CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

September 30, 2012

Littlewhiz Oct 2012 SALE

Assalamualaikum,



For those yang bace entry stroller saya before this, iaitu tentang saya beli stroller Quinny Zapp Xtra Adam Qaiser dengan harga RM900 sahaja, boleh membeli belah di Littlewhiz iaitu tempat saya beli stroller tu sebab sekarang ada meraka buat SALE.



Walaupun taklah semurah hari tu, tapi oklah, RM1199.00. Grab it! Mereka juga ada buat sale untuk barang-barang baby yang lain. Boleh surf their website at www.littlewhiz.com atau terus ke kedai mereka di Setia Alam, ok?

Selamat membeli belah Mommies!!

September 14, 2012

Stroller Adam Quinny Zapp Xtra

Hari ni kembali menjadi Mommy Adam setelah berabad lamanya saya tak tulis berkaitan budak kecil dan nakal itu.

Macam yang anda tahu, dulu saya buat pencarian stroller Adam dalam entry ini, http://ainiqmy.blogspot.com/2011/05/stroller-adam.html dan kemudian saya telah beli Halford Zuzz dengan harga cukup murah.

Setelah guna Halford Zuzz lebih kurang setahun, ada rezeki sedikit saya terasa nak beli stroller baru. Wah! Sangat suka membazir disitu.

Masa dulu ketika saya survey stroller, Quinny Zapp memang out terus dari list atas sebab stroller tu tak boleh recline. Walaupun infant saya boleh attach carrier so baby memang baring al the time, saya terfikir kalau dah setahun? Cemane dia nak tidur dengan selesa?
Quinny Zapp - tak boleh recline.

Faktor keselesaan memang menjadi keutamaan saya. Lebih baik anak selesa, dari saya yang selesa. Kalau dia selesa tidur dalam stroller, tentu-tentu dia tak kacau saya shopping. Hahahaha Ooppss..kantoi disitu.
Quinny Zapp kalau fold - kecik gila. Memang jimat space

So, Quinny Zapp memang bagus sebab dia boleh fold terus. Jadi memang kecik gila. Space dalam bonet kereta jimat gila. Tapi kau gila kah kalau anak aku kena tidur duduk? Oh tidak!

So dah pangkah Quinny Zapp walaupun saya sgt suka bentuk dan penjimatan ruangnya itu. Tahun 2012 keluar pulak benatang Quinny Zapp Xtra. Saje je nak ngabiskan duit makcik. Benci tau. Boleh pula dia recline. Ek eleh! Dah cemane lah saya tak termimpi-mimpi malam dan siang?
Quinny Zapp Xtra with Basket

Tapi bila fold seat tak boleh fold, hanya frame sahaja
Ini details Quinny Zapp Xtra:


Features: 
# Forward and rearward facing seat
# Seat has 3 forward and 2 rearward facing recline positions
# Frame can be used from birth with Maxi-Cosi infact car seats
# Extremely manoeuvrable
# Suspension on (bearing) rear wheels and on (double) front swivel-wheel
# Front swivel wheel can be fixed
# Including sun canopy, raincover, shopping basket (max. 5kg) and adapters for Maxi-Cosi infant car seat
# Approved confirming EN 1888: 2003 and BS7409, 1996

Specifications:# Product Weight: approx. 8.7kg
# Carrying Capacity: up to 15kg
# Appropriate From: birth
# Packaging Weight: 14kg
# Packaging Dimension: 42cm (L) x 29cm (W) x 95cm (H)


Maka saya mula melobi en.suami. Mula-mula lobi, perangai en.suami ni by default, memang 
geleng kepala. By default lah katekan.

Pujuk punya pujuk, last-last suami kata ok. Oh? Bahagianya hidup. Terus lompat bintang. Survey kat mana paling murah. Quinny Zapp Xtra ni RM1400 or RM1500 lah sebiji biasenya. Sama je macam harga Halford Zuzz.

Tapi saya kan pencinta barang sale. Lupa? Akan ku cari dengan harga bapaaaaaaakk murah. Cari punya cari dapat RM1200. Cari lagi dan lagi... last-last terjumpa lah Litlewhiz punya sale. Teka harga. Teka laaaaa...

RM 900. Hahahah iya. RM900! Saya beli RM900 sahaja. jimat hampir RM500. Kedai kat setia city mall jual RM1700. Saya jimat RM700. Iya! Yeeehaaaaaaaaaaaaa..
flat 180..kaki tu boleh adjust..

Adam Qaiser pun boleh sampai... siap letak Ernie dalam tu, dia nak tolak

Maka saya beli lah Quinny Zapp Xtra, merah menyala semerah hati sanubariku kala itu juga semerah mata suamiku membayar dikedai. Nampak tu, i merah hati, laki i merah mata. Ok lah tu.

Jom make comparison. Apa yang best dan tak best tentang Quinny Zapp Xtra:
1. Recline position sampai 180....Very good. Even Halford hanya 140 macam tu saje.
2. Jimat ruang cuma seat tak boleh fold, tapi seat dia tak tebal. so tak makan ruang dalam boot kereta.
3. Material dia agak kasar compared to Halford Zuzz tapi.
4. Halford Zuzz kalau korang tolak, dia move very smooth dan tak bergegar macam melelong-lelong. Tapi Quinny Zapp Xtra ni agak melelong sikit dan gegar sikit lah.
5. Quinny Zapp ni rendah. Kalau Halford Zuzz, baby tak payah duduk dalam baby chair dekat restaurant, baby boleh direct dalam stroller terus  rapatkan ke meja. Halford tinggi. Baby lebih selamat lah. Kalau rendah ni susah jugak.
6. tapi halford akan makan boot kereta. Compared Zapp memang halford sgt kalah disitu.
7. Quinny lebih mudah nak pasang, lebih ringan untuk ibu-ibu mengangkat, memasang sebagainye dengan sendiri tanpa bantuan suami. Kalau Halford ni dia "gagah" sikit. Nak pasang tu makan masa tapi still ok, ibu-ibu boleh pasang.
8. Dulu Halford saya beli RM799 sekalu dengan baby carrier, tapi Quinny Zapp Xtra ni RM900 withour carrier. (ok lah tu, kau nak murah cemane lagi ye tak? hahaha)

Oklah, itu saja review Quinny Zapp Xtra merah menyala semerah hatiku. Gittew. Semoga dapat bantu semua mommies yang tengah fikir nak beli stroller apa untuk anak kesayangan anda.

Love-Love-Love : Mummy Adam!

sesiap nak beli brand new Quinny Zapp XTRA dengan harga RM950.00nett sila refer link ini:
http://ainiqmy.blogspot.com/2012/11/new-quinny-zapp-xtra-rm95000.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...