CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 13, 2011

Adam Qaiser at Sime Darby Medical Centre

Sebenarnya Adam Qaiser memang suka demam everytime sampai ulang bulan kelahiran dia. Haha setiap kali hujung bulan especially 28th everymonth, dia akan jadi maca-macam. Demam lah, selsema lah, batuk lah, rashes lah, segalanya lah. Orang kata 'budak nak beralih bulan memang macam tu'.. tapi agak-agaklah kan Adam Qaiser, every month mummy kena bawa awak ke klinik, dah tebal muka mummy dengan doctor tu tau!

So, last month memang menduga hati dan perasaan betul. Sebab Adam kena demam panas. Temp sampai 40c. Gabra jangan cakap lah. Panic segala. At 1st it was just demam biasa. Tapi after 5days demam sekejap elok sekejap panas gila saya dah rasa kurang sedap hati. Then on Tuesday, i was in class and Hubb said temp Adam naik. I told him to bring Adam to Klinik Tan. Di Klang ni Dr.Tan is among the famous paed so memang Adam selalu sangat jumpa dia. Klinik dia di depan Kudrat, near Happy Garden. Bila dah bawa, doctor kata sangat panas, suhu at that time 40c and doctor suruh pergi hospital. But Hubb at that time saya tak ada, jadi dia tak tahu mcm mana nak handle anak dia nak masuk hospital. He text me to inform then bila saya suruh dia hantar ke hospital dia taknak pula. Make it short, doctor suruh datang semula esoknya (Rabu) kalau taknak ke hospital hari itu.

Esoknya saya pagi-pagi dah bangun. Hubb pergi kerja, saya bawa Adam Qaiser ke Klinik Tan untuk check up. Masuk saja bilik doctor, Dr.Tan tak check suhu Adam pun, terus saja cakap "this is bad, you better go to the hospital now". Dia bagi surat dan zassssssssssssssss.....saya terus ke Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. Masuk saja terus jumpa doctor. Dapat Dr.Siti, sangat baik dan lembut. Doc check dan nak check darah. Now, drama begins, Adam Qaiser bab amik darah memang lah macam apa entahlah. Menjerit sampai 1 hospital tu Mummy rasa bergegar mcm gempa bumi. 

Dr.Siti yang cari salur darah nak masukkan jarum, cucuk 1st time, darah tak keluar, cari lagi pembuluh darah lain, cucuk lagi 2nd time pula, darah tetap tak keluar. Kesian anak Mummy, Daddy at that time memang tak tengok anak dia. Dia suruh Mummy yang tengok sebab dia kata dia takut tertampar muka doctor tu. Oh? Apekah? Adoi lah. Mummy panggil nama Adam pun Adam taknak berhenti menangis. Sakit kot masuk jarum tu. Last-last memang tak dapat keluarkan darah dengan cara tu, Dr.Siti suruh pergi lab dan orang kat sana akan amik darah ikut jari Adam pula.
Huhuhu...Mummy....ada dua plaster kat tangan comel saye nih ;,(

Lagi sekali menangis masa ambil darah tu. Pendek kata, hari tu adalah hari penuh tangisan untuk Adam Qaiser. Adam kena masuk wad, tapi malangnya tiada katil kosong. 
Nasib baik ada Mummy yang menghiburkan hati Adam kan? kan? kan?

Nurse suruh balik dulu, dan akan call bila ada katil nanti. Kami pun balik. Masa tu dah pukul 2pm. Sampai rumah lepak-lepak kejap, pukul 6pm nurse call, ada katil kosong, tapi untuk 2 bedded room. Belasah saja lah. Kami ambil saja. Dan nurse letak nama Adam dalam waiting list untuk bilik single. 
sempat tidur seround nak tunggu bili. 2 plaster tangan kiri, 1 plaster kat jari. 3 semuanya ;,(

Kami minta bilik single bukan sebab apa, mula-mula takut lah Adam malam-malam bila demam ni dia akan menangis sekuat hati. Takut neighbour sebelah rasa kurang selesa. And then, di SDMC ni kalau double bedded room, father tak boleh tidur sama, jadi mummy jelah teman Adam masa 1st night tu L. Esoknya Alhamdulillah kami dapat bilik single. Yey~!
Masuk bilik aje sambung tidur. Penat menangis ni tau~

Adam kena nebuliser (oksigen) every 6hours. Dan kena inject dengan antibiotic setiap 24jam. Setiap hari rutin yang sama. Biasa doctor akan masukkan jarum, then masuk air untuk baby, tapi tak jumpa salur darah adam, jadi doc kata bagi injection saja every 24jam. Nasib baik. Bukan apa, Mummy tak sanggup lah tengok budak-budak baya Adam masuk air. Tangan kene lilit-lilit dengan plaster and macam ada papan untuk support tangan baby sentiasa lurus tegak aje so jarum tu tak tercucuk tempat lain. Ermmmmm..not for Adam Qaiser please. Nanti Mummy emosional. Haha

Share pengalaman duduk SDMC ni, saya rasa Alhamdulillah ok. Dr.Siti memang baik dan caring. Nurse pula memang sangat baik. Cara ambil suhu malam-malam masa Adam Qaiser tidur pun sangat berhati-hati untuk tak bangunkan Adam, dan Mummy pun tak sedar juga.Hahahahaha Adam warded dari 12th Oct 2011 hingga 15th Oct 2011. 4hari duduk hospital. Siap bawa buai lagi. Aduhai. 
Relax aje tidur dalam buai kat SDMC, haha

SDMC ni bilik single tidak luas. RM230/night dan kalau double bedded RM180/night. Kalau bilik 4 katil, RM90/night. Extra bed dia bukan really extra bed, just kerusi malas yang ada tilam, it cost RM10/night. Tapi dalam bill tak ada pula include cost extra bed itu. Makanan untuk Adam just bubur yang memang smooth, kadang-kadang ikan, kadang-kadang ayam.
Bubur untuk Adam Qaiser

Syok juga tengok nurse kalau datang check heart beat atau apa-apa, mesti bawa like toys pada stethoscope meraka. Ada gantung bear, ada yang memang bentuk stethoscope itu adalah beruang dan macam-macam lah. Dr. Siti pun datang bawa bell dan macam-macam supaya baby tak nangis masa check. Dr.Siti datang check 2 kali sehari. Sekali pagi sekali lagi malam. Disebabkan Adam tak suke nurse (yang suka nurse hanya Daddy sahaja), so nurse tak perlu buat nebuliser, Mummy dan Daddy yang buat untuk Adam. Itu pun tetap menangis juga. Bagi ubat pun Mummy juga bagi, nurse just letak saja, memang kami request macam tu sebab Adam kalau Nampak nurse atau siapa-siapa yang pakai baju pink(nurse pakai baju pink) dia akan menjerit macam nampak hantu sebab dia fobia 1st day nurse 3 orang pegang kaki tangan dia masa Dr. Siti ambil darah. Apelah Adam nih...
Daddy pegang kuat-kuat..Adam nangis kuat-kuat..

Masa dekat SDMC, Mummy Emy datang, and Cik Nani juga datang tengok Adam. 
penghibur hati pada hari kejadian

Tok Chik pun datang tengok 2 hari and then Atok Ali, Opah and family sebelah Daddy semua datang tengok Adam dalam hospital. Thank you! Ok lupa cakap, our total bill for 3.5days plus the medication, nebuliser,consultation and everything, was RM2k++. The best thing is, Adam under insurans by Prudential. Saya ambil masa dia dalam perut lagi. Memang berbaloi. I'm not an insurance agent, tapi saya memang menasihatkan semua ibu bapa supaya insured anak anda walaupun dengan jumlah yang paling minimum. Berbaloi dan yang penting apa-apa jadi pada baby kita boleh jumpa dan dapatkan rawatan dari pakar.
Bila malam dan terlebih bertenaga, maka mainlah sorang-sorang Mummy nak tidur ye

Semua bill itu ditanggung oleh Prudential, kecuali yang tidak cover adalah macam kalau bilik tu cover sampai RM150, tapi sebab saya ambil single room ada extra RM80/day tu saya bayar sendiri lah. Itu saja. Lain-lain semua Prudential. Masa mula-mula nak masuk kena bayar co-insurance RM300, tapi duit ni dapat balik bila check out kalau semua Prudential bayar. Kami tak dapat balik lah duit tu sebab potong untuk extra charges for single room. Ok, itu saja review untuk hospital kali ini. Alhamdulillah until now Adam tak ada apa-apa dah. Sihat saja. Alhamdulillah.
Everytime nurse atau doctor datang, mesti tegur katil Adam Qaiser lah yang paling banyak mainan, tapi Adam tetap nangis kalau makan ubat.ish3..

Ok guys! Happy Weekend!  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...