CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 16, 2011

1.11.11 Hari Lahir ke 27

Biasalah update bila dah terbabas lama. Patut update on 1.11.11 tapi hari ini dah 16.11.11 baru nak update. Birthday ke 27 tahun ini adalah antara birthday paling bermakna dalam hidup. Bukan sebab dapat hadiah atau ada celebration, segalanya sederhana, Cuma inilah pertama kali dalam hidup menyambut hari lahir sebagai seorang IBU.

 
Dapat pula celebrate with my lovely son, ADAM QAISER and juga beloved hub, AZUAN MD ALI. Masa pukul 12 tengah malam, hub dah wish dulu before dia tidur, birthday kisses and hugs, dan dia pun lelap. At the beginning of the day, macam biasalah ramai wish di Facebook dan saya sangat-sangat berterima kasih sebab tak sangka pula ada rakan-rakan yang saya tak jangka mereka akan wish birthday saya. Yang lain-lain terutama dalam senarai WAJIB wish memang telah wish. Thanks to all. Ye, saya akan cuba untuk jadi yang lebih baik meniti usia ke 28 tahun ini, insyaallah.

 
Tapi 1.11.2011 tahun ni tak lah seronok sangat menyambutnya sebab saya ada 2 exams pada minggu itu. Salah satu dari exam itu jatuh pada........................... 1.11.2011. TAHNIAH! Mood birthday bercampur-campur dengan mood exam jadinya saya memang tiada mood sangat. Biasa-biasa saja. Tak macam dulu, masa kerja di IBIL, bila birthday, datang saja office akan ada kad atas meja, penuh tanda tangan 1 office, wish selamat hari lahir. Kalau bernasib baik, ada hadiah juga...weeeeeeeeeee~

 
Tapi kali ini, birthday dekat faculty, dan tiada siapa kenal AINI QAMARIAH difakulti apetah lagi tahu birthday AINI QAMARIAH, jadinya, sila lah menjalani hidup seperti biasa kerana menyedari diri telah jadi kurang penting. Setengah hari berlalu pergi dengan exam, dan saya pulang ke rumah. Sempat pula balik kelas saya singgah rumah schoolmate berdekatan kawasan rumah saya, tengok her newborn baby, Raudhah Dzulkarnain. Comelnya baby dia. Sudahnya saya sampai rumah lambat, hub dah sampai dulu balik dari kerja. See.....biasa saja birthday saya, tiada apa-apa yang istimewa.

 
Bila balik rumah, this really made my day;
first page :)

second page :)

3rd page tidak jumpa lagi apa


oohhhh~ :,)

 
Saya senyum lebar-lebar, airmata ada mahu jatuh tetapi nanti kena gelak dengan Hubb, maka tak jadi menangis. Tetapi sebenarnya memang so touched with the card and what stated in there. I am blessed! Ok jom tengok gambar lagi dan lagi apa jadi after dapat card!
Birthday icecake by Baskin Robbins!

Sedap!

Birthday girl with cute prince Adam and princess Ariana!

 
Ini adalah hadiah birthday kali ini dari Hubb and Adam Qaiser. Thanks darlings! Love-Love-Love
Saya sangat happy :)

 
Apa dalam tu? Handbag dan purse yang sama patern. Sukanya saya sebab purse sudah 3 tahun tak bertukar *punyalah tahan lama purse tu* sebab tak koyak, tak rosak dan masih elok. Jadi saya tak perasan dia tak bertukar sekian lama J Selepas hadiah ini, Hubb pun belikan juga jam tangan untuk saya sebab dia kata saya asyik membebel cakap saya dah lama tak pakai jam. Hehehehe

Ok apa lagi? Oooooo birthday treat? Hubb asked me to choose restaurant mana nak makan. Jadi saya pilih makanan kegemaran saya, Japanese food semestinya. Kami makan di KINSAHI Japanese Restaurant sehari selepas birthday. Syok. Saya order fav food saya, Unagi (belut) set. Hubb sebenarnya orang yang tak makan makanan Jepun. Dia tak suka makanan yang tidak dimasak. Tapi sebab birthday saya dia layankan sajalah.
Kinsahi Restaurant..amboi kerusi tinggi bebeno

maaf. muka memang excited untuk makan fav food.

kasihan, sedang fikir "bala" apa dia nak makan kejap lagi..ish2

Ini En.Azuan punya...semua dimasak sempurna...apelah takut sangat makan benda mentah!

waaaaaaaaaaaaa!! Ini birthday girl punya belut! (Unagi Bento)

Yummy~

Hah, maaf! sedang makan dengan kusyuk! No camera sepatutnya! Habis keayuan aku!

 
Itu saja review untuk birthday ke 27 ini. Agak-agak ape hadiah nak dapat birthday ke 28 nanti ya? Oh???? Hahahaha OVER SANGAT KAU NI!

 
p.s: Terima kasih semua sahabat, rakan sekerja, keluarga dan sesiapa sahaja yang baik atau buruk, yang member impak positif atau negative kepada saya sepanjang 27thn ini. Saya berterima kasih kepada anda semua kerana sudi mewarnai hidup saya sama ada dengan warna terang atau gelap. Terima kasih juga untuk MAMA, ZAMZIDAR OSMAN kerana melahirkan saya ke dunia ini, dan kerana itu saya dapat apa yang saya dapat sekarang, saya gembira sedih dan berduka, tapi ianya sangat berbaloi. Untuk AYAH, MOHD YUSOF MOHD SHAH, thanks for being a wonderful father and grandfather. Love you both.

0 ideas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...