CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 3, 2011

Majlis Berendoi & Cukur Jambul Adam Qaiser



Adam lena dalam buai
 
Hi Readers!

Majlis berendoi dan cukur jambul Adam selamat diadakan pada 1 Mei,2011. Setahun yang lalu, 1 Mei ni date kami bersanding. Tak sangka after 1 tahun berkahwin, kami menyambut ulangtahun perkahwinan bersama seorang permata hati. Alhamdulillah.


Jadi kami pun buatlah 1 majlis kesyukuran juga berendoi dan cukur jambul Adam pada date yg menyimpan byk kenangan ini. Ramai yang tak tahu pasal adat berendoi ni. Adat berendoi ni dikatakan masyhur di negeri-negeri sebelah utara semenanjung. Ianya diadakan bagi meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Biasanya adat ni akan disertai dgn acara bercukur rambut untuk bayi dan aqiqah.

Majlis yg berlangsung di rumah saya last week bermula dgn marhaban,berzanji dan nasyid dari kumpulan marhaban kawasan perumahan saya ni. Kemudian, bermulalah acara berendoi untuk Adam. Adam dibalut dengan kain songket dan saya dukung dia keliling bulatan ahli-ahli marhaban tu. Pusing 3 kali dulu, sambil mereka selawat beramai-ramai.

Lepas tu, habis sahaja pusing 3 kali, ketua kumpulan marhaban memulakan acara memotong rambut Adam. Mula-mula selawat, pegang kepala bayi, dan tepung tawar bayi dan ibu dia dgn air beras. Lepas tu, gunakan gunting, potong sikit rambut bayi dan masukkan kedalam kelapa muda. Basahkan jari dgn air kelapa muda sikit, sapukan semula pada tempat yg rambut tadi dipotong.

Selesai saje cukur jambul, Adam saya masukkan kedalam buaiannya. Bermula pula acara berendoi. Kumpulan marhaban ni mulakan dengan selawat dan kemudian nyanyian lagu berendoi. Lagu-lagu dia agak menyentuh hati. Semua berupa pesanan kepada si anak untuk sentiasa menghargai kedua ibu bapanya, membalas jasa, dan menghargai keduanya sebagai org yg banyak berkorban untuk membesarkan anak tersebut. Kemudian, ada juga pesanan kepada ibu dan bapa bayi, supaya menjaga dan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang, juga member didikan dunia dan akhirat kepada anak mereka. Hmmm..sungguh menyentuh hati sebenarnya. 
Org pertama gunting rambut Adam

Daddy pun cukur rambut anak kesayangan dia

Mummy pun sama..saaayang anak mummy ni~

Wan Ma pun gunting sikit rambut cucu dia

Buaian cukur jambul dan berendoi Adam Qaiser sewa dari SINI

Untuk Adam, semoga membesar dengan baik, jadi anak mummy dan daddy yg baik dan berjaya dunia dan akhirat, insyaallah, amin!


Thanks pada semua keluarga, kawan-kawan, yang sudi hadir memeriahkan majlis si kecik saya sorang tu ye

Pada yang bawa hadiah dan kasi angpau tu, thanks alot...susah2 aje.. *malu* hahaha

Take care everyone!

5 ideas:

Diella Mustafa

babe,buai tu sewa ke buat sendiri?aku tgh cr idea utk buat kenduri 2nd baby aku ni.hehe.awal tak?hahah

Aini Qamariah

buai tu sewa....then aku ade tambah2 deco die sendiri :)

Diella Mustafa

kt link ko bg tu xde harga pon.huhu.sila advise.

Aini Qamariah

Pakej dia start from RM250, dapat buai macam aku and hiasan. Ko boleh tgk ade mcm2 pakej. Buai pun ada dua jenis. Lain buai, lain pakej. Aku punya takde dalam pakej tu sebab aku ade request benda lain sikit..huhu but basic, rm250 lah. Ko sms je kalau nak tau...

Anonymous

i nk owg marhaban??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...