CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

March 25, 2013

Pencarian Rumah Selesai Sudah

Assalamualaikum.

Ingat lagi entry keluh kesah Kak Esah tentang harga rumah zaman sekarang? Klik sini.

Setelah hampir 2 bulan cari rumah, penat gila-gila, ada sakit hati, ade stress, ada tension ada bergaduh laki bini sebab pendapat berbeza, last-last kami sepakat sajalah, memilih rumah di sini.


Alam Suria. Kawasan perumahan kami namanya Nusa Suria, part of Alam Suria inilah. Rumah apa beli? Huhuhu dah tentulah rumah yang murah. One thing kenapa aku pilih kawasan Shah Alam Dua ni ialah dia dekat dengan UiTM Puncak Alam. Aku kan lecturer UiTM :)

Then kawasan ni so far ada Econsave, dan Tesco baru saja naikkan papan tanda pembinaan Tesco dekat kawasan ni. Yey :)




Jangan tanya aku kenapa nama kawasan ni bukan Puncak Alam. Mana aku tau! Haha Masa aku pergi survey dengan Menteri Kewangan (Mr.Hubb), rumah ni masih belum launch. IJMLand dah start jual "angin" saje, dia panggil "soft launch", bermakna, serupa mcm early bird lah.

Pembeli beli atas dasar kepercayaan yang developer MESTI buat rumah ni. Jadi, utk pembeli masa "soft launch" ni BANYAK keistimewaan yang developer akan beri utk tarik pembeli. Iye lah, risk taker saje yang akan beli projek yang hanya ada padang jarak padang terkukur mcm ni. Rumah siap 2015. Lambat lagi.


Masih kosong, hanya 2 show unit saja baru siap
So, harga rumah ni memang murah. Once launch saja on this 20th April, kemungkinan harga akan naik mencecah RM400k untuk intermediate house. Currently lot tengah masih lagi below RM400k. Mula-mula aku ingat developer saja nak menipu, mereka kata, setiap kali baris baru dibuka, akan naik RM10k dari baris sebelumnya. 

Tapi, after 2 weeks lepas aku datang, aku baru nak booking, ingat harga masih sama macam last 2 weeks, rupanya TIDAK! Telah naik RM10k dari harga aku tanya 2 weeks ago. Stress aku. Cepatnya naik harga. So, pembeli selepas aku, aku tak tahulah sampai berape harga akan naik.

Nusa Suria ada 4 jenis Semi D cluster. Type A,B,C,D. Kami beli type A. Rumah siap 2015 ye.





Ade 3 jenis pula dalam Type A and B ni, iaitu, intermediate, corner and end lot. Disebabkan aku belum officially bertugas di UiTM maka aku tiada payslip sehinggalah report duty Julai ini. Kami beli rumah guna nama Menteri Kewangan aku aje. 1 payslip saja kami guna. Puas berdoa harap loan lepas. 

Mula-mula takut loan tak lepas, nak ambil lot tengah. Tapi tiba-tiba rasa nekad nak try juga corner lot. Beza dalam RM75,000. Mata berpinar. Haha Mr.Hubb bayar saja booking untuk corner lot itu sebanyak RM100 dan sempat berbisik kat aku, "marilah kite berdoa siang malam pagi petang supaya loan kita lepas" 

Dua minggu selepas itu dapat call dari bank dan dari IJMLand, Alhamdulillah loan lepas. Lompat bintang dan menari zapin!

Show house dah siap, tapi yang siap ni untuk Type B. Type A dan Type B ni keluasan semua sama. Design tingkat atas dan car porch saja beza sedikit. Lain-lain sama saje. 



Show house Type B
Punya excited, kami pergi show house last weekend sampai 2x. Hahaha Sabtu dan Ahad. 
Seronok budak kecik tu berlari-lari

Pandangan sisi corner lot unit

Bahagian dalam tingkat bawah


Dapur + stor bawah tangga + bilik bawah + bilik air bawah + pintu ke laundry area

Master bedroom

Dari dalam master bedroom, pintu masuk menghadap pintu bathroom + ruang utk build in wardrobe

bathroom di bawah

family hall tingkat atas + 2nd and 3rd bedroom

Lepas tu kami masuk rumah sebelah, 2nd unit show house untuk tengok rumah selepas di makeover kan oleh interior designer IJMLand.


Bahagian dapur, dining dan main family hall





Mama bising suruh fikirkan cost untuk renovate especially extend bahagian dapur dan dining supaya tak attached with main family hall ni. Dia kata dia nak masak Assam Pedas nanti susah semua orang tengok dia masak. Oh, pulak?


Family hall di tingkat atas



Master Bedroom





Pintu bilik dan pintu bilik air yg tadi setentang dan build in wardrobe



2nd and 3rd bedroom




Extra land




Seronok dapat beli rumah? Hehehe seronok lah. Alhamdulillah. Rumah ni siap 2015. Kumpul lah apa yang patut untuk masuk rumah baru. Harap-harap Allah murahkan lagi rezeki dan mudahkan segala urusan berkenaan rumah ni. So far loan dah sign, S&P In Syaa Allah lawyer akan keluarkan dalam this week juga. Alhamdulillah :)

Oh utk yang nak tahu macam mana prosedur membeli rumah ni, aku share lah. Beli rumah baru tak sesusah beli rumah sub-sale. Rumah sub-sale ni memang nak bayar deposit lah, lawyer lah, s&p dan sebagainya. Total-total makan puluh ribu lah semua tu. Belum cerita nak cari sendiri bank dan sebagainya. Hazabbb..

New development house under IJMLand ni hassle free. Mula-mula booking lot, bayat rm100 sahaja. Kemudian hantar segala document ke IJMLand, mereka akan submitkan kepada semua bank-bank panel mereka. Buyer duduk diam, doa lah siang malam, ada bank yg akan luluskan loan. Lawyer FREE, S&P FREE, semua FREE except total booking saja RM500 (RM100+RM400).

Dalam masa 3 minggu, bank akan call inform loan lulus atau tak. Seriusly kami ambil Alliance Bank, 2 hari lepas submit document ke IJM, Alliance Bank call loan dah lulus. Memang cepat pantas tuntas. Cuma dia nak sediakan document ambil sikit masa.

Once loan literally dah lulus, IJMLand call untuk bayar RM400. Yang paling syok, utk sesiapa beli rumah kali pertama, IJMLand akan minta bank buat 100% loan. Syok??? hahaha

S&P dikeluarkan oleh lawyer, dan bolehlah korang keluarkan EPF korang. Cuma tak perlu bayar kepada developer sebab korang 100% loan kan. Duit tu boleh lah simpan utk renovation cost atau apa-apa.

So total cost kami beli rumah ni, RM500 saja. Yang lain-lain bank dah uruskan.

Further info boleh email / whatsapp / sms aku lah. Especially bab harga ni, tak berape syok cerita kat blog. Some people may understand, but some may define and judge.

Boleh juga buka link ini untuk tengok group facebook utk Nusa Suria ni:


Ok, aku doakan kepada semua yang tengah hunting for new house, semoga berjaya.

Assalamualaikum!

March 12, 2013

Superheroes Party Review

Hi,
Entry ini rasanya yang ramai tunggu. 1 day after birthday party Dadam dah ada orang sms tanya tentang vendor dan budget! Lepas tu i janji nak hapdet belog tapi tidak jugak ku hapdet. Busy kalah Najib. kihkihkih

Before pergi pada vendor, i nak bagi tips. Birthday party kalau nak seronok-seronok sangat maka plan lah awal sikit. Nak-nak pula yang memang tak kaya-raya seperti ku ini, maka 3 bulan awal, i dah serabut!

Bukan apa, nak keluar duit selebuk dalam sebulan tokey balak pun boleh pengsan. Tapi bajet kalau RM1000 (katekan lah) tapi bayar dalam 3 bulan lebih kurang RM300+ sebulan, tak ada lah nak sakit jiwa sangat ye tak?

Kat entry ni memang tiada HARGA disertakan (ada lah sikit-sikit letak juga rege). Hamboi-hamboi mak enon nak rege sekali ye? habis 1 Malaysia tau bajet makcik, gitu? SMS / Whatsapp untuk mengetahui harga ya. Atau lebih senang, contact saje semua vendor yang i listkan kat bawah ni, tanya terus harga. Lagi sonang! Klik je kat nama vendor tu ye.

1st kita start dengan makanan:

  • Laksa Johor : Mama buat
  • Mee goreng basah : Aunty Nor Catering (tak ade website, sms i ye)
  • Nasi Impit + Kuah Kacang + Masak lodeh : Aunty Nor Catering
  • Pavlova : Mama buat
  • Air : Daddy kepada birthday boy yang buat
Komen untuk makanan : Gila ke mama aku masak tak sedap??? hahahaha semua di atas sangat amat memuaskan hawa nafsu!

2nd candy buffet table:
Kak Anne bagi i special price, jadi sila tanya dia lah harga ok :)

Amat cantik. Super sedap! super moist choclate cake ini!
  • Popcorn + Gula kapas : Rinawati (Meru) 0126924275
Popcorn 60sen dan cotton candy rm1 :)

Sedap dan murah!
Gambar ambil dari FB Kak Linda 

Sedappppppppppppp~!
Gambar ambil dari FB Kak Linda 
Yang eclairs ni pun sedap dan gebu. hehehe
  • Kiwi Petite Fours : Opah Bakery 0192777598 - Kak Linda
Gambar ambil dari FB Kak Linda 
I punya yang hijau tu saje ye. sedap!
  • Durian, Kiwi, Strawberry crepe : Opah Bakery 0192777598 - Kak Linda
Gambar ambil dari FB Kak Linda 
Order 3 jenis crepe. Kak linda ni memang pandai buat durian crepe :)
  • Rainbow Birthday cake untuk taska : Opah Bakery 0192777598 - Kak Linda
Selebet je muka anak aku. Hahaha

Opah Bakery ni memang sedap dan murah. Cepat call ye kakak-kakak sekelian.
  • Blueberry tart : Azida 0173719769
Cilok dari FB tuan punya kedai :)

My exclassmate masa diploma. Memang Blueberry nya mantap!
  • Lolichoc : Aunty i buat 0136206184 - Puan Shahariah

Aunty i buat khas utk cucu dia. Siapa nak tempah sila lah. Tapi dia kat Melaka.
RM15 / A4 paper

RM15 / A4 paper

RM15 / A4 paper


Cantik! Murah! Pantas! Rasa tu standard lah rasa gula tu kan. Nak rasa apa lagi ye tak? Hahaha saya beli juga design Hulk dan ironman segala. 6 keping i beli....

3rd party khemah,deco,entertainment etc:


Dah kali ke-2 guna service mereka. Memang tidak pernah menghampakan. Ada macam-macam pakej. Dari yang murah sampai yang grand sangat! Sila call mereka atau terjah saja kedai mereka secepat mungkin untuk tengok design balloon dan contoh-contoh yang mereka pernah buat. You will never regret!
unlimited balloons for kids

clown show

singing birthday song

magic show

magic show


Best! dari kids sampai adults semua nganga tengok Mr.Zaza from Yaya The Clown buat show. Semua kids yang minta balloons memang dapat as you wish, balloons unlimited. PERFECT! Magic show pun best gila.
  • Khemah : 0122097482 
Khemah Hi-Top with scallop and buffet table. RM280


Ape nak komen, khemah tu khemah lah kan. Huhuhuhu
  • Cameraman : My cousin, dia student photography uitm - Ihsan


Satisfied lah. Boleh dapat Anugerah Dekan dah ni. Hahahaha

  • Banner dan Birthday sticker : OrangeApple Global, Tingkat 4 Plaza Alam Sentral. Boleh email, orangeappleglobal@yahoo.com
Banner : RM60

Thank You sticker : RM7 / A4 paper (dalam 40sen lah sekeping)


Cantik. Cuma kena cepat dan selalu contact takut design lambat siap.

4th goody bags:



  • Superheroes plastic bag : GM Klang
RM1 / pcs (kalau yg spiderman 20sen saja)

  • Drinks : Vitagen
Korang beli kat Mydin. Paling murah.

  • Mix nuts
bagi dalam goody bag, RM80 / kilo

  • Superheroes masks : DIY 
Buat sendiri guna kertas felt

  • MnM choclates
Makcik beli kat Langkawi masa trip ke sana bersama family in law :)

  • Popcorn and cotton candy : Rinawati (Meru) 0126924275

Ok Mommies! Itu saja buat hari ini. Boleh lah start plan. Dan boleh confirm booking dan bayar deposit. Contoh macam harga cake tu, RM150 (katakan), 3 bulan punya bayaran just RM50 per month. Tak lah rasa beban sangat kan. Yang paling penting ialah, kena tahu bajet anda. Kecil atau besar bajet tu tak penting, kita boleh dapatkan apa kita nak, walau bajet kita kecil. Altogether bajet saya untuk birthday party Adam Qaiser biasanya saya akan save RM300 sebulan. Kemudian barang-barang saya akan pastikan yg paling murah saya boleh dapat tapi sangat bagus juga kualiti atau apa-apa yg berkaitan.

Actually kalau betul-betul bajet yang kecil, birthday party hanya perlu ada :

Cake: RM100 (dah boleh dapat Secret Recipe)
Balloons : Beli je kedai biasa, tiup sendiri.
Makanan : apa-apa yang ringan untuk minum petang.
Goody bags : Hadkan tetamu. Dan beri hanya pada kids below 12 years old. Usually dalam 10-30 bags je. Bajet 1 bag dalam total RM2-RM4 pun dah cukup. Susah-susah beli party packs, yang dah siap kat Giant, Tesco, Mydin or mane-mane lah.

Semua ni boleh dapat below RM300 in total kalau betul lah nak bajet tu. Tapi setahun sekali, mommies kumpul lah duit buat yg tak dapat seronok banyak pun, seronok sikit-sikit jadilah, kan?


Kalau nak tanya apa-apa just sms/whatsapp i je lah. Takmau call ye.. hehe
+60164441497

Happy hunting, Mothers!

Enjoy :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...