Ha, kontroversi sangat kan? Asalnya nampak keratan akhbar di bawah ni di share oleh FB friends secara meluas.
Menarikkan? Aku ada pendapat sendiri mengenai perkara ini. Nak kata cikgu jangan pukul langsung anak murid, aku rasa tak boleh juga sebab cikgu-cikgu ni ibarat ibu bapa kedua, dan mereka ni adalah orang yang kita "lepaskan" tanggungjawab kita untuk mendidik anak dan beri ilmu, pada golongan ini.
Tapi golongan pendidik pula tak boleh lah sewenang-wenangnya pukul murid. Serius! Jangan pukul sesuka hati. Setiap kali dipukul, mesti pastikan ada sebab. Macam budak nakal sangat sampai membahayakan pelajar lain, atau degil sangat sudah 2,3 kali tak buat kerja sekolah.
Masa sekolah rendah dulu, aku tak sebegitu petah bercakap macam aku disekolah menengah. Naik ke darjah 4 baru aku cakap banyak sampai setiap kali majlis ibu bapa datang ambil report card, cikgu mesti complaint aku tak reti duduk tempat sendiri, dan asyik bercakap dengan kawan sebelah. Hahaha
Tapi masa darjah 2, masa belum pandai cakap banyak, aku masih ingat 1 insiden yang memang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Asalnya aku tersalah tulis tarikh hari itu. Contohnya, patut tulis 19 Februari 1992, aku tertulis 20 Februari 1998.
Cikgu pula tengah round dari meja ke meja untuk check murid salin atau tak nota kat depan. Sampai saja meja aku, tiba-tiba cikgu tariiiikkkkkk aku pergi depan, dengan buku nota aku sekali. Terus tanya aku nampak ke tak tarikh dia tulis kat papan hitam 19 Februari 1992?
Aku angguk je sebab takut gila. Terus dia tunjuk buku nota aku, dan tanya kenapa aku tulis 20hb?????? dan.......... terus aku kena penampar. Depan kelas. Sakit gila! Sedih. Takut gila! Serius! Panassss je pipi aku time tu.
Bayangkanlah, aku baru 8tahun masa tu. Darjah 2. Aku kene lempang sebab salah tulis tarikh je. Fuhhh.. cerita balik dalam entry ni je dah buat aku sakit hati dan bengang gila. Aku harap sangat Adam Qaiser takkan kena benda yang sama.
Yg paling ajaib sekali, aku tak mengadu pun pada mama atau ayah. Aku balik jalan kaki hari tu, sambil nangis je. Dalam kelas masa kene penampar tu aku tak nangis setitik pun. Balik tu aku nangis.
Fuhhh... so persoalannya sekarang, wajarkah cikgu pukul anak kita? Ermmm aku minta sangat cikgu-cikgu lebih rasional. Jika bukan kesalahan berat, jangan dipukul murid-murid tu. Mungkin kita boleh guna pendekatan lain, mcm tolak mata merit, atau denda yang tiada physical contact, macam berdiri atas kerusi dan sebagainya.
Kalau murid terlalu bingai, maka kita rotan sebab masalah disiplin. Ini pendapat aku lah. Tapi parents please lah, semak kerja sekolah anak masing-masing, ambil masa bersama anak dan pantau aktiviti mereka supaya kita tak menyusahkan golongan pendidik untuk mendidik anak-anak kita.
Ok, dah lah. Cerita pasal pengalaman kena penampar ni buat aku sakit jiwa pula. hahahaha aku nak minum teh ais jap! Taaataaaa
6 ideas:
takkan pasal tulis tarikh pun kena penampor... tak patut... lain la kalau ko tak tulis tarikh langsung.. ish ish ish..
Ye.. Itulah pasalnye Aku kata primary school time Aku agak sucks! Hahaha aih.. Malas Aku nak ingat!
guru2 kalau nak mendidik genersi Y ni..mmg takleh dengan kekarasan laa kan..
Boleh, tapi mesti ada sebab kukuh. Macam budak tu gangster ke. budak tu belasah murid lain ke. hal-hal membabitkan disiplin. kalau setakat kerja sekolah dan sebagainya boleh juga, tapi mesti berpada lah sikit. hehe
Tugas guru mengajar murid sampai pandai bukan budak tak pandai cikgu pukul. Tapi nak buat macam mana stress la katakan
Tugas guru mengajar murid sampai pandai bukan budak tak pandai cikgu pukul. Tapi nak buat macam mana stress la katakan
Post a Comment