CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

July 31, 2013

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda 2013/2014

Assalamualaikum
Ya, betul.
Dah buka.
Esok (1 Ogos) start.
21 Ogos tutup.
Ya, online application sahaja.

Hahaha amacam? terer tak makcik jawab soalan dalam fikiran korang? Oklah. Hari ni nak berbahasa. Taknak berbahasa pasar.

Kepada semua, UiTM akan membuka tawaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di UiTM melalui skim biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM tahun 2013/2014.

Anda yang berminat bolehlah melayari laman sesawang berikut MELALUI INTERNET EXPLORER SAHAJA.


http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/ 

Anda kemudiannya akan menemui muka hadapan laman seswang berbentuk ini:




Baiklah, tawaran di buka bagi peringkat Sarjana juga Doktor Falsafah. Atas sebab bulan puasa dan saya juga seorang yang gemar berkongsi info (masuk bakul angkat sendiri) maka di sini saya sertakan beberapa tips.

1. Untuk menjadi ahli akademik, bidang pengajian peringkat Ijazah perlulah selari atau sealiran dengan bidang Sarjana yang anda mohon nanti. Sebagai contoh, saya ialah bekas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Peniagaan Antarabangsa, maka ketika saya mohon TPM, saya mohon untuk melanjutkan pengajian Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

2. Di maklumkan bahawa antara syarat kini ialah pemohon hendaklah tidak atau belum lagi memulakan pengajian ketika memohon TPM.

Baiklah, hanya dua tips. (lidah dah tergeliat sebab guna bahasa yang skema, mari kembali kepada mak jemah asal! BERTUKAR!!!!)

ok, u ollsssss.. hahahaha apply lah. Tapi ingat tolong lah ikhlas sikit. Apply sebab nak jadi pensyarah, bukan nak buat lawak lepas belajar taknak report duty ya! Taknak marah-marah dan remind banyak-banyak sebab tahun lepas makcik dah cakap dalam entry ini :



So, pandai-pandai lah!

Sila bertanya kalau ade sebarang kemusykilan. Makcik coba sedaya upaya membantu!

OK ZAAAASSSSS! makcik nak pergi ambil Datin Paduka Zamzidar Osman, balik kerja. Juga ambil anak Dato' Azuan balik taska. Hah, kau ingat senang tak posting lagi ni?? Jadi supir tau! Supir with MBA, kau hado?

Bye!

41 ideas:

Anonymous

Thanks 4 the info.harus try lg aku ni.Usaha tangGa kejayaAn.wish me luck ;)

-REEN YG CUTE-

red

di tunda hari lain plk dah

Aini Qamariah

Sila babe, Aku doakan berjaya! Aku perlukan teammate!! Dear Allah, mudahkanlah.. Amin!

Xoxo

Anonymous

Xpe ko jalan dlu uTk rosak kan ank bAngsa t aku menyusul lak.bAhaHa...ala..ditUnda ke :(
Beb..tlg update aku..

-REEN-

Anonymous

Hi dear beautiful lady!

Thanks for the info. :) Akak dh tamat pengajian Masters? I love your blog so much! So happy that you got the tpm!

Just wanted to ask a few questions:

1. Do you know what is the criteria to apply to overseas university? Pls share <3

2. Will it be a full scholarship with pocket money or just covering studies?

Thanks so much for replying. Blessings for you and your beautiful family.

Debbie
xoxo

Aini Qamariah

Hi dear,
yup dah habis Dan tunggu masa nak posting aje :)

1. Result degree perlu 1st class honest, atau memang kos yg perlu di ambil tak ada di University dlm msia

2. Yuran belajAR Dan segala bayaran apa pun yg U kenakan akan ditanggunh oleh UiTM. Besides that, kita akan dapat poket m0ney dari UiTM Dan KPT.

Good luck!! :)

Anonymous

Congratulations akak senior yg kurus, cantik lagi menawan (just read the previous post hahaha)!! So proud of you! :D

Thanks so much for your prompt reply! You have made my day wonderful. Will update you ;)

Debbie
xoxo

P/S: pujian adalah ikhlas!

Aini Qamariah

Most welcome :)

Sejuknya hati nak2 bace pujian lepas buka puasa nI kan.. Hahah

Anonymous

nak tanya few question:

1. mereka2 yg bekerja dn gomen bleh ke memohon? klu bleh apa prosedur nya yer..

2.if dapat tpm ni akan dhantar study kt uitm mner yer or we choose sdri?

3.dh abis study nnti ada kontrak ngan uitm kan, brp thn yer kna khidmat?bleh x trus smbg phd...

Aini Qamariah

1. Tak pasti, kalau gov biasa ada biasiswa kakitangan kerajaan. Boleh rujuk syarat permohonan utk reconfirm.

2. Segala urusan pemilihan University local atau oversea adalah atas tggjwb pemegang biasiswa.

3. Once habis belajar perlu lapor diri utk posting ke mana-mana uitm. Bond selama 7 tahun atau gantirugi rm100k jika gagal. Jika mahu sambung PhD perlu ambil biasiswa kakitangan uitm sebab kita bukan org awam lagi dah jadi staff.

aDyLLa OmaR

Salam akak.

Saya bakal sambung Masters (part time) kt uitm sept ni. Saya baru tahu pasal biasiswa TPM ni (biasalah, before this kerja dan tak amek port. Dah nak sambung study baru macam cuba nak buka minda ke apa ntah. Haha never mind. Sorry, ranblings).

Jadi, soalan saya:

1) boleh ke saya apply biasiswa ni time tengah buat masters? Or kena habiskan masters dulu, then baru boleh apply biasiswa ni untuk sambung phd pula?

2) apa yg saya faham, kalau lepas interview TPM ni, kita akan dihantar sambung study kat local uni and overseas.

- uni tu kita pilih ke, or pihak penaja akan tetapkan? (Tak semestinya sambung kat uitm kan?)
- mesti buat full time kan? Kita akan diberi elaun is it? (Risau sebab perlu duit nak belajar, makan minum, etc)

3) last but no least, saya ada terbaca akak cakap kat komen atas ni, bila dah habis pengajian, kena lapor diri kat mana2 uitm.

- lapor diri kat mana2 uitm tu, kita boleh pilih ke, or diorang akan tetapkan kita posting kat mana? (Dah macam cikgu).

Harap sangat akak dpt reply. Sorry banyak tanya. Sebab kalau tak tanya, sesat jalan (sudahh!)
Oh ya, tarikh apply TPM ni tunda pulak. So this is the right time for me to refer to you, so boleh fikir masak2 shud I consider this scholar or not. Hidup perlu perancangan, bukan? :)

Terima kasih daun keladi.

Aini Qamariah

1. Tawaran utk mereka yg belum memulakan pengajian aka belum apply mana2 uni. Habiskan masters, apply TPM aft that.

2. Uni pilih sendiri, local or oversea akan di tetapkan oleh uitm. Mesti full time. Elaun dr KPT Dan elaun dari uitm sepanjang study.

3. Uitm akan hantar ke mana-mana uitm seluruh msia yg memerlukan teNaga pengajar mengikut kursus yg telah dipilih. So report duty Kat situ.


Good luck!


Anonymous

assalamualaikum kak cumell.
TPM ni mcm SLAB gak ke?cuma fokus kat academician. nk tnya

1. adakah yg dimksudkan TIDAK@BELUM melanjutkn pelajaran utk mster@phd tu,kita x dibenarkn apply mane2 ipta utk proceed master(plan nk wat master kat ipta) sdngkan sy plan, kalo sy plan awal2 xlah rush bagai tetibe dpt interview.(positif giler) then time dpt offer tu, dh ada tempat utk stdy.

2. biasanya, kalo berjaya sume test2@level2, brape lame amek mase utk btl2 officially dpt skim ni? 6bulan.

3. btl ke ni andaian sy(utk yg pikir positif sngt dpt skim ni)...spnjng interview@level@step utk officially jd tpm holder, X BOLEH APPLY MSTER@PHD KAT MANE2 IPT? pas dpt official bru blh...

macey.

Pojiepooh Abdullah

Alahhh ditunda tarikh katanyaaa..
Sobs!

Aini Qamariah

1. Belum memulakan pengajian pada tarikh memohon TPM. Mcm slab, tapi slab utk kakitgn, TPM utk bukan kakitangan uitm. Tak perLu rush. Ade 12 bulan masa diberi utk cari Uni bermula dari tarikh Surat tawaran.

2. 3-10bulan.

3. Rujuk jawapan 1.

Tq

Aini Qamariah

Nanti Cuba lagi :)

Anonymous

Salam..akak...nk tnya..kalau result utk degree sblum ni xcukup 3.00 ada hrapan x? Kalau 2.85 je? Haha

Aini Qamariah

anon,
Boleh lah nak cuba, tapi mmg saingan kuat. rata-rata 3.5 pointer yg amik skim ni. kalau nak cuba tak salah pun.

Anonymous

Salam. Ad sape2 blh trgkn skit tntg nk wat proposal 4 apply tpm? Really need helps...:)

Aini Qamariah

Soalan terlalu broad. Proposal PhD? Proposal masters? Tapi apa-apa pun, proposa sama macam proposal thesis masa degree. Cuma details maybe berbeza. The content in standard format.

Anonymous

hi kak,
ada beberapa perkara yg sy muskil ni.

1, pasal tidak or belum melanjutkan pelajaran utk master or phd tu, kalau da dpt biasiswa utk tpm br cr universiti or cari siap2?

2, sy ada kontrak dengan badan kerajaan tp phak tersebut sanggup utk menggugurkan kontrak. boleh tak sy apply?

thank you

Aini Qamariah

Selepas dpt tawaran baru cari U.

Setahu Saya tidak boleh.

Najiah Nasir

Assalamualaikum,

Nak tanyala akak, saya sebenarnya xnampak view pasal TPM ni. ada baca akak kata kalau nak buat tuk sarjana means kena ad link course yang kita ambik masa degree kan. If saya ada degree in Electrical Engineering (Electronic), for suggestion saya patut futher apa in Sarjana dalam TPM ni?

TQ.

Najiah Nasir

nak tanye akak,

1. saya ada tbca akak bagitaw if nak smbung for sarjana mestilah futher ikut link course yang kite amik in sarjana muda right? saya ada degree in Electrical Engineering (Electronic). for suggestion, akak rasa pe link course yang boleh sy futher tuk sarjana using TPM ni?

2. kalau da dapat kita boleh pilih uni sendiri ke? and bape lama mse yg pihak uitm bg tuk kte pilih uni ni?

Aini Qamariah

Maaf Saya bkn student engineering. Saya tak tahu aPA yg berkaitan dgn apa awak belajar. Masters engineering, kot.

Sile bace reply komen2 di atas.

Tq

A. H

Assalam,

Nak bertanya. Adakah hanya bidang kursus pengajian yg ditawarkan utk PTM 2014 terhad? Maksudnya, apabila saya refer pada Faculty of Science uitm (website), bidang Fizik yang sedia ada adalah lebih banyak drpd bidang pengajian yg ditawarkan utk program PTM 2014. So, ini bermakna PTM hanya tawarkan prog ini utk certain bidang penyelidikan sahaja?

Thanks in advance atas maklum balas. :)

Anonymous

sedih tak boleh nak apply.

kita taip jer pointer kita, terus dia kata maaf, anda tidak layak untuk memohon. sedehhhhhhh

the dietitian to be

salam kak..thanks for the info..nak tanya ni..kita kena buat proposal dan hantar sekali dengan brg permohonan ke?

if tak keberatan minta reply to my email : zettyzahid@yahoo.com

tq in advance kak. =)

Anonymous

hahahah siap mention tuh ade MBA...

Anonymous

salam kak..nk tnya ckit sal tpm ni..klu skang ni sy dh last sem utk degree bleh ke sy apply?sbb sy plan sem dpn nk further stdy trus..

thnx kak:)

Siti Hawaliah Darmansah

Assalammualaikum..

saya ada apply tpm ni tp kos komunikasi yg sy nak tdk tersenarai untk tpm.. jd drpd deg in languange sy beralih bdg kpda hotel and tourism managemt.. rasa2 lyak x???

2. kne buat proposal?

3. knpa dlm brg prmohonan kita dmnta plh kos kalau sbnrnya kita nksbung master di u lain n kos lain.. tq

Siti Hawaliah Darmansah

Assalammualaikum..

saya ada apply tpm ni tp kos komunikasi yg sy nak tdk tersenarai untk tpm.. jd drpd deg in languange sy beralih bdg kpda hotel and tourism managemt.. rasa2 lyak x???

2. kne buat proposal?

3. knpa dlm brg prmohonan kita dmnta plh kos kalau sbnrnya kita nksbung master di u lain n kos lain.. tq

Aini Qamariah

A.H Said:
UiTM akan buka hanya bidang-bidang yg mereka masih belum ada / byk pakar sahaja.

The Diettition to be:
Kalau buat by thesis kene letak tajuk dan kemudian submit proposal.

Anon:
boleh..

Siti hawaliah:
Boleh try apply, tapi saya tak rasa UiTM akan beri kelulusan kecuali memang kami rasa berkaitan.

Proposal utk mereka yg apply by thesis.

Ada kos yg tak sealiran tetapi berkaitan.

Anonymous

Assalamualaikum. .
Saya kurang faham berkenaan bidang yg ditawarkn, adakah maksud dia kalau cth fakulti pngurusan perniagaan ofer phd utk strategic marketing mgmt maksud nye xbole apply utk master dlm kos ni& blh apply phd kos ni dimana2 U lain?

Missborneo

helo,I am curious enough with what u've posted above.part yang miss cakap tidak/belum memulakan pengajian.what if i apply tpm during my final sem of my final degree year? Is it counted?? :)
Your reply is much appreciated.
Thank you :)

Aini Qamariah

anon:
i tak faham soalan you...

Missborneo:
Usually you will not be counted.. sebab telah memulakan pengajian..

Missborneo

i mean even i myself is uitm student too?? thank you ya :)

fadzyllah a.k.a iDe

hye akak..sy nk mhon tpm bg thn ni..dh fill up form online.kat senarai semak dia nak proposal.prosal y masa sy degree ke?

Aini Qamariah

Fadzyllah:

Apply untuk phd atau masters?
kalau phd dia akan minta proposal phd utk bidang tu yg kita dah siapkan...

Anonymous

salam akak comell:):)
lepasan diploma boleh mohon x???

Siti Sarah Ilyas

Assalamualaikum.

Saya pon ex-pemegang TPM. Saya dah lapor diri di JPbSM 10/4/2017.Sekarang masih belum dapat makluman dari UiTM untuk perlantikan. Bila call Bahagian Perjawatan, tak ada yang jawab.Naik risau dibuatnya. Takut lama lagi nak kena tunggu untuk posting. Tapi parents suruh bersabar. Saya pon ambil inisiatif untuk cari kerja sementara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...