CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 20, 2012

Untuk Abah


Payah saya hendak menyusun kata walau sayalah sebenarnya yang beriya-iya mahu menulis entry ini sejak sebulan yang lalu. Setelah dapat keizinan dari suami, saya berfikir hampir setiap malam untuk memilih bait-bait ayat yang terbaik supaya entry ini tidak nampak seperti meraih simpati. *paused*

Anda ada bapa mertua? Saya hanya ada satu Abah. Tiada kata boleh saya gambarkan untuk semua tahu betapa Abah adalah bapa mertua yang paling baik pernah saya jumpa. Abah orang kampung. Bekas askar. Tapi abah tak garang. Murah dengan senyuman, dan sentiasa ada sahaja perkara yang abah nak borakkan bersama mak, anak-anak dan menantu-menantunya. Abah ada semput. Banyak kali masuk hospital tapi Alhamdulillah, he stays in good health sampai umur sekarang. Seperti mana saya layan mama dan ayah, begitu juga layanan saya pada mak dan abah. Sayang saya pada kedua mertua saya ini hampir sama dengan kasih sayang untuk kedua orang tua saya. Hidup kami sekeluarga macam orang lain juga. Sama dengan setiap hari, kami berdoa diberikan kesejahteraan hidup untuk semua ahli keluarga.

SEPTEMBER,2011

Namun tidak semua perkara Allah berikan kita hanya yang terbaik. Walau kita berdoa dan berharap, ujian Allah pasti datang terutama kepada mereka yang terpilih. Tahun lalu, selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri (dalam bulan September), kami sekeluarga menerima berita abah tak boleh nak makan. Bila makan atau minum, abah akan muntah semula. Mak cuba beri abah bubur, tapi selepas saja makan, abah akan terus muntah. Peliknya jika abah makan semangkuk kecil bubur, abah akan muntah lebih kurang 1 jug air. Pada mulanya kami fikir sakit biasa. Mungkin abah kurang selera makan atau abah sakit perut dan dalam 2 atau 3 hari lagi mungkin akan pulih semula. Namun perkara ini berlanjutan sehingga sebulan.

Melihatkan badan abah sedikit susut setelah hampir sebulan tidak boleh makan, keluarga suami mula mencari ikhtiar untuk memulihkan abah. Mereka ke hospital Temerloh,Pahang tapi doctor disana hanya masukkan abah air, dan minta abah datang semula 2 bulan kemudian. Kata doctor, mereka akan buat pemeriksaan lanjut 2 bulan lagi. Masa tu, saya fikir, kenapa mesti 2 bulan lagi sedangkan abah masa tu memang tak boleh makan. Tak serius kah kalau seseorang tu tak boleh makan? Tapi saya bukan doctor. Jadi saya tak dapat nak kata apa-apa.

NOVEMBER, 2011

Dah 2 bulan abah tak boleh makan. Dalam masa itu, mak beri juga abah makan sikit-sikit walaupun abah muntah. Badan abah yg dulu besar dan tegap sudah semakin susut. Saya dan suami memang tak dapat menahan perasaan kalau balik melawat abah. Kami sepanjang perjalanan pergi dan balik memang akan bercerita tentang keadaan abah dan dimana tempat rawatan yang boleh kami bawa. Sudahnya adik-beradik suami putuskan untuk bawa abah berubat di KL. Ada juga abah cuba berubat di Perak. Rawatan kampung yang abah pilih mungkin sebab abah takut rawatan hospital. Temujanji di hospital Temerloh abah taknak pergi sebab itu hanya untuk rawatan susulan, bukan untuk buat x-ray atau apa-apa. Masa ni, abah masih lagi ada sedikit tenaga walau asyik baring dan tidur, abah masih boleh berjalan sedikit-sedikit untuk mandi dan sebagainya.

DECEMBER,2011

Berat badan abah susut benar masa ni. Saya rasa sudah sampai masanya untuk bawa abah jumpa juga doctor pakar. Saya cadangkan PPUM. Maka abg ipar bawa abah dan mak ke PPUM. Sekali lagi bila di sana, selepas diperiksa doctor, doctor berikan temujanji untuk endoscopy pada bulan 3.. Dari December 2011, temujanji endoscopy bulan march 2012. Lamanya. Berkerut dahi saya ketika mengetahui perkara itu. Sekali lagi saya terfikir, orang tak boleh makan, dan tak boleh minum, berat badan dari 80kg dah susut hampir 40kg, badan dah tinggal kulit dan tulang, temujanji diberikan 3 bulan lagi? Sakit juga hati. Tapi entahlah. Mungkin inilah nasib bereka yang bukan ada-ada macam keluarga kami. Untuk pergi ke hospital swasta, kami terfikirkan perbelanjaan yang akan ditanggung. Takut sangat tidak mampu.

Keadaan abah berlarutan sudah masuk 4 bulan. Kaki abah dan muka sudah mula putih pucat. Abah dah mula tidak mahu bercakap. Diam dan jarang nak bertegur sapa. Saya faham. Mungkin abah banyak berfikir dan dia juga mesti risau dengan keadaan diri sendiri. Saya mula cadangkan pada suami untuk bawa Abah ke hospital swasta. Saya pujuk dan pujuk, malah saya buat panggilan ke beberapa hospital swasta untuk mengetahui harga yang perlu dibayar untuk membuat endoscopy. Kami betul-betul mahu tahu kenapa abah tak boleh makan. Ada masalah dengan kerongkongkah? Perut kah? Usus kah? Runsing betul hati saya selagi Abah tak dibawa ke hospital. Saya bukan tidak percaya rawatan tradisional yang abah lalu ketika itu, tapi entahlah, otak saya memang perlukan fakta ketika itu. Hanya fakta. Jadi saya paksa suami berbincang adik beradik. Hari-hari saya akan ingatkan, sudah atau belum bincang dan sebagainya.

Masa tu, saya rasa saya agak mendesak. Padahal suami juga risau. Since abah tak sihat, suami saya juga banyak berubah. Diam. Banyak fikir. Iyalah, kalau Abah tu Ayah saya sendiri, saya mungkin akan jadi lebih teruk dari suami saya. Jadi saya hanya mampu pujuk dan pujuk suami untuk bawa abah ke hospital swasta.

FEBRUARY 2012.

Akhirnya keluarga suami berjaya juga pujuk abah untuk ke hospital. Abah sebenarnya mungkin "merajuk" dan tak percaya pada doctor, kerana asyik diberikan temujanji yang lama untuk ditunggu. Kita faham lah orang tua, mereka nak tahu cepat, nak dilayan juga cepat, tapi bila lihat hospital kerajaan asyik nak kena tunggu dan tunggu sedangkan dia nak ke hospital pun berperang tanaga, nak menunggu giliran dan sebagainya, last-last dapat temujanji saja, memang lah dia agak putus asa.

Abang ipar masukkan abah ke Pusrawi,KL pada 8hb February,2012. Dr.Malik yang incharge untuk abah, dan terus Dr.Malik mahu buat endoscopy bila melihat keadaan abah yang tidak boleh makan. Dr. kata, esok Jumaat, 9hb February, endoscopy akan dilakukan pada jam 8pagi. Ketika itu, saya dan suami hanya mengharapkan yang terbaik. Rasa seperti separuh beban hampir hilang bila kami tahu esok kami akan dapat keputusan endoscopy dan akan tahu apa masalah sebenar yg dihidapi Abah. Malam itu, kami doa banyak-banyak agar semuanya lancar.

Jumaat, 9hb February,2012 – 2:30 pm

Pagi itu saya tidak ke kelas. Hanya duduk dirumah dan membuat kerja-kerja rumah. Tiba-tiba pukul 12, saya dapat sms dari suami "B, Dr. Malik nak jumpa semua anak-anak lepas sembahyang Jumaat". Jadi saya hanya balas "ok" dan berfikir untuk bersiap-siap sebentar lagi. Suami saya ambil half-day dan pulang tengahari itu. Kami ambil Adam Qaiser di taska dan terus menuju ke Pusrawi. Masa tu saya lihat wajah suami macam stress dan membendung emosi. Kami tak banyak bercakap sepanjang jalan. Entah lah tak tahu kenapa. Sampai di Pusrawi pukul 2:30petang. Ada adik ipar dan abag ipar saya. Mak pulang ke rumah mandi dan berehat selepas penat jaga abah. Saya sudah tidak sabar nak jumpa Dr.Malik untuk tahu apa hasil endoscopy pagi tadi.

Jumaat, 9hb February,2012 – 3:30 pm

Nurse masuk ke bilik abah dan panggil kami untuk berjumpa Dr.Malik. Saya nak pergi dengar, tapi saya sedar hak patut diberikan kepada anak-anak abah yang ada. Jadi saya suruh Ida (adik ipar), Abg Lan (abg ipar) dan suami saja pergi. Saya teman abah bersama Adam. Mereka pun berlalu tapi serentak itu hati saya sangatlah berdebar-debar. Ketika temankan abah, seperti biase saya ajak abah berborak. Tanya abah mahukah apa-apa, air, biskut atau apa-apa, abah geleng. Sesekali lihat abah termenung panjang. Tiba-tiba abah kata "letihnya badan abah. Perut kosong" saya terus terdiam. Otak pantas fikir apa nak bagi abah makan. "abah nak roti?" abah geleng..abah kata "buat apa makan, nanti abah muntah..." terus kepala abah paling ke tempat lain. Saya memang tak tahan tengok abah jadi saya berlalu ke tepi tingkap. Sedihnya hati saya ketika itu. Habis melayan hati, saya kembali ke katil abah. Bawa Adam, suruh adam pegang tangan atuk Abah pun senyum-senyum, pegang kepala adam, panggil nama adam, saya diam.

Tiba-tiba abah kata, "kenapa lambat sangat ni..." baru saya sedar. Lama benar Dr.Malik jumpa anak-anak abah. Tapi saya jawab pada abah, "biasa lah abah, nak terang satu-satu, takut tak faham pula nanti, abah jangan lah risau. Abah pula kata "kenapa doctor taknak cakap dengan abah terus, agaknya sakit abah teruk kut, sebab tu dia taknak cakap kat abah" saya terdiam lagi. Hati makin berdebar. "taklah abah, biasalah dia takut abah tak faham, terang kat diorang nanti diorang boleh terang kat abah". Abah diam. Saya diam.

Jumaat, 9hb February,2012 – 3:30 pm

Dek kerana terlalu lama, saya minta izin abah nak keluar dari bilik abah kejap. Saya nak jenguk mana Dr.Malik jumpa anak-anak abah tadi. Saya buka pintu bilik abah. Tiba-tiba saya nampak suami menuju ke pintu, abang ipar di tengah-tengah sambil bercakap dengan Ida yg keluar terus dari wad. Muka suami merah padam dan agak sugul. Lama kenal suami, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Tambahan pula Ida dah keluar terus dari wad. Dan abg Lan juga berlalu entah kemana. Hanya suami depan mata saya. Tak tahu nak cakap apa, saya hanya Tanya "macam mana B? Apa doctor cakap?".

Suami cari kerusi di luar wad dan duduk. Sambil pandang ke wajah saya, saya dengar sesuatu yang saya tak jangkakan dari mulut suami. "B, Abah kena kanser........kanser perut..." ada getar dihujung kata suami ketika itu. Menandakan suami saya ketika itu sedang menahan rasa yang amat dalam. Terus saya berkata," tak apa, kita boleh usaha, kanser kalau mula-mula boleh baik....." tak sempat habis ayat, suami saya kata "abah dah tak boleh ubat, abah dah tahap akhir......................" Serentak itu saya lihat suami terus tertunduk. Saya tak tahu apa nak kata. Terus saya pusing, bawa adam jalan satu wad, dan at that time, it was a heavy rain in my heart. Kasihannya Abah...........kenapa abah? Saya betul-betul tak dapat terima lagi kenyataan itu.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa saya tulis entry ini. Mahu minta duitkah? Mahu minta derma perubatan abah kah? Jawapannya TIDAK. Jika dulu semasa saya buat entry Norma (penghidap kanser otak tahap 4), saya memang harapkan anda menderma bagi perubatan Norma kerana kosnya amat tinggi. Untuk entry kali ini, saya memang bercadang minta bantuan, tapi bukan dari segi kewangan, tetapi dari segi sebaran entry untuk saya dapatkan lebih banyak maklumat untuk selamatkan Abah.

Saya amat berharap sesiapa sahaja diluar sana dapat bantu kami sekeluarga untuk berikan maklumat-maklumat seperti nama-nama ubat yang boleh saya berikan pada Abah, ubat tradisional atau apa-apa ubat yang mungkin boleh selamatkan nyawa bapa mertua saya. Tolong jangan Tanya saya tentang jangka hayat Abah, sebab itu memang menghancurkan hati saya setiap kali saya kenangkan apa yang diberitahu doctor. Saya tak percaya perkara lain selain takdir Allah.

Saya hanya mampu buatkan 1 entry untuk Abah. Dan saya harap entry ini dapat bantu keluarga saya untuk selamatkan Abah. Mungkin saya nampak terdesak minta pertolongan ini, tapi saya memang amat perlukan pertolongan anda. Research yang saya lakukan untuk penyakit ini tak mendatangkan banyak information sebab ubat-ubatan jenis makanan memang tak mungkin berjaya. Saluran esofagus abah sebesar jarum sahaja. Sel kanser telah memenuhi saluran itu menyebabkan saluran penuh. Abah memang tak boleh makan dan minum. Doctor nasihatkan kami membawa Abah pulang sahaja kerana dalam medical term, memang tiada apa boleh dilakukan lagi (T____T)

Tapi saya percaya takdir Allah dan keajaiban serta kekuasaan Allah. Tolong bantu saya. Tolong saya untuk kali ini, selamatkan Abah saya. Saya hanya ada satu Abah........ *i cant write anymore. My tears cant stop dropping".
Gambar arwah abah semasa uzur saya gantikan dengan surah Al-Fatihah selepas pemergian Abah ke rahmatullah pada 19 April, 2012


Entry ini ditulis setelah saya dapat keizinan suami. Tolong saya dengan memberi maklumat tentang pusat-pusat rawatan Islam, atau pusat rawatan biasa yang mengambil kes-kes kanser tahap akhir. Juga jika anda tahu jenis-jenis ubat yang perlu diambil oleh pesakit kanser tahap akhir dan untuk blogger-blogger yang bermurah hati untuk sebarkan kisah ini diblog agar lebih ramai dapat membantu saya. Saya serahkan pada Allah untuk balas jasa baik kalian. Terima Kasih.

March 18, 2012

Adam Qaiser’s 1st birthday party


Hi all.

Ok lama memang lama lah tak menulis blog. Rindu gila nak tulis tapi lately terlalu banyak benda nak dibuat dan nak difikirkan sehingga tiada masa nak buka blog dan layan perasaan. Sedar tak sedar anak bujang saya (eceh anak bujang katanya) dah pun setahun! ini gambar 12 bulan lepas.

Rindunya masa Adam Qaiser baby macam ni


Tahniah! *bunyi tepukan*



He is no more a baby. Tapi seperti biasa lah kan, as a mom, he is forever my baby boy. Sepatutnya bornday Adam Qaiser ialah on 28th February, 2011. Tapi tahun ni on 28th Feb, mummy busy and only managed to throw him a party on 10th March 2012. Sorry baby, sekarang ni mummy dah macam YB. Ada saja benda nak kena buat.



Nothing much to say, u guys just take a look at pics yang saya upload ini ok. I am so glad dapat tempah belon, kek dan macam-macam benda lagi dengan vendor-vendor yg best dan berpatutan. Thanks for making my son's birthday awesome!!!

Ballon metalic assorted colours

Ballon angry birds


Untuk belon gas, saya tempah pada officemate husband. Harga memang confirm much-much-much-much lower dari ballon buzz atau segala party shop lat luar sana. I got almost 50 balloons, metallic colour + angry birds + ribbon-ribbon yang cantik dan pemberat balloon yang memang comel. Pemberat balloon gas tu bentu kuda and it is colorfull! LOVE IT. Harga? Selalunya kalau 50 ballons u must pay above rm150 for sure. Ini yang paling murah masa i survey, kalau balloon buzz RM250. Itu tak termasuk balloons angry birds. Tapi dengan my vendor n ii got it lessssssssssssss! Siapa nak balloon gas for any occasions tak kira lah party or what so ever, sila contact this lady, AIMI : 0133325400 if she doesn't pick up, tell me ok!



Cake pula saya tempah dari Diah from 'd cuppies. Sangat cantik dan sangat murah if you compare with other bloggers atau kedai di luar. Cake red velvet yang saya tempah itu pun sangat sedap dan ramai orang yg makan Tanya siapa yang buat cake itu. You can cuci mata kat facebook dia, or contact her at 0123102076. I really hope dia tak naikkan harga sebab kalau dia stay with this kind of price, dan buat cake yang cantik-cantik macam ni, mesti dia akan dapat untung gila-gila. Mana nak dapat cake fondant deco macam ni RM160? Huhu Thanks Diah! We love it!



Macarons saya tempah dari Jaja's Bakery. Suggested by my schoolmate. RM150 untuk 100 biji. I choose assorted flavour so ada yang manissssss sangat, dan ada yg tak manis sangat. Saya ni tak suka manis. Jadi yang tak berapa manis memang habis dalam perut lah kan. Yang manis semua kanak-kanak telah bantai. Ini facebook Jaja's Bakery dan ini contact numbernya: 0107987417 thanks Jaja's Bakery!





Apam polka dot saya suruh my sister buat. So u can contact her at this number 0193371952 and muffin pula my beloved mama yang buat, contact her at 0196313403. Apam polka dot tu RM40 untuk 50 pieces and muffin usually 80 cent to RM1.50 mengikut saiz dan perasa.

I got all these with less than RM100 rasanya. The kids were happy!

Bila tengok muka budak-budak happy and berebut goody bags ni kat taska... PRICELESSS!


Angry birds goody bags, sticker, badges, kipas, sapu tangan and so on saya beli from different-different kedai. If you want it, just email or sms me sebab harga memang muraaaaaaaaaaaaaahhhh lah kan. I can get it for you.



Lain-lain makanan semua disediakan oleh my mother, since dia selalu buat catering for below 50pax, saya suruh mama saje lah masak. Ooppssssss... ada serawa durian, roti jala, nasi tomato, ayam masak merah, dalca, jelatah, kari ayam dan sebagainya. Thank you mama.. love you!

pulut kuning shushi style


Shushi pulut kuning ni pun my mother yang sediakan jugak. Usually makanan ni dijual harga RM1-RM1.50 tengok pakai serunding apa. Lazat!


Family in law :)

angry birds family crew

angry baby birds! they are so cute~!

angry mummy + angry daddy = angry birds birthday boy!

angry birds crew

angry birds crew

angry birds crew!


Baju-baju angry birds yang family pakai semua saya beli dekat Shah Alam. Kedai-kedai biasa saje dengan harga yang memang murah lah.

sebahagian hadiah

sebahagian lagi,,,wowww weeeee~!


Terima kasih pada semua yang bagi hadiah ni. Jimat duit membeli permainan selama setahun juga baju-baju cantik untuk setahun. Haha


Now enjoylah gambar-gambar lain kat facebook saye saje :)


Kesimpulannya preparation untuk birthday Adam Qaiser bukan saya buat terkejar-kejar. I have ample time to plan and think about semua benda. Saya ambil masa dalam sebulan lebih juga untuk buat decision which vendor saya nak pilih dan plan macam mana party nak diadakan. Sebab with very limited budget, i cant have the grand one for my son, yang macam ni pun cukup lah. Yang penting sepanjang majlis Adam Qaiser tak buat perangai and happy gila.

I would like to thank my family especially hubby yang banyak lah membantu bab-bab memanjat dan mengemas-ngemas. Hehe... i was really busy with Adam here and there tak sempat nak mengemas. Oppss bolehkah alasan sebegitu?


Ok dah habis dah demam birthday party Adam. Terima kasih pada semua yang sudi datang dan yang bawa hadiah atau tak bawa pun takpa. All i need is a great party, ramai kids yang lari-lari dengan belon and orang dewasa apa kurangnya curi juga belon gas buat main. Ishk2....



Many-many thanks. Ok....jom plan 2nd birthday party pula sekarang.. Errkkkkkk *lempang muka sendiri*

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...