CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

July 4, 2011

Ya Allah, berikan keajaiban kepada dia

Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.



Norma and Talib on their wedding day


Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal.

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.


 

ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib

Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan*

 

Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(
I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 

Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?


Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...
Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)
Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif


Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.

Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)

a very strong husband...to a strong wife

Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.

25 ideas:

harzharun

ya Allah...mmg sedih...semoga dia diberi kekuatan..

Aini Qamariah

sangat sedih..semoga Allah berikan dia kekuatan dan keajaiban..amin :|

Anonymous

mengalir air mata...tak terkata..semoga tabah dan kuat bagi norma dan talib sekeluarga..aminn..;p

Anonymous

ya allah,begitu berat dugaan yg ENGKAU berikan pd hambamu ini...mudah2an beliau mendapat ganjaran kelak.."bergenang airmata ms bc entry ni"

Aini Qamariah

thanks for reading guys! semoga rafiq dapat mamanya kembali...amin!

nuyui a.k.a miss YUI

sdihnya sis..

walau sy lom kawen,tp sy rase sedih laa..

izinkan sy amik entry ini utk tatapan pembca di blog sy boleh??

mana tau,ada yg leh membantu..

Aini Qamariah

boleh....sesiape saje nak share entry ni utk tujuan amal....saye alu-alukan..terima kasih kerana prihatin.

semoga Allah membalas jasa baik anda semua yg menyumbang atau yg paling kurang mendoakan diri Norma dan keluarga.

Miss Moon

Aini thanks writing this ....in such beutiful words ....reading this makes me cry sob sob too

every time akak tulis pasal norma everytime jugak air mata nih menitis cam tak ley tahan ...even duk slalu tgk dia but still rasa sedeh n hiba tew slalu dtg plus bila tgk Rafiq ...kesian sangat .

Alhamdulillah sebab ramai yg sudi bantu share kat blog and many more

many many thanks to u dear may Allah bless u and your family

Anonymous

Saya rasa sedih bila membaca entri ni...pengalaman Norma sama mcm pengalaman arwah kakak kesayangan saya...cume bezanya arwah kakak saya menghidap molar preganancy yang akhirnya merebak ke otak...dia langsung tidak boleh mengandung, dia menghidap penyakit ni selama 4 thn...akhirnya, dia mengambil anak angkat 10bln yg lalu...dia hanya sempat menjaga anak itu selama 2 bln sebelum panyakit nye merebak ke otak..tp selama 4 thn dia menghidap penyakit tersebut, dia masih lg riang, masih lg bertenaga tp jauh disudut hati, dia xgembira dan hanya menunggu saat2nya pergi...akhirnya, 11 jun 2011, dia meninggal kan kami...

tapi buat Norma, ada satu daun ni yang bole menghilang kan penyakit kanser...cube pergi link ni, http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/2540-Sabah-Snake-Grass hope dpt membantu...


di harap norma, akan terus berjuang hingga yg termampu..saya pasti mungkin keajaiban akan berlaku...insyaAllah....kita sebagai hambanya sudah pasti akan tetap berusaha sebanyak mungkin...wallahuallam...

arcane

dear anonymous,
i suggest you contact miss moon (through her blog maybe) and tell her about the plant you mentioned in your comment.
just in case she didn't realize your comment here.

"I ask Almighty Allah, Lord of the Magnificent Throne, to make you well" (At-Tirmidhi, Abu Dawud)
ameen ya rabbal alamin

Aini Qamariah

kak moon: most welcome kak. aini buat apa yg terdaya aini buat utk bantu norma dan rafiq...sebab bila tengok rafiq...dan mengenangkan hari-hari die yg tak mengerti apa-apa really breaks my heart.....

sangat-sangat berdoa Allah berikan keajaiban dan moon kembali sihat dan tersenyum sambil dukung rafiq..amin (T__T)

anon: thanks..i will paste this to kak moon's blog...thanks for sharing.

Anonymous

boleh cuba daun ni, my fren pun tgh makan daun ni. hrp boleh sembuh, jgn berhenti mencuba k.

http://kongsibersamanora.blogspot.com/2011/04/daun-belalai-gajah-atau-sabah-snake.html

Aini Qamariah

thanks a lot anon :)

Rin Saharina
This comment has been removed by the author.
Anonymous

http://hodgekins-lymphoma.blogspot.com/ do read her blog, she's 1 of the cancer survivor also, moga kita semua sekuat dia jika diberi ujian sebegini....al-fatihah 4 my mom, also 1 of the cancer survivor, feel free to read her story.. http://tentang-kiter.blogspot.com/2009/08/blog-post.html

Aini Qamariah

thanks anon :)

fruitted

Assalam Aini. baru baca psal norma T^T

mohon copy suma tulisan awak psl norma yea since im a very not good at writing... your words mmg sgt tersusun dan sy minta izin copy n paste kat blog sy ya. terima kasih.

Anonymous

Ya Allah, Kau kuatkan semangat hamba mu ini.berikan dia kesihatan dan kesejahteraan hidup supaya dapat bersama-sama dengan keluarganya...
Semoga tabah dan kuat untuk berjuang...

intanurulfateha

bole tak i copy entry u?
:'(`

Aini Qamariah

hi all,
sesiapa nak copy boleh terus copy ye, dont have to ask permission for this entry... thanks for reading and spreading this entry. Sama-sama doakan dia ok.

SYAKILA

Ya ALLAH..
saya terkedu..terkejut..
xto nak cakap pe..
kalo saya ditempat dier...
Ya ALLAH...
sgt menginsafkan diri..
semoga dia tabah....
semoga de keajaiban tuk dier dan bb dier..

Anonymous

i'm x a blogger..but once my fren post link ni, mmg i nangis T_T..even skarang pun dah 2 3 kali baca, i kesian kat bby dia..dia langsung x tau apa2...ya TUhan berikanlah kekuatan kepada mereka..sy nak minta kebenaran pos link ni tru fb.thanks..

Aini Qamariah

tak dinafikan kisah Norma memang buat saye lebih menghargai keluarga terutama anak saya Adam qaiser. Tgk apa yang Rafiq lalui hari-hari without Norma, cukup buat saya tak sanggup Adam lalui perkara yang sama. Dari situ, saya sendiri rase keperluan untuk menjaga diri sendiri, supaya sentiasa sihat. Sebab dugaan Allah datang tak kira masa dan bila... semoga kite semua lebih menghargai apa yg kita ada sekarang.. :)

thanks for reading.

syazaa

sebaknya..smoga norma n esp husband n fmilynya tabah dengan dugaan ini..utk RafiQ..jdilah sorang ank yg baik n kenanglah pengorbanan momymu..

Unknown

saya baru baca blog akak hari ni...mesti rafiq dh besar..nak sgt tahu ttg rafiq...boleh sis cerita perkembangan nya...sedih saya baca ttg keluarga mereka😢

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...