Saya bukan lah seorang yang sangat-sangat alim. Bukan juga seorang yang bertudung litup. Bukan juga seorang yang bercakap sopan 24jam. Saya sangat terbuka. Dari cara berfikir dan bertindak, saya tidak ortodoks!
Namun disebalik semua itu, saya yakin, anda semua setuju dengan saya bila kita tiba untuk bercakap perihal menghormati agama kita sendiri. Biar semoden mana anda, biar sesosial mana kita, bila sampai masa kita perlu mengalah kepada apa yang kita dituntut, maka, MENGALAHLAH! Sebelum anda di label BEBAL!
Ya! Saya sedang berleter *mana tak berleter weh! Aku meluat kot*
Mula-mula saya nak bercerita tentang pakaian. Tolong lah! Ini Ramadhan tau. Bulan yang semua umat Islam tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab segala kebaikan akan dibalas berlipat ganda dalam bulan ni. Jadi, kalau taknak buat baik sekalipun, tolong lah BANTU orang lain buat baik. Saya tak minta anda, terutamanya wanita, tiba-tiba nak pakai tudung, tiba-tiba nak jubah, tiba-tiba nak purdah..segala nak tia-tiba kau kan? Tapi memadai lah sekiranya anda berpakaian sopan.
Nak pakai tudung ke taknak itu masalah anda. Bukan orang lain. Saya pun tak pakai tudung, Tapi sekurang-kurangnya, saya tak pakai pulak mini skirt ke bazaar Ramadhan. Iyelah, bazaar Ramadhan kau pergi dekat tempat high class. Orang kaya-kaya punya bazaar, tapi perlukah kau pakai mini skirt? *aku rasa nak memaki sekarang*
Ada pula ke bazaar Ramadhan pakai dress kerja. Ketat, singkat, stoking hitam dah mcm pramugari Air Asia dah aku tengok kau. Perlukah? Ada sekali saya iftar di Seoul Garden, One Utama. Ada 1 minah *terpaksa panggil minah, kalau kau reti adab sopan mungkin aku panggil kau perempuan*, ni dia pakai dress panjang. Labuh sampai kaki. Bagus dah tu. Bagus. Menutup segala kaki bagai. Alhamdulillah. Dia pula pakai cardigan, bagus lah tu, sebab kalau dress tu sleeveless bagus lah bercardigan bagai, tutup sikit lengan dan bahu. Saya beratur belakang dia masa nak ambil makanan.
Sedar-sedar dia ambil makanan terus duduk. Saya masih lagi "browsing" makanan yang ada. Masih lagi ambil segala siput, ketam,udang,kambing,lembu,ayam….ooopss tercerita bab makan pulak. Haha kemudian saya berlalu. Minah tadi duduk mengadap org beratur nak amik makanan. Depan dia ada lelaki pula. Saya tak rasa adik beradik atau sanak saudara. Saya rasa kawan sepejabat atau buah hati mungkin. Saya yg lalu depan minah tadi terus terbeliak biji mata. Kenapa? Muka cantik. Perempuan melayu terakhir, rambut panjang mengurai, cantik betul. Baju dah labuh dah. Lengan dah tutup dah….semua tiptop…tapi…pandang dari depan mcm gambar di bawah :
gambar ihsan google. aku tak besarkan, terbeliak mata korang bulan puasa ni. |
Oh apekah? Tak payah malu-malu nak tulis, alang-alang saya dah nak berleter ni, biar cakap terus sahaja lah. Buah Dada tu cik kak! Kenapa mcm nak terkeluar dari baju? Why must you unbutton your cardigan? Saja-saja kah? Terus dahai saya berkerut. Such an ignorant! Time bulan puasa macam ni, susah sangatkah nak butang cardigan tu? Kenapa mesti sexy bulan puasa. Bulan tak puasa kau nak jadi apa kau jadi lah. Tapi bulan Ramadhan ni, tolong lah sensitive sikit. Haih! Orang lain nak makan, nak buka puasa. Semua yg beratur nak ambil makanan memang tertumpu kat dada kau sahaja. Tak malukah?
Itu baru bab pakaian. Sekarang nak cerita bab puasa itself. Dua kejadian. Kejadian pertama. Saya baru habis exam IELTS di IDP Subang kira-kira pukul 12 tengahhari. Memang kawasan IDP itu tempat foreigner. Student oversea duduk area situ. Merayap kat situ segala lah. Ok lah. Kata lah saya emosional sebab saya baru habis exam dan saya tak confident saya dapat cemerlang exam tadi menyebabkan mood saya sangat lah swing. Tapi ada 3 ekor mambang tanah ni menambah rasa menyampah dah emosi aku terus fluctuate!
Saya tunggu Hubb untuk ambil saya. Puasa-puasa ni saya letih sikit lah. Jadi saya duduk di Subway bahagian smoking area di luar. Betul-betul depan pintu masuk. Sambil tunggu saya nampak segala mat saleh lah, negro lah, Korean lah keluar masuk Subwat beli makanan. Ada yang dine in ada yang tak away. Bau Subway tu memang menusuk kalbu. Tapi walau iman ni nipis, saya gagahkan untuk tidak pergi beratur beli sandwich!
Tiba-tiba, masuk satu mamat ni, terus sahaja tolak pintu Subway dan masuk ke dalam. Saya tak syak apa-apa walau sepatutnya saya dah syak sesuatu. 10 saat kemudian, masuk pula 1 pasangan yang tak tahu malu. Minahnya berdress bagai, pendek sampai paha, jarang pula. Mamatnya berseluar pendek ala-ala hip hop, berkaca mata hitam, bertopi bagai. Mereka masuk terus tanpa memandang saya yang ada betul-betul depan pintu. Mata saya menyorot langkah mereka. Oh? Ke kaunter sudah!! Saya dah berkerut. Aik, order pula? Dalam hati terdetik mungkin perempuan itu uzur tidak puasa. Yang mamat tu pula temankan sahaja.
10 minit kemudian saya pandang kaunter dah tak ada dah. Aik, keluar ikut pintu belakang kah? Saya cari dalam Subway, pandang-pandang, tiba-tiba…waaaaaaaaahhh!!! Enaknya hidup kau bertiga! Makan sandwich! Minum segala… Ya Allah….saya terus bengang. Rasa macam nak pergi maki. Tapi bersyukurlah bulan puasa kekuatan tu tak berapa nak ada. Tapi dalam hati saya masa tu memang tak putus-putus marahkan mereka bertiga. KENAPA KAU TAK PUASA HAH?????!! Uzur kah lelaki tu? Sihat saja saya tengok. Well, kalau kau boleh berjalan dari kereta ke Subway, beratur pula beli sandwich, kira kau uzur ke bro? Perempuan tu pula, kau ni tak malu kah? Tak ada sensitivity? Kalau yak au uzur, kenapa makan di tempat awam? Arghhhh!!
Geram? Tunggu cerita terbaru pula. Semalam saya iftar dengan rakan sekolah di Midvaley. Tiba saja di Midvaley, kami 1 family parking di P1. Kemudian kami kena lah naik escalator untuk ke G. Dekat P1 tu ada kedai-kedai. Tiba-tiba saya nampak ada 1 minah dan mamat ni, pasangan bercinta gamaknya, pegang tangan. Takpe lah, bercinta kan. Boleh saja. Tapi sebelah tangan minah ni pula pegang air dalam cup! Lepas tu dia sedut pula. Sambil jalan kau minum air kak? Kau tak puasa? Kalau iya pun kau tak puasa, perlu kah kau minum air dengan tak tahu malunya depan orang? Ini Midvaley cik kak. Orang datang nak shopping raya. Majority yang datang melayu. Kau minum air depan orang? Tengah-tengah org awam? Kau ni mabuk kah? Atau kau tak siuman?
Haih, geram aku sebenarnya. Macam ni sajalah. Kalau lah perempuan tak mahu puasa atau tak boleh puasa, beradab lah. Jangan biadab sangat. Makan ditengah awam. Ini Malaysia. Agama rasmi : ISLAM. Kau muka melayu habis. Takde mix2 ke apa benda, tak payah berlagak muka kau kafir habis orang tak noticed kau melayu Islam. Boyfriend kau lagilah, muka memang melayu habis takda pula inda ke cina ke mix ke, boleh pula kau minum depan orang macam tu. Yang dekat Subway tu lagi lah. Mentang-mentang kau makan dalam Subway sebelah menyebelah dengan orang kafir, kau pun nak jadi kafir ke?
Sedangkan saya masa pergi exam that day, pengawas peperiksaan semua cina, dan dia bagi taklimat beritahu semua pengawas yang lain yang candidate boleh bawa air minuman, Cuma jika candidate beragama Islam, mungkin meraka tidak bawa kerana berpuasa. Kau tengok! Orang bukan Islam pun tahu orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Kau Islam? Kenapa kau tak hormat orang berpuasa weh?
Sudahlah. Cukup berleter sampai di sini. Yelah, orang mungkin nak cakap "alah Aini, kau pun bukan bagus, tak perlu nak tegur orang lebih-lebih" tapi saya nak beritahu dulu. Memang saya jahi juga agama tapi sekurang-kurangnya, saya masih ada kesedaran bahawa saya dituntut berpuasa dan menjalankan ibadah ini dengan sesempurna yang boleh. Juga saya perlu membantu orang lain berpuasa sesempurna yang mungkin.
Ramadhan datang setahun sekali. Entah kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun seterusnya atau tidak.
Sama-sama kita cuba jadikan bulan penuh berkat ini bermanfaat! Tolong lah! Ini Bulan Ramadhan tau…
3 ideas:
ceh sungguh xtau malu mereka itu. semoga dorg dpt hidayah satu hari nnt. sm2 kite doakan. amin.
betul betul. i setuju. bulan puasa pun i tak pakai skirt pendek ke ofis. Hari2 baju kurung and skirt labuh. Hari tuh pun ibu i cerita dia naik LRT, sekali selamber je ada sorang minah ni muka Melayu habis, makan cake kat sebelah dia... Ibu i tanya lah kawan kepada Minah tu (pakai tudung) "Eh dia orang Islam ke bukan? Kenapa dia makan?" Kawan Minah tu tak jawab. Macam serba salah. Kot ye pun uzur kan, agak2 la... Ini tempat awam kot.... Huhu..
Ajun: haha baik hati ko...yela semoga dapat hidayah! setiap tahun buat mcm tu memang nak kena!
Yanie: oh lamanya tak dengar cerita Yanie! Tula, lagi2 makan dalam LRT, sure LRT penuh orang kot! Tak tahu malu. Kot ye pun uzur, makan lah tempat orang tak nampak kan?
Post a Comment