CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 15, 2010

Jangan Tolak Rezeki dgn Alasan Bodoh

 alalalala comelnya awak ni.. :)

Bercerita pasal masa pertama kali saya disahkan mengandung, rasa mcm satu dunia ni seronok dan happy sangat2. Walaupun pada masa tu, ada masalah yg melanda rumahtangga (bukan masalah suami isteri), tapi semuanya mcm lenyap, bila saya tau, saya bakal menjadi ibu. Alhamdulillah.

Masa tu, saya sms semua kawan2 baik. Saya share perkara ni dgn org2 yg bermakna dalam hidup saya, dan rase seperti dunia ni meraikan "kedatangan" seorang lagi insan baru 8 bulan lagi nanti...Indah....perasaan yg saya akan rasa hanya sekali seumur hidup, iaitu rasa pertama kali mengandung.

Rezeki, memang rezeki, kami suami isteri tak pernah merancang utk dapat anak cepat atau lambat. Go with the flow. Dan redha. Tu kunci kebahagiaan kami sampai sekarang. Ada duit, tak ada duit, masa susah, masa senang, cukup makan, tak cukup makan, ada duit minyak, tak ada duit minyak...semua tu bukan masalah kalau perkara tu terjadi. Kami suami isteri happy. Ada duit byk pun kami ketawa, tak ade duit byk pun kami tetap bersyukur.

Semasa semua org yg tau akan perubahan hidup yg bakal kami lalui 8 bulan lagi ketika itu mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga, juga mendoakan yg kami suami isteri tabah dan cekal dalam mengharungi hari2 bahagia menanti cahayamata pertama kami, ada juga rupanya insan yg kurang senang dgn apa yg kami ada.

Lantas, mereka2 ini mengata dibelakang kami, kononya kami ni tak sabar nak dapat anak, tak plan, gelojoh, dan tak ada persiapan rapi sebelum decide untuk dapat anak. Terkejut? tak perlu terkejut. Manusia kan memang mcm tu. Apabila tak mendapat sesuatu, mula mereka cerita karut marut kononnya meraka tak mahu perkara tu, tak ingin, tak kisah, tak nak langsung bla bla bla bla bla....

Aneh..sebelum teruskan membaca, saya harap anda tahu, ini adalah sekadar pandangan peribadi saya. Pandangan saya, mungkin berbeza dgn pandangan anda. Jgn tersinggung tak tentu hala. Saya tidak bercakap mengenai sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi idea dan kisah2 yg terjadi disekeliling saya hari ini.

Ada mulut2 dan bibir2 yg rancak berbicara soal zuriat. Kononnya tidak mahu mendapatkan cahayamata pertama (pertama tau, bukan kedua,ketiga dan seterusnya) kerana takut kedudukan kewangan tidak mencukupi lantas memberikan impak kepada anak yg bakal lahir. Bingung sebentar saya dgn kenyataan ini. Anak adalah rezeki, anak pertama lebih2 lagi, umpama pembuka pintu rezeki baru bagi pasangan suami isteri. Kenapa perlu takut? kenape perlu gelisah ?

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Anak itu anugerah dan "rezeki" yg tidak ada nilainya. Dari dia, Allah salurkan rezeki yg kemudiannya ibu dan bapanya pun akan menumpang atas rezeki itu insyaallah. Jadi, kenape mesti telinga saya mendengar sebilangan org2 berkata "aku memang taknak ada anak. Aku nak ada rumah dulu." atau "aku memang taknak ada anak, aku nak ada semuanya lengkap dalam hidup aku, senang nanti anak aku lahir dia cukup segalanya."

Sadis...seperti org yg tak percaya wujudnya tuhan utk memberikan rezeki yg halal dan mencukupkan apa saja yg tidak cukup dalam hidup kita seharian. Takutkan harta yg tidak mencukupi lebih dari menerima amanah Allah. Dah la selama ni pun ape yg dipertanggungjawabkan tak buat2, lepas tu sekarang tolak pula bila Allah beri green light utk menambahkan pahala dgn mudah. Pening aku ni eh!

Org sebegini patut berfikir dulu sebelum mengulas tentang org lain mengandung dan dia taknak kahwin atau mengandung. Kalau lah ibu bapa dia dulu fikir mcm dia, mungkin sekarang ni dia baru lahir kedunia atau tak pernah dilahirkan ke dunia. Dulu masa ibu bapa kita kahwin, mereka pun tak kaya. Harta tak ada 1 juta pun. Kereta pun tak ada. Ambil contoh diri sendiri, when i was born, 26 years ago, my parents dont have anything in hand yg luxury. They dont have their own house, they dont even have a good car. I remembered watching my father tolak kereta buruk kami yg rosak tepi highway, kereta tanpa aircond, yg ada hanya kipas kecil, ayah halakan kebelakang utk kami adik beradik tidak panas bila pergi jalan2.

My mother at that time bukan executive pun, clerk aje kat bank before long after that she has been promoted lah kan. But masa i kecik, i dont have anything yg nak dibawa kesekolah dan show off pada kawan2. Saya tak ada Barbie doll house. Tak ada barang2 branded utk ditayang pada kawan...but look at me now...how they raised me up?memang hidup saya tak mewah masa tu,tapi I belajar, masuk Universiti, ada Diploma..ada Degree, coming ada Master and insyaallah akan terus habiskan belajar sampai yg i boleh. I jadi org, takde jadi "binatang" pun. I jadi manusia yg tahu bersyukur, tak ada jadi manusia yg lalai dgn kebendaan. I ada sifat kemanusiaan, kasih sayang dan rasa malu utk bermegah2, tak ada pulak i jadi mcm tikus jatuh ke beras sampai nampak gaya mcm nak mati dalam beras dah sekarang. Kan?

So, mana kebenaran akan kata2 dan pendapat, kawin jgn ada anak awal. Prepare habis semuam baru fikir ada anak. Jgn gelojoh. Jgn itu, jgn ini. Kalau dah gila tu...gila jugak HELLO.....KAU POYO. Sepatutnya mereka merasai dan menginsafi diri sendiri, kalaulah rahmat itu Allah tarik. Macam insan2 dan pasangan2 yg dah kahwin lama, tapi belum dikurniakan rezeki. Mereka2 ni Allah uji dgn sangat HEBAT. Berusaha, berhabisan wang ringgit, hanya utk mendapatkan apa yg dinamakan CAHAYAMATA. Kesimpulan kat sini mudah. Kalau dah taknak anak, atau mmg dah tak tau nak bagi alasan apa sebab kau sehat walafiat tapi tak ada anak, anggap saja tiada rezeki. Nothing is wrong with that answer. Org akan faham, tak perlu burukkan dan bandingkan pula dgn org yg dapat anak cepat. Dan mengata mcm2. Macam org hilang akal. Kan mudah?

I got a friend of mine, my bff, facing this prob. Tapi, dia belum pun setahun kahwin, which mean, this condition still ok lah. Kalau dah 3 years and above maybe itu akan saya pandang dgn sgt2 serius. Tapi betapa tabahnya hari2 yg dia lalui dgn penuh harapan tu membuatkan saya rasa dia more than a tough lady! and that is why i love her so much and always pray to Allah supaya dia dapat apa yg dia hajatkan selama ni.

Mungkin yg diluar sana juga ada yg melalui keperitan sukar mengandung atau susah untuk dapatkan anak atas masalah2 kesihatan dan sebagainya nak share any info or share perasaan dgn my friend ni, boleh klik disini. She is a good friend of mine, dan dia juga suka share macam2 dgn org lain terutama berkenaan dgn how to get pregnant ni. Dan dia dedicate kan her blog untuk share ape saje yg dia cuba dari masa ke semasa utk mengandung.

Semoga isteri2 diluar sana yg menahan diri dari hamil bace dan fahamkan perasaan sukar menjadi ibu bukan kerana tidak mahu jadi ibu, tapi kerana TAKDIR. For Emy Suraya darling, you will get ur angel soon enough, insyaallah. Keep on trying and never give up. Bila dapat aje, kena ingat, aku hari ni dah booked as GODMOTHER, biar lah tahun bila pun anak kau nak lahir...Faham? Love you always!

Sekian utk anda, dan untuk saya. Utk semua pengantin baru yg saya kenal, yg baru aje kahwin last week, atau last 2 weeks, atau akan kahwin, ingat pesan saya, rezeki datang dari DIA, kalau tak tahu bersyukur pun, at least kita RESPECT apa yg DIA dah plan utk kita. God knows the best! Selamat Pengantin Baru, utk officemate, Haslam & Muriani, schoolmate, Sutila & Ma, ex-officemate Reen & Ishak. Welcome to our club!

p/s: nak wish utk BFFG & Moktam, tapi tah bile nak kawen entah...lambat betul nampaknye kamu ni ye!
 Pada yg lain, ini doa murah rezeki ye. Jom amalkan :)

18 ideas:

Hannah Johary

Sangat suka this entry. I dah halfway tulis something pasal ni jugak, but tak tahu nak publish ke tak.

Sebab you dah cover semua yang I nak cakap. HAHAHA. :P

Anonymous

hai salam perkenalan....mommy to be~~....suker baca entry ni sangat menyetuh perasaan...walaupon baru 1st tyme jenguk ke blog ni...terus follow awak;)...keep on writing...;p

Aini Qamariah

haha ye ke Hannah? takpe..copy paste..ekekek nanti i pegi komen! ;P

Aini Qamariah

Jihan:
Thanks~! keep on reading ye :)

Anonymous

emm btl2..sgt myentuh prasaan..dl pn aku nk planning..tp hubby myedarkn aku yg anak adalah rezeki..skrg dh preggy,terasa bahagia sgt..rzeki pn btambah murah..sape kate de anak akan myulitkan kewangan kite?mmg alasan bodoh..huhuhu..aku stuju dgn pndapat ko ni aini..

one BABY-step at a time

Oooo...kamu dh cop ye....baiklah,ak ak terus berusaha..ak berusaha skrg...daaaa

wanzazzil

hi...saya mmg suke bace blog akak...rezeki tuhan jgn la nk dinafikan..anak tu bg kebahagian lebih dr duit yg ada kt dunia ni..org yg suke ckp tegak2 ni, org yg xpernah cermin diri sbb benda2 tu boleh berbalik kt diri sendiri di masa depan..kite ni x la alim sgt..tp nk jadi better person day by day..kak aini, tulis lagi ye!!

sista_siska

aku akan kawen bila bby kamu slamat kua.. ak nk bby kamu pun merasai kegembiraan pd hr bahagiaku nnt.. hahhaha

Mrs.Qarlista

aini..nad dah lame bace blog aini..before diz tak ingatla ade tinggal komen ke tak.

i agree with what u said. coz rezeki tu rahsia allah..Dia turunkan dalam pelbagai cara..Dulu masa belum pregnant nad selalu tanya diri-sendiri. kenapa, kenapa, kenapa. ada orang pilih untuk create pelbagai alasan untuk menyedapkan hati sendiri..but in the end, nad fikir kalau kite still berfikir that way, sampai bile rezeki tu nak datang. like, kalau kite kate kite belum dikurniakan anak mungkin kerana allah tu tahu kite belum bersedia. It's totally wrong. Itu andaian kite sendiri, kan? Takde sesiapa pun yang tahu kenapa Allah jadikan sesuatu perkara begitu. Kalau kite buat andaian sendiri, it's not fair.

u pun dah cover certain things yang nad terfikir gak nak cakap but i think it's too personal so i kept it to myself. tapi selalu berlaku dalam kehidupan kite. especially people around us. :)

N N

salam
saya ada message di fb tanya pasal TPM
tapi tak dapat baca message yang akak reply. boleh message sekali lagi tak?

Aini Qamariah

anon: erk..siapekah ini? hehe yup, bagi aku, siapa pun yg kata taknak anak sebab takut tak ada duit adalah totally dangkal :) kalau itu dah dangkal, yg taknak anak sebab takut gemok dan tak glamour aku rase gila dan tak siuman :) hehe

emy: sila berusaha, i'm right behind you no matter what ok!

her: ko lawak kan aku kan?? yela, akak suke tulis, utk adik her, akak tulis lagi nanti ye, chill~ oh? hahaha

Gee: ooo ye? malangnya anak aku nampaknya, kena dtg majlis kawen kamu dan moktam...ayyark~!

Nad: hi Nad, thanks for dropping by ye. Betul...sebenarnya, kita usaha, dan jgn ada alasan utk tidak berusaha...dan jgn malu kalau kita dah usaha tapi belum dapat hasilnya, sebab, apa pun, TAKDIR dah tertulis. Jd, tak perlu malu, dan yg penting tak perlu tolak, dan jgn sesekali pulak mengeji rezeki org lain biar ianya melimpah atau pun sikit... :)

NN: check fb ye.

Unknown

Best sgt entry ni :)))))))
I ada ramai kawan yg mcm ni, konon gelojoh la klu dpt anak awal... Last2 bila diorg nk anak, Tuhan tahan pulak rezeki tu. So, skrg siapa yg gigit jari?

Aini Qamariah

Mazlina: hehe thanks :) mcm org2 tua selalu kate, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari. hehe tapi org sekarang, rezeki tuhan nak kasi tolak pulak, kawan dibuat musuh pulak lepas tu sebab dengki2...kan dah tuhan tarik rezeki tu..kan? kan? kan?

take care ye...keep on reading :)

ida

akum,
sy first time bc blog ni, sgt2 setuju dengan entry ni...moga entry ni menjadi peransang utk meramaikan umat nabi muhammad s.a.w.
just to share:" tujuan berkahwin itu sendiri salah satunya ialah utk mendapatkan zuriat yg halal dan meramaikan umat nabi s.a.w..."
:)

Anonymous

aini...
saya suka artikel ni!!!
masa mengandung la rezeki saya bertambah-tambah..dah ada baby lagi bertambah...bayangkan masa saya dalam maternity leave saya dapat bonus 11 bulan gaji+2 bulan gaji (sbb cuti maternity kan 2 bulan)...huhuhu masyuk....bukan tu je..dapat naik pangkat lagi walaupun baru setahun keje...memang anak ni pembawa rezeki...pedulikan kata anasir-anasir jahat tu...diorang tu tak reti bersyukur....-zai-

Aini Qamariah

ida: thanks singgah diblog ni :) yep, saye setuju dgn tujuan perkahwinan mcm yg awak cakap tu. Semoga sesiape yg berkenaan bace entry ni dan tersedar dari mengelamun sendiri, dan cepat2 lah mencari jodoh dan mendapatkan zuriat. :) take care ye!

Zai: waaaaa.......11 bulan bonus. Sekarang terase jeles (T.T) huhuhu tapi memang betul, terase rezeki melimpah2 sikit, masa mengandung ni, semua benda nak, mesti dapat, especially makan. Then, apa yg dihajat pun tak sangka2 dapat jugak mcm biasiswa saye...alhamdulillah :) take care ye!

Sal Abdul Rahman

orang gila pon tau nak anak & sayangkan anak..pedulik kan suara-suara sumbang tu ainiQ.. i pn tgh berusaha & tak penah walau skali pon berhenti berharap! wish me luck ;)

Aini Qamariah

Good luck!!! mesti akan dapat baby yg teramat2 comel!! ngeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...