CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 14, 2011

Stroller Adam

Pencarian stroller Adam ni dah lama dah bermula. Dari sejak tahu Adam dalam perut saya, saya dah sibuk cari stroller. Walaupun stroller bukan guna dan2 time lahir tu pun. After 2 months baru lah guna. Itu pun kalau berhajat sangat nak bawa berjalan.

Dalam membeli stroller, apa yang penting bagi saya bukan lah brand stroller tu. Tapi saya tak nafikan lah, kalau brand yang saya suka macam Peg Perego dan Stokke, walaupun memang lah mahal beriye-iye, tapi terbukti memang cantik dan berkualiti. Paling saya suka Peg Perego Pliko P3 ni ha...hensem kan? Tapi poket makcik tak lah sehensem stroller ni. Hahaha

Peg Perego Pliko P3 Travel System


Lepas tu, saya suka jugak brand Stokke (tgk gambar bawah ni), Stokke Xplory stroller ni memang saya jatuh cinta pandang pertama lah (amboi, kau jatuh cinta semua nak yg mahal beriye aje ye! Hampeh betul!). Stokke ni tak ada dekat Malaysia banyak sangat. Dekat Mothercare The Curve ada, dengan dekat Damansara kot ada satu kedai jual. Kalau jual kat Malaysia ni banyak-banyak pun nak buat hape?? Sape je nak beli kalau dah travel system (stroller + car seat) ni RM5000.00 paling murah? (T_____T)

Stokke Xplory


Usaha punya usaha, servey punya servey, mula-mula nak amik Halford Cosmo DX saje. Tapi last-last tak jugak beli sampai lah ke sudah. Until 1 hari yg hening-bening, godmother Adam sms makcik, dan makcik kena marah kenapa bawa Adam jalan-jalan tak pakai stroller sampai godson dia kena tidur atas kerusi mcm gambar kat bawah ni, sementara tunggu makcik makan. Hahaha

Adam yang terlena time Mummy dinner at Flaming Steamboat


Dengan itu, dek kerana makcik tak larat jugak lah nak mendengar leteran godmother Adam, dari makcik fikir yang stroller ni tak berape perlu lah nak beli, terus makcik pergi beli dgn "bantuan" godmother montel tu. Hari tu jugak saya terus buat final survey. Semua stroller idaman mesti harga RM1500.00 ke atas. Jadi tak payah mengade lah kot. Beli aje yg elok dan murah. Saya terjumpa ini (gambar dibawah, dan jatuh cinta sekali lagi).

Halford Zuzz 4 with Babio infant Car Seat (travel system)


Zuzz 4 Stroller Features:
* New innovative design
* Unique folding system
* Stylish 360degree locable front swivel wheel
* Forward or backward facing seat
* Adjustable backrest
* Removable front bar
* Height adjustable handle
* Adjustable footrest
* Compatible with Halford Babio Infant car seat
* EN 1888 Approved

Zuzz 4 Stroller Specifications:
* Seat Unit suitable from newborn
* Product Weight: 10.5kg

Babio Car Seat Features:
- Simple to install on car
- One-pull harness for easy adjustment harness length
- Supplied with a sun canopy, support pillow, belt pads and crotchpad for extra comfort
- Side Protection System offers optimal protection against side impact

- ECE 44/04 Certified (European Standard)
- Suitable from birth, up to 13kg
- Can be used as a rocker
- Compatible with Halford Zuzz 4 Stroller

Babio Car Seat Specifications:
# Product Weight: 2.8kg
# Packaging Weight: 4.4kg

Tapi kesengalan melanda bila semua kedai baby, macam BabyJaya, BabyCottage, LittleWhiz, Stroller World, even SOGO sekalipun menjual dengan harga RM1168.00, untuk stroller dan car seat. Kalau nak beli stroller saje without car seat, harganya RM899 paling murah. Maka airmata pun mengalir deras macam air terjun Bukit Belacan. Serius. (T_____T)

Tiba-tiba, tengah-tengah borak pasal stroller dgn ex officemate yg gile, Reen, dia suggest beli dekat Fabulous Mom. Terus bukak dan tgk harga. Hoh??????? Dari RM1168.00 / set, Fabulous Mom jual RM799.00 / set SAHAJA?!! Aiyooo~ Terus rasa nak pengsan. Dan terus sms godmother Adam, discuss and then finally decided to buy this Halford Zuzz 4 with Babio infant car seat. Yeeeyyy~!

Ini pakai stroller seat, adjustable, boleh face mommy, boleh face depan jugak :)
Haa, ni dah attach car seat kat stroller


ni Adam dalam car seat, agak besar lah car seat ni. boleh la sampai 1 tahun kot.

oh, ni gambar budak yg suka gila duduk dalam car seat ni. hehe

Oleh sebab Fabulous Mom jual stroller ni terlalu amat laku sebab murah gila after sale, masa saya dah bayar hari Khamis, 12th May,2011 tu via online purchase, saya terus lah call Fabulous Mom pukul 1030am tu jugak nak tanya saya dah successfully purchased online, without shipping fees sebab saya nak collect sendiri dekat outlet Puchong. Tapi mcm kan petir berdentum, Halford Zuzz 4 dekat outlet tu dah habis. Even dekat outlet TTDI pun sold out. Time ni, rasa mcm nak menjerit aje. haha penat makcik berangan nak berjalan-jalan tau!


Promoter tu however said that, Babio car seat ada. Warna hitam. So after discuss dengan En.Azuan, kami pun setuju nak ambil car seat tu saja hari Khamis tu jugak after office hour, stroller pula ambil next Monday sebab sampai kat Puchong outlet next week Monday, Fabulous Mom tu baru order. Lepas habis waktu kerja, kami terus pergi outlet Puchong, dan sampai-sampai aja, terus senyum nampak car seat tu dah tertulis "reserved". Disebabkan hari hujan, kami tak terus balik, lepak jap dalam kedai tengok-tengok barang dalam tu. After almost 30minit jugak baru gerak buka pintu kedai nak balik.


Serentak dengan tu jugak, loceng pintu kedai bunyi, kami nampak ada 2 lelaki bawa 3 kotak besar-besar. Salah satu kotak tu tulis "Halford Zuzz 4". En.Azuan dgn tak sabarnya terus cakap "Hah B, tu kita punya tu!" Ahahahahaha saya pula malu-malu. Yela, takkan saya nak terus tanya promoter "excuse me, yang tu i punya ke?" gila? Aku malu lah! Haha Terus saya cakap dengan En.Azuan, "bukan kot, tu orang lain punya kot.." padahal dalam hati nak aja aku amik kotak tu bawa lari masuk kereta. hahahaha *buruk lah perangai aku yg tak sabar ni*


En.Azuan buat muka cebik, dan terus lah kami turun dari kedai. Saya terus pegang handphone, sebab kot2 lah Fabulous MOm nak call cakap kotak tadi tu saya punya *tengok lah aku ni selalu berangan tak sudah2* Tapi tiada panggilan. En.Azuan lapar, jadi kami makan dekat Pelita bawah kedai Fabulous Mom tu. Tengah jalan nak pergi Pelita, handphone bunyi, rupanya promoter Fabulous Mom "Puan, tadi tu memang stroller Puan, cuma kita tak boleh lah nak terus cakap stroller Puan, kita kena cek system dulu. Takut tersalah. Ni kita dah cek, memang Puan punya. Puan nak ambil ke?" waaaaaaaaaaaaaaaaahh~!! terus makcik jawab "Op kossss!!!" pantas dan tuntas!


Jadinya, dapat lah saya stroller Adam + car seat dia at the same day. Hehehe Alhamdulillah.

Ok, jom share tips nak membeli stroller ok. Brand adalah penting, namun begitu, function mesti diutamakan. Jangan lah jadi terlalu amat sengal, beli brand mahal-mahal, tapi function dia sikit. Banyak benda tak boleh buat. Sebab, kalau kita beli untuk anak pertama, faham-faham lah, mesti guna entah sampai anak number berape. So, takkan beli yg mahal tapi menyakitkan hati kot? Hhuuhuu...... Saya rase, yang paling penting :


  1. Mesti boleh recline at least until 150 degree kot. Kalau boleh flat terus 180 lagi bagus. Baby selesa gila nak baring ke, tidur ke.
  2. Kalau dah beli mahal-mahal, carilah yg travel system (stroller + car seat), takkan Rm900 mendapat stroller semata kot? Then have to spend another RM300-400 for car seat? Aiyooo
  3. Material stroller kena rasa dan pegang. Sebab, ada stroller yg memang famous lah brand dia *takleh nak sebut*, dan dia ada few model yg below RM1000.00. Tapi kalau pegang material dia, adoi... kasar. Beli untuk anak kesayangan kan? Cuba test sagatkan pipi sendiri kat kain seat stroller tu. Mau lah melecet tak pasal walaupun kulit kau, kulit biawak padang pasir. Haha bayangkan kulit baby yang lembut, kot lah dia lasak ke ape....kesian dia..
  4. Shopping basket. Kena lah ada, biarlah kecik pun. Seriously nak guna. Letak macam-macam.
Ok, tu aja lah kot tips. Ada 4 benda ni, cukup lah. Kalau ada 4 benda ni dan boleh beli murah gila-gila like RM500 below, KAU HEBAT! Hehehe yang saya highlight MERAH pada product details kat ats tu pun tips lah untuk membeli. Tapi, tips ni hanya perasaan saya saje. Kalau kat luar sana ada ibu-ibu yang rasa dia tak kisah atau memang dia letak bajet membeli stroller saja RM2000-3000, tips ni mungkin tak berguna bagi anda.

To mom to be, Fazreen, yang suggest Fabulous Mom ni, KAU MEMANG SUPERB lah dalam mencari barang-barang murah dah BEST GILA!

To Adam's fairy godmother, Emy Suraya, thank you so much, dan bila kamu ada anak, tolong lah beli stroller Stokke idaman kamu dan aku itu. Sebab aku nak pinjam. Dapat naik kejap pun jadilah ye. Aku sanggup teman kamu pergi cari 1 Malaysia ni. Kekekekekeke Love you Bff!

To all mom to be out there, membeli biar bijak, dan pastikan anda puas hati dengan setiap barang-barang baby yang anda pilih. Jangan nanti diri sendiri sakit hati dgn barang yg dibeli sudah! Mau kau meroyan tak pasal lepas pantang nanti. Hahaha

Take care all!


(ps: 0n May 2012, i already bought new stroller for Adam, Quinny Zapp Xtra, kalau nak review dia klik sini ok : http://ainiqmy.blogspot.com/2012/09/stroller-adam-quinny-zapp-xtra.html )

sesiapa nak beli brand new Quinny Zapp XTRA harga RM950.00 nett sila refer link ini :
http://ainiqmy.blogspot.com/2012/11/new-quinny-zapp-xtra-rm95000.html

26 ideas:

one BABY-step at a time

Skrg satu malaysia tau kamu janji nak teman ak ye!! Jgn kamu hangat hangat taik ayam ye.kamu tggu ak usaha sampai pregnant dulu.wakaka

P/s: adam nampak macho dan hensem didalam stroller.

johany

uiitt klakar lah awak nih!

~YUN~

mcm best je travel system ni,harga pn reasonable,harus masuk dlm baby list ni..tq sis!adam comels sgt..geram tgk pp die..hehe!

Aini Qamariah

emy suraya: alamak, tanpa aku sedar aku dah berjanji dgn disaksikan rakyat melaysia...adeh.... Adam ensem? eh3, tgk lah mak dia emy suraya, Please!

Kak Jo: Hahaha dah beli stroller lum untuk Iskandar yg comel tu?

Yun : heheh beli sebelum sale habis ok! :)

johany

belum lagi! tapi car seat dah ada ar :D

one BABY-step at a time

aik...dia kan ikut muka wan...bile pulak ikut muka kamu?

~YUN~

bile abis sale ek?alaaa..kene cpt la cmnie..huhuhu!

wanzazzil

Ni, mmg sevey stroller ni azab kn...akhirnya dh end up with something, agak lega la di situ...paling bagus kn stroller ni klu ada suspension..ko pakai henyak segala batu, rileks je baby tdo...mengalahkn absorber keta..anyway, adam..enjoy ur new ride!!

Anonymous

bgs btl la idea aini ni..fiza pn survey gak stroller..anyway thanks for ur priceless info..

Unknown
This comment has been removed by the author.
missunderstood

ok aku puas ati ngan entry ko kali ni..pandai pon mentioned nama aku..lap u la..ekeke..eh, tp nak tanye ko ni..apekah brand stroller yg ko x leh nak mention tuh??teng..teng...teng...bahahaha

Aini Qamariah

kak jo: takpe...lum habis pantang..tak guna pun...hehe

Emy: ala...ade...ce kamu tgk balik..ce tgk..

Yun: tatau sampai bila..tapi elok beli cepat..hehe

Her: haaa ko punya Chicco ade suspension tu kan?? gile best kalau ko gelek segala bende anak mmg nyenyak aje semata!

Faeyza : sile beli dgn bijak k......selamat membeli belah..hehe

Si Gile Reen: kau memang mintak lempang kan???

Aini Qamariah

Mizz: alamak dear, kite tak tau lah muat ke tak..huhubonet myvi luas sikit kot..boleh rasanya... :)

itulah baju fav die...ekekek

Mat

saya dah pegi website fabulousmom.com, takde pun jual Halford Zuzz 4 with Babio infant Car Seat (travel system), kat mane u tgk ye???

Aini Qamariah

since keluar entry ni dah ramai pergi tanya Fab Mom tapi memang Fab Mom kata dah habis stok. Kalau sampai pun cepat je habis juga. Dan harga pun bukan RM799 lagi..dah jadi harga asal.. boleh try tgk lagi bila-bila nanti dorang ada sale ok :D

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Unknown

nk tanye..y u beli d new stroller 4 adam?coz i tgh survey jgk...yg brkenan semua mhl..klu blh i nk beli skali je sampai baby beberapa thn.

Unknown

slm.nk tnye..y u bought d new stroller for adam??coz i tgh survey jgk ni.klu blh nk beli sekali saje..i pun tgh pening.sbb yg berkenan semua mhl sgt lh..tlg share sikit.tq

Aini Qamariah

Darl,i ada promo utk Quinny Zapp Xtra RM950.00.. refer this link ok:)

http://ainiqmy.blogspot.com/2012/11/new-quinny-zapp-xtra-rm95000.html

Anonymous

saye berangan nak beli quinny zapp extra sebab sesuai untuk newborn.. cari dan jumpa harga rm1199.. boleh tau littlewhiz punye sale slalunye bile ???

mira

Dah takde promo harga RM799 tu kot.. T__T

http://www.fabulousmom.com/catalog/product_info.php?products_id=2694

Kenapa beli Quinny Zapp lak lepas tu?

Aini Qamariah

Mira: saje je beli zapp xtra sebab dia lebih compact.. bonet kereta takde penuh sgt, adelah space for bende lain nak letak dlm kereta, boleh baca review and comparison saya.

ladyain

Salam. Nak tanya mcmane nak recline seat stroller halford ni eh? I've bought this one but lupa sudah. Hee thanks

Anonymous

Sis..camner nk adjust backrest seat yer..

Aini Qamariah

Tak silap ade mcm tali Kat belakang seat, boleh tarik ke bawah.

Unknown

Boleh saya tanya...mcm mana cara nak install car seat ni kat kerusi kereta ya?

Pervez Joarder

Regards towards, it’s quite noble in my position and additionally more than likely equally just for some so, who head to your blog post. Over again, regards quite a lot. At this time follow the link cash advance Regards quite a lot just for excellent succeed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...