak antara dua soket mata normal, hidung normal.mulut penuh, bibir penuh maknanya tak ada sumbing....bla bla bla.." yg i dengar just NORMAL, BAGUS, GOOD....tu je..hahahahaha :) otak masa ni melayang sebab nak 4D..taknak 2D ni..mulut tak sabar ni,,terus je potong cakap doctor tu...

"Today i tak dapat tgk muka dia ye? semua 2D aje....." masam sikit muka time ni...yela, berpuluh keping gambar die amik, semua 2D kot...mcm takde 3D and 4D aje..then doctor tu cakap camni :

"nanti2, i akan tunjuk u 3D punya gambar and 4D utk video...kasi u tgk hows ur baby looks like"...melonjak hati aku terus! hehe

Saat yg ditunggu2 tiba juga akhirnya, Dr buat 3D / 4D scan utk tgk ape entah lah munchkin buat kat dalam. Oh, lupe beritahu, my munchkin ni teramat sgt lah active Dr kata.. Cepat dia lari, pusing tempat lain, paling muka, dan setiap tempat scan machine tu ada dia akan tendang tempat tu. I nampak dan rase jugak. So, i urut2 sikit perut i, sambil dalam hati suruh dia duduk diam2...i cakap mcm ni aje " Haip!! Baby duduk diam, mummy nak tgk muka, kalau tidak mummy rotan nanti!!!" ok......tak diam pun...tendang jugak. Pasrah..

Dalam video tu masa pertama kali tgk, Dr very focus.....kasi i tengok lama2...Ya Allah...indah saat tu. Sebab i nampak munchkin macam tengah minum air. Mulut ternganga, then kemam2, lepas tu nganga balik, mcm tengah makan....Then, die senyum lebar sangat2, dan ternganga sikit, mcm tengah ketawa. Mata tutup rapat, tangan pulak garu2 pipi, pegang2 mulut sendiri, and after few minit, mcm tau ramai sgt tengah tengok ape dia buat, terus die pusingkan muka kebelakang....tak dapat lah i tengok lagi.

Semua Dr captured, and simpan dalam CD. Dari 3D/4D ni jugak Dr. kata confirm lah munchkin adalah boy :) Alhamdulillah tak kisah lah boy atau girl asalkan sihat dan i boleh bawa balik secepat mungkin after give birth. Hubby and i was so happy and excited seperti biase. Dr kata baru masuk 6 months jadi baby tak ada isi lagi.. tak berisi laaa tak tembam2.. kalau nak tgk yg berisi sikit, dia suruh buat lagi end of Dec or Jan 2011. Memang i akan buat sebab mcm asyik suke nak tgk muka anak sendiri. hehehehe

Ok, total cost utk scan detail ini adalah RM135.00 termasuk 17 keping gambar 2D (kaki,tgn,tulang kaki, tulang belakang, otak, jantung, soket mata, hidung, mulut etc), 7 keping gambar 3D dan 2 video baby movement plus, consultancy dan ubat. Murah? yeeeee...sangat murah dan berbaloi yg teramat sgt ye :) highy recommended juga.

Baiklah, kat bawah ni video munchkin yg i dah edit (padahal hubby yg edit, i arah2 aje..hahaha), enjoy it ya!
video

Oh ok, for those yg tak tahu ape beza 3D and 4D scan (dulu i pun tak faham), ni i quote dr babycentre.com:
"3D scans are still pictures of your baby in three dimensions, like the photos you sometimes see in newspapers and magazines. 4D scans (with time as the fourth dimension) are moving 3D images of the baby. If you decide to have a 4D scan, you may be given a recording of it on DVD."

ok, tata :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...