CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 20, 2014

Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2015

Assalamualaikum

Maaf terlewat memberi khabar biasiswa ini walau dah agak lama tahu ia telah dibuka.

Sesiapa yang berminat dalam sektor awam-pendidikan, dan belum ada Masters atau PhD, boleh lah mencuba biasiswa ini.

Ya, aku salah seorang ex-pemegang biasiswa ini selama setahun setengah bermula Sept 2011 hingga May 2013.

Kelebihan pemagang biasiswa?
1. Yuran dibayar 100% oleh UiTM
2. Tutor elaun setiap bulan (standard gaji penjawat awam dalam gred41)
3. Elaun sara hidup dari Kementerian Penganjian Tinggi setiap bulan
4. Apa saja jenis bayaran yg dikenakan pihak universiti hatta yuran konvo juga akan diselesaikan oleh KPT atau UiTM (aku lupa siapa bayar).
5. Duit buku dan perkakas belajar

dan banyak lagi kemudahan lain. Cuma, macam biasa, aku malas ulang 40 juta kali, INI BUKAN BATU LONCATAN MENDAPAT MASTERS / PHD SECARA PERCUMA!

Aku dapat berita-berita kurang enak bila pemegang biasiswa ramai yang dah tamat belajar tapi refused berkhidmat dengan UiTM. Sebab gaji kerajaan ni "chicken feed". Sikit. Kalau kerja dengan private sector ada masters / phd gaji sedap dari kerja kerajaan.

Kalau adalah pemegang biasiswa yang masih tidak melapor diri dan tergamak pergi kerja tempat lain dan berniat lari dari perjanjian dengan UiTM, lepas tu kau baca pula entry ini, atau sanak saudara kau baca pulak entry ini, dengan selamba badak sumbu nya aku nak gelarkan kau BANGSA MANUSIA TAK KENAL UNTUNG, TAK KENANG BUDI. Semoga haram lah hasil pencarian rezeki kau selama ini.

Hah, marah kan aku ni. Iyelah, masa aku dulu tak sempat siang aku dah nak melapor diri sangat-sangat dah sebab aku tau ada tanggungjawab yg aku dah janji nak tunaikan. Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Dah kalau kau manusia pun bukan sebab mungkir janji, lembu pun bukan, apa spesis kau ni?

Adik-adik yang nak apply biasiswa ni tolong faham yang biasiswa ini bersyarat, iaitu perlu berkhidmat bersama UiTM selama 7 tahun minimum atau gantirugi RM100,000.00 kepada UiTM dalam masa 7 hari. Dah kalau korang mampu sangat bayar RM100,000.00 kenapa bangang sangat minta biasiswa kan? kan?

Tepuk dada tanya selera.

Dulu aku share pengalaman aku masa temuduga TPM tahun 2010. Klik sini.

Aku, paling suka pendidik. Dan paling suka orang suka berkongsi ilmu. Itu, aku kira sebagai falsafah aku atau pegangan aku. Aku respect orang yang suka kongsi ilmu dan menuntut ilmu, tak bermakna kau mesti dlm bidang pendidikan, mana saja kau berada, kau ada niat berkongsi ilmu, walau siapa pun kau, aku respect.

Klik sini untuk terus ke application link etpm 2015. Hanya boelh dibuka melalui Internet Explorer 5.0 ke atas sahaja.


Akan keluar website sebegini rupa

Semoga sesiapa yang apply akan berjaya. Amin.


My proud moment selepas tamat MBA International Business tahun 2013


6 ideas:

Afiffuddin

Banyak ya kelebihan tpm uitm ni. Saya setuju, kepada penerima biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM, silalah ikut seperti perjanjian iaitu berkhidmat dgn UiTM, mula2 pohon nak bantuan, lepas dapat bantuan lari pula, memang layak digelar sebagai TIDAK MENGENANG BUDI.

Cik Najwa

Salam. Maaf la ini entry lama tapi saya baru terlinta suntuk buat carian pasal skim ni.

Saudari ada mengambil peperiksaan ielts tak sebelum apply skim ni ?

Anonymous

Salam, saya nak tahu apa nasib pemegang biasiswa ni selepas tamatkan pengajian? Kalau x salah saya dasar lantikan terbaru JPBSM ialah DM 45 Pensyarah Sementara. Boleh kongsi jadual gaji dan elaun? How about workload?

aaron

hi! saya ada terbaca drpd blog lain, kalau kita bidang lain, tak boleh mohon tpm bidang lain. betul ke? jadi kalau saya degree TESL, nak mohon tpm masscomm, tak boleh ke?

Aini Qamariah

sorry lambat reply.

Affifuddin : Betul!

Cik Najwa : wajib mengambil IELTS

Anon : Maaf saya kira pertanyaan ini terlalu sensitif kerana kakitangan kerajaan tertakluk dibawah akta kerahsiaan dimana jadual gaji, workload dan sebagainya tidak boleh sewenangnya diwar-warkan kepada umum.

Aaron: Saya tak dapat jawab soalan ini dengan baik. kemungkinan besar tidak boleh jika melalui TPM. Jika tidak memohon biasiswa dan mahu buat masters atas pembiayaan sendiri ianya boleh.

norfadillaj.blogspot.com

BESTNYE SIS..INSYAALLAH KLAU ADE PENGAMBILAN UTK NEX YEAR NAK AMBIK... MMG DAH LME SGT NAK KJE AS PENDIDIK...MMG MNAT SGT.. TP APE BLH BUAT..HAJAT TAK TERCAPAI LG...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...