CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

August 25, 2011

Ibu Bapa adalah istimewa dalam apa jua keadaan pun!


Saya tengok dalam Blog Serius. Tiba-tiba rasa nak share pula. Cuci hati sikit lepas buka puasa ni :)

August 22, 2011

Tolonglah, ini bulan Ramadhan tau!

Hari ini saya nak berleter macam mak nenek. Saya dah kurang sabar dengan sikap segelintir manusia yang sangat kurang adab sopan terutama di bulan mulia ini. Kita sekarang melalui satu ibadah yang di tuntut. Sama ada kita suka atau tidak, kalau dilahirkan sebagai anak orang Islam, maka secara automatic kita mesti menunaikan ibadah ini.

Saya bukan lah seorang yang sangat-sangat alim. Bukan juga seorang yang bertudung litup. Bukan juga seorang yang bercakap sopan 24jam. Saya sangat terbuka. Dari cara berfikir dan bertindak, saya tidak ortodoks!

Namun disebalik semua itu, saya yakin, anda semua setuju dengan saya bila kita tiba untuk bercakap perihal menghormati agama kita sendiri. Biar semoden mana anda, biar sesosial mana kita, bila sampai masa kita perlu mengalah kepada apa yang kita dituntut, maka, MENGALAHLAH! Sebelum anda di label BEBAL!

Ya! Saya sedang berleter *mana tak berleter weh! Aku meluat kot*

Mula-mula saya nak bercerita tentang pakaian. Tolong lah! Ini Ramadhan tau. Bulan yang semua umat Islam tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab segala kebaikan akan dibalas berlipat ganda dalam bulan ni. Jadi, kalau taknak buat baik sekalipun, tolong lah BANTU orang lain buat baik. Saya tak minta anda, terutamanya wanita, tiba-tiba nak pakai tudung, tiba-tiba nak jubah, tiba-tiba nak purdah..segala nak tia-tiba kau kan? Tapi memadai lah sekiranya anda berpakaian sopan.

Nak pakai tudung ke taknak itu masalah anda. Bukan orang lain. Saya pun tak pakai tudung, Tapi sekurang-kurangnya, saya tak pakai pulak mini skirt ke bazaar Ramadhan. Iyelah, bazaar Ramadhan kau pergi dekat tempat high class. Orang kaya-kaya punya bazaar, tapi perlukah kau pakai mini skirt? *aku rasa nak memaki sekarang*

Ada pula ke bazaar Ramadhan pakai dress kerja. Ketat, singkat, stoking hitam dah mcm pramugari Air Asia dah aku tengok kau. Perlukah? Ada sekali saya iftar di Seoul Garden, One Utama. Ada 1 minah *terpaksa panggil minah, kalau kau reti adab sopan mungkin aku panggil kau perempuan*, ni dia pakai dress panjang. Labuh sampai kaki. Bagus dah tu. Bagus. Menutup segala kaki bagai. Alhamdulillah. Dia pula pakai cardigan, bagus lah tu, sebab kalau dress tu sleeveless bagus lah bercardigan bagai, tutup sikit lengan dan bahu. Saya beratur belakang dia masa nak ambil makanan.

Sedar-sedar dia ambil makanan terus duduk. Saya masih lagi "browsing" makanan yang ada. Masih lagi ambil segala siput, ketam,udang,kambing,lembu,ayam….ooopss tercerita bab makan pulak. Haha kemudian saya berlalu. Minah tadi duduk mengadap org beratur nak amik makanan. Depan dia ada lelaki pula. Saya tak rasa adik beradik atau sanak saudara. Saya rasa kawan sepejabat atau buah hati mungkin. Saya yg lalu depan minah tadi terus terbeliak biji mata. Kenapa? Muka cantik. Perempuan melayu terakhir, rambut panjang mengurai, cantik betul. Baju dah labuh dah. Lengan dah tutup dah….semua tiptop…tapi…pandang dari depan mcm gambar di bawah :

gambar ihsan google. aku tak besarkan, terbeliak mata korang bulan puasa ni.

Oh apekah? Tak payah malu-malu nak tulis, alang-alang saya dah nak berleter ni, biar cakap terus sahaja lah. Buah Dada tu cik kak! Kenapa mcm nak terkeluar dari baju? Why must you unbutton your cardigan? Saja-saja kah? Terus dahai saya berkerut. Such an ignorant! Time bulan puasa macam ni, susah sangatkah nak butang cardigan tu? Kenapa mesti sexy bulan puasa. Bulan tak puasa kau nak jadi apa kau jadi lah. Tapi bulan Ramadhan ni, tolong lah sensitive sikit. Haih! Orang lain nak makan, nak buka puasa. Semua yg beratur nak ambil makanan memang tertumpu kat dada kau sahaja. Tak malukah?

Itu baru bab pakaian. Sekarang nak cerita bab puasa itself. Dua kejadian. Kejadian pertama. Saya baru habis exam IELTS di IDP Subang kira-kira pukul 12 tengahhari. Memang kawasan IDP itu tempat foreigner. Student oversea duduk area situ. Merayap kat situ segala lah. Ok lah. Kata lah saya emosional sebab saya baru habis exam dan saya tak confident saya dapat cemerlang exam tadi menyebabkan mood saya sangat lah swing. Tapi ada 3 ekor mambang tanah ni menambah rasa menyampah dah emosi aku terus fluctuate!

Saya tunggu Hubb untuk ambil saya. Puasa-puasa ni saya letih sikit lah. Jadi saya duduk di Subway bahagian smoking area di luar. Betul-betul depan pintu masuk. Sambil tunggu saya nampak segala mat saleh lah, negro lah, Korean lah keluar masuk Subwat beli makanan. Ada yang dine in ada yang tak away. Bau Subway tu memang menusuk kalbu. Tapi walau iman ni nipis, saya gagahkan untuk tidak pergi beratur beli sandwich!

Tiba-tiba, masuk satu mamat ni, terus sahaja tolak pintu Subway dan masuk ke dalam. Saya tak syak apa-apa walau sepatutnya saya dah syak sesuatu. 10 saat kemudian, masuk pula 1 pasangan yang tak tahu malu. Minahnya berdress bagai, pendek sampai paha, jarang pula. Mamatnya berseluar pendek ala-ala hip hop, berkaca mata hitam, bertopi bagai. Mereka masuk terus tanpa memandang saya yang ada betul-betul depan pintu. Mata saya menyorot langkah mereka. Oh? Ke kaunter sudah!! Saya dah berkerut. Aik, order pula? Dalam hati terdetik mungkin perempuan itu uzur tidak puasa. Yang mamat tu pula temankan sahaja.

10 minit kemudian saya pandang kaunter dah tak ada dah. Aik, keluar ikut pintu belakang kah? Saya cari dalam Subway, pandang-pandang, tiba-tiba…waaaaaaaaahhh!!! Enaknya hidup kau bertiga! Makan sandwich! Minum segala… Ya Allah….saya terus bengang. Rasa macam nak pergi maki. Tapi bersyukurlah bulan puasa kekuatan tu tak berapa nak ada. Tapi dalam hati saya masa tu memang tak putus-putus marahkan mereka bertiga. KENAPA KAU TAK PUASA HAH?????!! Uzur kah lelaki tu? Sihat saja saya tengok. Well, kalau kau boleh berjalan dari kereta ke Subway, beratur pula beli sandwich, kira kau uzur ke bro? Perempuan tu pula, kau ni tak malu kah? Tak ada sensitivity? Kalau yak au uzur, kenapa makan di tempat awam? Arghhhh!!

Geram? Tunggu cerita terbaru pula. Semalam saya iftar dengan rakan sekolah di Midvaley. Tiba saja di Midvaley, kami 1 family parking di P1. Kemudian kami kena lah naik escalator untuk ke G. Dekat P1 tu ada kedai-kedai. Tiba-tiba saya nampak ada 1 minah dan mamat ni, pasangan bercinta gamaknya, pegang tangan. Takpe lah, bercinta kan. Boleh saja. Tapi sebelah tangan minah ni pula pegang air dalam cup! Lepas tu dia sedut pula. Sambil jalan kau minum air kak? Kau tak puasa? Kalau iya pun kau tak puasa, perlu kah kau minum air dengan tak tahu malunya depan orang? Ini Midvaley cik kak. Orang datang nak shopping raya. Majority yang datang melayu. Kau minum air depan orang? Tengah-tengah org awam? Kau ni mabuk kah? Atau kau tak siuman?

Haih, geram aku sebenarnya. Macam ni sajalah. Kalau lah perempuan tak mahu puasa atau tak boleh puasa, beradab lah. Jangan biadab sangat. Makan ditengah awam. Ini Malaysia. Agama rasmi : ISLAM. Kau muka melayu habis. Takde mix2 ke apa benda, tak payah berlagak muka kau kafir habis orang tak noticed kau melayu Islam. Boyfriend kau lagilah, muka memang melayu habis takda pula inda ke cina ke mix ke, boleh pula kau minum depan orang macam tu. Yang dekat Subway tu lagi lah. Mentang-mentang kau makan dalam Subway sebelah menyebelah dengan orang kafir, kau pun nak jadi kafir ke?

Sedangkan saya masa pergi exam that day, pengawas peperiksaan semua cina, dan dia bagi taklimat beritahu semua pengawas yang lain yang candidate boleh bawa air minuman, Cuma jika candidate beragama Islam, mungkin meraka tidak bawa kerana berpuasa. Kau tengok! Orang bukan Islam pun tahu orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Kau Islam? Kenapa kau tak hormat orang berpuasa weh?

Sudahlah. Cukup berleter sampai di sini. Yelah, orang mungkin nak cakap "alah Aini, kau pun bukan bagus, tak perlu nak tegur orang lebih-lebih" tapi saya nak beritahu dulu. Memang saya jahi juga agama tapi sekurang-kurangnya, saya masih ada kesedaran bahawa saya dituntut berpuasa dan menjalankan ibadah ini dengan sesempurna yang boleh. Juga saya perlu membantu orang lain berpuasa sesempurna yang mungkin.

Ramadhan datang setahun sekali. Entah kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun seterusnya atau tidak.

Sama-sama kita cuba jadikan bulan penuh berkat ini bermanfaat! Tolong lah! Ini Bulan Ramadhan tau…

August 19, 2011

Friday Thoughts #2 : Dunia itu ditangan, bukan dihati


Tatkala suatu ketika, seorang raja yang agung memanggil seorang ulama' bagi mengadapnya.

"Wahai orang alim, bisakah kamu memberi satu nasihat kepadaku yang pasti akan terkesan di hatiku ini?" Kata Raja tersebut.

Maka balasnya:
"Aku tidak bisa membuatkan hatimu terkesan dengan kata-kataku melainkan dirimu sendiri yang membuka pintu hatimu. Wahai Tuanku, berapa banyakkah harta-harta Tuanku?" 

"Harta-harta ku ibarat titisan hujan di negeri ini banyaknya, walaupun dimana engkau berada, di situ terdapatnya hartaku. Tidak terbilang banyaknya."Jawab Sang Raja.

"Wahai Tuanku, andaikanlah suatu ketika Tuanku sesat di tengah padang pasir yang sangat panas bahangnya, yang pasti tiada satu pun pohon yang dapat Tuanku jadikan tempat teduhan.Tuanku berjalan mencari jalan keluar. Namun Tuanku hilang arah tuju. Tidak tahu lagi dimana untuk menapakkan kaki Tuanku lagi.Dan tatkala itu, Tuanku berasa tersangat keletihan. Kehausan membuatkan Tuanku terasa untuk menjadikan sekalian laut sebagai minuman. Seakan nyawa berada di hujun badan. Namun Tuanku tidak punya apa-apa. Lalu seorang lelaki datang kepada Tuanku. Di sebelah tangan kanannya ada botol yg berisi air.
Dan Dia berkata pada Tuanku:
" Jika kamu ingin air ini, sudikah kamu untuk menukarkan ia dengan setengah dari hartamu?"
Jadi apa jawab Tuanku?"

Raja itu terus bersuara:
" Sememangnya beta terpaksa menerimanya, sekiranya itu adalah jalan terakhir bagi beta selain mati begitu sahaja."

Lalu dibalas kembali oleh ulama' tersebut.
"Alhamdulillah, Tuanku bisa menilainya dengan baik. Saya yakin yang Tuanku pasti meminumnya. Tapi bayangkanlah pula wahai Tuanku, tatkala habis air itu tuanku minum, lalu Tuanku berasa ingin membuang air kecil pula.Namun malangnya. Tuanku tidak boleh berbuat sedemikian. Walaupun dicuba sedayanya, Tuanku tidak juga berjaya. Sememangnya akan rasa keperitan yang teramat sangat tatkala itu. Keperitan yang cukup membuatkan diri Tuanku terasa derita.Lalu datang pula lelaki yang lain. Dibawanya pula sebotol ubat. Lalu dia berkata kepada Tuanku: Wahai Tuanku, ubat ini bisa menyembuhkan penyakit itu. Namun sudikah tuanku menukarnya dengan sekalian harta tuanku?" Apakah jawab Tuanku pula kali ini?, Ulama' itu menyoalnya.

Lalu dijawabnya:
" Sekiranya itu jalan terakhir, dan jika tersangat perit Beta menahannya, maka Beta sanggup."

Ulama' itu tersenyum lalu berkata:
"Tahniah Tuanku, tuanku bisa berfikir dengan baik sekali lagi. Namun Tuanku kini sudah tidak punya apa-apa. Jadi Tuanku renung-renungkanlah. Harta kekayaan itu sebenarnya tidak memberi jaminan bahawa kita akan tetap kaya. Apatah lagi bahagia. Allah itu bisa menjadikan kita miskin walaupun bergunung emas dihadapan kita.
Kerana sekiranya suatu ketika, Keperluan lain datang secara tiba-tiba, dan tatkala Allah mengurangkan sedikit nikmat yang ada pada dirimu, Yang denganya jasadmu akan terseksa. Pasti sekalian harta kamu sanggup menjadi tukarannya. Namun bagaimana sekiranya Tuanku tidak dapat mendapatkan nikmat itu kembali?
Ketika itu, Pasti kita akan merasa. Bahawa orang miskin yang makanannya hanya sehari sesuap sahaja ternyata lebih kaya berbanding kita. Orang yang tinggal di pondok buruk lebih bahagia hatinya. Orang yang tidur beralaskan tikar buruk, lebih nyenyak tidurnya.
Jadi apakah hakikat sebenar harta dunia?"

Marilah bersama mengenal erti qanaah sejenak.

Qanaah ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti.Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan". (Bukhari)

P/s: Semoga entry ini dapat sedikit sebanyak memberitahu kita tentang tujuan kita hidup didunia ini. Saya ambil entry Friday Thoughts hari ini dari iluvislam.com, penulisan Anuar Azemi.

August 17, 2011

Wordless Wednesday #3

Today,Speaking Test at 11am, IDP Subang Jaya.
Good luck :)

August 12, 2011

Friday Thoughts #1 : Pencil and Eraser



Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry because you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.
:)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes.
Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents and children out there....

p/s:Was taken from email sent by my colleague this morning - Selamat Hari Jumaat. Lepas ni every Wednesday akan buat Wordless Wednesday, dan every Friday akan buat entry Friday Thoughts, kasi cuci sikit jiwa raga.. hehe thanks for reading!

August 11, 2011

Pertama kali Adam Qaiser demam

bila demam nak dukung kat Mummy aje

Adam demam selame 4 hari dengan suhu meningkat setiap hari. Mula-mula 37.5C then 38.7C then last was 39.8C..memang panic gila. 1st time jadi parent memang macam nil ah. Angkat-angkat dari buai, pegang kepala Adam macam pegang air panas. Sebab dia berpeluh-peluh, then kepala panas gila pulak. Panic!

Hari ke 4 lepas tu di satu subuh yg hening betul-betul lepas azan, saja-saja angkat Adam dari buai. Terus panic gila bila rasa panasnya kepala dia. Sebab kepala dia panas dan tangan saya sejuk agaknya, dia terus terjaga dan menangis sekuat hati.

Memang sepanjang demam, Adam Qaiser tak menangis masa 1st day demam saja. Masuk je malam nak ke esoknya tu, menangis sekuat hati. Sekuat-kuat hati. Macam kena pukul. Macam kena dera. Haih! Buat la apa pun, takkan mendatangkan kesan. Penat lah Daddy jadi beruang kutub, Mummy jadi Princess (oh kenape daddy beruang, tapi mummy nak princess? Hahaha), Tok Ayah jadi kambing, Wan Ma jadi kucing, tak lupa jugak kakak Ariana jadi siput Tuile (baby TV), TETAP MENANGIS.

Adam Qaiser hanya diam kalau tidur saja. Mummy dah rasa mcm nak tukar nama Adam Qaiser jadi Ahmad Albab…….. (T-T)

Hari ke 4 lepas menangis subuh-subuh tu jugak terus bawa ke hospital. Merasa lah masuk ICU jap. Amik darah. Masa amik darah tu, jarum cucuk kat tangan memang bergegar satu hospital dengan suara Adam. Mummy tgk daddy pandang tempat lain bila Adam kena cucuk. Mummy pun tak sanggup tengok tangan comel anak Mummy kena cucuk jarum L tapi Mummy tengok jugak takut nurse t salah cucuk ke apa-apa ke.

Alhamdulillah, lepas cek darah tengok tak ada apa-apa masalah pun. Tak ada denggi, tak ada H1N1 tak ada semuanya. Ok. Cuma memang nak demam kot. Itu yang doctor cakap. Cehs. Hari ke 5, Adam kena cirit birit pulak. Dan hari ke 6…..YESSSSSSSSSS Demam campak! Baru 5 bulan dah kena demam campak.

Apa saya buat bila baby kena macam ni, based on banyak suggestion dari orang yang lebih berpengalaman :

  1. Lap badan baby dengan air asam jawa untuk kurang kan panas (panas yang melampau boleh buat baby kena sawan tarik)
  2. Letak cool fever dekat dahi dia 24jam.
  3. Mandikan dia hari-hari tapi dengan air paip biasa, bukan air suam.
  4. Pastikan dia tidur tidak dengan air-cond. Doctor kata, badan baby panas, kena air-cond akan menyebabkan demam tak hilang dan paling teruk adalam sawan.
  5. Tak perlu bedung baby macam selalu (Adam memang tidur berbedung).
  6. Kena demam campak, saya kasi minum air kelapa dan mandikan dia dengan air kelapa..(untung laaa, mummy buat minum, adam buat mandi?? Wahh!!)
  7. Kasi ubat ikut masa. Sebab mcm Adam, kena bg every 6 hours. Kalau saya terlambat, saya tengok badan dia cepat panas balik.
Ok itu saja buat masa ni ye.

Tata!

*perut lapar, gagal berfikir!*

August 10, 2011

Wordless Wednesday #2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...