Juga bakal pendidik
Yang tiada kaitan, abaikan sahaja entry ini
Seringnya pendidikan itu orang pandang senget
"kerja apa?" "cikgu sekolah"
"oooohh....."
Panjang oooohhh
Seakan memberitahu "cikgu sekolah saja kah kau?"
Aku tak salahkan manusia kerana sifat manusia tu memang tak sempurna
tapi mendambakan kesempurnaan itu, manusia!
Aku bakal pendidik, jika Tuhan izinkan
Tapi entry ini bukan back-up pendidik
Cuma aku ada keluhan
Sebelum jadi pendidik, aku wajar dididik!
Betul,
Tapi dari 6 tahun sampai 28 tahun
22 tahun lamanya dididik
Aku masih nampak perangai itu
Perangai sambil lewa sesetengahnya
Perangai ambil mudah amanah
Ya,
aku belum jadi pendidik
mana nak tahu perangai murid kadang rupa celaka
membakar darah menyakit mata
Tapi hakikatnya, kau pendidik!
Kau punya amanah di bahu
Kau punya misi, bukan sebarang misi kau galas
Misi bangsa!
Jadi bagaimana kau dapat nak sambil lewa?
Bagaimana kau sepertinya membenci?
Pendidikan itu aset
Kerana tiada pendidikan maka tiada lahir cerdik pandai
Kau mulia
Cuma terkadang kau alpa
Dek kerana lelah, kau lupa
Dek kerana rasa rendah kau malu, sorok muka
Sudahnya,
Perangai itu yang kau tanam hari-hari
Lama-lama tak ambil pusing lagi
Murid tak faham-
Bukan masalah aku-
Aku dah mengajar-
Habis tugas aku-
Tugas itu hanya 1 peratus dari amanah
Kau wajib buat meraka bijak
Paling tidak, berusaha kasi mereka bijak!
Mak bapak mereka tak hargai kau?
Ada apa sama mak bapak mereka?
Mereka tak hargai kau?
Siapa mereka yang kau nak dambakan hargaan?
Bukankah DIA ada
Buat balas segala jasa?
Kenapa, kau tak percaya?
Aku mengeluh hari ini
Sebab aku kesal
Melihat tugas berat
Diambil ringan
Berusahalah,
Kau terpilih........
Gembiralah,
Kerana seumur hidupmu,
Pahala bakti itu,
Mengalir dalam degup jantung
Dan di setiap detik waktu
Percayalah,
Insyaallah!